Category Archives: Pregnancy

Depo Provera: Cerita saya

Ramai gak yang tanya saya perancang jenis apa yang saya gunakan. To tell you the thruth setelah dua anak hasil daripada 6 tahun perkahwinan inilah pertama kali saya mengambil perancang.

Sebelum2 ni memang rancang sendiri je. Tapi kalau nak diikutkan masa anak pertama memang ‘tiada rancangan’ pun sejak azri lepas 6 bulan sebabnya saya dah bersedia untuk nak yang kedua dalam tempoh itu. Tapi rancangan Allah itu lebih cantik saya mula pregnant genap azri 1 tahun 11 bulan. Walaupun ‘projek’ sudah bermula sejak dia 6 bulan lagi..hehe!

Sebab2 lain mungkin kerana saya masih belum subur masa tu kerana hanya datang period yang pertama bila azri 1 tahun 4 bulan. Kerana saya fully EP tika tu. Konsep “Prolactin suppresed ovulation”.

Kali ini barulah tergerak untuk mengambil perancang kerana saya masih belum bersedia lagi untuk no3 buat masa terdekat ini.  Kesediaan mental dan fizikal itu haruskan kalau nak pregnant lagi ditambah pula dengan kes saya pada kehamilan yang lalu maka harus juga saya akan melalui keadaan yang sama kelak jika pregnant. (pada yang tak tahu cerita boleh baca entri disini dan di label “pregnancy” & “My OnG Stories).

Saya pilih suntikan sebab saya tahu saya mesti akan terlupa. Saya selalu dalam keadaan begini “eh hari ini aku dah makan ubat ke tak tadi?” sudahnya was2 tak ambik sbb takut overdose lak. Sebelum tu saya gugel juga review dan komen orang yang pernah ambik suntikan ni. Yang paling common adalah selera makan bertambah. Adess cuak gak baru nak slim melim nih heheh!

Akhirnya awal bulan Oktober tuhari saya.ambik jab kebetulan memang time tu tengah period. Memang disarankan ambik jab ni masa hari ke 4-5 period sebab tak salah ada artikel kat web DrZubaidi.com kata ubat ni akan mula efektif lebih kurang dalam seminggu selepas disuntik.

Oh dalam artikel tu dia ada kata juga yang bahaya jika mengambil suntikan ini lebih dari jangkamasa yang disyorkan. Jangkamasa optimumnya adalah tidak lebih dari 2tahun sahaja. Boleh baca artikel penuh disini.

So apa pula review saya selepas pertama kali mengambil suntikan ini, diantaranya adalah:

1. Seperti yang dijangka kesan dari depo provera ini adalah period jadi tidak teratur. Saya tidak period pada bulan berikutnya (jika.diikut pada tarikh period yang lepas). Lepas sebulan tidak ada period, saya datang period semula tapi dalam kuantiti yang amat sedikit walaupun ianya berlarutan dalam beberapa hari juga. Hanya pakai cloth pantyliner sahaja.

2. Selera makan, alhamdulillah masih lagi terkawal tidak lah membuak-buak cuma ada masa2 juga dtg selera nak makan lagi, lagi dan lagi. .huhu tapi masih dapar dibendung dengan motivasi menyelim yang masig lagi kuat nih…hahah.

3. Sakit kepala. Yang ni susah saya nak kata sama ada kesan dari depo provera ni atau tidak sebab sebelum sering juga mengalami kejadian ni. Dalam tempoh selepas mengambil suntikan ni pun masih on n off lah kejadian sakit kepala ni.

*info mengenai depo provera ini boleh refer pada brochure yang saya copy di entri sebelumnya (under label “pregnancy”)

Yang lain2 semua so far semua ok takda masalah. Dan suntikan seterusnya kedua saya dijadualkan pada hujung bulan ini. Berapa lama saya nak mengambil atau stop mengambil suntikan ini? saya pun tak pasti..ikut gerak hati lah. Yang pasti bukan dalam masa terdekat ini. Mungkin pertengahan 2013 kah..atau mungkin selepas kami dapat rumah baru tahun depan kah? Tahlah…mohon petunjuk dari Allah juga. Dia juga yang menggerakkan segala.. 🙂

Posted from Samsung Galaxy Note

Perancang Kehamilan: Suntikan Depo Provera

Kita paste dulu info mengenai Depo Provera.

Oh i heart Galaxy Note, selama 2 bulan disini barulah saya make full use HP saya ni. Laptop langsung saya tak guna dah. Lagipun tak sempat sebenarnya. Kalau on lappy kelaut lah saya berlayar tak ingat jam. Kalau kat Note ni dia jadi kejap pasal rasa tak puas kan..kih kih!

P/S: Oops artikel tu tak ikut urutan pula lepas published..

Posted from Samsung Galaxy Note






38 Minggu

Minggu ini saya dah masuk minggu ke 38, saspen hihi! Sebabnya saya bersalinkan azri pada minggu ke-38 lah. Tapi masa tu bukan sebab ada rasa sakit, turun air atau darah pape ke, saya yang menyerah diri ke hospital atas alasan baby tak gerak sangat, bila dah buat CTG, keadaan baby normal je. Sebelum balik doktor buat VE, tengok2 jalan dah bukan 3 cm, apalagass terus kena tahan dan di induce! Keluarlah azri seberat 3.6 kg setelah hampir 12 jam ‘bertarung’ huhu.

Mungkin dahulu saya panik tak tentu pasal maklumlah anak pertama kan. Bila kiraan tak cukup 10, mula lah cuakk. Kali ini, saya harap biar lah secara semulajadi pula. Scan masa check-up minggu lepas, baby dah 3.47kg +-. Oh, saya sudah ‘merdeka’ yer! Lepas buka cerclage masa 36 minggu, doktor kata dah tak perlu bed-rest lagi.

Sekarang ini, tengah menghadapi kesukaran untuk tidur pula. Susah nak lelapkan mata walaupun dah mengantuk kerana keadaan diri yang tidak se-selesa dahulu lagi untuk semua posisi, baik mengiring kiri-kanan apetah lagi kalau berbaring biasa. Saya akan rasa lenguh pada bahagian sisi pinggang. Apa yang saya kena lakukan adalah duduk dan tidur di kerusi dahulu sehingga betul-betul terlelap kemudian bila tersedar baru pindah ke katil semula. Begitulah rutin tidur malam saya sejak minggu-minggu akhir ini. Dugaan-dugaan..

Mujur ‘terjebak’ beli kerusi nursery glider ini dahulu. Kat kerusi ini lah saya tidur sementara tiap-tiap malam. Sambil goyang-goyang terus tertidur, kih kih!

Debat nama

Saya belum bersalin lagi yer, hihi! Baru 37 minggu, next week baru masuk 38 minggu. Selain sibuk dengan urusan pendaftaran peserta bengkel latihan MBfPC untuk Zon tengah baru-baru ini, disambung pula dengan urusan pendaftaran peserta zon Pantai Timur pula. Pastu nak menjahit juga lagi kih kih!.
Bila dah penghujung-penghujung ni, selain daripada nak menyiapkan barang-barang keperluan untuk menyambut bakal adik azri ini, saya sibuk juga lah nak cari-cari nama untuk bakal baby ni. Ada juga beberapa nama yang saya dan encik suami sudah pilih, tapi masing-masing pula nak juga pilihan nama sendiri, huhu!. Poning-poning, sampai ke laa ni belum capai lagi kata putus, huhu!


Cerclage removed

Alhamdulillah, cerclage saya sudah di keluarkan. Sekarang menunggu proses bersalin semulajadi seperti biasa sahaja pada bila-bila masa. Kalau tiada apa-apa tanda contraction etc, menjelang esok petang saya dah boleh keluar dah, yeay! Kurang sudah kegusaran membawa kehamilan hingga mencecah tempoh full-term sejak dari kehamilan 24 minggu semasa cerclage dipasang dan dibuka apabila kandungan masuk 36 minggu kelak.

Kini, sudah pun masuk 36 minggu, dan cerclage dipasang sudah pun dibuka. Walaupun masih belum kira cukup bulan dari segi kiraannya (38 minggu) namun lega sepanjang tempoh (cerclage dipasang) saya tidak mengalami apa-apa adverse effect dari pemasangan itu seperti kebarangkalian yang diterangkan oleh doktor. Semuanya berjalan lancar, alhamdulillah.

Proses menanggalkan cerclage itu tidaklah seteruk yang saya fikirkan. Sebelum ini, saya menjangkan yang saya perlu masuk OT semula, cucuk spinal untuk anaesthetic sama seperti proses untuk memasangnya dahulu. Mungkin sebab saya telah mengugel dahulu what-to-expect selepas cerclage dikeluarkan dan bermacam-macam jawapan yang saya baca di forum-forum.

Ada yang kata sakit, ada pula yang kata tidak. Ada yang terus bersalin selepas cerclage dibuka (severe cramping, contraction etc). Ada pula yang 2-3 hari selepas itu, ada yang 2-3 minggu etc. Dari apa yang saya alami tadi, proses membuka cerclage itu tidak menyakitkan, terasa seperti sedang membuat pap smear. Doktor hanya insert speculum, suluh sedikit dan gunting suture yang dipasang. Dan proses itu hanya dilakukan diwad sahaja, fuh lega! Tak perlu cucuk spinal lagi!

Saya masih lagi stay semalam dihospital sehingga esok, jika tiada apa-apa gesaan saya dah boleh pulang ke rumah. Berdebar untuk tunggu proses bersalin semula jadi.

Kemas beg

Malam ni saya sibuk pula berkemas. Bukan siapkan beg sahaja, satu bilik saya kemas, lipat baju etc sebelum saya pergi ‘vacation’ esok, hehe! Vacation kat hospital je, huhu! Sekejap je masa berlalu, rasa macam baru semalam saya masuk OT untuk pasang cerclage pada rahim masa kandungan 24 minggu dulu. Doktor kata by 36 weeks dah boleh remove semula cerclage yang dipasang. Tik-tok-tik-tok dah 2 bulan ‘bed-rest’ dirumah, esok saya kena masuk OT semula untuk remove cerclage.

Sambil kemas-kemas beg, bawa sekali barang-barang untuk baby, in case! Mana lah tahu lepas remove cerclage, kena contraction yang kuat etc nak bersalin. Doktor kata, selepas remove kena stay dulu dalam 1-2 hari untuk observation. Kalau tiada apa-apa gesaan dan sebagainya boleh discharge balik dan tunggu proses bersalin macam biasa.

Saya kena puasa juga menjelang pukul 12 malam ini, sebab esok nak buat ujian MGTT juga. Tadi siang pulun serawa durian dan pulut, huhu! Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Mimpi

Beberapa hari lepas, saya bermimpi saya sudah pun bersalin. Bercampur baur mimpi saya tu. Ada adegan seram, adegan sinetron, hihi! Didalam mimpi tersebut, saya bersalin di sebuah klinik desa dalam satu kawasan kampung.

Masa tu, saya datang bersama azri, suami saya tengah dalam perjalanan pulang dari Batu Pahat. Tapi watak azri tenggelam timbul dalam mimpi saya tu, hihi. Saya sampai diklinik tu waktu petang, ramai pula yang sedang menunggu giliran untuk bersalin. Yang hairannya, saya nak bersalin tapi tak rasa sakit pape pun.

Jadi, lepas seorang demi seorang bersalin sampai lah nak senja. Doktor bertugas pun dah habis tempoh syif, tinggalah nurse-nurse yang syif malam untuk handle mak-mak yang nak bersalin, buleh kah, hihi! Yang pelik giliran saya belum tiba-tiba, hari pun dah senja.

Tiba-tiba ada sorang nurse tergopoh-gopoh nak tutup tingkap sebab terlupa nak tutup awal. Kemudian dia kata ‘..kat sini memang kena tutup tingkap sebelum senja menjelang kalau ada ibu-ibu yang sedang bersalin diwaktu senja, habislah ni pun dah terlambat tutup, ada juga yang mak yang tengah bersalin tu tersampuk karang“.

Saya pun cuak lah gak kan (dah masuk adegan seram plak mimpi saya ni, hihi!). Tup-tup mak yang tengah bersalin tu pun tersampuk, dah macam ala-ala hantu cerita korea kat hospital. Dah lah mak tu tengah pakai baju putih hospital, dengan rambut terus jadi panjang tutup muka, sambil pegang baby dia!. Semua yang menunggu, nurse termasuklah saya lari lintang pukang dalam klinik tu. Yang pelik lagi semuanya tak keluar dari klinik, lari-lari dalam tu je.

Tak lama adegan seram tu, mak tu pun dah ok. Boleh plak dia kata, bila masa dia kena sampuk! Dia ok je, apesal semua orang lari. Dah setel tu, tiba lah giliran saya pula. Masih tak rasa sakit bersalin pun, tahu-tahu baby dah keluar je, punya lah senang. Terus initiate breastfeeding dalam masa 1/2 jam pertama kelahiran. Pastu saya pun terjaga, hihi! Yang pelik, saya datang dengan azri tapi pastu wataknya terus hilang dalam mimpi tu.

Mungkin saya terlalu memikirkan proses bersalin saya kelak, apa yang saya harapkan, apa yang saya mahukan dan sebagainya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi, hihi!

Apa yang saya harapkan untuk proses bersalin kali ini:

  • Ianya datang secara semulajadi, tidak perlu diinduce seperti semasa kelahiran azri dahulu.
  • Proses kelahiran berlaku dengan lebih cepat. (Kelahiran dulu, saya menghabis hampir 12 jam (dari 6pm-6am) didalam labor room, sangat stress!)
  • Berpeluang untuk memulakan penyusuan dalam masa setengah jam selepas kelahiran, skin-to-skin, etc.

33 week check-up

Seperti biasa semalam, hari check-up saya. Masuk minggu ini, kandungan sudah pun 33 minggu, alhamdulillah. Dari awal mula kehamilan hinggalah masuk 33 minggu ini, saya dijadualkan berjumpa dengan doktor setiap 2 minggu sekali, bayangkanlah lebih kurang dari bulan 10 tahun lepas, sampai saya dah naik hafal dah ayat rutin doktor, hihi!


Timbang semalam, berat saya sudah mencecah 87.3kg. Nurse pun ukur tinggi sekali, agaknya nak tahu berat ni dah kategori terlebih kot, hihi!. Tinggi saya 170cm hokeh!. Tapi kalau tengok perut ramai yang kata tak macam kandungan 8 bulan. Adakah sebab dikaburi dengan rangka saya yang besar?hihi!


Sepert biasa lah juga, setiap kali check-up mesti kena scan, cuma kadang-kadang tak mintak pun print gambar, Ikutlah doktor tu lah kalau dia nak bagi, dia bagi. Sebab saya pun bukannya faham pun, huhu! Kalian faham kah? … Berat baby dah 2.1kg.

Lepas tu, untuk next check-up pada 36 minggu bersamaan 5hb April nanti saya akan terus admit untuk proses cerclage removal. Kalau tiada apa-apa contraction nak terbersalin ke pape, saya boleh balik dan tunggu waktu bersalin seperti biasa.

Masa admit tu juga, doktor baru suruh saya buat ujian MGTT. Dia ada mention juga kalau result tak normal by 38minggu saya akan terus diinduce untuk terus bersalin. Apekah? Harap-harap ok lah, kalau boleh saya nak bersalin natural kali ini. Masa azri pun saya kena induce by 38week sebab jalan dah buka 3cm, sakitnya tuhan aje yang tahu. Dari 6pm hingga 4.30am duk mengerang dalam labor room.

Baju lama azri & jahit lagi :)

Dah ngantuk sebenarnya (dah pukul 1.45am), tapi nak update juga selepas seharian tak sempat nak jengah blog, huhu! Tiada apa-apa sangat pun aktiviti hari ini selain dari menjahit lagi. Tiba-tiba teringat nak siapkan baju-baju baby sebelum menjelang bersalin nanti. Saya baru 32 minggu, tapi mana lah tahu nak terberanak lagi cepat dari yang waktu yang sepatutnya, segala benda tak siap lagi.

Saya sorting baju-baju newborn azri, sebab ada beberapa yang sempat dipakai sekali dua je masa dia kecik dulu. Rasa macam tak nak shopping banyak baju newborn sangat kali ini. Sebab dulu saya beli banyak untuk newborn size, tapi rupanya kejap je tempoh yang boleh pakai size newborn ni, masuk sebulan lebih dah tak muat!huhu!Lepas di sorting, banyak yang dah jadi perang, kuning-kuning kat sekitar leher terutamanya. Rasa rendam clorox pun tak hilang kot. Yang ni memang reject lah! Tak sampai hati nak pakaikan baby, huhu!

Ni je lah hasilnya, banyak seluar je sebab seluarnya cantik-cantik lagi dan t-shirt jalan2 pun tak sempat pakai banyak kali. Boleh lah pakai buat tidur ke kan. Untuk jenjalan nanti, belilah baru, hihi! Semuanya saya rendam dulu termasuk lah, topi-topi, booties & mittens (mittens pun banyak yang kuning).

Pastu saya eksaited nak siapkan CP ni lagi. Dah habis 2 meter kain flannel saya beli dapatlah buat lebih kurang 8 helai. Kecuali flannel corak je ada lebih skit, cukuplah nak buat sarung bantal baby lagi, hihi! 2 meter kain dapat 8 helai? Sebab saya buat tebal lapisan CP ni, Yang bercorak tu saya buat 4 lapis, yang plain merah tu saya buat 3 lapis. Baru rasa tebal skit.

Sebelum ni saya buat 2 lapis-2 lapis, terasa nipis sesangat, pastu nanti bila pakai dia jadi cepat renyuk. Tak best, hehe! Dah siap, pasni akan dihantar ke Puan Cik Fid untuk ditekan butang snap. Tak sabar nak merasmikan CP hasil kerastangan sendiri, hihi!

Ok, tinggal beberapa lagi yang belum disiapkan. Eh, sebenarnya ada penambahan projek lagi pada list ini. Tak habis-tak habis, huhu!

Menghitung minggu

Terngiang-ngiang saya lagu Kris Dayanti ‘Menghitung hari’. Aha lebih kurang begitu lah bunyinya. Semalam saya ada check-up di hospital (waktu yang dinanti-nantikan), maklumlah time ini sahaja saya boleh naik kereta dan lihat awan, huhu!

Check up pada minggu ini, saya sudah pun 31 minggu. Menurut doktor, pada 36 minggu, cerclage saya akan dibuka. Oh kena masuk hospital lagi (kena cucuk spinal lagi), huhu!. Tapi yang bestnya pastu saya boleh lah berjalan-jalan sikit-sikit. Tak perlu nak bed-rest sangat. Tapi bukanlah berjalan bagai nak rak yer!

Maknanya, selepas 36 minggu tu, saya dah ‘stand-by/get ready’ untuk bersalin bila-bila masa sahaja bila tiba waktunya. Jadual untuk buka cerclage itu lebih kurang pada awal bulan 4 nanti. Lagi sebulan je, huh! Sementara tu harus buat persiapan sedikit demi sedikit juga. Plan nak siapkan beberapa helai bantal dan sarungnya lagi (kalau lah sempat).

Benda pertama yang saya nak buat selepas 36 minggu nanti (kalau belum bersalin lah, hihi!) adalah S.H.O.P.P.I.N.G!