Category Archives: Studies

Ijazah

Yeahh, sesi menambah cerita lagi. Setelah 8 tahun graduated dari Uniten baru beberapa minggu lepas saya dapat memegang ijazah saya. Ripleys believe it or not! Alkisahnya saya graduate tahun 2003 tapi menghadiri konvo 2004 punya, akibat extend short semester dulu. Sewaktu itu saya dibenarkan menghadiri konvo tetapi bersyarat iaitu tidak akan dapat ijazah yang sebenar selagi baki hutang saya belum diselesaikan. 
So, selama itu saya hanya guna transkrip akademik sahaja sebagai proof of my highest education. Saya tak ingat sama ada baki hutang itu sudah langsai atau tidak sebab pembayaran saya buat secara online transfer sahaja sedikit-sedikit. Dan selepas itu saya bertangguh-tangguh nak kutip ijazah saya semula walaupun Uniten tu sekangkang kera je dengan kajang ni, huhu! Lagipun saya tak fikir dah pun nak dapat ijazah sebenar tu sebab tiada apa keperluan masa tu lagi-lagi bila dah kahwin ni.

Tetapi kali ini akhirnya saya perlukan juga selepas tak larat dah nak tunjuk transkrip je dah la pointer tak comel mana pun, huhu! Terus saya ke bahagian akademik Uniten check status saya, dalam sistem tulis Unblocked sudah, ehh sudah setel kah hutang aku rupanya, haha!?. Siaplah akak tu keruk-keruk kabinet fail yang menyimpan ijazah yang tidak dituntut mengikut tahun konvo. Saya seorang sahaja dalam course FI (finance) yang masih belum tuntut ijazahnya. Saya kata tuannya sudah beranak dua baru laa ni nak amik, adess!.

Ini lah dia rupanya ijazah yang saya tak dapat tengok selama 8 tahun. Mungkin sekarang corak ijazah Uniten sudah lain agaknya. Kalau 8 tahun lepas mungkin saya teruja dengan sekeping kertas ini kerana dapat juga ‘mengenggam segulung ijazah’ (ayat standard, hehe) setelah 4 tahun belajar. Sekarang?hmmmm…

**Tengah dalam mode tak sihat ni, satu rumah dilanda virus selsama, batuk, demam bagai. Get well soon anak-anak!

Advertisements

Saya melepaskanya

Hari sabtu 10haribulan adalah tarikh pendaftaran dan penerimaan ke program UMCCed. Sebagaimana yang semua sedia maklum, permohonan saya ke program tersebut telah pun diterima. Dan saya masih lagi menunggu kata putus encik suami.

Dan pada awal pagi encik suami ada kata yang beliau mahu saya postponed dulu hasrat saya ini. Hmm takpelah saya akur. Mungkin ada hikmah dan sesuatu yang lebih baik untuk saya dilain kali kelak.
Orait, i’m back to my usual routine after a week full of ‘viruses’, dreams of studying dan tak hape-hape lah lagi. A kick off day start with 15 pieces of cloth pad pantyliner waiting to be sewn by me. Aaah, what a productive way to start with. Tunggu ya, will upload the picture when its ready. Kalau tak cantik, saya diam-diam aje, hihi!

Dilema


Kelmarin sampai-sampai sahaja dirumah setelah habis kursus saya telah terpandang envelope beralamat sendiri yang saya tulis. Saya dah boleh agak surat apa tu. Alhamdulillah rupanya permohonan saya untuk ke program profesional diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) telah berjaya.

Sebenarnya saya dalam beberapa bulan ini saya kembali berfikir tentang tahap akademik yang saya inginkan dalam kehidupan. Memandangkan saya tidak punya apa-apa yang perlu lebih untuk diutamakan atau difokus seperti kerjaya dan bisnes, jadi saya fikir sudah tiba masanya saya menambah lagi pencapaian akademik saya.
Niat untuk menyambung ke peringkat Master pasti terdetik kepada semua yang telah mempunyai ijazah, tapi saya dah tidak berminat lagi untuk menyambung jika mengikut bidang yang saya ikuti semasa ijazah dulu. Saya perlukan sesuatu bidang yang relevan dengan dengan status kehidupan saya sekarang.
Saya memang merancang untuk menyambung hingga ke peringkat tertinggi dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak kalau boleh hingga ke peringkat Master dan juga PhD. Jadi saya merancang untuk mengambil program DPAK ini iaitu selama 3 semester iaitu bersamaan dengan 13 bulan. Kemudian berehat dan cuba untuk mencari pengalaman sebagai Pre-school Teacher (mungkin secara part-time) lebih kurang dalam setahun kemudian memohon untuk menyambung ke peringkat Master di UM lagi. Lebih kurang 2 tahun lagi sebelum saya ke peringkat yang seterusnya. Fuh-fuh, tak pastilah perancangan saya ini dapat direalisasikan atau tidak tapi semangat dan mencanak-canak nih!



Takpa, kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan. Walauapapun rancangan saya masih lagi menunggu lampu hijau dan restu daripada encik suami yang belum memberi kata putus lagi. Apa juga keputusan saya akur kerana restu dan keredhaan dari orang yang tersayang itu lebih penting barulah pekerjaan itu menjadi lebih mudah dan diberkati, insyallah!