Category Archives: Nursing Cover

Jahitan: Nursing Cover 8

Selepas selesaikan baby blanket semalam, hari ini terus zaaass untuk jahit NC lagi. Tiba-tiba ada nombor ek. Ini adalah tempahan NC saya yang ke-8 (termasuklah yang saya pakai sendiri, aci tak hihi). Haha, baru 8 nak hebohkah! Saje je saya nak buat numbering senang ler next time. kalau ada orang tempah lagi, hehe

Nursing Cover
Strap: Standard
Fabric: Cotton Combo
Advertisements

NC-Detachable Straps 2

Baru lepas siapkan satu lagi tempahan Nursing Cover. Walaupun 1-2 je tempahan, tapi kepuasannya tidak terhingga, hihi!

Jenis Detachable Strap (Snap Attach).

Siap sekali dengan matching Pouch.

Kain polkadot dari lebih kain English Cotton saya. Matching Printed saya guna kain Cotton Opel. Cotton nipis & ringan. Untuk NC memang saya suka guna light cotton macam Burnout Cotton, Cotton Opel dan lain2 jenis cotton yang nipis. Chiffon pun boleh, sejuk & licin.

NC-Detachable Straps

Selesai membuat satu lagi NC. Tapi kali ini saya custom made sedikit. Strapsnya saya letak snap button supaya boleh dicabutkan. Tujuan utama saya reka NC ini adalah ingin membuat ala-ala 2 in 1, NC & baby cover/blanket.

Material: Polkadot- Natural Cotton, Flower prints-Japanese Burn-out Cotton. Ada yang berminat? E-mail saya di hayatiehashim[at]yahoo.com (^_^)

Terapi jiwa: Menjahit

Fuh-fuh (sambil lap peluh) baru jahit 2-3 macam je dah huru-hara belum amik tempahan besar-besaran lagi ye dakk, hihi! Dalam keadaan yang sedikit huru-hara, izzet meragam nak tumbuh gigi, azri yang sentiasa nak buat saya beri ‘perhatian’ pada dia, dalam erti kata a lain kena marah laa, terkial-kial saya nak menyiapkan NC tempahan dari rakan.

Fabrik sepenuhnya kepunyaan rakan, saya tolong jahitkan sahaja. Adalagi beberapa helai NC yang perlu saya siapkan, tempahan dari kawan-kawan terdekat je. Banyak lagi kerja-kerja jahitan yang perlu saya siapkan.

Sudahlah buaian ni sudah patah dua. Jadi seharian saya banyak dihabiskan untuk menidurkan izzet sahaja. Sebab dia tak berapa lena kalau tidur tidak berbuai. Paling lama 1 jam jer, asal saya bangkit sahaja dari sebelah dia terus dia jaga, macam tahu2 je mak dia dah takda kat sebelah. Letak bantal peluk pun tak jalan, hehe!

Buaian ni dah hampir 3 tahun, saya rasa ianya patah sebab azri masih lagi menaiki buai ini walalupun beratnya dah 21kg, mungkin dah tahap maksimum tiang ni tak dapat nak menampung pressure lagi. Dah la masa patah ni izzet yang sedang berbuai, tapi mujur tak jatuh sebab tiang dua so ianya masih bertahan pada satu tiang lagi. Hai macam-macam hal lah pulak.

NC-Super Lightweght

Baru lepas menyiapkan Nursing Cover ini. Tujuan asal kain ini adalah untuk cubaan membuat baju kurang kanak-kanak, tapi tak berkesempatan lagi. Akhirnya saya buat NC. Niat asal memang untuk diletgo, tapi bila dah siap macam sayang pun ada sebab rasa best lah pula NC, ringgan dan sejuk je! Kain ini adalah dari jenis French Chiffon sebab tu dia jadi lightweight.





(Status: Sold)

Haish..tak bley-tak bley, sebab saya dalam misi menghabiskan kain dan misi mencari dana untuk membiayai kos pembelian mesin jahit idaman, agagaga! Boleh jer nak guna duit yang ada tapi saya saje nak kumpul duit-duit dari hasil jahitan supaya pembelian tu lebih bermakna,hihi! Berapa tahun daaa agaknya saya boleh beli tu…kah kah!

Any takers for this super lightweight Nursing Cover? E-mail me at hayatiehashim@yahoo.com (^_^)