Category Archives: Titisan Emas

Sekitar Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012

Baru hari ini saya sempat untuk mengupdate cerita sepanjang Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 yang bertempat di auditorium Perpustakaan Negara sabtu yang lepas. Keterujaan pun sudah habis, hihi!.
Moh lah kita terus layan cerita bergambar sepanjang setengah hari program tersebut berlangsung…
Seawal 8.30 pagi auditorium pun semakin penuh dengan kehadiran pada jemputan dari pelbagai agensi dan orang awam. Jauh disudut hati gusar adakah auditorium ini boleh memuatkan kesemua jemputan yang telah dijemput. Tu belum campur yang walk-in lagi.
Nahh..memang tidak dijangkakan tempat duduk penuh, sebahagian yang datang pada tengah-tengah program terpaksa duduk di kerusi tambahan dibelakang dan diluar auditorium malah ada yang duduk ditangga.
Acara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh Yang Berbahagia Datin Hajjah Che Zu Bt Zakaria, isteri Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.
Selepas itu, acara diteruskan lagi dengan perasmian Kumpulan Titisan Emas (Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WP KL & P).
Saya berdebar menanti nama dipanggil sebagai Pengerusi Kumpulan TE untuk menerima simbolik penghargaan daripada Datin.
Tengah menerima simbolik nih. Aiseh cameraman nya nun jauh diatas, hehe!
Bergambar bersama sejurus selepas acara perasmian. besarnya akak,huhu!
Kemudian, acara dimulakan oleh Malaysian Babywearers sebagai pembuka tirai dengan ceramah dan demonstrasi yang bertajuk “Mengendong Bayi, Memudahkan Asuhan”. 

Acara seterusnya pula adalah Forum Perbincangan yang bertajuk “Dilema Wanita Bandar: Tidakkan Glamor Menyusu Susu Ibu?. Bersama dengan 3 panel jemputan iaitu Dr Faridah Idris, Pensyarah Fakulti Perubatan UPM, Ustaz Nushi Mahfodz, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan selebriti Serina Redzuwan yang juga menyusukan anak-anaknya secara esklusif.

Sempat acik bergambar poloks2 semasa menyambut kedatangan beliau dibilik menunggu VIP, jangan jeles! 😛

Kesemua panel-panel sedang menunggu dibilik VIP sebelum acara forum perbincangan bermula. Sambil tu meh lah kita bergambar-gambar sat yer!

Hahh, sementara itu model-model mantops sedang bersiap-siap dengan pakaian masing-masing di bilik persalinan sebelum acara fesyen ibu menyusu dan hamil. Jutaan terima kasih kepada pihak DNA, Mumsdreams dan Suri Nursing Couture yang sudi menaja pakaian-pakaian tersebut.

Dan tak lupa juga pada model-model yang volunteer pada hari tersebut. Korang memang sangat sporting  dan ‘malatops’. Kompon ahkak calling-calling lagi korang untuk next event yer! Eh macam Runaway manager lak, hahah!

Di ruang legar Perpustakaan juga berlangsungkan booth-booth pameran kesihatan seperti dari Jabatan Kesihatan, Kaunseling penyusuan dari Titisan Emas, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), dan juga Malaysian Babywearers (MBW).

Alhamdulillah, selesai juga program Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 yang telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Kesihatan WP KL&P dengan kerjasama Kumpulan Titisan Emas. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan TE yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program ini.

Gambar-gambar diatas adalah daripada kamera HP sendiri dan juga Puan As Niza. Untuk gambar-gambar yang lain sepanjang program ini, jemput tengok  Album Titisan Emas di Facebook.


Sesi fitting @Butik DNA

                       
Ahad yang lepas saya ke butik DNA di The Curve, Damansara bagi mengescort sesi fitting baju-baju nursing dan maternity oleh model-model yang dah volunteer untuk Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 yang akan berlangsung pada hari sabtu ini. Sesi fitting yang berlangsung pada hari sabtu dan ahad tapi saya incharge untuk model yang datang pada hari ahad.

Assistant butik DNA yang sedang memilih-milih baju yang sesuai untuk model-model, acu dik jangan tak acu, hehe!

 Erkk..bolattnya muka saya. Sib baik tak jadi model sekali kalau tidak harus pening saiz apa yang sesuai dengan saya, haha!

Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Wilayan persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

Semua kawan-kawan di jemput hadir Karnival Minggun Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Karnival ini adalah anjuran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya dengan kerjasaman Kumpulan Titisan Emas pada hari tersebut akan diadakan pelancaran Kumpulan Titisan Emas peringkat WP & KL secara rasmi. Tarikh dan tempat adalah seperti dalam poster diatas.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka diantaranya adalah:

Forum Perbincangan: “Dilema Wanita Bandar: Tidakkah Glamor Menyusu Susu Ibu?”
Pertunjukkan Fesyen Ibu Hamil & Ibu Menyusu.
Permainan & Hadiah menarik untuk kanak-kanak (4-12 tahun)
Pertandingan ‘SPEED and COMPLETE’ istimewa untuk para bapa!.

Turut TERSEDIA:

Booth Pameran dan Jualan
Kawasan Parkir yang banyak dan percuma!
Makanan disediakan
Bilik khas menyusu Si Manja
Bilik aktiviti kanak-kanak beserta (teater, bilik muzik, makanan dan minuman, tandas dan lain-lain) berserta TAG keselamatan turut disediakan.

Kesemuanya adalah PERCUMA!! Jom jumpa kami disana!

*Mohon kawan-kawan untuk hebahkan lagi Karnival ini! 🙂




Sekitar PKS TE ke-3 @Taman Tasik Titiwangsa

 Hampir nak seminggu baru berkesempatan nak upload gambar-gambar PKS TE yang ke3 yang berlangsung pada hari ahad yang lalu. Buat pertama kalinya diadakan di Taman Tasik Titiwangsa.

Oh dalam banyak-banyak SGM/PKS yang saya pergi saya paling suka di Taman Tasik titiwangsa. Sebab betul-betul berhadapan dengan playground yang sangat besar. Jadi anak-anak yang besar memang tidak menghiraukan mak-mak yang berkampung dibawah gazebo ini..hehe!

Yang tinggal cuma anak-anak kecik yang tak tahu duduk setempat je, hehe!
Topik perbincangan PKS pada kali ini adalah  Penyusuan Susu Ibu Menjelang Ramadhan. Seperti biasalah ibu-ibu yang hadir berkongsi cerita, tips dan info-info yang mereka tahu mengenai puasa dan penyusuan ini. Hai acik laa ni malas sungguh nak buat karangan berilmiah lagi, huhu! Boleh baca karangan mengenai topik yang dibincangkan ini diblog ely yer. 🙂
Selebihnya jom kita layan gambar je lah!…

Tak ketinggalan gelagat anak-anak yang sempat dirakamkam…
                                      
Ijet, apo yang ekau tengango tu?

Ohhh patut lah, tengok posing abang yang dah macam ala-ala pop ye yeh ni, hahaha!

Terima kasih kepada ibu-ibu yang sudi hadir pada PKS kali ini. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaat bersama. Insyallah tiada aral, kita akan berjumpa lagi pada PKS ke-4 pada bulan September nanti (Dua bulan cuti PKS, hoorayy! ehh?)

Ceramah Penyusuan @KKIA Tanglin

Ceramah lagi, sempena hari ibu yang jatuh pada bulan 5,  ini saya mendapat banyak jemputan mewakili kumpulan sokongan Titisan Emas untuk memberikan ceramah penyusuan . Ceramah di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tanglin, jalan Cenderasi ini adalah siri yang terakhir. Alhamdulillah dapat juga memenuhi jemputan yang diberikan walaupun ada yang tidak dapat dipenuhi kerana kekangan dari tugas2 yang lain.

 Saya bersama rakan Titisan Emas yang menemani dan membantu untuk sesi praktikal. Terima kasih Ajui 🙂

 Masalah teknikal sedikit, projector itu tak boleh disambung terus ke laptop saya.

 Semua ibu-ibu yang hadir ini dibawa dari setiap KKIA yang ada dibawah zon lembah pantai ini.

 Demo menyediakan makanan secara sihat dan berkhasiat.

Alhamdulillah, dapat juga menyudahkan ‘marathon’ untuk slot Titisan Emas bersama KKIA. Senyum-senyum..hehe!

Ceramah Penyusuan @ KKIA Koperasi Polis 2

Sabtu yang lepas saya dijemput untuk memberi ceramah mengenai penyusuan mewakili Kumpulan Sokongan Titisan Emas di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Taman Koperasi Polis 2 sempena program mereka. Kami dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai penyusuan susu ibu…

 

Saya ditemani oleh rakan sekumpulan, sedang membuat persiapan bidang terjun sebenarnya. Membuat model payudara ‘segera’ hehe! Dan mengupdate slide disaat-saat akhir.

Sebelum program bermula, semua peserta diberi ujian permulaan yang ringkas. Agak-agak leh dapat full mark tak? 🙂

 Sesi praktikal demo posisi penyusuan. Beberapa orang peserta dipilih untuk mencuba mengayakan posisi penyusuan tanpa menunjukkan gambar yang sebetulnya. Mengikut rasa hati sendiri. Kemudian peserta-peserta yang lain diminta untuk membetulkan dan memberi cadangan lain mengikut pemahaman mereka pula.

 Kemudian sesi praktikal memerah menggunakkan teknik marmet. Kesemua peserta dibelon dan dikehendaki membuat payudara masing-masing. Kemudian menggunakan belon tersebut untuk sesi latihan memerah menggunakan teknik marmet.

Secara keseluruhan sesi ceramah mengambil masa hampir 2 jam! Pada slot yang diberikan 1 1/2 jam. Mujur slot yang terakhir. Stok tak berhenti bercakap merapu-rapu..haha! Seronok sebenarnya bila kita diberi peluang untuk bercerita tentang penyusuan kan…

 Sedikit cenderahati dari Pegawai Sains Pemakanan Zon Titiwangsa, Pn Shuhada. Terima kasih tidak terhingga daripada kami, kumpulan sokongan kerana diberikan peluang untuk memperkenalkan diri kepada komuniti disana. 🙂


Titisan Emas @KKIA Batu

Haruslah saya mereport disini kan walaupun tak dapat ambil gambar beraksi dihari kejadian, hehe. Semalam saya ke KKIA Batu, Jalan Ipoh bagi mewakili Kumpulan Sokongan WPKL & P iaitu Titisan Emas sempena Sambutan Hari Pendidikan Wanita. Saya hampir terlupa nak minta tolong cik-cik jururawat tolong ambil gambar retis aii sebab slot saya yang mula-mula pula. Biasanya slot untuk memperkenalkan kumpulan sokongan ni diakhir-akhir program..

Ok lah dapat lah sekeping gambar semasa pemberian cenderahati dari Sister KKIA Batu. Terima kasih warga KKIA Batu kerana menjemput Titisan Emas. 🙂

Kalau ke program anjuan Jabatan kesihatan memang tak lepas dari mendapat ole-oleh yang berbentuk pamplet dan pelbagai lagi risalah mengenai penyusuan, pemakanan dan sebagainya.

Yang ini pula ole-oleh sewaktu mesyuarat di JKWP tempohari jangan jelezzz 😛
Walaupun berkhidmat secara sukarela tanpa mengharapkan balasan wang ringgit, apa sahaja yang diberikan pasti memberikan keterujaan kepada saya, lebih-lebih lagi bila dapat cenderahati yang berbentuk informasi dan maklumat yang boleh dimanfaatkan.
Bulan ini Titisan Emas banyak dijemput untuk slot sambutan program di KKIA sekitar KL dan Putrajaya. Sebahagian lagi tugas mewakil kan TE diambil alih oleh rakan-rakan TE yang lain. Tak mampu acik nak terjah kesemuanya, huhu!

Diari pengerusi

Saya ada beli 2012 Planner tapi misplaced tah kemana. Last2 saya rembat planner budak2, Diari Sarah yang saya dapat di pesta buku MPH yang lalu. Diari Sarah pun diari sarah lah janji ada planner. Eh apa motif entri hari ini? eh blog ai kan diari ai, hihi!

Bulan hadapan bermulanya marathon dari satu KKIA ke KKIA. Ada 7 KKIA yang saya harus terjah mewakili kumpulan TE, sempena program yang telah mereka rangka. KKIA-KKIA tersebut adalah:

1. Klinik Ibu dan Anak Taman Sri Rampai
2. Klinik Ibu dan Anak Batu
3. Klinik Ibu dan Anak Jln Raja Abdullah
4. Klinik Ibu dan Anak Pasar Moden Gombak
5. Klinik Ibu dan Anak Desa Pandan
6. Klinik Kesihatan Tanglin
7. Klinik Ibu dan Anak Taman Koperasi Polis.

Semoga niat dan urusan dalam Penyusuan Susu Ibu saya ini dipermudahkan, amin!

Ceramah Antenatal di KK Jinjang

Semalam saya ke Klinik Kesihatan Jinjang sempena Program Ceramah Antenal mereka. Kumpulan Titisan Emas djemput untuk salah satu slot kumpulan sokongan. Pertama kali saya ke KK Jinjang menyebabkan saya sesat barat. Mujur sampai ngam2 sahaja slot kami hendak bermula. 

Saya bersama  2 orang wakil kumpulan TE yang datang untuk memberikan ceramah berkaitan Penyusuan Susu Ibu dan Kumpulan sokongan.

Pasangan bakal ibu bapa yang hadir pada hari tersebut, kebanyakkannya adalah baru pertama kali bakal menjadi ibu dan bapa.

 Alhamdulillah, selasai program akhir untuk TE bersama KK/KKIA untuk bulan April ini. Sesi untuk bulan Mei pula bakal menunggu pula. Bulan Mei adalah siri TE jelajah KK/KKIA, semoga dipermudahkan!.

Kelas Memasak ‘Smart Mum Healthy Food’

Titisan Emas akan mengadakan program Kelas Memasak ‘Smart Mum Healthy Food’ anjuran bersama Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Didalam kelas memasak ini kita akan mempelajari 4 menu masakan dengan cara memasak yang lebih sihat. Objektif program ini adalah:

1.  Memberi kemahiran menyediakan menu yang lazat,sihat dan selamat untuk ahli keluarga
2.  Memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari kemahiran menyediakan makanan yang boleh dikomersialkan.

Program selama satu hari tersebut termasuklah dengan makan & minum berserta dengan sijil penyertaan. Butiran program adalah seperti berikut:

Program: Kelas Memasak ‘Smart Mum Healthy Food’

Tarikh: 13 Mei 2012
Masa: 8am-4.30am
Tempat: Dapur Sihat, Jabatan Kesihatan WPKL& P, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.
Yuran: RM150

Bagi yang berminat, boleh reply komen disini berserta email dan saya akan akan e-mailkan butiran akaun bank untuk proses pembayaran. Jom jumpa ada disana! 🙂