Category Archives: Product Review

Shopping Shawls @Butik Sugarscarf

Ahad lepas buat pertama kalinya saya ke Butik Sugarscarf. Memang dah aimed nak sambar 2-3 shawl yang saya usha kat FB tapi takut2 nak beli online sebab nanti tak masuk plak corak tu dengan muka akak ni..huhu. Senang je lokasinya rupanya (set GPS senang la) encik husby la tukang bawa..hehe!

Yang deretan kanan tu shawls Ayami dan deretan kiri tu shawls Jazreen. Best sebab dapat fitting terus. Saya memang jatuh chenta dengan Sugarscarf sejak beli 1st shawl dulu. Harga pun affordable la. Bukan berkira tapi saya memang tak minat kalau harga dengan barang tu macam tak berapa nak kena..huhu.

Azri escort saya, abah duduk dalam kereta jaga izzet yang tidur. Oh lagi satu, susah parking area tu. Hari minggu meriah dengan orang2 yang datang nak shopping kain tudung bagai. Mentang2 lah semua kedai dekat2, Jakel, Fareeda, Pearl Haya dan macam2 lagi lah butik.

Fitting punya fitting, 3 corak ni yang saya sambar. Corak tribal tu tak berapa nak suka tapi sebab nak ikut trend la konon dan alang2 dah sampai sini, sambar je lah sekali.Yang kiri kanan tu memang suka giler. Tapi kalau corak2 yang hot tu awal2 dah sold out, orang sambar online. Macam corak tribal yang saya beli dulu tu pun takda lagi kat butik. Nasib baik dah sambar online je.

Hasil tangkapan hari itu, hihi. Corak Splash Paint Orange tu Jazreen (chiffon). Ada orang tak suka chiffon sebab licin. Saya suka sebab ringan, tak panas, kalau basuh cepat kering. Kalau pakai dengan inner cotton takda masalah, terletak je. Corak tribal dengan black heart tu Ayami (Cotton silky), cotton tapi licin macam satin skit.

Hari nak balik BP tu teruslah melaram, apa lagi, hihi! 

Advertisements

myLittlebooth sling pouch

Akhirnya, pouch yang aku tunggu-tunggu tiba jua hari ini. Sunggu jakun aku dengan pouch itu. Pouch pertama yang aku beli dari kedai herni, mylittlebooth. Aku mintak dia buat custom made pouch hasil mix and match corak yang aku pilih diblog dia. Outer fabrik adalah jenis Japanese cotton, dan inner fabric yang hitam itu adalah jenis stretch cotton. Pouch ini reversible. Kalau time hubby ku nak pakai, leh la pakai yang belah hitam tu. Sebab tu aku pilih inner layer yang hitam, sebab senang nak match dengan baju. Yang bestnya, ada leg padding seperti dalam pic first itu. Leg padding dia ni sangat padat. So takdalah ‘berbekas’ peha baby bila lama terkepit dalam pouch itu.

Aku bukanlah kaki babywearing ni, aku baru-baru je nak testing power. Sebenarnya dah tak tahan nak pakai sling cap ayam tu pun ada. Dah tak tahan bahu aku menampung keberatan azri lagi. Meh aku tepek skit camana ghopenye sling cap ayam aku tu. Sebab entri kali ini memaparkan wajah tuan punya belog ini, so aku tepek lah size yang cute2 sahaja supaya acik nampak lagi slim dari gambaran yang sebenar, boleh kah!. Sila abaikan ‘spare tayar’ itu. Gambar ni masa azri 5 bulan tak salah. Murah je sling ni. Aku beli kat Mydin RM12. Tapi yang tak tahannya bahu sakit. Kalau baby lom berat sangat lagi takpa.

Tahniahlah pada herni kerana berjaya menyiapkan such a lovely pouch untuk aku. Customer mu ini sangat berpuas hati dengan hasil kerastangan mu itu..eheh!Kalau ada rejeki lebih aku tambah lagi. Ni kali, nak yang ada hud, zippered compartment skali kat pouch itu..haha!

Review: MyLuvlypad-Cloth Pad

Selepas anak berCD tentu maknya juga nak berCP kan..haha. Percubaan pertama untuk cloth pad. Sebenarnya dah lama usha cloth pad ni tapi tak tak tergerak pon nak beli. So thanks to riez kerana memperkenalkan cloth pad ini. Langkah kanan ler ni, hihi!. So sebagai permulaan aku mencuba cloth pad liner dulu, since aku memang belom period ni. Myluvlypad ini di perbuat daripada 100% cotton, ditengah2nya ada multi asorbent layer berserta PUL. Dari segi keselesaan, memang rasa selesa la sebab dia cotton kan. Ada perbezaan sebenarnya kalau kita mengunakan dispo pantyliner. Yang paling ketara adalah, kalau yang dispo ni , dia rajin akan terenyukk bila dah lama teperap..haha! Kalau mengunakan cp ni, takda plak kes terenyuk2 ni..paham kah kalian! Sebab aku memang pengguna tegar pantyliner ini. Oleh kerana nak sep bajet sampai aku turun pangkat beli cap ayam punya liner. Walaupun kos beli dispo liner sebulan adalah lebih kurang rm10 jer. Tapi sekurang-kurangnya jimat la juga ye dakk. Lagi satu, aku dah menyelamatkan alam sekitar gak!Insyallah kalau ada bajet lebih lagi, ku nak tambah lagi koleksi cloth pad ini, dah addicted macam cd la plak..haha! Riez kalau ada corak yang cun2 jangan lupakan aku..huhu!

Review: Medela Freestyle

Baru jer dapat bp buah hati baru, Alhamdulilah rezeki azri!Setelah ku diracun oleh aisyah, muahaha!ya ampun! Dah lama mendamba baru sekarang berada dalam gengaman,haha!Hokeh! First of all, memang mobile la FS ni. Sebelum ni aku pakai s3, agak terasa terikat, rasa terhad dan sebagai. Pasni aku leh berjalan kemana tak hengat dunia lah..haha! Tapi, aku nak tekankan disini, sila jangan berharap agar susu dapat di-upkan jika kita bertukar FS ni yer. Pada aku yang dah beberapa hari berFS ni. Production susu aku tetap sama jer! Sebab utama aku bertukar pada FS ini adalah ke-mobile-an nya. Tersangatlah memudahkan ku especially orang berEP seperti daku ini.

Dari segi comfortnya pula, ku dapat rasakan yang FS ini lebih selesa berbanding S3. Sebab, kalau guna s3, breast ada skit2 ala perit tapi ku tahan jebat!. Tapi breastshield fs ini ada bahagian yang lembut pada corongnya, camna nak describe ekk. Yang bestnya FS ni dia ada part stimulation phase. 2 minit untuk part stimulation ini masa kita on FS ni. Stimulation phase ini gayanya lebih kurang macam ni lah, die akan suck lebih laju dari biasa, untuk menggalakkan let-down. Suction dia adjustable dari level 1-9. Kalau ikut level aku, aku gune level 8 terus!

Dari segi batterinya pula, untuk pengecasan kali pertama, perlu di cas 24 jam, sebelum menggunakannya. Untuk penggunaan heavy duty seperti ku yang mengepam 8x selama 30 minit setiap sesi, batteri ini dapat bertahan selama 2 hari sahaja. Menurut penggunaan aishah pula yang menggunakan lebih kurang 2x sehari, batteri ini dapat bertahan selama seminggu. Sesungguhnya aku sangat risau jika penggunaan sepertiku ini akan memendekkan jangka hayat bateri ini. Maknanya, jika baru2 tahan dua hari, nanti makin lama makin kurang lagi ketahanannya. Wallahulam. Jadi, aku berpendapat untuk menggunakan fs ni jika aku keluar, apabila di rumah, ku guna s3 sahaja. Buleh kah! mueh2!

Secara keseluruhannya, ku kasi 5 bintang dari 5 bintang!Haha!Ku sokeee! Disebabkan kita rasa happy, selesa bila berfreestylo ini, secara tidak langsung akan memeriahkan susu juga!Mudah-mudahan lah!Amin!

Review: Wet Bag Crazy Momy

Kali ni ku nak geli-geli nak mereview pula wetbag yang baru ku dapat dari maryaaa. Crazymomy Wetbag ni lain dari yang lain. Sekali pandang banyak-banyak kali pun tak macam wetbag lah. Selalu nampak wetbag yang ada dipasaran ni macam memboringkan dan kadang segan je nak bawak haha (apokekdah nya kuar jenjalan nak bawak wetbag lak ni). Tujuan utama wetbag ini adalah untuk mengisi CD2 anda yang telah kotor ketika anak anda berada di nurseri/rumah bs atau ketika anda keluar juga. Jadi tak perlu lah anda membawa beg plastik lagi. Kira ada stylo la skit..haha. Atau untuk menbanyakkan lagi koleksi beg yang ada,huhu! Fabrik diluarnya adalah kain dan telah di-liningkan sebelah dalamnya supaya tidak basah/bocor jika kita meletak cd2 yang telah kotor didalamnya. Mengikut ujikaji yang telah ku lakukan, beg ini mampu memuatkan sehingga 8 keping cd didalamnya (kalau sumbat2 lagi, 10 keping pun muleh). Boleh dikatakan agak besar jugalah.

So, kalau taknak letak cd pun leh letak benda2 lain asalkan yang tidak tajam. Kalau tak takut lining dalamnya koyak je. Oleh kerana keshomelan wetbag ini, ku tak sampai hati nak menjadikan ia sebagai wetbag. Ku transformasi kannya menjadi tempat letak cd-cd yang baru ku lipat kerana ku perlu menggantung cd2 bersih ku kalau tidak, akan dikebung dengan semut-semut api. Lagipun acikk kek umoh jo, wetbag acikk baldi tu jer..hihi. Oleh kerana bila ku keluar berjalan-jalan dengan azri, cd yang kotor cume sehelai-dua jer, so kira tak sesuwaii la nak bawak wetbag ni. Unless ler kalau maryaaa boleh buat khas untuk aku, half size dari wetbag ini..haha, ku suke, buleh kaah…wakakak! Ku kan suka custom made ni..huhu!Keseluruhannya, puas hatilah ku tengok wetbag ni. It is worth buying lah kiranya. Ku kasi 4 bintang out of 5..ehehe!Toceh yer maryaaa. Thumbs Up!

Review: Cartoon Printed CD

Hari ini, parcel cartoon printed cd dah sampai. Lega. Yang ni order untuk rakan-rakan yang sudah booking awal-awal arituh. Ermm banyak gak permintaan cd ni sampai terketaq2 takut tak cukup. So far, aku dah gune cd cartoon ni lebih kurang 2-3 minggu juga. Performance ok, memuaskan, macam coolababy juga. Malah kain dia lagi lembut (atau lembik kah?)dari coolababy. Kerana outer fabric diperbuat daripada flannel dan dilaminated supaya tidak bocor. Dan inner layer dia pula diperbuat daripada cotton (atau cotton jersey). Bezanya dengan microfleece, bila dia basah, cotton ni agak lembab berbanding dengan microfleece. Tapi so far azri ku pakai takdalah plak merengek2 sebab rasa tak selesa ke pape. Tapi make sure cukup lebih kurang 4 jam, tukarlah yang baru. CD ni originally datang dengan satu insert sahaja, tetapi aku dengan berbesar hati lah menambah satu lagi insert pada saper yang dah order dan yang akan nak order (ada kah!). Insert yang ditambah bukan sebarang insert. Insert crazymomy yang agak tebal & gebu itu. Tapi terhad jer insert ni. Untuk order yang awal dulu mungkin takda, tapi masih lagi dapat 2 insert juga. Insyallah untuk order yang next batch semua dapat insert yang ini.

Cd cartoon ni yang bestnya bila pakai kat rumah bila tak pakai suar tu nampaklah ala-ala macam pakai seluar..Ngeh!.Azri tengah bengang sebab kena paksa pakai wane pink karrreer!haha. Takpa nakk, abaikan warna itu yang penting ianya selesa dan menjimatkan hihi. Ada saper-saper yang berminat kah, leh la koling2 acik laiii kat sini