Riang-ria @Funfare Park

Lama tak gi funfare ni. Hujung minggu bawa anak2 ke funfare pula. Azri seronok, naik kereta la..helipkopter lah. Izzet masih takut2 lagi..


Main permainan2 ni pun seronok jugak. Silap dapat hadiah yang best2..ikut nasib lah..hehe


Hasil toys yang dimenangi. Rejeki2..hehe. Dapat toy stitch, beg Angry Bird, bantal peluk dan soft toy kecik2 yang lain.


Game ni pun kami dapat gak. Teringat zaman sekolah2 dulu game ni beratus2 regenya. Budak2 yang ada time tuh memang loaded lah mak paknya. Kawan2 lain pakat tumpang main je kat rumah dia..hehe

#tiap2 minggu asyik gi funfare je..haha

posted from Bloggeroid

Ulangkaji PSI: Pengalaman Skin to skin dan memulakan Penyusuan Sejurus Kelahiran

Saya share semula entri hampir 2 tahun lepas ini untuk dikongsikan bersama. Sudah dicompilekan disidebar bersama2 artikel yang lain 🙂
———————————-

My ‘xCLuSiVeLy XpREsSiNg’

SATURDAY, JUNE 18, 2011

Sentuhan kulit ke kulit & Penyusuan di Awal Kelahiran

Dah lama nak cerita pasal pengalaman saya ‘skin-to-skin’ selepas kelahiran. Semasa melahirkan azri dahulu saya tidak merasa pengalaman ini. Malah tidak tahu pun mengenainya apatah lagi kepentingan. Kerana dahulu, saya menyangka proses menyusukan anak tidak memerlukan pengetahuan lebih dan ianya akan berlaku secara semulajadi. Namun tidak bagi saya. Mungkin ianya berlaku dengan lancar bagi sesetengah orang walaupun kali pertama. 🙂


(Gambar dari Google)
Hampir dua tahun ilmu penyusuan yang saya pelajari dan dalami dapat dipraktikan bermulanya pada 25 April 2011. Oleh kerana saya bersalin di hospital bukan rakan bayi, amalan sentuhan kulit ke kulit ini tidak dipraktikan. Mungkin bagi ibu-ibu yang bersalin dihospital kerajaan, rutin ini menjadi satu kemestian (well, its depends)

Sejurus selepas kelahiran:
Saya tidak pun memberitahu nurse/midwife yang bertugas ketika itu tentang keinginan saya untuk meletakkan bayi secara kulit ke kulit sejurus sahaja bayi saya dilahirkan.

Malah birth plan pun tidak saya tunjukkan, hihi! Sebaik sahaja izzet keluar dan tali pusat dipotong, mereka terus tunjukkan pada saya dan bertanya samada lelaki atau perempuan. Semasa itu lah saya terus meminta izzet (masih diselaputi lendir,darah dan sebagainya) untuk diletakkan diatas dada.

Saya memegang bayi diatas dada selama doktor sibuk menjahit episiotomy. Sewaktu itu, bayi saya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menghisap walaupun kadang-kala saya lorongkan kepalanya kearah puting. Tidak semestinya bayi wajib menghisap puting sejurus diletakkan atas dada ibu tersebut.

Daripada artikel “The Importance of Skin to Skin Contact’, Dr. Jacknewman: Even if the baby does not latch on during the first hour or two, skin to skin contact is important for the baby and the mother for all the other reasons mentioned. If the baby does not take the breast right away, do not panic. There is almost never any rush, especially in the full term healthy baby”

Saya mendakap bayi selama mungkin, dan nurse yang berada disitu tidak pun meminta-minta bayi untuk dibawa pergi (dibersihkan, ditimbang, etc). Sehingga saya yang memanggil nurse untuk mengambil bayi saya, cuma saya berpesan yang saya mahukan bayi saya secepat mungkin setelah setelah proses-proses itu semua.

Tak sampai 15 minit, bayi saya dikembalikan semula pada saya. Saya minta nurse untuk buka semula kain bedung tersebut dan letakkan semula bayi skin to skin diatas dada saya, dan kain hanya menutup belakang bayi dan saya. Ketika itu, bayi saya baru mula menghisap dari dalam labor room sehinggalah saya berpindah ke wad.

12 jam selepas kelahiran:
Bayi saya sudah mula lebih banyak tidur daripada menyusu berbanding sejurus selepas kelahirannya. Hinggakan saya terpaksa mengejutkannya setiap satu jam.

Oleh kerana saya sudah mengetahui bahawa pada 1-3 hari pertama hanya kolustrum sahaja yang dihasilkan dan kuantitinya hanya sedikit sahaja, jadi saya tidak mengharapkan susu yang akan keluar mencurah-curah pada ketika ini. Saya hanya meneruskan sesi penyusuan dengan kerap iaitu minimum 8-12 kali sehari.

Dengan jumlah kolustrum yang diterima itu walaupun ‘sedikit’ tetapi ianya sudah memadai dan mencukupi keperluan bayi ketika itu. Dan cecair kolustrum itu juga bertindak sebagai laksatif untuk menyingkirkan (bilirubin yang menyebabkan jaundice) melalui najis bayi.

24-48 jam seterusnya:
Saya masih lagi meneruskan penyusuan dengan seyakin-yakinnya. Kali ini dengan perasaan yang sangat rileks, tidak gusar adakah bayi saya ini mendapat cukup susu atau tidak, adakah bayi saya lapar jika dia menangis.

Apa yang saya dapat bezakan, mungkin kerana kekerapan saya menyusukan membuatkannya kurang meragam berbanding azri dahulu. Bayi saya yang ini agak kurang meragam (menangis) berbanding azri dahulu.

Jika difikirkan secara logiknya, mungkin sesi kekerapan penyusuan diawal-awal kelahiran yang menyebabkan bayi saya kali ini ‘lebih baik’. Bayi sentiasa dalam dakapan si ibu hampir sejam sekali membuatkanya lebih tenang.

Berbanding azri dahulu (dengan tiada ilmu), saya hanya tunggu dia menangis baru hendak diangkat, dan jika ia tidur melangkaui sehingga berjam-jam lama adalah satu perkara yang melegakan saya yang ketika itu tanpa saya sedari sebenarnya akan memberi impak besar didalam penyusuan dihari-hari seterusnya.

Selepas 3 hari:
Saya mula merasakan payudara mula membengkak dan ini menunjukkan susu matang telah mula terhasil selepas kolustrum. Dan ketika tempoh ini pengeluaran susu sangat tinggi sehingga kadang-kadangkala akan terjadinya engorgement atau bengkak payudara.

Oleh kerana saya sudah tekad untuk tidak melibatkan apa-apa alatan pemerahan, botol dan seangkatannya, saya cuma tuam dan ‘paksa’ anak saya menyusu juga, hihi! Mujur dia mahu menyusu dan bengkak dapat dilegakan tanpa perlu memerah. Saya sudah berkira-kira jika masih bengkak lagi saya akan cuba untuk perah tangan sahaja.

Alhamdulillah izzet akan genap 2 bulan pada 25 Jun ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Dari bergelar EP dahulu, kini saya tidak lagi EP, mudah-mudah sehingga seterusnya. Buku EP telah ditutup dan ‘My EP Stories’ akan tetap menjadi diari dan kenang-kenangan buat saya dan menjadi bukti kegigihan seorang ibu suatu ketika dahulu yang memerah siang dan malam untuk membekalkan susu ibu dengan botol pada anaknya sehingga hampir 2 tahun.

Satu pengalaman yang tidak ternilai harga, bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman itu, berpeluang untuk merasai perasaan seseorang ibu yang tidak dapat menyusukan anaknya, perasaan betapa sukarnya untuk memujuk anak kembali menyusu dan berputus asa, perasaan yang sentiasa terusik apabila setiap kali terasa seakan tiada ‘bonding’ dek kerana tidak dapat menyusukan anak secara terus setiap kali membaca, melihat, terdengar tentang faedah-faedah penyusuan susu ibu, walaupun hanya minum susu ibu didalam botol.Kesemua pengalaman dan perasaan-perasaan tersebut menjadikan perspektif penyusuan saya lebih luas didalam memahami pelbagai masalah penyusuan yang dihadapi oleh ibu-ibu diluar.

Hayatie at 1:40 AM

posted from Bloggeroid

Gara-gara scrub

Ahad minggu lepas saya guna St. Ives apricot scrub yang baru saya beli. Kononlah nak berscrub satu badan kasi kulit halus tulus mulus kan haha. Tak sangka plak saya allergik selepas first time guna.

Dulu masa kat Uniten memang saya guna range St Ives ni tapi takda masalah pun. Saya tak tahu part mana yang buatkan reaction pada kulit samada Apricot tu kah, fragrancenya kah atau microbeadsnya..huh seriklah.


Satu badan naik rashes macam ni tapi yang paling banyak dekat lengan, tengkuk dan belakang badan. Ingatkan boleh lah recover sendiri tapi dah seminggu serupa je. Encik suami dah suruh gi klinik je amik injection ke ubat ke..huhu


Kelmarin saya ke klinik juga. Nasib baik tak perlu injection sebab doktor kata rashes macam tak severe. Hanya perlu makan ubat sahaja. So doktor prescribed ubat2 ni. Yang Prednisolone tu saya kena makan 8biji sekali sib baik sekali je..untuk meredakan radangan. Yang Chlorpheniramine tu sebiji je untuk mengurangkan alahan yang ada. Cream2 tu saya tak guna pun sebab tak gatal pun..

Alhamdullillah dah hampir lah dah rashes tu. kalau tak mesti terasa mengerutu je kulit time mandi..nasib baik alahan ni tak datang sekali dengan gatal2..

#Moral: seriklah nak guna scrub yg bukan natural lagi. Teringat dulu pernah guna Home made scrub yang dibuat dari lada hitam yg ditumbuk halus (as a scrub beads) kemudian dicampur pelbagai rempah ratus macam kunyit serai, etc…series fresh…takda allergik pun

posted from Bloggeroid

Sepetang di Ofis encik suami


Balik dari BP mall singgah ke ofis encik boss sebab nak solat asar dah magrib sekali. Tak pernah berkesempatan untuk snap gambar ofis ni. Rasa dah lebih kurang 3 tahun encik suami di ofis ni.

Lokasi ofis encik boss terletak ditingkat atas..deretan kedai bersebelah Carefour BP sahaja..nak lagi spesifik di belakang Jakel dan sederet dengan Kuwait Finance House..hehe

Dulu sebelum saya menetap sepenuhnya di BP ni..kalau sekali2 saya ke BP mesti tidur kat ofis ni. Masabtu takda lagi rumah yang kami duduk sekarang ni. Memang ada satu bilik istirehat dibelakang. Ada lagi bilik kosong dalam yg memang untuk disewakan siap dengan meja ofis kerusi dan aircond sekali.

posted from Bloggeroid

Makan2: Patmah Kitchen


Cuti sekolah so cuti masak..hehe. Eh tak lah weekends memang saya jarang masak memang saje nak JJCM je. Hari ni kitorang makan kat Patmah Kitcheh kat Taman Flora Utama. Area ofis encik suami je ni tapi tak pernah makan lagi.


Sementara tunggu makanan..posing2 dulu. Gambar disnap oleh jurugambar professional hehe. Pandai azri ambik tak senget pum..


‘Saya pun nak masuk gakkk!..’


Adik pun. Selesa lah restoran ni . Susun atur dan perabot nampak esklusif..ala2 macam hotel lak.

Makan time…


Hari ini Briyani Kashmiri. Ada 4 jenis nasi briyani di restoran ini; Briyani Calcutta, Briyani Kashmiri, Briyani Marsala dan Briyani Afghani. Dengan pilihan ayam atau kambing. Saya order briyani kashmiri ayam.


Encik suami nak Grilled Lamb Chop..besar dagingnya..


Azri nak chicken chop tapi sebab chicken chopnya ada yang grilled sahaja. Mesti dia tak layan nanti sebab tak crispy…basah macam grilled lamb chop tu. So saya orderkan fish and chip je. (tapi dia ingat chicken chop hehe). Habis dia makan fish tu sebab crispy. Boleh tahan juga fish filletnya
, Dorry fish Fillet. Rasanya fresh lagi.


Honey Dew juice dan ice lemon tea takda ais…

posted from Bloggeroid

Tribal oh Tribal!

Saya macam dah suka shawl2 dari Sugarscarf. Masuk ni dah kali kedua saya beli shawl online kat sini. Asyik duk tengok orang pakai corak tribal sana sini..teringin gak nak cuba..huhu.


Kebetulan Sugarscarf keluar koleksi shawl Jazreen corak baru2. Tak tahu nak pilih antara dua ni. Ikut hati tamak nak je dua2..huhu takpa rilek2. Nanti keluar baru lagi nak juga. Last2 saya pilih corak kiri tu.


Tadaaaa..dapat je terus rasmi. Tak sia2 pilih corak tribal yg gelap skit tu. Saya sukeee!.


Melaram pakai gi melawat kawan yang baru dapat baby..hehe

#Jarang dah pakai tudung awning kalau jenjalan sekarang ni. Pakai tudung awning time nak gi amik anak sekolah dan gi pasar je..huhu.

posted from Bloggeroid

Cuti Sekolah: Legoland?

Yeayyy cuti sekolah dah bermula..amboi mak yang excited. Sebab boleh bangun lambat2 masa cuti ni..hehe. cuti sekolah dah mula mesti semua tempat percutian ramai kan.

Kitorang pun takda plan pun nak kemana cuti sekolah ni. Biasa kalau nak kemana2 tu memang adhoc and on the spot je. Ikutlah waktu encik suami free bila.


Saya masih simpan lagi promosi Free entrance ke Legoland untuk kanak3 umur 3-11tahun masa beli susu segar hujung tahun lepas. Tempoh masuk percuma sampai 31 mac ini sahaja. Harap2 dapatlah pergi sebelum offer habiskan..huhu.

Sekarang dah jarang nampak offer free entrance ke Legoland lagi..kalau ada pun diskaun 35% etc dan kena berbelanja minimum eg Rm100 etc dulu kat tempat tu. Yang ni beli susu segar dan gunting kupon kat belakang kotak susu segar je..kalau ada 5 orang anak bawah 11 tahun. Beli 5 kotak susu segar, lima2 masuk free..hehe. Pastu tempoh sahlakunya lama lak tu lebih kurang 4 bulan juga.

Ada sesiapa yang dah pernah pergi ke Legoland guna kupon ini tak? Ikut TnC free entrance with full paid adult ticket yang dibeli dikaunter pada hari yang sama sahaja. Tak boleh combine dengan online ticket, pre-purchase, group purchase dan lain lain promosi. Fuh time cuti ni mesti kena beratur panjangkan..

Ikut review ada yang kata best, ada yang kata tak best, ada yang kata panas terik lah…

posted from Bloggeroid

Khasiat Epal hijau


Antara menu wajib kami setiap pagi. Dah 2 bulan lebih dah mengamalkan minum jus epal hijau setiap pagi. Setiap hari 2 biji (2 org yg minum kan hehe) sebulan 60 biji stok epal hijau wajib ado kat rumah huhu. Sekarang epal hijau mahal skit kat kedai buah, 7 biji RM10. Saya jarang beli di carefour sebab kecik2 je epalnya.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Info: Google search

Saya sangat setuju dengan point no.6. Saya selalu minum jus ni dekat2 nak waktu lunch. Biasanya lepas minum selera nak makan tu akan kurang sedikit.


Berat terkini…

posted from Bloggeroid

Tips pemilihan Bentuk Meja Makan

Baru tadi saya cerita pasal perabot meja makan kan sama ada yang bulat atau empat segi. Harus cargas saya mengugel untuk menjawab curiosity level diri yang tinggi ini hehe.

Bentuk meja makan
Saiz meja makan adalah faktor utama menentukan bentuk meja. Antara bentuk meja makan adalah:

Meja segi empat tepat
* Sangat sesuai untuk makan secara santai dan juga sesuai untuk makan secara romantik kerana boleh diduduki dua atau empat orang.
* Dapat menjimatkan ruang bila digunakan pada ruang kecil.
* Tidak sesuai digunakan dalam bilangan yang ramai.
Meja segi empat bujur
* Boleh menyediakan bilangan tempat duduk yang ramai
* Boleh menolong memanjangkan ruang
* Kurang sesuai dengan cara makan orang Asia jika hidangan tidak boleh dicapai pada bahagian hujung.Meja segi empat bujur
* Boleh menyediakan bilangan tempat duduk yang ramai
* Boleh menolong memanjangkan ruang
* Kurang sesuai dengan cara makan orang Asia jika hidangan tidak boleh dicapai pada bahagian hujung

Meja bulat
* Sesuai untuk merangsang perbualan
* Berkesan dari penyesuaian pada ruang yang tidak sama
* Tidak sesuai dalam ruang kecil dan memerlukan ruang lebih berdasarkan bilangan tempat duduk.
* Perabot yang mesra keluarga
Perabot yang mesra keluarga bermaksud bahawa perabot yang digunakan mestilah mempunyai ciri ciri keselamatan, tahan lasak dan mudah dibersihkan.Antara ciri reka bentuk perabot mesra keluarga yang selamat adalah seperti mempunyai bucu meja yang bulat dan tidak tajam dan kemasan kayu yang senang dan tahan dikesat apabila kotor.Selain itu bagi kemasan fabrik pada kerusi juga boleh dibuka dan kemudian boleh dibasuh jika berlaku kekotoran pada lapik tempat duduk kerusi.

Untuk artikel sepenuhnya boleh baca disini
Info: Senihias.com
Jadi, confirm saya nak meja makan bulat pula kali ini. Lebih selamat. Ditambahlah dengan hero2 yg suma suka berlari2 kesana kemari. Takpe..kalau tak best sok2 tukar lagi..aci tak? Haha
Cerita pasal bucu meja. izzet pun pernah eksiden langgar buju meja display kat shopping mall bulan lepas. Masa menangis tak perasan lagi. Tak lama pastu baru perasan ada darah meleleh bawah dagu.

Menu hari ini: Asam Pedas kepala Ikan Merah


Saya jarang dah masak2 gini sejak encik boss tak makan minyak2 lagi. Sebulan sekali je kot. Hari2 saya masak kukus dan sup2 tanpa minyak. Hari ini terasa nak makan asam pedas..sebab semalam gi kedai tengok ikan merah ni macam sedap je. Dengan kepala2 pun saya beli. Tapi sebelah je kepala. Digandingkan dengan sawi goreng dan ikan masin lada api….

posted from Bloggeroid