Category Archives: Solid Food

Panduan Pemakanan Sihat untuk Bayi

Gigih saya scan risalah yang saya dapat semasa mesyuarat dengan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan bulan yang lalu. Panduannya sangat compact dan senang untuk dibaca dan difahami. Risalah itu juga menerangkan jenis-jenis makanan yang sesuai untuk bayi dari 6 bulan hingga 12 bulan. Di muka yang seterusnya siap memberi contoh sajian untuk satu hari yang boleh kita ikuti.

Jom kita baca. Boleh zoom-out kalau tak jelas. 🙂



Bubur lambuk aku

Semalam tiba-tiba aku bercita-cita nak cuba buat bubur lambuk. Saje nak buat untuk azri, sebab aku rasa dia macam suka je( aku yang rasa). Pernah sekali try bagi masa bulan puasa tuhari. Uish, memang laju dia makan. Tapi tu la skali. Baik buat sendiri dari beli tu, tak tahu apeke perisa perencah sume tabur kan. Tapi aku memang tak pernah buat. Aku tanya mak, mak aku pun tak tahu. Mak aku pulak suh aku gugel internet, ceh! Betul juga. Gugel2, aku aku jumpa resepi ini tajuknya ‘bubur lambuk ringkas’. Sebab nama pun ringkas kan, aku tak pandang dah yang lain, kah kah! Meh aku tepek skit bahan-bahan dan cara-caranya. (Tah2 resepi orang lain lagi sedap!…haha mai le share kat aku nanti)

——————————————–
Hidangan untuk 3-4 orang

Bahan A

Daging/ayam (dipotong dadu)
Beras 1 1/2 pot
Lada sulah 5 biji
Udang kering 1 peket kecil
Rempah penumis (Bunga lawang, cengkih, kayu manis)
Bawang merah 5 ulas (dihiris)
Bawang putih 5 ulas (dihiris)
Halia seinci
Garam secukup rasa

Daun sup & bawang untuk hiasan

Cara-caranya:

1. Masak daging/ayam tadi seperti membuat sup sehingga empuk. Masukkan halia yang dipotong halus kedalam sup
2. Masak beras bersama kandungan air setengah dari periuk tadi sehingga menjadi bubur. Tambahkan air jika perlu sehingga nasi menjadi halus
3. Goreng semua rempah penumis tadi dan masukkan kedalam sup.

Apabila bubur sudah menjadi halus
4. Masukkan semua sup daging/ayam yang telah empuk ke dalam bubur tadi dan digaul rata.
5. Bawang putih dan merah digoreng hingga kuning dan dimasukkan kedalam bubur yang telah halus tadi.
6. Udang kering dan lada sulah yang ditumbuk halus dimasukkan kedalam bubur dan digaul rata.
7. Biarkan bubur tadi dimasak selama 5 min selepas memasukkan bahan-bahan tadi
8. Boleh ditambah sedikit santan untuk rasa yang lebih lemak.

—————————————-

Disebabkan aku nak buat untuk azri, improvisela skit bahan2 tu dan tak semua bahan2 tu aku masukkan (tu yang kureng sedap agaknya). Garam2 tu jangan letak, kalau nak perisa leh tabur ikan bilis serbuk tu. Dengan daun2 nya pun takda. Aku amik mana yang ada je lah bahan2nya kat rumah aku. Ini hasilnya berkecah satu dapur.

Ni bahan2 untuk aku je. Bawang merah sebiji bawang puting pun sebiji, dan rempah2 tu serba satu je. Sebab aku masak dua genggam beras je (itupun aku rasa byk terlebih juga tumisan tu selepas dah masak)

Pastu acikk tumis kan kat kuali legam ni sampai naik bau! Masa tumis tu guna lah minyak zaiton ke yer! Kuali ini memang tak ilang dah kaler dia, rasanya dekat nak berbelas tahun juga la. Haha, ikut aku nak campak je. Tapi mak aku kata, jangan membazir, selagi tak rosak ke pape, guna je. (Aduh mak, aku rasa sampai aku bercucu pun kuali ni camni je kui kui)

Sementara nasi tu di masa dahulu.

Kemudian bila nasi dah masa leh campurkan kedua-duanya. Pastu leh letak sedikit santan atau kalau nak letak susu cair pun ok kot. Kalau tak letak pun takpa. Tadaaaaa.. nampak macam sedap. Tapi rasa hmmmmmmm…boleh la! Cubaan pertama kan. Macam makan bubur nasi letak sup je. Rasanya aku kasi 2 dari 5 bintang..haha!

So apa kata ‘chef’ kecik? Hmm..dia makan juga la. Tapi tak habis sangat. Sebab nasinya tak halus sangat lagi, maybe sebab aku tak masak lama lagi. Sebenarnya aku nak nak start ajar dia makan makanan yang tidak diblend lagi. Tapi banyak kali dah try, dia makan tapi muntah balik lepas dah habis masuk tu. Yang aku perasan kalau ada nasi. Haritu bagi dia makan soto nasi lenyek2 habis dia makan, tapi taklama pastu muntah balik. Hmmm

Kisah ikan bilis

“….Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda…”

[Sumber: It’s So Yummy, Mummy! – Easy & Healthy Recipes for Young Children]

Aku sesajer jer explore SI. Klik2 artikel yang ada kat situ. Ada satu artikel tentang solid food. Rasa macam dah baca dulu. Aku baca lagi, sampai aku terperasan ayat yang aku quote diatas. Terus aku teringat kisah bubur ikan bilis azri dulu. Ketuk kepala aku dulu!. Pasal ikan bilis tu lah azri ku sembelit sampai 3 hari tak berak. Sebab masa tu aku buat bubur ikan tu untuk dia. Wah memang berselera dia makan. First time nak cuba letak ikan bilis. Setelah ku tanyakan pada rakan2 macam mana nak prepare ikan bilis tu, nak goreng ker salai ke bagai tanpa aku tanya berapa banyak yang perlu aku letak dalam bubur dia. Ingat secukup rasa je, haha!

So aku pun ambil lah lebih kurang separuh dari segenggam untuk digoreng. Lebih kurang dalam 10 keping jugalah dan aku goreng kering. Sebab 10 keping ikan bilis tu dari pandangan aku tu takdalah banyak mana pun. Kecik-kecik je, hihi!. Selepas dah goreng, aku masukkan kesemuanya (repeat: kesemuanya) sekali ke dalam bubur dan di blend. Oleh kerana aku masak sekali dapat makan sampai esok gak, huhu! Lebih kurang 2 hari gak lah dia makan bubur tu. Masuk hari kedua dia tak berak lagi. aku dah mula cemas. Aku dah agak mungkin sebab ikan bilis tu kot. Tanya punya tanya tentang kuantiti ikan bilis tu rupanya sedikit sahaja untuk ditabur2kan atas bubur tu.!

Berapa ‘sedikit’ tu lah yang ku tak berapa tahu sebenarnya. Kalau ikut citarasa sedikit ku ni, 5 keping pun kira sedikit gak, haha! Sampai ler aku terbaca semula artikel tu, rupa2nya hanya 2 keping ikan bilis jer. Hmm, patutlah sembelit, overdose! Hua hua hua!

Cirit Birit-Part 3

Alhamdulilah..selepas episod cirit-birit disini dan di sini. Azri dah tak cirit birit lagi. Puncanya aku pun tak pasti kenapa. Dah 2-3 hari ini juga azri start makan balik seperti biasa. Menu yang sama bubur+kentang, kenapa mesti kentang? Sebab kalau takda kentang, memang dia akan makan sedikit sahaja. Kali ni takde carrot, last time aku letak carrot, abis suma cirit. Kali ni takda carrot, oklah pulak. Adakah carrot menyebabkan azriku cirit birit? atau mungkin perut dia yang masih muda lagi tu, lom dapat menerima makanan dengan baik. Mungkin pasni aku akan intro carrot balik kat dia selow2. Kadang-kala bila bertalu-talu suapan tu, azriku macam muak dan nak terloya pula. Huh, sabare je lah! Kadang-kadang aku missed juga selang2 satu hari kasi die makan..Huhu, penyakit M melanda lagi..buleh kah itu macam!Atau kena konsisten kasi makan hari2 kah!.Takda pula, die menunjukkan tanda2 lapar ke pape, bila sehari tak makan. Pendek kata, ku rasa kalau die tak makan pun macam takde efek je…huhu. Yang efek kalau tak kasi susu..hihi! So far, consumption EBM azri makan ke tak makan ker, sama jer still >30 oz satu hari..selalunya 34-36 oz sehari.

Cirit Birit-Part 2

Haha..entri ini ada siri juga, seb tak jadi soap operass lak..eheh! Kesinambungan daripada entri cirit-birit azri tuhari. Aku masih lagi tak puas hati, selepas daripada azri cirit birit selepas makan bubur nasi+carrot+kentang. Aku dah stop kan die makan untuk keesokan hari. Alhamdulillah, kurang dah cirit2 tu, pastu bontot die yang merah tu ku sapukan dropolene, pun dah berkurang dah merah dia. Jadi hari ini aku degil lagi,hahaha..aku buatkan dia bubur menu yang sama tapi kali ni fresh jer, ku tak chillkan, sebab ku nak tengok sama ada perut die tak tahan makan bubur yang dah disejukkan ker.

Ye lah, sebab masa 5 hari pertama azri start solid( iaitu pada 23hb april tuhari), 2 hari pertama ku bagi bubur ‘o’, oraiss, pastu 2 hari kemudian ku bagi bubur+carrot pun orais jer, tapi utk menu2 ni die makan sedikit jer. So ku tambahkan kentang dalam bubur dia, kali ni licinn!Pun orais jer. So hari ke-6 dia start makan bubur+kentang+carrot. Dan hasilnya, oraiss jer! makan juga bubur chill yang telah dipanaskan, takdelah poo poo banyak kali. (Faham kah kaliann…hoho). Ni stok tak tunggu ‘4 days wait rule’…haha!

Cirit birit ni start selepas aku balik dari batu pahat pada 2Hb tu hari. Tapi makanan yang sama juga. Selepas satu hari stop, hari ini ku start balik bagi makan yang sama, tapi fresh takda chill2 nya. Pun sama, dia poo poo lagi skit2 sampai 7 helai cd yang ku tukar suma ada cirit2. Jadi conclusionnya bukan sebab bubur sejuk la kot, maybe sebab makan tu kot. Esok ku nak bagi bubur ‘o’ +EBM jer. Tah2 nasi tu kot yang buat dia cirit, haha!..Mak aku dah sebok-sebok suh aku try beli nestum bagai ,dia bajet kalau makan nestum tak cirit-birit..ayoyo aku fenin lagi. Ye la sebab aku ni pun dulu bayi FM+nestum bagai, so susahlah aku nak mengubah mentalitinya..huhu!

Cirit Birit?

Aku hairan apesal azri lepas makan jer terus die poo poo. Awal-awal tuhari taklah macam tu. Start semalam. Makanan masih yang jenis sama nasi+kentang+carrot. Ker memang baby macam tu, ku jer yang tak tahu. Tapi yang bezanya bubur yang azri makan semalam, aku terlebih sudah kan carrot. So jadi oren giler bubur nasi+kentang tu. Aku prepare makanan tu hari ahad pagi. Then ku chill-kan. Semalam still ku bagi balance yang ku fridge kan. Sebab, awal2 tuhari pun ku beri bubur yang dichill-kan (pastu warmkan) pada azri ok jer! Kesian plak ku nengok, pas dah poo poo besar wane carrot bagai tu, ada plak tercirit-cirit skit selang2 2-3 jam. Adoii, ana sudah felik&fenin lalat lah!

Azri&Solid Food-Part 2

Sudah beberapa ku tidak menghapdet meroyan entri. Sebab ku tersangatlah bz menguruskan rumahtanggaku sebelum2 ni sebok urus ‘rumahtangga’ belog jer..ekeke. Dengan kepulangan hubby terchenta lagi, prepare solid food azri lagi,pam lagi..haru, huhu.
Pas beberapa hari azri makan bubur nasi+carrot, masuk hari ke3, azri macam dah xnak mamam dah, makan skit jer, buang yang lebih. Maybe ku lupa nak variasikan makanan tu, tu pasal die rasa mcm die jelak kot. Maklumla first nak kasi anak makan ni. kali ni ku buat nasi+carrot+kentang. Hahh, baru ada perubahan. Azri sukaa, ibu pun sukeeee!Habis die makan.

Cobaan kedua:
Menu: nasi+carrot+kentang
Kuantiti: 2-3 sudu gak laahh
Reaksi azri:

*Kesimpulanya, azri dah pandai mamam dah!Dah pandai buka mulut bila rasa sudu tu. Pastu dah menunjukkan rasa keterujaan untuk menunggu suapan yang seterusnya..haha!Pasni ibu sebok gali2 pasal resepi solid food pulak laaa..

Azri & Solid food pertamanya

Hari ini, pertama kali azri rasa makanan dalam mulut dia. Macam-macam reaksi dia, haru biru ku dibuatnya. Mana nak mengepam, mana nak prepare makanan dia, almaklum la semuanya first time kan. Dah bertambah satu task untuk ku. Kalau tak, dulu, amik EBM warmkan jer, ngeh!

Cobaan pertama:
Menu: Bubur nasi kosong
Kuantiti yang dimakan: Setengah sudu besar
Reaksi azri:

Setelah 2-3 kali suapan, setelah terkenyit2 mata, kembang2 hidung dia, masuk ke4 kalinya, terus dia melalak dah, hahaha! Pastu baru ku offer dia EBM.

Pas makan, minum bagai, terus tido. Haiii, benganggg nampakkk! keh keh!