Category Archives: The House of Happiness

The House of Happiness

Hehe title sempena filem “The pursuit of Happiness”..

Semalam pusing2 lagi kat rumah baru. Kebetulan orang tengah pasang meter. So dapat lah masuk. Kunci belum dapat lagi tapi everything semua dah setel..skit hari lagi kot. Tinggal depa nak masuk air je pula.


Anak2 dah seronok berlari kehulur kehilir kat laman. Tak sabarnya kami nak masuk rumah ni


Ada family hall. Dah berangan nak buat tempat aktiviti family kat sini, bersantai, tengok tv, aktivi2 dgn anak2..yo la sangattt!


Azri dah pilih bilik dia kat belah kanan tu..hehe dekat skit dgn master bedroom. Tak sempat nak snap lagi pasal org tu nak kunci pintu dah. Dan yang paling saya suka, bathroom tak sharing. Setiap bilik ada bilik air sendiri..I loike 🙂

Sementara tu kitorg dah survey2 gak perabot2 kat sini..antara yg dah dalam KIV list, (kiv je tak beli pun lagi hehe!):


Display cabinet utk ruang tamu. Sekali dgn sofa.


Saya tertarik dgn kitchen Bar counter ni..tapi tak pasti la boleh masuk ke dak kat ruang dapur yg agak terhad skit lepas letak kitchen cabinet nanti. Ruang dapur ni kena extend lagi sampai belakang baru rasa luas..


Saya macam nak pilih meja makan bulat sebab ruang dining pun agak terhad..samaada nak buat kat sebelah tangga tu tapi akan berdepan dengan ruang tamu..atau kat ruang dapur je terus..dipisahkan dengan bar counter tu. Wah excellent ko berangan..haha

Untuk perabot bilik azri dan izzet saya tengah survey antaranya:


Yang ini atau…


Yang ini..dua double decker bed. Kat tempat tangga ada almari bawahnya boleh letak baju.


Yang ini design oversea..saya tengok dekat FB Look4design ..menarik juga. Boleh mintak company atas tu tolong custom made kan..huhu

Wahhh..banyak lagi nak beli ni. Kalau dapat satu rumah nak upload tp nak upload entri ni selowww pasal muntah pic je.. :p

posted from Bloggeroid

Menghitung hari

Hai lah rumah. Bila la nak siap semuanya..tiap2 hari pergi tengok rumah macam orang angau je..ok


No.30.. belum masuk meter dan air lagi..


Rumah kami rumah yang terakhir. Bersebelahan dengan tanah rezab kerajaan. Bagus juga bukak tingkap tgok permandangan hijau. Encik suami dah berangan nak buat itu ini kat sebelah ni. Kalau nak dibangunkan pun lama lagi..menurut agen tu la..huhu

Sementara tu kami tengah suryvey konsep dan perabot2 yang hendak dibeli. Encik boss nak tema putih katanya..huhu. Kalau hendak dihitung memang dari A to z kot kena beli.

Nanti masuk kami bawa beg baju je..huhu. kalau ada yg nak dibawa pun cuma tv, peti ais dan mesin basuh sahaja. Memang sengaja tak beli apa2 masa mula duduk rumah sekarang ni.

posted from Bloggeroid