Category Archives: Xpressing

Review Cooler Bag

Sebenarnya ku bukan nak me-review cooler bag lain yang mahal-mahal tu. Ku saja nak share cooler bag yang ku beli dekat kedai Hinnode ‘RM5’. Secara luarannya memang cun jugaklah kiranya. Beg ini juga dipanggil insulated bag. Selepas sesi penge-test-an ku, secara kesuluruhannya iannya tidaklah sepraktikal seperti cooler bag lain yang mahal bagai tu. Setelah ku meletakkan chiller coleman briteice & techni ice kedalam beg itu, selang beberapa jam (mungkin selepas 3-4 jam) apabila chiller2 berikut mula berair. Kulihat bahagian bawah beg ini dah mulai basah lencun (ku kira bocor jugalah). Jadi kalau ku letak dalam kereta, confirmlah basah area dibawah tu. Suprisingly, dibahagian dalamnya sejuk juga. Oleh kerana insulated areanya nipis,kesejukkan itu taklah bertahan lama. Akhirnya, ku jadikan beg ini sebagai diaper bag sahaja. For those yang cari beg untuk letak spectra3, bleh consider beg ni. Harga pun tak mahal, rm5 je.


Untuk cooler bag pula, masa awal2 ku guna cooler bag avent isis out&about tu. Dari segi tahap kesejukannya ok, tahan juga lebih kurang 8 jam jika letak dalam suhu bilik lah. Satu yang tak bestnya beg ni, kalau letak botol memang tunggang-langgang, tu yang ku tak bape suka sangat.lagilah klu letak ebm dari cawan dadih, bahaya wo! Pastu ku letak pam spectra ku je dlm ni. Tapi skang ku letak spectra ku dalam beg Alfio raldo kecil yg ku beli dari maryaaa juga. Beg ini pun cooler bag juga, tapi ku dah convert jadi beg pam spectra ku. Letak di compartment bawahnya.compartment atas tu, leh ku letak car power inverter, corong & botol. Best siots!ngam2 huai ler jer 🙂

Sekarang ku guna dua2 cooler beg ini, yang biru tu happy mother set, dapat sekali masa ku beli techni ice rm48. Ku guna beg ni letak ebm kalau jenjalan. Tahap kesejukannya maintain (ku letak chiller coleman brite ice & 6 ketul techni ice) tapi lama-lama ku tengok kat bahagian bawah beg ni pon dah lembab, air dari ais tu menyerap skit-skit ke fabrik luar die (bila kering nampak mcm berpeta dah kat belah bawah). Cooler beg yang besar tu ku beli dari maryaaa. Brand Alfio Raldo,ku guna letak frozen&fresh EBM kalau nak jalan jauh. Beg ni tahan sejuk walaupun besar tapi sejuk tetap maintan juga lebih kurang 8 jam. Yang bestnya, bile ais2 tu dah berair, bahagian bawah die tak bocor atau menyerap air mcm beg2 lainn. Sekian lah sehaja sesi menunjuks cooler beg ku ini..hihi!

Maintaining milk supply thru pumping

Kali ni ku nak bersharing sekali lagi bagaimana kita nak mengekal pengeluaran susu dengan hanya mengepam. Sekali lagi rumusan daripada artikel yang ku cedok sana sini dan ku susun mengikut pemahaman ku serta dicampur tolak dengan pengalaman ku sebagai pengepam tegar. Sebagaimana yang kita tahu nursing dan pumping adalah sesuatu yang berlainan. Didalam konsep untuk membina bekalan, nursing didapati lebih mudah daripada mengepam kerana bayi secara efektifnya akan menyusukan on demand dan dengan stimulasi yang telah didapati, badan akan segera membina supply. Kita tidak perlu untuk mengingati bila waktu yang terakhir kita mengepam dan waktu-waktu yang seterusnya untuk mengepam lagi. Oleh itu bayi adalah stimulasi yang terbaik untuk menyakinkan breast untuk menghasilkan susu daripada pam.

Berikut adalah tips2 untuk membina/me-maintain bekalan susu if you ended up with pumping:

1. Breastpump
Pam yang efektif adalah sangat2 crucial didalam isu ini. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Dikhuatiri pam yang kurang berkualiti akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman. Saya petik kata-kata yang pernah saya dengar ‘a pump should never hurts!

2. Ketetapan waktu mengepam
Ketetapan waktu mengepam juga adalah sama penting dengan kekerapan mengepam. Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Ini kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan meng-adjust untuk menghasilkan lebih susu. Hasilnya seseorang itu akan merasakan susunya tiada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. Percayalah ada masa yang kita akan terlepas waktu yang sepatutnya mengepam. Kerana saya juga begitu 🙂 oleh itu buat satu jadual dan tampal di fridge! atau set timing di telefon bimbit! Bagi yang baru-baru mengepam ini, konsisten di bulan2 yang pertama sangat penting. Dan selepas itu anda boleh mengadjustnya mengikut fleksibiliti anda tetapi masih mengekal frekuensi pengepaman yang sama.

Sebagai contoh jadual saya, pada awal bulan pertama saya mengepam (sepanjang tempoh 4 bulan ini), saya memulakan frekuensi pengepaman sy hanya sebanyak 5-6 kali sehari sahaja (masa tu takde ilmu lagi) selepas itu saya terus meningkatkan frekuensi sekurang 8-10 kali sehari. Saya juga mengepam pada waktu tengah malam. Boleh dikatakan tanpa henti!. Apabila pengeluaran tenusu saya sudah stabil, saya mula mengadjust sedikit waktu pengepaman dimana saya tidak lagi mengepam di waktu tengah2 malam dan tidak lagi mengepam setiap 2 jam sekali tetapi selang 2.5 jam atau 3 jam.

3. Buat jadual mirip seperti penyusuan bayi
Seperti yang saya dah ceritakan dientri yang lepas, kejayaan mengepam ini bergantung kepada jumlah kekerapan mengepam ini. Bagaimana bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali sehingan 7-8 kali sehari, same goes to pumping as well!Insyallah jika kita mengepam mengikut jadual peluang untuk mengeluarkan susu yang lebih daripada bayi kita perlukan. Oleh kerana pam kurang efektif daripada bayi untuk menghasilkan supply, jadi kita PERLU untuk over-supply pengeluaran susu sebagai bekalan.

Ku & Botol-botolku..

Sebagai EP’er sejati ni, ku perlukan botol yang amat banyak.

Kenapa? Sebab ku tak larat nak basuh botol setiap 2 jam (secara sound directnya ku malas lah). Ku nak jadikan tugas-tugas EP’ing ku semudah yang mungkin. Jadi ku tak perlu la nak basuh botol lapan kali sehari. Ku guna,ku kumpul dan ku basuh. (Tapi kadang-kadang sampai habis botol yang bersih tu baru ku nak terkedek-kedek nak basuh). Ibu ku berkata…’banyaknya botol, masa kau kecik dulu, adalah 2-3 botol je, pas guna basuh..bla..bla…bla’. Adeh..malas kah aku?

Tips untuk ‘Exclusive pumping’

Ku nak berkongsi tips untuk menjayakan ‘exclusive pumping’ inih. Tip-tip yang telah ku rojak kan bahasanya ikut suka-suki ku. Kebanyakan ku compile dari apa yang telah ku baca dan telah & sedang ku praktikkan. Perlu ku tekankan bahawa mengepam pada awal-awal kelahiran adalah kurang ideal, kerana anda perlu susukan bayi anda sekerap yang mungkin dan bagi menggelakkan bayi anda keliru puting dan sebagainya Kecualilah atas sebab-sebab tertentu yang menjadikan exclusive pumping ini sebagai option to FM. Dimasa yang sama cuba letak bayi anda dibreast sekerap mana yang mungkin.


1. Determination, Patience & support


Ketiga-tiga elemen ini penting untuk meneruskan usaha exclusive pumping ini. Kerana tanpanya kebanyakan ibu-ibu akan mudah mengalah untuk terus memberikan susu ibu kepada bayi mereka dan sedikit demi sedikit memberikan FM kepada bayi mereka. Sudahlah ditambah dengan keengganan bayi mereka untuk menyusu secara direct, ibu-ibu pula terpaksa berusaha untuk memerah susu ke dalam botol demi untuk menyambung usaha penyusuan susu ibu ini. Ya! saya boleh katakan ianya bukan mudah untuk dilaksanakan tanpa ketiga-tiga elemen tersebut.


2. Frequent pumping


Saya berpendapat, sesi mengepam yang kerap adalah SANGAT-SANGAT penting. Penting bagi mengisi waktu-waktu kita tidak menyusukan bayi. Sebagaimana kata-kata ‘susuilah bayi anda sekerap yang mungkin selepas kelahiran’, ini adalah satu statement yang amat-amat penting yang saya telah abaikan dek kerana ceteknya pengetahuan saya dalam bab penyusuan ini. Begitu jugalah dengan sesi mengepaman yang harus ‘mimick’ dengan waktu-waktu penyusuan bayi. Sebab itu sesi mengepam sekurang-kurang 8 kali sehari adalah disarankan dan itu yang saya sedang lakukan dlm beberapa bulan ini. Lakukan setiap sesi pengepaman untuk setiap 2-3 jam sekali. Lakukan perahan selama 20-30 minit setiap breast.


3. A quality breastpump with double pumping


Double pumping telah terbukti dapat meningkatkan pengeluaran susu. Di mana, level prolaktin didalam darah adalah tinggi bila breast dirangsangkan(diperah) serentak. Dapat kan pam yang berkualiti adalah sangat penting dalam usaha ini, dimana pam yang tidak sesuai (menyakitkan, memenatkan, etc) akan membantutkan usaha pengepaman esklusif anda. Saya mula meng-express dengan menggunakan manual-single pump dimana saya hanya dapat purata 10 oz satu hari ditambah dengan sesi pengepaman yang sedikit sekitar 4-5 kali sehari. Sehinggalah saya bertukar ke electric double pumping dimana saya dapat mengumpul lebih 30 oz sehari dengan masa yang lebih jimat. (Note: ianya perlukan kesabaran dan tidak datang dlm sekelip mata).

4. Schedule & record pumping session


Cuba buat satu jadual waktu-waktu pengepaman supaya anda tidak terlepas sesi pengepaman. Setelah itu catatkan waktu dan jumlah hasil tenusu anda supaya anda tahu berapa kuantiti susu yang badan anda produce untuk satu hari. Itulah yang saya lakukan supaya saya sentiasa alert dengan perubahan kuantiti susu badan yang dikeluarkan hari. Saya juga merekodkan kuantiti EBM yang diminum oleh anak saya, supaya saya tahu (what to expect) berapa yang sy perlukan pada waktu mengepam. Selain dari itu, ianya boleh dijadikann sebagai pembakar semangat untuk terus mengepam apabila anda melihat rekod tenusu yang dihasilkan semakin lama semakin bertambah!.


5. Galactagogues


Juga dikenali sebagai pemakanan tambahan untuk menambahkan bekalan susu. Berbagai jenis penyediaan herba yang boleh diambil sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan pengeluaran susu sebagai contoh Fenugreek, blessed thistle, pil ASI, oats, soya, jantung pisang dan bermacam-macam lagi. Jika pengambilan herba tidak juga dapat meningkatkan pengeluaran susu, pengambilan ubat-ubat seperti Domperidone (Motilium), Maxolon dan sebagainya boleh dipertimbangkan tetapi hendaklah diambil atas nasihat doktor. Apa yang menjadi amalan seharian saya untuk ketika adalah pengambilan susu untuk ibu menyusu (setelah mencuba pelbagai rasa, Anmum Lacta adalah yang paling sedap bagi saya) sebanyak 2x sehari bersama oats berselang-seli dengan soya, air longan dan kurma, horliks serta sebagainya. Disamping saya juga mengambil Fenugreek pada kadar 3 biji satu hari bersama-sama vitamin B complex & Vitamin C. Selebihnya adalah minum air masak pada kadar yang banyak sekali.


6. Multi-tasking while expressing


Semasa anda mengepam, isilah masa-masa tersebut dengan membaca, melayari internet dan sebagainya bagi mengelakkan tumpuan hanya pada proses mengepam sahaja. Ini kerana, anda akan lebih mudah boring, hilang sabar kerana kerap melihat jumlah yang dipam. Bagi mereka-mereka yang hanya mengepam kerap seperti saya akan merasa proses ini amatkah memenatkan kerana ianya acapkali dan akan berterusan untuk jangka masa yang agak panjang. Oleh kerana itu, jadikan sesi-sesi pengepaman anda lebih seronok dan mengujakan.


Ini sahajalah yang dapat ku kongsikan untuk setakat ini. Ku suka kiranya, mereka-mereka diluar sana yang ingin berkongsi tips atau menambahbaikan pada artikel ku ini.

Expressing Routine

Hari-hari ku dimulai dengan tugas mengepam.
Ku mengisi waktu yang tidak didirect BF kan dengan fully mengepam.

Linkungan waktu-waktu pengepaman ku:
Pagi

7.00am-10.00a.m-12.00p.m
Petang
2.00p.m-4.00p.m-6.00p.m
Malam

8.00p.m-10.00p.m-12.00a.m

Tgh Malam
Time ni Azri layan direct BF (selalunya mamai-mamai je) dan ku akan sambung dgn pam juga utk kosong kat breast.

*Waktu2 ini akan ‘lari’ sedikit jika ku keluar berjalan-jalan bagai. Tapi yang walau ape pun ku mesti akan cukupkan 8-9x sesi pengepaman utk satu hari.

Lembaran kiri: ‘Pumping log’ & Lembaran kanan: ‘Azri’s Feeding log’

Buku ‘log’ yang merekod kan tarikh,masa & jumlah hasil tenusu ku pada setiap kali sesi pengepaman ku. Dan juga merekodkan EBM yang azri minum setiap hari.

Ku nak letak juga hasil tenuku, tak kiwe lah!. Ku eksaited.Tidaklah mewah, jika dibandingkan dgn yang lain (ade yang dpt 2-3botol penuh skali pam!) tapi cukup untuk keperluan Azri ku itu. Sebab dulu pendapatan ku tak sebegini. Seperti biasa, ku tetap heran, yang kiri akan lebih banyak dari yang kanan. Semoga bekalan ku ini akan tetap berterusan sehingga Azri setahun kelak, Amin!Toceh!

Patah sudah corong spectraku…

Wahh, tengok title tu macam ganazz jer bunyinye. Bukan patah dua tawww. Hanya patah ditempat nak cucuk tiub sahaja. Dush, sket jer patahnye, terus tak boleh dipakai. Sob!sob!. Ini sume gara-gara ku panicks melihat stok fresh EBM Azri yg menyusut,lantas ku jadi tergesa-gesa sungguh nak mengepam. Kalau nak diikutkan carta hasil tenusuku itu, macam biasa je pengeluaran ku. Ku rasa Azri ku ni dah kena growth spurt la. Bukan ku panicks sebab takut Azri tak cukup EBM, sebab frozen EBM ku banyak lagi tapi ku risau Azri yang memang tak suke nak minum frozen EBM tu. Dia minum selow-selow. Kadang-kadang tak habis. Nasib ku ada corong i-spectra ku sebagai galang gantinya.

Lihat yang belah kiri tu, ku dah bulatkan tempat yang patah hati itu. Nampak dakk garisan yang wane merah itu. Ku cuba cari serpihannya tapi dah kemana melantunnya.

Inilah rupanya stok fresh EBMku yang ku paniks kan sangat tu (tebalnya salji tuh,hihi). Selalunya ku akan sediakan lebih kurang 8 botol x 100ml/3.5oz setiap satu. Tapi disebabkan kekerapan Azri minum sejak kebelakangan ni,terpaksa ku topup yg frozen juga.

Inilah rupa stok frozenku yang tak seberapa ini (orang lain lagi banyak taww) .Tapi ku kembang hidung tengok..hehe. Ye la sebab ku dulu takde satu hapah pon!Ni yg jadi semangatku untuk terus mengepam. ku baru je pindahkan stok frozen ku ke fridge ni sebab freezerku dah tebal dgn salji.