Category Archives: Tudung

Shopping Shawls @Butik Sugarscarf

Ahad lepas buat pertama kalinya saya ke Butik Sugarscarf. Memang dah aimed nak sambar 2-3 shawl yang saya usha kat FB tapi takut2 nak beli online sebab nanti tak masuk plak corak tu dengan muka akak ni..huhu. Senang je lokasinya rupanya (set GPS senang la) encik husby la tukang bawa..hehe!

Yang deretan kanan tu shawls Ayami dan deretan kiri tu shawls Jazreen. Best sebab dapat fitting terus. Saya memang jatuh chenta dengan Sugarscarf sejak beli 1st shawl dulu. Harga pun affordable la. Bukan berkira tapi saya memang tak minat kalau harga dengan barang tu macam tak berapa nak kena..huhu.

Azri escort saya, abah duduk dalam kereta jaga izzet yang tidur. Oh lagi satu, susah parking area tu. Hari minggu meriah dengan orang2 yang datang nak shopping kain tudung bagai. Mentang2 lah semua kedai dekat2, Jakel, Fareeda, Pearl Haya dan macam2 lagi lah butik.

Fitting punya fitting, 3 corak ni yang saya sambar. Corak tribal tu tak berapa nak suka tapi sebab nak ikut trend la konon dan alang2 dah sampai sini, sambar je lah sekali.Yang kiri kanan tu memang suka giler. Tapi kalau corak2 yang hot tu awal2 dah sold out, orang sambar online. Macam corak tribal yang saya beli dulu tu pun takda lagi kat butik. Nasib baik dah sambar online je.

Hasil tangkapan hari itu, hihi. Corak Splash Paint Orange tu Jazreen (chiffon). Ada orang tak suka chiffon sebab licin. Saya suka sebab ringan, tak panas, kalau basuh cepat kering. Kalau pakai dengan inner cotton takda masalah, terletak je. Corak tribal dengan black heart tu Ayami (Cotton silky), cotton tapi licin macam satin skit.

Hari nak balik BP tu teruslah melaram, apa lagi, hihi! 

Advertisements

Tribal oh Tribal!

Saya macam dah suka shawl2 dari Sugarscarf. Masuk ni dah kali kedua saya beli shawl online kat sini. Asyik duk tengok orang pakai corak tribal sana sini..teringin gak nak cuba..huhu.


Kebetulan Sugarscarf keluar koleksi shawl Jazreen corak baru2. Tak tahu nak pilih antara dua ni. Ikut hati tamak nak je dua2..huhu takpa rilek2. Nanti keluar baru lagi nak juga. Last2 saya pilih corak kiri tu.


Tadaaaa..dapat je terus rasmi. Tak sia2 pilih corak tribal yg gelap skit tu. Saya sukeee!.


Melaram pakai gi melawat kawan yang baru dapat baby..hehe

#Jarang dah pakai tudung awning kalau jenjalan sekarang ni. Pakai tudung awning time nak gi amik anak sekolah dan gi pasar je..huhu.

posted from Bloggeroid

Sesi Belajar mengikat Pashmina

Rentetan dari entri tudung sebelum ini, hihi! Terjumpa pula pashmina yang lama sudah dibeli tapi selalu di buat cover badan ala-ala selimut je. Kalau nak buat tudung pun tak reti nak membelit-belitnya.

Teringin pula gedik-gedik nak menerai, dengan pantas saya terus menggunakan khidmat ‘Pak Gugel’ tentang cara-cara memakai, mengikat, membelit pashmina itu, hihi! Jumpa link yang pertama disini terus lah cuba. Paling simple rasanya. Ada banyak lagi yang lain-lain.

Nah, hasilnya..
Er, abaikan lah kekusaman wajah ku itu yer, hihi! Duduk rumah gini lah, encik suami pun jauh dimata, kih kih!

Tak tahu lah betul ke idakk cara belitan. Ambik ko, keronsang rama-rama itu asal boleh, haha! Motif sebenarnya nak tahu sama ada nampak ‘bolat’ ke wajah saya kalau pakai tudung ala-ala shawl, pashmina dan yang seangkatan dengannya sebab takda Awning kan.

Siap pose pandangan sisi juga, ahaks!

Bahagian depan pula. Er betul ker depan dia nih, rasa cam tak betul pun ada,huhu. Memang pemakaian tuung gini, memang penyudahnya tidak simetrikal kah? Adeh, panas juga dok belit-belit gini. Baru melaram kat rumah, udah berpeluh-peluh. Ke jenis pashmina saya beli tebal agaknya, huhu! Sekali lagi persoalan, sempatkah acik nak membelit-belit gini,? (^_^)

Lepas ini saya nak try ikatan begini pula, ala-ala stail ‘Jedi’.. kih kih!