Category Archives: Parenting

Taktik

Fuh bila hari jumaat terus mak lega sebab esok dan ahad cuti..means dapat rehat jap dari melayan drama anak yang hari2 tak mahu pergi sekolah.

Namun sejak 3hari yang lepas azri dah tak merengek2..menangis lagi bila sampai sekolah. Yang bestnya dia akur je turun dari kereta..salam ibu..terus ke pintu pagar cikgu yg sedang menunggu disitu. Siap boleh kata sebelum turun kereta ‘nanti ibu amik azri balik yer’..

Taktiknya saya buat tak cakap dengan dia sampai lah sekolah dia. Sebelum ni Memang kalau saya kejut dia bangun pagi dia akan menangis sebab dikejut dari tidur dan tak mahu mandi..tak mahu pakai baju sekolah..taknak pergi sekolah.

Jadi instead of pujuk dia over and over again..dan dia tetap nangis sampailah sekolah…saya just diam..buat tak endah je..cakap yg perlu  sahaja. Even kdg2 bila dia berhenti jap nangis..dia tanya kita nak pi sekolah ke? saya tetap diam..saya tahu kalau saya jawab ya atau sekolah..dia akan sambung merengek lagi.

So bila dia tengok saya series dan tak cakap apa dia jadi ragu2 plak nak merengek2 tu..huhu So saya rasa cara ni lah yang berkesan daripada nak melayan drama pagi2 hari dan akhirnya kita pula yang stress.

Mungkin ada yang kata tak berapa sesuai ke method gini bla bla..tapi bagi saya parenting skills ni takleh nak apply sama kat semua budak..sometimes parents kena juga buat something yang suits  best dengan anaknya.

Dan saya rasa 3hari berturut ni dia tak menangis2 lagi bila sampai sekolah. Dan saya pun tak perlu nak stress dengar tangisan dia yg kdg2 end up dengan cubitan atau kata ugutan dari saya. Yang perlu saya buat adalah DIAM sahaja di pagi hari. We’ll see how long this tactic will work with him..huhu

Posted from Samsung Galaxy Note

Advertisements

Puisi untuk anak

Tadi hati panas..
Scroll Gallery pic dalam HP tadi terjumpa poem yang saya snap masa bengkel parenting yang saya pergi dulu. Kalau tengah geram memang tak terkesan pun baca poem ni..huhu!

Lepas bawa diorang jalan-jalan tadi baru lah baik skit pe’el diorang ni. Kesan kurang jalan kah?huhu. Kadang boleh plak main sama.

Tokannya si abang je. Kena latih dia banyak sabar. Belajar untuk banyak mengalah dengan adik. Tapi saya salute dengan dia..diusia baru 4 tahun 1 bulan..saya rasa banyak juga yg dia berkorban mengalah demi adik dia..mungkin kerana takut kena marah dengan saya…

Posted from Samsung Galaxy Note


Hai lah anak

Ibu zaman dulu kata:
Anak lelaki memang lasak sedikit berbanding perempuan…”

Ibu zaman sekarang kata:
“Eh takda lah…sama je laki ke perempuan pun lasak juga…”

Saya kata berdasarkan (pengalaman&pemerhatian yang sedikit ini hehe):
-Anak lelaki memang sedikit lebih lasak dan aktifnya berbanding perempuan…walaupun tidak semua..
-Walau ada ibu yang rasa anak perempuannya lasak seperti anak lelaki tetapi masih tidak akan dapat melawan kelasakan anak lelaki..
-Anak lelaki tidak akan (tidak boleh kot) untuk duduk diam dan bermain setempat dalam tempoh masa yang lama berbanding anak perempuan..(walapun tidak semua tetapi kebanyakanlah)..

Kesimpulannya:
Saya tetap rasa anak lelaki lebih lasak dari anak perempuan. Memang itu fitrah kejadian tuhan. Bahagian lelaki itu lebih besar..dalam aqiqah pun untuk anak lelaki bersamaan dengan dua ekor. Malah dalam hukum faraid pun kuasa dan pembahagian yang lebih..terletak pada anak lelaki. My 2cent je.

#adaketikanyaletih&frustdengantelatahanak:(#

Posted from Samsung Galaxy Note

Apabila rumah dilanggar ‘Todak’ (comel)

 Pasti suasana begini menjadi satu perkara biasa bagi dirumah yang mempunyai anak-anak kecil dan yang sedang membesar bukan? 🙂 Walau seribu kali dikemas dan disusunkan, pasti ianya akan ditabur dan diselerakkan semula. 
Yang sadisnya selepas satu bahagian diselerakkan, meraka akan beralih ke bahagian yang lain pula. Pendek kata pantang nampak bersih atau clear lah sesebuah tempat itu pastikan mereka tidak senang melihatnya. Begitu lah lumrah keadaan rumah yang mempunyai anak-anak yang bijak dan comel ini. Adakah rumah yang sentiasa kemas dan anak-anak yang langsung tidak menyepah? 
Sudahnya, ianyakan hanya dikemas bila menjelang mereka sudah tidur sahaja atau bila ada tetamu yang ingin bertandang ke rumah. Kalau ada yang terjah ke rumah dan rumah pula dalam keadaan tongkah pecah, faham-faham sahajalah. Bukannya tuan rumah malas nak berkemas tapi sebenarnya dalam masa 24jam, yang kemas hanya 6 jam sahaja (itu pun sewaktu mereka tidur).
Rata-rata, kebanyakan dari kawan-kawan seangkatan pun melalui suasana yang sama, Malah ada yang lagi hebat lagi ‘kekaraman’nya hihi. Bagi ibu-ibu yang 24-jam dirumah seperti saya ini memang terpaksa ‘meninggikan’ tahap kesabaran yang paling maksimum untuk menguruskan rumah tangga sehari-hari. Dan siapa kata tugas seorang surirumah itu senang dan mudah? Tugas yang tiada cuti, pendek kata 24 jam. Itu belum campur jika musim anak-anak tidak sihat lagi. 
Bila difikirkan apa gunanya kita membelikan mainan jika kita tidak mahu ianya bersepah? Salah satu cara untuk melihat keselerakan di rumah ini dari sudut yang positif, fuh-fuh! 
Itu belum campur, perabut-perabut yang diusung, ditarik kehulur ke hilir lagi. Oh hero-hero saya semuanya gagah perkasa, kih kih!
Bila kita kemaskan didepan, depa buat ‘kerja’ didalam pula, ggrrr-grrrr!
Bagi saya, saya sudah hampir lali dengan keadaan rumah yang bersepah ditambah-tambah dengan dua hero yang aktif sokmo ini, bukan kerana malas kerana sudah tidak larat lagi untuk memastikan ianya sentiasa lapang setiap saat. Sehingga ke hari ini saya masih belajar untuk memastikan tahap KESABARAN yang tinggi dalam mengurusi rumah tangga sehari-sehari. Belajar untuk tidak jemu membuat rutin sehari-sehari dirumah.
Kadang-kadang, untuk mengurangkan tahap kestressan dirumah, kita terpaksa pula untuk sentiasa untuk  menyuntik kata-kata motivasi dalam diri supaya diri masih dalam keadaan positif dan ceria.
Motif entri ini sahaja ingin berkongsi apa yang dianggap normal dalam suasana kekeluargaan dan keibubapaan.  Apa yang penting? 🙂

Bengkel ‘How To Talk So Kids Will Listen’

Dah pukul 2pagi tapi gigih nak mengupdate entri (tak boleh jadi ni dah seminggu ketinggalan hihi!)..
Sabtu yang lepas saya ke Parenting Workshop anjuran Parent Patch. Sesi pada hari itu adalah sneak peak tentang bengkel ‘How To Talk So Kids Will listen’. Walaupun sneak preview tapi sebenarnya peserta-peserta telah pun menjalani 2 sesi daripada keseluruhan workshop ini.
 Bengkel ini dikendalikan oleh Dr Asyikin dan Dr Ning. Sesi suai kenal bersama peserta. Tak ramai pun bengkel ini dikendalikan dalam kumpulan yang kecil.
 Antara objektif dan skil-skil yang akan dipelajari semasa sesi bengkel ini.

  Seperti biasa, si kecik ni tetap diangkut kemana-mana. Tapi keadaan tidak begitu selesa sebab dah terbiasa ke program yang tak perlu kan meja dan kerusi, hihi! Dan izzet pun mulalah merengek selepas 1 jam pertama. Saya agak kurang fokus semasa sesi bengkel ini kerana terpaksa melayan izzet yang tidak selesa. Mungkin bosan barangkali tiada suara kanak-kanak seperti selalu-selalunya.

Oh bengkel ini diadakan selama 4 minggu berturut-turut, 2 session setiap minggu selama 4 jam. Terdapat aktiviti praktikal, role play dan lain-lain lagi yang perlu dibuat oleh peserta sebagai latihan.

Setelah macam-macam cara untuk membuat izzet duduk ‘diam’. Itu dan termasuk membawanya bersiar-siar dilaman belakang rumah Dr Ashikin sambil melihat kolam ikan dan pokok-pokok. (Dalam hati, wow kagumnya dengan lanskap rumah ini, huhu!)

 Main-main kat belakang sementara waktu. Itupun dapat bertahan lebih kurang setengah jam sebelum mati kutu semula merengek-rengek suruh ibunya mintak dukung semula..haishh!

Selesai 2 session untuk bengkel kali ini. Bengkel untuk sesi seterusnya akan diadakan di Susuibu.com bagi pada hujung bulan ini.

Minggu hadapan akan diadakan lagi sesi yang sama seperti yang saya hadiri ini untuk kumpulan yang lain pula. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai ini boleh hubungi Dr Ning/Dr Ashikin seperti didalam flyer dibawah ini yer 🙂

Menabung di Tabung Haji

Akhirnya dapat juga saya buat akaun simpanan untuk anak-anak. Malas nak fikir akaun mana yang nak buka last-last saya pilih Tabung Haji (TH) sahaja. Memang saya suka nak simpan dalam TH ni sebab 1. tiada kemudahan ATM so liatlah sedikit nak keluarkan, heheh! Walaupun goodiesnya tak semeriah kalau   kita bukak akaun kanak2 dibank konvensional yang lain yang dapat bag lah, topi lah dan macam-macam lagi.

Dapat lah dua biji Tabung yang berbentuk bangunan Kompleks TH di KL. Lama dah tak tengok tabung TH ni, rasa dulu masa saya sekolah2 dulu ada tengok. Azri suka dapat tabung tu, sampai-sampai rumah terus nak masukkan duit syiling yang saya kumpul tu.

 Sekejap sahaja izzet sudah datang ‘tolong’..hehe! 

Izzet kasi selerak dulu sebelum masukkan satu-satu dalam tabung. Sambil-sambil mengajar abang untuk  belajar menabung duit. Bila dah penuh nanti kita pergi TH bawa tabung-tabung ye anak-anak! (Mak pula mode teruja nak penuhkan tabung ini, hehe!)

What is our ‘real job’?

‘Masa anak kecil, they crave our attention..”

“Nabi S.A.W, nampak Hussin & Hassan lari-lari masuk masjid, Nabi berhenti khutbah sat pi dukung Hussin & Hassan…”
“Kita bukan nak khutbah pun, bukan Nabi, bukan Presiden negara pun, anak masuk dalam bilik, halau keluar..”
We do our job kat luar, jadi lecture, somebody2 ke that is not our real job! Our real job adalah di rumah. Kita bekerja untuk fullfill our ‘real job’ dirumah. Tetapi ramai yang rasa our real job adalah diluar itu. Kita cari duit untuk membesarkan anak-anak. Kerja kita yang sebenarnya adalah kita kena menbesarkan seorang anak untuk menjadi khalifah. It is on our hand on who he is going to be..”

Saje je nak share video ni. Mungkin ada yang dah tengok. Saya tertarik dengan petikan kata-kata ustaz Don diatas tu. Kadang-kala saya pun begitu juga, tang part halau keluar bilik kena batang hidung sendiri, especially kalau time saya menjahit, huhu!

Selepas tengok ini, rasa nak peluk n cium2 je anak-anak. 🙂

Hirarki Keperluan

Saya tertarik dengan artikel yang dikongsi oleh teman di facebook tentang hirarki keperluan seorang anak. Boleh baca artikel itu disini untuk pemahaman yang lebih lanjut. Oh, saya sudah hampir melupakan sebuah hirarki yang paling asas yang pernah saya belajar disekolah mengenai keperluan asas manusia yang panggil Hirarki Maslow.


Dalam hierarki tersebut menerangkan bahawa keperluan manusia ini boleh dibahagikan kepada 5 kategori seperti yang boleh kita dilihat pada gambar di atas. Dan keperluan kita akan meningkat setelah keperluan yang dibawahnya sudah dipenuhi dan begitu lah seterus dan seterusnya. Jadi berapa ramai diantara kita (termasuklah diri saya) sedar yang kita sebenarnya sudah ditahap mana dalam hirarki ini?

Kemudian, saya baca pula hirarki keperluan Ibu yang diadaptasi juga dari hirarki Maslow. Masih mengekalkan konsep asas hirarki Maslow tetapi diolah dari sudut perspektif seorang ibu barangkali. Boleh baca disini untuk artikel tersebut. Mari kita lihat pula hirarki keperluan seorang ibu dibawah ini.

Saya tertarik lagi dengan keperluan yang paling asas (iaitu paling bawah sekali) yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan salah satunya adalah ‘tidur’. Tidur menjadi satu isu utama kepada kebanyakkan ibu (termasuklah diri saya lagi, hihi) setelah bergelar ibu ini. Tidak dinafikan kesan dari kekurangan waktu tidur ini kepada seseorang yang bergelar ibu ini boleh memberi impak besar kepada aktiviti sehari-harinya dan juga kepada orang disekelilingnya. Dan melihat kembali kepada hirarki keperluan seorang ibu itu, dimana kah tahap kita berada? Hanya kita sahaja yang boleh menjawabnya. 🙂

Akhir sekali, hirarki keperluan seorang anak. Boleh baca artikel penuhnya disini. Alhamdulillah, kesan ketara yang saya nampak pada DIRI SAYA sepanjang hampir dua minggu merealisasikan aktiviti Sekolah Dirumah bersama azri banyak membuka mata saya tentang keperluan emosi dan psikologi seorang anak.

Seperti yang diterangkan didalam artikel yang saya baca itu, perbezaan diantara kedua-dua hierarki keperluan diatas dengan hirarki kerluan anak ini, adalah dalam hirarki ini, kesemua keperluan ini bergantung sepenuhnya kepada ibu-bapa untuk memenuhi kesemua keperluan didalam hirarki. Ada kalanya, apabila kita seakan hilang punca dalam menangani hal-ehwal anak-anak ini, mungkin barangkali kita perlu cari semula punca (roots of the cause) sesuatu masalah itu dengan melihat semulan konsep asas hirarki ini.

Mengenjut Bayi (Rocking baby)

Saya perasan, izzet lebih mudah tidur sewaktu saya memegang,mengendong dan sebagainya. Dalam erti kata lain, kena angkat lah. Pendek kata, dia akan tertidur jika terasa pergerakan. Berbanding kalau saya letaknya diatas tilam atau dalam keadaan yang statik, dia akan sering terjaga.

Mengikut pembacaan saya di internet mengenai mengenjut bayi (rocking the babies) ini, rata-rata mengatakan bayi lebih mudah tertidur dalam posisi yang bergerak-gerak (rocking motion) kerana terbiasa semasa didalam kandungan kita sentiasa sentiasa bergerak kan.


Sebab itu kesan pergerakan ini bukan sahaja memberi kesan pada bayi malah juga orang dewasa, sebab itu adakalanya kita sering tertidur semasa menaiki kereta, didalam bas dan sebagainya, hihi!

Saya ada terbaca juga artikel-artikel lain tentang bagaimana untuk mengajar bayi untuk tidur sendiri tanpa perlu mengenjut, mendodoi dan sebagainya. Menurut artikel tersebut perbuatan mengenjut/mendodoi ini akan menjadi habit kepada bayi dan bayi akan sentiasa perlu dibuat begitu setiap kali untuk menidurkanya.

Satu artikel yang bagus juga untuk pembacaan mengenai isu ini adalah ‘Sleep Associations- Is Rocking Your Baby Harmful?

Jadi, adakah perbuatan mengenjut bayi untuk menidurkannya menjadi suatu masalah? Ianya terpulang kepada family itu sebenarnya. Ianya mungkin menjadi masalah jika perbuatan itu melecehkan atau menghadkan aktiviti lain bagi orang yang menjaganya.

Bagi saya yang surirumah sepenuh masa ini, saya tidak kisah kaedah apa pun yang penting apa yang terbaik yang membolehkan anak saya tidur dan saya dapat membuat kerja lain sementara dia akan terjaga dalam masa beberapa jam lagi. Malam tidak menjadi masalah kerana co-sleeping membuat bayi lebih mudah tidur berbanding diwaktu siang. Jadi diwaktu saya perlu menggunakan kaedah2 lain untuk menidurkannya.

Semasa azri dulu, saya menggunakan buaian. Orang kata kalau tidur berbuat kemana-mana perlu diusung buai itu, namun alhamdulillah azri mudah tidur pula bila balik kampung, bercuti dan sebagainya, tidak perlu bawa buai itu.

Untuk adiknya pula, saya tidak berpeluang langsung untuk menggunakan buai sebab dah jadi bahaya bila azri sering nak ‘tolong’ membuai sekali. Dan bagi saya ianya lebih bahaya jika nak meletakan bayi didalam buai jika ada kanak-kanak yang lebih besar yang belum faham istilah bahaya.

Kadang-kala saya gunakan kerusi ini. Tetapi jarang juga, sebab bila duduk disini, saya tidak dapat mengadap laptop, hihi!

izzet@1 m.o, 5.2kg

Jadi, saya selalu buat begini, letak baby atas lutut dan goyang selow-selow sambil ‘online’ sekali, hihi! Tapi risau juga kalau ada effect dengan perbuatan macam ini. Semasa search artikel mengenai kesan mengenjut bayi (rocking), saya terjumpa artikel mengenai ‘Abusive Head trauma (shaken baby syndrome)’ yang mengatakan:

Normal interaction with a child, like bouncing the baby on a knee, will not cause these injuries. It’s important to never shake a baby under any circumstances.

Lega lah juga bila dah tahu. Apa yang boleh saya simpulkan dari pembacaan beberapa artikel mengenai perbuatan mengenjut bayi ini rata-rata memberikan kesan positif dalam usaha untuk menidurkan bayi cuma perlu dengan alatan dan teknik yang betul. Jika memilih buai, pastikan buaian itu mempunya ciri-ciri keselamatan dan digunakan dalam persekitaran yang selamat (ie, perlu dalam pengawasan daripada anak-anak yang lebih besar dan sebagainya.

Alimkids Preview di MLO PJ

Kalau kesihatan saya mengizin pada ketika ini, pasti saya akan menyertai teman-teman yang lain untuk mendaftarkan azri kedalam playgroup. Dah lama sebenarnya saya berniat nak hantar azri ke Alimkids Playgroup bila dia mencecah 2 tahun. Sekarang, dah 2 tahun lebih pun, bila dia dah bersedia keadaan saya pula yang tidak membenarkan untuk saya meneruskan rancangan ini.

Terpaksa lah saya tangguhkan dahulu perancangan ini sehingga saya selamat bersalin nanti. Yang tak bestnya tak dapat lah saya saing dengan rakan-rakan yang lain yang akan mendaftarkan anak mereka juga nanti.


Cawangan Alimkids baru di Petaling Jaya telah pun dibuka untuk pendaftaran. Alimkids ini akan diadakan di kedai Momslittleones kepunyaan rakan saya iaitu puan Aishah. Satu sesi preview percuma juga akan diadakan pada 29 Jan ini di kedai beliau. Pada yang berminat untuk menyertai preview boleh melayari Facebook Alimkids Playgroup PJ untuk maklumat lanjut di:

http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/ALIMKids-PJ-Playgroup/188969134462240

atau layari blog Alimkids PJ di http://alimkidspj.blogspot.com/