Category Archives: Sekolah

Alkisah sarapan..

Macam mana ya anak2 kalian ada yang tak sarapan tak sebelum ke sekolah? Azri memang jenis tak makan kalau pagi2 sangat. Even saya buatkan makanan kegemaran dia pun macam ayam goreng, kentang pun dia taknak juga. Air pun taknak minum.

Dia kata nanti lepas balik sekolah dia makan lah. Kat sekolah pun dia tak makan juga. Breakfast sekolah pukul 9am. Sekali sekali je dia makan, kata cikgunya..hmmm.

Kalau kat rumah waktu yang biasa dia mula makan adalah pukul 9am ke atas. Pernah saya bekalkan untuk makan di sekolah tapi tak berusik. Ada sekali dia makan separuh je lepas tu esoknya dia kata tak mahu bawa lagi. Dia kata masa balik nanti je dia makan.


Tapi bila balik sekolah masuk kereta je terus tanya ada bawa apa2 tak. Tak sempat sampai rumah habis dah makanan yang saya bekalkan tu. Kalau nasi, feveret dia memamg nasi goreng.


Lepas tu dia tunjuk semula apa yang dia belajar tu kat saya masa dalam kereta tu juga. Tak menyempat

Dah 2 bulan sekolah ni memang sekali dua je dia sarapan, itu pun sedikit sgt.

posted from Bloggeroid

Advertisements

Eh tak nangis?


Pagi ni buat pertama kalinya dia bangun tanpa menangis. Akhirnya..agaknya ini semua dek kerana kena bawa dia jalan2 naik kereta tengok lampu hiasan dekat Dataran Penggaram.

Sebenarnya dah lebih 2minggu juga hari2 saya kena bawa dia kesana. Tapi dalam masa yang sama saya kenakan syarat yang esok pagi dia kena bangun ke sekolah tanpa nangis. Tapi hapah pun tak efek dan dia tetap gak menangis.

Dalam masa yang sama saya tetap saiko dia. Bila tiba malam azri dah muluk pujuk2 nak gi pusing tengok lampu dan dia sendiri akan kata ‘nanti esok pagi ahmad azri pergi school, ahmad azri tak nangis kalau ibu ket, ahmad azri janji! Wah macam real je budak ni..haha. Tapi menjelang pagi esok janji tinggal janji, huhu.

Bila malam tiba time nak jalan saya pula yang saiko dia, taknak lah ahmad azri tipu. .janji2 nanti esok pagi bangun nangis2 juga. Dan tetap akan jawab dengan ‘janji2nya’..dan keadaan berlarutab selama beberapa hari.

Dan hari ini dalam sejarah lah bila dia bangun dan tak nangis. Mungkin dia dah mula teringat kata2 dia sebelum nak jalan malam tu kot. Bagus-bagus..berhasil gak..

Masa jalan2 tu dia cakap..’sayang ibu! Tiga2 ahmad azri sayang’ (sambil tunjuk jari 3)..’Ahmad azri sayang abah, sayang ibu, sayang adik’ (sambil kira jari tu satu2)..

Alahai…bila anak dah pandai amik hati!

#cair#

posted from Bloggeroid

Sebulan sekolah

Dah genap sebulan azri bersekolah. Sepanjang tempoh tu takda satu hari pun yang bangun dekat keadaan ceria selain daripada menangis, takmau pergi sekolah, nak tidur bla bla. Dan sepanjang tempoh tu lah saya terpaksa buat ‘silent treatment’ semasa nak kejut dan siapkan dia. Sekurang2nya lepas dah mandi dan pakai baju dia dah ‘redha’ skit. Tapi dalam tempoh tu dia tetap akan nego dengan saya untuk tak kesekolah. Kalau saya jawab atau pujuk dia sebagainya, lagi teruk dia akan menangis sehingga dah sampai sekolah meraung2.

Sewaktu mengambil dia pada waktu tengahari, reaksi dia berlainan, dia akan kata seronok ke sekolah, teacher Aisyah baik, bla bla walaupun saya tak tanya.

Saya tak tahu kenapa dia tak mahu cerita apa aktiviti dia disekolah kalau ditanya. Bila ditanya dia akan jawab takda apa2, main2 je etc. Tapi lepas tu bila saya dah buat kerja lain kadang terdengar dia rewind semula aksi2 kat sekolah sorang2.

Minggu lepas, teacher kata azri ni bila semua orang sibuk buat kerja dalam buku dia taknak buat. Lepas tu bila sesi coloring dia membebel kata banyak sangat nak warna ni bla bla. Pastu bila budak2 lain dah siap buat dan boleh pergi main, baru dia terhegeh nak buat. Kadang2 bila sesi assembly pun dia taknak ikut. Hmm tah lah cikgu..


Selepas pulang dari sekolah selalu dia mintak makanan. Dia akan tanya ibu ada bawa apa2 tak untuk Ahmad Azri. Kadang2 saya bawakan dia roti dan air kotak so dia makan lah on the way dalam kereta tu. Kalau tiba2 dia nak KFC pun kena la belikan lepas tu kena cakap kalau dia rajin pergi sekolah boleh makan kfc lagi.


Acara tidur berjemaah. Selalu dalam tengahari saya akan tidurkan izzet, dan azri kadang2 akan join sekali, kalau tak..tahan dia layan tv sampai petang.

Bila tiba hari hujung minggu adalah satu kelegaan buat saya sebab saya tak perlu menghadap karenah dia yang taknak sekolah ni sementara. Sebab saya bukan jenis yang sabar silap2 hari bulan bila semua tak jalan sesi drama tersebut akan diakhiri dengan jeritan atau ugutan dari saya. Masa tu biaq pi la sume parenting tips kaa skill kaa..

posted from Bloggeroid

‘Gula-gula’..

Masa ambil azri ditadika tengahari tadi terus cikgu tunjuk surat ni. Lepas tu saya whatsapp tunjuk kat encik suami, dia tanya bantuan apa tu..saya kata tah….

Taktik

Fuh bila hari jumaat terus mak lega sebab esok dan ahad cuti..means dapat rehat jap dari melayan drama anak yang hari2 tak mahu pergi sekolah.

Namun sejak 3hari yang lepas azri dah tak merengek2..menangis lagi bila sampai sekolah. Yang bestnya dia akur je turun dari kereta..salam ibu..terus ke pintu pagar cikgu yg sedang menunggu disitu. Siap boleh kata sebelum turun kereta ‘nanti ibu amik azri balik yer’..

Taktiknya saya buat tak cakap dengan dia sampai lah sekolah dia. Sebelum ni Memang kalau saya kejut dia bangun pagi dia akan menangis sebab dikejut dari tidur dan tak mahu mandi..tak mahu pakai baju sekolah..taknak pergi sekolah.

Jadi instead of pujuk dia over and over again..dan dia tetap nangis sampailah sekolah…saya just diam..buat tak endah je..cakap yg perlu  sahaja. Even kdg2 bila dia berhenti jap nangis..dia tanya kita nak pi sekolah ke? saya tetap diam..saya tahu kalau saya jawab ya atau sekolah..dia akan sambung merengek lagi.

So bila dia tengok saya series dan tak cakap apa dia jadi ragu2 plak nak merengek2 tu..huhu So saya rasa cara ni lah yang berkesan daripada nak melayan drama pagi2 hari dan akhirnya kita pula yang stress.

Mungkin ada yang kata tak berapa sesuai ke method gini bla bla..tapi bagi saya parenting skills ni takleh nak apply sama kat semua budak..sometimes parents kena juga buat something yang suits  best dengan anaknya.

Dan saya rasa 3hari berturut ni dia tak menangis2 lagi bila sampai sekolah. Dan saya pun tak perlu nak stress dengar tangisan dia yg kdg2 end up dengan cubitan atau kata ugutan dari saya. Yang perlu saya buat adalah DIAM sahaja di pagi hari. We’ll see how long this tactic will work with him..huhu

Posted from Samsung Galaxy Note

Hari ke2 dan ke3 tadika

Selesai sudah 3 hari bersekolah dalam minggu pertama tahun 2013. Hari ke2 dan ke3 berbeza dengan hari pertama kerana azri bangkit waktu pagi walaupun tahu dia akan kesekolah dengan keadaan rileks je. Sebab dia tak tahu yang dia akan ditinggalkan kih kih.

Even sampai sekolah pun dia rilek je main2 dengan toys kat sana. Masuk hari kedua saat dia dikejutkan kata nak gi sekolah terus dia katam taknak pergi sekolah. Pun saya paksa juga bawa mandi nampak je baju sekolah apetah lagi terus meraung ‘ taknakkk pergii sekolahhhh uwaaaaa!!’

Tapi saya buat dek je. Kadang2 dia nego plak dengan saya baik2 kata dia demam lah..pening kepala lah. Dia bertalu2 tanya kita nak pergi mana nih..ibu nak beli barang eh..saya iyakan aje sebab kalau saya sebut sekolah konfem dia sambung meraung lagi. Saya ni pun bukan jenis sabar yang boleh pujuk anak berjam2…sudahnya memang naik tangan je..

Hari ke3 nampaknya dia dah boleh kontrol nangis dia bila time saya nak balik..siap boleh babai saya tapi muka sedih. Cikgu dia pujuk kata mama nak pergi work. Dia jawab bukan ibu balik rumah nak masak! hahahhaha

Nasib baik esok cuti dah. Minggu depan dah start full one week. Siaplah drama awal2 pagi. Dia tak biasa ditinggalkan berdikari sebelum ni. Lain lah kalau dia dah biasa bangun awal2 pagi ke nursery sejak dari baby ke mungkin rutin begini taklah sedramatik ini.

Saya perhatikan ibu-ibu yang pakai baju biasa (means dia tak kerja lah kot) yang hantar anak ke tadika sini. Kebanyakkan anak2nya menangis bila sampai bila ditinggalkan apetah lagi meraung2..

Compare ibu-bapa yang pakai smart2 nak gi kerja la tu…siap bawa extra beg (beg baju lah tu) untuk day care terus lepas tadika..anak2 mereka rilek je..hihi.

Tapi ada juga ibu bapa bekerja yang hantar anak melalak juga kat sini..pasal apa? Pasal anaknya first time kena masuk tadika sebelum ni duduk dengan pengasuh je…hehehe


Dapat juga tempah sulam nama yang boleh siap sehari. Kedai2 lain sume nak berhari2. RM2 je untuk satu keping. Lepas tu just jahit kat baju je.

posted from Bloggeroid

Hari pertama di tadika

Hari ini hari pertama azri bersekolah. Seawal 6 pagi saya dah buat breakfast. Siapkan air panas mandi. Pukul 6.45am adegan drama dah bermula..

Taknak mandi lah..taknak pergi sekolah lah..taknak pakai baju sekolah lah..grrrr! Dia bengang sebab tengah syok2 tidur kejutkan..huhu. Biasa bangun lambat kan sebelum ni..


Kelengkapan semua saya dah siapkan semalam


Masa sampai ok tak nangis terus main2 toys yang ada kat situ. Walau ada budak2 lain dah melalak2 sebab nak kena tinggalkan.

Azri kitorang tinggalkan senyap2 je. Tapi bila sampai kereta terdengar gak suara dia nangis. Dalam pukul 10 lebih saya call teacher untuk tanya keadaannya. Teacher dah ok tengah main-main..


Habis waktu sekolah tengok dia series je. Muka ketat. Saya tak tanya apa2..saje nak tunggu dia cakap. Tengah2 pakai kasut dia cakap ‘seronok sekolah ibu, seronok!’ tapi nadanya macam marah..hahahah!

posted from Bloggeroid