Category Archives: PKS Titisan Emas

Sekitar PKS TE ke-3 @Taman Tasik Titiwangsa

 Hampir nak seminggu baru berkesempatan nak upload gambar-gambar PKS TE yang ke3 yang berlangsung pada hari ahad yang lalu. Buat pertama kalinya diadakan di Taman Tasik Titiwangsa.

Oh dalam banyak-banyak SGM/PKS yang saya pergi saya paling suka di Taman Tasik titiwangsa. Sebab betul-betul berhadapan dengan playground yang sangat besar. Jadi anak-anak yang besar memang tidak menghiraukan mak-mak yang berkampung dibawah gazebo ini..hehe!

Yang tinggal cuma anak-anak kecik yang tak tahu duduk setempat je, hehe!
Topik perbincangan PKS pada kali ini adalah  Penyusuan Susu Ibu Menjelang Ramadhan. Seperti biasalah ibu-ibu yang hadir berkongsi cerita, tips dan info-info yang mereka tahu mengenai puasa dan penyusuan ini. Hai acik laa ni malas sungguh nak buat karangan berilmiah lagi, huhu! Boleh baca karangan mengenai topik yang dibincangkan ini diblog ely yer. 🙂
Selebihnya jom kita layan gambar je lah!…

Tak ketinggalan gelagat anak-anak yang sempat dirakamkam…
                                      
Ijet, apo yang ekau tengango tu?

Ohhh patut lah, tengok posing abang yang dah macam ala-ala pop ye yeh ni, hahaha!

Terima kasih kepada ibu-ibu yang sudi hadir pada PKS kali ini. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaat bersama. Insyallah tiada aral, kita akan berjumpa lagi pada PKS ke-4 pada bulan September nanti (Dua bulan cuti PKS, hoorayy! ehh?)

Jom ke PKS3 Titisan Emas-3 Jun 2012

Bagi yang berkelapangan dan ingin menyertai aktiviti PKS kumpulan Titisan Emas, jemputlah menghadiri PKS ke3 yang akan diadakan pada 3 Jun 2012 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa dengan topik pada kali ini ‘Penyusuan Di Sepanjang Bulan Ramadhan’.

Kita akan berkumpul dibawah Gazebo di tengah ini yang berhadapan dengan kawasan permainan. Bagi yang tidak pasti belah mana gazebo ini, jika dari jalan luar Taman Tasik Titiwangsa ini masuk kedalam tempat parking yang bersebelahan dengan Restoran Nelayan. Park disitu dan ada jalan masuk kedalam tasik selepas tempat letak kereta itu. 
Untuk makluman semua, ini PKS yang terakhir untuk setengah tahun 2012 ini sebelum kita berhenti rehat selama 2 bulan (Bulan Julai, Ogos tiada PKS) dan PKS ini akan dimulakan semula pada bulan September. Jumpa kalian disana yer 🙂

Sekitar PKS 2 Titisan Emas -Taman Putra Perdana

Alhamdulillah ahad semalam berlangsung sudah PKS yang kedua untuk Titisan Emas. Dengan topik Penyusuan Susu Ibu untuk Ibu bekerjaya. Bangkit seawal subuh saya sudah mendengar guruh berdentum menunjukkan yang pagi tersebut akan hujan.
Sewaktu sampai cuaca sudah mulai mendung tapi kami masih gigih memasang banner dan membentang  kanvas, semangat tu!.

 Sempat lah bermukadimah dalam masa 5 minit sebelum hujan pun mulai rintik-rintik. Terus kami bergegas bungkus cari tempat berteduh. Memandangkan taman putra perdana ini tidak banyak gazebo (kebetulan gazebo berdekatan telah dicop oleh sebuat famili yang sedang celebrate birthday party terpaksa lah kami cari gazebo yang agak jauh sedikit dari lokasi asal..

 Sampai-sampai je kat Gazebo ni, cuaca terus panas dan terang-benderang..perbincangan pada hari itu disambung di bawah gazebo ini pula.

 Perbincangan selesai lebih kurang pukul 11.30 am dan disudahi dengan jamuan makan potluck yang dibawa oleh rakan-rakan semua.

 Terima kasih kepada yang hadir dan menjayakan aktiviti PKS kali ini walaupun agak havoc terpaksa bertukar kepada plan B pula disebabkan hujan renyai-renyai.

Anak-anak yang happy ‘Peace y’all!’
Jangan lupa PKS3 pada 3 Jun 2012 dengan topik ‘Mengendalikan Penyusuan Susu Ibu Sepanjang Bulan Ramadhan’ di Taman Tasik Titiwangsa. Jumpa anda disana yer! 🙂

Jom ke PKS2 6 Mei, Taman Putra Perdana

Bagi yang berkelapangan dan ingin menyertai aktiviti PKS kumpulan Titisan Emas, jemputlah menghadiri PKS ke2 yang akan diadakan pada 6 Mei 2012 bertempat di Taman Putra Perdana dengan topik pada kali ini ‘Penyusuan Susu Ibu untuk Ibu Berkerjaya’.

Lokasi tempat berkumpul adalah bertentangan dengan kawasan taman permainan tersebut (dikawasan yang yang redup). Jumpa anda disana! 🙂