Category Archives: Sekolah Dirumah

Mengaji Mukadam

Sudah 4 hari azri mula belajar mengaji mukadam setiap kali selepas solat maghrib mulai dari jumaat yang lepas. Sepanjang 4 hari tu pun dah pelbagai ragam setiap kali proses itu. Ada kalanya sekejap je belajar tak sampai 5 minit pun, adakala baca sekali je pastu dia taknak dah, kadang-kadang dia terus selak-selak muka surat yang seterusnya tanya itu dan ini. Memang kena SABAR betul kalau nak jadi cikgu dirumah ni..huhu!
Walau apa pun reaksinya, objektif sebenar saya adalah untuk membiasakanya proses pembelajaran begini supaya dengan memperkenalkannya suatu hari nanti dia akan kenal dan boleh menguasainya, chewahh! So takpalah kalau sekejap ke, tak mahu ke yang penting jangan PAKSA!
Jom layan gambar kali pertama azri belajar mengaji (pertama kali ni memang teruja skit dia, hehe!)…
Adik pun jadi pemerhati dengan penuh sabar untuk 2 minit pertama, hihi! Sorang-satu saya bagi rehal cuma mukadam je takda extra dua. Tu yang saya substitute dengan buku warna2 untuk izzet, tapi macam tak berkesan je teknik tu..huhu!
Adik pun tunjuk sama dengan lidi tu macam abang 🙂
 “Yeahh, saya dah mula rimas, masa untuk ‘beraksi’ ni”

 “Yaaaaa, saya sudah tidak tahan lagi, saya mahu terkamm, aum-aumm!”

 Alhamdulillah, satu permulaan semoga saya terus sabar untuk mengajarnya selain daripada belajar yang lain-lain. Ohh lama dah tak buat aktiviti homeschool, ada lah sekali dua tapi tak sempat-sempat upload lagi..huhu!


Advertisements

Aktiviti Sekolah Dirumah: Menulis Nombor lagi

Kali ini azri yang minta ‘nak belajar’ katanya atau lebih kepada niat untuk melihat bagaimana kertas itu diprint daripada printer, hehe! Sebabnya benda pertama yang dia buat adalah on kan suis printer kemudian siap-siap sambung cable printer ke laptop saya dan kemudian dia kata ‘Ahmad Azri nak belajar boleh?’..
Kemudian saya pun print lah mana-mana worksheet yang saya ambil dari sumber laman web Homeschool yang ada. Tapi betul lah, dia buat kerja betul-betul, huhu! ..

Dia memang minat menulis huruf atau nombor mengikut titik-titik atau pun menyambungkan garisan seperti diatas.

Kemudian kena gantung katanya nanti cikgu nak tengok! Nanti cikgu kata Ahmad Azri pandai!
Tiba-tiba saya rasa sedikit blur nak buat aktiviti apa lagi selepas ini mula lah datang mode malas, huhu! Fikir-fikir..

Aktiviti Sekolah Dirumah: Belajar Nombor (Five Fish on a Fish Bowl Craft)

Sesi pembelajaran nombor yang seterusnya pula kali ini adalah belajar menulis nombor 1-5, mengenal nombor, mewarnakan nombor, menggunting dan akhir sekali menghiaskannya kedalam gambar balang ikan tu.

Saya gunakan printable worksheet dari Homeschool resources sahaja. Sebab printer takda dakwat color jadi lah black and white sahaja. 🙂 Sumber dari sini.

Mula-mula azri tulis dahulu nombor-nombor itu mengikut dot-dot yang tersedia. Sengaja saya berinya marker pen supaya nampak sedikit dakwatnya berbanding pensel, hehe!

Tak puas menulis sekali, siap nak repeat juga dekat kertas yang kedua, huhu!

Sesudah itu, proses mewarnakan ikan mengikut warna pilihannya.

Dah siap diwarnakan, tiba masa untuk menggunting ikan-ikan tersebut. Gunting empat segi sahaja, azri masih belum boleh nak gunting betul-betul ikut bentuk ikan tu. Ada juga yang saya tolong kemas-kemaskan lagi guntinganya. 🙂

Kemudian kita tampal semua ikan-ikan tadi kedalam gambar balang besar tu.

Dah siap ditampal. Ada 5 ekor ikan kesemuanya, bravo azri! 🙂

Azri enjoy buat aktiviti ini. Sambil-sambil buat dia membebel kata ‘nanti dah siap, cikgu nak tengoklah, nanti cikgu kata ahmad azri pandai belajar, rajin!’ Bila saya suruh dia buat set yang lagi satu dia jawab ‘dah malas lah ibu!’ …heheh!

**Cikgu imaginasinya, pengaruh watak cikgu dalam siri Upin & Ipin.. hehe!

Aktiviti Sekolah Dirumah: Belajar Nombor (Dari GTab)

Sebab azri tengah musim berkepit dengan tabnya kan, jadi saya mulakan aktiviti homeschooling kali ini di tabnya sahaja. Bulan ini saya nak ajarnya mengenalkan nombor pula, jadi saya download lah segala software yang ada dalam tab ni.

Banyaklah pulak software yang ada sampai rambang lak nak download yang mana satu, huhu! Ikut hati semua yang FREE je saya nak download, hihi!

Asyik memilih nombor mengikut arahan. Tapi kebanyakkan saya juga yang kena assist, hehe!

Aktiviti selingan bila dah boring, main piano lak dan adakalanya tak habis-habis bercakap dengan ‘Talking Tom’, huhu! (Siapa yang ada Samsung Galaxy pasti tahu software talking tom ini).
Di sesi yang lain pun masih lagi berlajar mengenal nombor juga, tapi di software yang lain. Hmm menarik juga, guna tab ni tapi satu je pada saya rasa tak best juga. Sebab tak dapat pegang pensel dan kertas, hehehe! Sekali-sekala oklah kot! … 🙂

**Baru nak merasa, hehe!

Homeshool ke laut

Rasa bersalah pula kerana bulan febuari ini aktiviti homeschool azri memang ke laut betul. Saya tak sempat langsung nak prepare material untuk dia. Ikut kan jadual (eh eh dah ada jadual ek, hihi!) bulan ini sepatutnya dah mula belajar nombor pula. Adess ketuk kepala sikit.
Bulan ini letih sikit sebab dah lah ada dua kursus, ada meeting PSI, kena keluar sana sini, pergi JPN, pendek kata hari-hari saya drive sebab kereta mak saya dibengkel jadi terpaksa lah saya jadi supir ke hulu ke hilir, huhu!

Saya hanya sempat buat aktiviti ini sekali je dengan azri dalam bulan ini. Itu pun saya guna printable material yang saya print dari Homeschool resources di internet.

Kasihan pula saya rasa. Dush-dush ketuk kepala lagi. Harap-harap bulan Mac ini dapat buat semula aktiviti HS dengan lebih banyak lagi.

Aktiviti Sekolah Dirumah: Coloring Shapes

Minggu ini saya buat aktiviti mewarna pelbagai bentuk dan saiz. Sambil-sambil itu mengenal asas-asas warna yang ada. Ambil masa berhari-hari juga untuk menyiapkan aktiviti kerana lepas habis mewarna satu bentuk azri berhenti takmau buat dah.

Oleh kerana konsep belajar rumah ini adalah secara santai. Saya tidak mahu memaksanya menyudahkan kerjanya. Biarkan dia buat ikut kemahuan dan mood sendiri. Saya pernah terbaca salah satu petikan mengenai Homeschool (tak dimana), seeloknya kita jangan membawa ‘stail sekolah’ itu dirumah.

Coloring sheets yang saya buat sendiri mengguna Photoscape sahaja.

Apa yang saya dapati daripada pemerhatian saya sepanjang sesi pembelajaran dirumah, azri adalah jenis yang tidak boleh duduk dan fokus untuk membuat sesuatu aktiviti itu dalam jangkamasa yang panjang. Paling lama 15minit sahaja kemudian dia akan berhenti keluar masuk, jenguk tv jap, amik toys etc lepas tu sambung buat aktiviti belajar semula.

Saya suka part ini, saya rasa azri pun selalu suka nak tampal hasil kerja dia dipapan hitam ini. Kemudian kami akan bersama-sama ulang semula warna-warna yang telah siap diwarnakan itu.

Selesai sudah aktiviti mengenal huruf dan mewarna untuk bulan ini. Bulan hadapan saya hendak memperkenalkannya dengan angka pula. Waaaa, banyak material nak kena mula cari dan prepare.

Aktiviti Sekolah Dirumah: Kolaj

Baru lah sempat nak update diwaktu hujung minggu nih. Wekeend adalah aktiviti bebas azri, tiada sesi pembelajaran dan sebagainya, hooray!
Dah boring asyik tulis, warna, tulis warna, kali ini saya buat sesi collage pula. Hmm dalam bahasa melayu collage dipanggil apa ek? Kolaj?
Pening fikir nak buat motif apa untuk pertama kali ini. So saya buat motif yang paling mudah lah, pokok. Zaman kecil-kecil saya juga suka lukis pokok je mula-mula asal lukis je pokok lah yang naik dulu, hihi!

Abaikan lah lakaran saya yang tak berseni tu, janji nampak rupa pokok sudah, kih kih! Bahan-bahan yang diperlukan adalah dua jenis kertas warna iaitu hijau dan oren (sepatutnya cokelat untuk batang pokok, tapi dan takda warna tu, huhu!)
Kerja-kerja mengunting kepingan-kepingan kertas warna ini harus saya sediakan dikala azri tidur. Tak boleh buat depan dia. kalau tidak tak jadi sesi ini jadi sesi menggunting kertas je lah sepanjang hari, hihi! Nampak tak gam ada dua tu, itu maksudnya ibu dia pun kena buat sekali.

‘On-your mark, get set, go!.. Sesi tampal menampal pun bermula.

Rehat. Main laptop sat! 🙂
Separuh masa pertama. Berhenti dahulu dia dah letih. Besar sangat kot pokok tu, jenuh nak menampalnya satu persatu. Sesi kolaj seterusnya patut saya buat separuh kertas mahjong tu pun dah ok kot.
At last, habis juga! Dah berapa kali berhenti-rehat-sambung dah ni. Itu pun sebab dah habis kertas warna hijau tu. Nasib baik ibu dia tolong sekali, hihi.

Aktiviti Sekolah Dirumah: Mengecam Abjad (Letter Recognition)

Fuh, terkejar-terkejar ‘bersilat’ depan mesin jahit kena juga buat HS dengan azri. Tapi kelakar sesi sekolah dirumah saya ‘asal-sempat’ je. Kalau tak sempat siang, saya buat malam, huhu! Oklah its better than nothing. Terasa nikmatnya menjadi surirumah sepenuh masa, aaahhh!jangan jeles uols, hihi
Minggu ini, saya buat aktiviti mengecam huruf (letter recognition). Untuk aktiviti ini, saya gunakan dua jenis letter recognition sheet, satu yang saya buat sendiri seperti gambar yang atas sekali tu, satu lagi saya print dari laman web fun2write.com. Sengaja je saya buat begitu sebab saya nak tengok daya fokus azri.

Saya mulakan dengan worksheet yang saya buat dulu. Saya suruh cari, padan dan warnakan huruf yang sama dengan huruf besar diatas tu dalam kotak-kotak kecil itu.
Hasilnya, azri dapat mengecam dan mewarna huruf-huruf tersebut dengan tepat dan mudah.
Kemudian, saya berinya ready-made worksheet yang saya print di internet dan cuba suruh dia cara huruf yang sama.
Apa yang saya perhatikan, azri mudah distract dengan gambar-gambar kartun itu dan teruja hendak mewarnakan semua.

Hasilnya, mula-mula azri mengikut arahan dengan mewarnakan gambar yang mempunyai abjad yang sama. Tapi bila masuk sheet yang kedua dan gambarnya lebih menarik, dia warnakan batang pokok tu dulu dan kesemua gambar yang ada, Adakah worksheet yang mempunyai fun motif membuatkan dia hilang fokus seketika?huhu!

Gambar selingan. Penyeri dan ‘penyokong setia’ aktiviti sekolah abangnya… 😛

Aktiviti Sekolah Dirumah: Membuat Garisan pada abjad ABC

Hari ini saya masih ajarnya abjad ABC lagi. Oh, saya masih tiada lagi jadual/modul-modul tertentu yang saya ikut. Semua ini adalah berdasarkan gerak hati dan juga sedikit pembacaan dari hasil pencarian di internet.

Saya peruntukan, bulan ini adalah bulan untuk belajar abjad ABC dan saya akan cuba pelbagai corak pembelajaran ABC tu dengan pelbagai cara. Hari tu saya buat aktviti mewarna sambil mengenal abjad kan. Aktiviti hari ini masih lagi menggunakan material yang sama, cuma saya tambahkan titik-titik untuk azri belajar menyambung garisan didalam abjad ABC itu.
Saya sengaja beri dia pen marker supaya garisan yang dia ikut dan buat itu nampak jelas. Cuma saya ‘saiko’ kepadanya supaya pegang berhati-hati jangan terkena dakwat ditangan nanti tak boleh hilang. Nampaknya dia sangat cermat memegang pen itu, hihi!

Selepas selesai, aktiviti ‘pembentangan’ hasil tulisan dia, hihi! Azri teruja nak tolong tampalkan dipapan hitam sebenarnya. Kemudian saya ulangi sebut semula abjad tersebut sambil cuba menyoal dia kembali huruf-huruf yang dia sudah buat tadi.
Hasil keseluruhan kerja rumah ini dibuat sepenuhnya oleh azri tanpa bantuan saya. Dia sudah boleh membuat garisan mengikut titik untuk dengan betul dan hampir sempurna. Cuma kadang-kadang dia ‘tak tahan’ nak juga menconteng-conteng disekitar huruf tersebut.
Fuh, alhamdulillah. Terlaksana juga aktiviti yang ke-3 walaupun saya agak sedikit huru-hara terutamanya dalam menyediakan material dan mencari idea-idea untuk dimasukkan kedalam jadual aktiviti Sekolah Dirumah Azri ini.


Aktiviti Sekolah Dirumah: Belajar & Mewarna ABC

Aktiviti pembelajaran dirumah yang seterusnya adalah mengenal sambil mewarnakan ABC. Secara lisannya dia dah hafal ABC tu sebab dulu selalu dengar lagu ABC. Tapi dia masih lagi tak kenal huruf ABC tu secara penuh. Yang dia kenal huruf A, B, C, I dan O.
Bahan-bahan untuk mewarnakan ABC tu saya cuma buat sendiri menggunakan Photoscape, Paint brush pun boleh juga. Saya buat 6 huruf dalam setiap satu A4 kalau nak letak lagi banyak huruf takut kecik sangat dan susah plak dia nak warnakan. Lepas tu print je satu-satu. Jimat skit.
Lepas saya mintanya warnakan dan sambil-sambil tu tanya huruf apa yang sedang dia warnakan itu. Begitulah berkali-kali. Bila nak buat aktiviti begini, saya pun kena turut buat sekali dengan dia dari mula sampai habis. Kalau saya tinggalkan sekejap, dia akan suruh saya ambil pensel warna tu dan sambung mewarna dengannya semula. Adeh!
Cabaran terbesar dalam melaksanakan aktiviti belajar dirumah ini, adiknya pun turut nak ‘belajar’ sekali. Abangnya kadang-kadang tak sabar bila kefokusan dia sedikit terganggu dengan campurtangan si adik. Terpaksa lah saya angkat si adik duduk jauh-jauh sedikit tapi tak lama dia memang tertarik dengan aktiviti abang je, huhu!

Haaa dah siap keseluruhan aktiviti mewarnakan ABC ini. Kemudian hasilnya saya lekatkan di papan hitam dan tunjukkan pada dia semula. Teruja dia tengok sambil kata cantik. Bila saya tanya siapa yang buat ni, dia jawab ‘abang buat!’. Jangkamasa aktiviti ini memakan masa hampir 2 hari, hihi! Tak boleh straight sampai habis nanti lama dan dia bosan.
Kalau yang warna yang ‘masuk cantik’ je dalam huruf tu kebanyakan mak dia yang buat, hihi. Abang pula kebanyakkan memang kelaut jugalah, tapi ada juga huruf yang dia warnakan ikut garisan itu. Syabas untuk azri & mak azri (yang berjaya menahan sabar lagi, hehe!)