Category Archives: Tutorial Blog

Backup Blog

Kalian pernah dengar tak ada blog yang terdelete bila Blogger buat system pembersihan ke apa ke. Atau kalau tiba-tiba kalian datang mode nak mengodek-godek blog ke, nak sync data dalam blog dengan application yang tiba-tiba entri, gambar-gambar dalam blog semua hilang. Mahu meroyan saya kalau blog tiba-tiba hilang atau gatal-gatal nak make up blog bagai lah konon, tiba-tiba data lost pulak 😦
Jadi sebagai langkah pencegahan, silalah buat akaun backup di platform yang lain seperti WordPress ke, Livejournal, Typepad dan banyak lagi lah platform2 blog free yang lain. Saya pilih WordPress sebagai blog back up saya. Dah lama saya buka account wordpress, kali terakhir saya import data dari Blogger pada tahun 2010. Hari ini saya tergerak nak import semula entri-entri yang selepasnya. Sayang weh takut2 hilang ke apa kan, hehe!
Cemana nak buat tu? Jom kita ikut langkah-langkah dibawah.

 Selepas kalian dah register akaun di WordPress, masuk kedalam ruangan Dashboard WordPress, klik menu Alatan (Oops saya punya pilihan bahasa adalah bahasa Melayu ler) kemudian pilih Import.

 Kemudian pilih jenis platform blog untuk blog yang kalian ada tu. Kalau Blogger, klik pada link Blogger tu.

Sebelum dia masuk ke skrin yang ini, terlebih dahulu wordpress akan mintak authorization dari kita untuk mengakses akaun di Blogger kita itu. Kita perlu klik Grant Access dan ikut langkah-langkah seterusnya. Jika WordPress tidak dapat mengakses akaun Blogger kita, skrin yang atas ini tidak akan terpapar. Dan akan keluar semula arahan untuk mengakses semula akaun Blogger itu dan kalian perlu ikut semula arahan-arahan yang diberikan.

Kemudian setelah WordPress berjaya mengakses akaun Blogger kalian, senarai-senarai blog yang kalian ada dengan Blogger akan terpapar dan klik butang IMPORT pada blog yang kalian hendak import masuk kedalam WordPress. Warna biru diatas kotak tersebut menunjukkan WordPress selesai mengimport data-data yang ada di blog kalian itu, Kemudian boleh view semula blog yang kalian buka tadi di WordPress.

Saya sudah pun selesai mengimport semua entri-entri dari blogspot ke blog wordpress saya, https://xclusivelyxpressing.wordpress.com/ 🙂

Advertisements

Baru nak belajar guna Photoscape

Sorryla kalians, entri jaki acik, hehe! Korang mesti dah terel kan, huhu! Acik yang baru nak tergedek-gedek. Bulan ni pose ni, kurang aktiviti luar, banyakler aktiviti dalam rumah pulak. Sempatler acik belajar sendiri cara-cara nak guna photoscape ni. Hajat dihati nak belajar photoshape (takleh blah), tapi makkk aii, lepas download acik blank bagai nak mula kat mana, hihi!

Selalu tengok gambar orang-orang kat belog diedit dengan kesan-khas yang menarik, acik terliur bagai. Pastu korek-korek, orang kata depa selalu guna photoscape sebab mudah sedikit. Acik pun download lah, tapi download2 pun masih tak tahu camne nak mula, huhu. Dah 2 bulan berlalu dari hari mengdownload ni, hari ni baru leh tahu function-function nya setelah mengugel tutorialnya di internet. Eii, itu pun selow nak masuk otak ni, al-maklum bukan otak ‘designer’ kui-kui!

Hasil pembelajaran acik yang tak seberapa ni, baru lah tahu cemana nak letak lebih dari satu gambar, letak frame dan letak side-effect skit-skit! Haiippp, korang jangan gelaks taww! Ai kan budak baru belajar, pas ni gambar-gambar mak kelass taww, kah kah! (Kalau rajin meng-editlah).

Acik belajar kat sini. Tak habis lagi nih, nak gi sambung dulu! 🙂

Blogging tanpa sempadan

aisey, pic n3 bawah ni takleh ejas plak. Sekali dia keluar gedabak la plakk. Thanks to kak ngah yang bagitahu aku pasal mobile posting ni. So kalau kalian nak tahu cara-cara nak setting mobile posting ni, leh pegi check di belog ini yer. Cuma bila kita add gamba tu dia jadi large la plak. Macam kita nak kecik kan skit eh. Ada ker sape2 tahu? (Kak ngah, ko dah try meroyan dari henpon ker?huhu!)

Mari buat status ‘Off/Online Yahoo Messenger’

Ku dah lama cari benda alah ini juga. Banyak ku jumpa, tapi bila ku paste code die tak pernah yang jadi, asyikk ‘offline’ jer statusnya. Mungkin dah ramai orang tahu benda ni kan, tapi ramai juga yang tak tahu dan nak tahu mana nak dapat dan buat benda ni. Macam diriku juga,huhu. Segan nak bertanya punya pasal. So ku ikhtiar sendiri la..wakaka!. Nak buatnya, mudah sahaja, Langkah-langkahnya sama macam bila anda nak install widget2 lain dalam blog anda. Cuma pergi ker blogger control panel itu, pi kat> ‘layout’, then kat> ‘page elements’ > klik kat ‘Add Gadget’>select ‘add ‘HTML list’ dan copy paste code2 dibawah ini mengikut logo-logo yang anda minati.

*Ingat: Gantikan perkataan ‘hayatiehashim’ itu dengan Yahoo ID anda sendiri.










Selamat mencuba di blog masing-masing yer kawan-kawan!Kalau tak faham dan tidak jadi juga, jangan segan-segan meng-mms ku, ku berbesar-hati menjawab pertanyaan kalians,hihi!

Mari Buat ‘Strikethrough’ & ‘underline’

Wahh, lepas belajar buat print screen, pasni yang ini pula..ngeh ngeh! Ini adalah pertanyaan dari Lin@adwindaa tentang bagaimana kita nak buat ‘STRIKETHROUGH’ dan ‘UNDERLINE’. Mungkin ramai yang dah tahu bagaimana nak buat menatang ini..huhu. Ini just for yang tak tahu macam ku laa.. Thanks for mamadhea for this lesson. Okies, langkah-langkahnya:

1. Selepas anda menaip (meroyan) entri baru anda diruangan COMPOSE. Klik ruangan ‘EDIT HTML ‘ di sebelah compose itu.

2. Pilih mana-mana ayat meroyan anda diruangan ‘Edit Html’ itu sebagai contoh ayat ‘meroyan’kan, kemudian letak simbol ini :

*Kalau hendak edit ni diruangan ‘compose’ pun boleh juga.

4. Untuk membuat ‘Underline’ pula, langkah2nya juga sama. Cuma letak simbol yang berlainan. Contoh:

Okeh, pasni harus ku lihat line-line ini pula dalam entri diblog kalianss, ngeh ngeh!

Mari Belajar buat ‘Print Screen’

hoho…kali ni ku nak share macammana nak buat ‘print screen’ ini atau ‘prt sc’. Thanks to kak sue. Ku selalu nampak beliau suka meng-insert image2 dari print screen juga. Ku dari dulu nak tahu cemana nak buat benda alah tu. Sekarang ku sudah tahu bagaimana. Senang jer, huhu!. Kalau ada yang dah tahu, layannn jer lah, hihi. Langkah-langkahnya adalah:

1. Perhatikan/cari button ‘prt sc’ pada keyboard anda dahulu.
2. Layari/masuk mana web; sebagai contoh, jika anda nak save image muka depan laman web susu ibu dan letakkan di blog anda>
3. Tekan button ‘prt sc’ itu dikeyboard anda
4. Open ‘paint’ file, dan paste dan edit disitu.

Pasni, harus ku asyik2 ‘print screen’ sahaja untuk entri-entri ku kelak sampai kalian buring,ekeke.