Category Archives: Nur Satay

Nur Satay: Tempahan is ‘Overwhelming’

 Wahh, akak tak memang tangan mencucuk satay dengan tempahan yang masuk sejak saya promote secara online nih. Ada yang terpaksa saya tolak kerana kebanyak tarikh yang diminta sudah pun penuh. Sejujurnya memang kudrat kami berdua sahaja yang membuat satay ini. Dari minggu lepas dan sepanjang minggu ini ramai sungguh yang buat open house dan open office nih.

Bayangkan ada yang tempah untuk 3000 cucuk, 5000 cucuk untuk hari yang sama, pheww! Sayang sangat terpaksa saya tolak kerana sekarang ini pun kami terkial-kial menyiapkan tempahan orang yang mula-mula dahulu. Kalau nak dikira jumlah tempahan dari minggu lepas hingga hujung minggu ini semuanya sekali adalah lebih kurang 4000cucuk. Insyallah tahun hadapan banyak yang saya cuba nak laksanakan ini
                                                                 
                              
Kepenatan terubat bila mendapat feedback dari customer yang menempah satay secara online buat pertama kalinya. Alhamdulillah, syukur pada Allah! 🙂

Sabtu yang lepas saya marathon menghantar satay dari cheras, kemudian ke Kelana Jaya dan akhir ke PJ. Dapat juga berjumpa rakan susuibu yang lama sungguh tak berjumpa. Antara forumer yang awal saya kenali semasa mula-mula masuk dalam forum susuibu.com dahulu. Kebetulan dia juga mengorder bila dapat tahu yang saya akan menghantar satay ke area PJ.


Siap posing dengan satay2 sekali…hehe!
Oh, tukang hantar satay siap pakai vogeh2 tu. Eh jangan salah faham, sebenarnya selepas tu ada jemputan wedding kawan yang perlu saya hadiri. Itu yang terus pakai vogezz terus!hehe

Nur Satay: The Making..

Tak pernah cerita pasal Satay mak saya kat blog, huhu! Sejak dari kecil mak dan abah saya berniaga satay sampai lah arwah abah saya meninggal terus perniagaan satay kami pun terhenti. Sekarang ini, mak saya masih membuat satay jika ada tempahan dan berniaga sekali-sekala dipasar malam.
Kali ini saya telah mula promosikan semula satay mak saya ini di internet sebagai salah satu produk untuk homebiz saya ini. Alhamdulillah, selepas itu saya telah mula mendapat tempahan secara online. 
Ini rupa satay yang telah diperap dan siap sedia untuk dicucuk. Dah lama saya tak cucuk satay sebanyak ini, sebelum-sebelum ini hanya mak saya sahaja yang buat. Kali ini saya terpaksa tolong sebab kami dah mengambil tempahan dengan lebih banyak lagi. Nasib baik skill mencucuk masih ada lagi, hehe!
Bagi yang dah biasa cucuk memang boleh mencucuk dengan pantas. Sebab saya dah biasa sejak sekolah dulu selalu tolong cucuk satay, dalam masa satu jam saya boleh dapat cucuk dalam 100 batang. 
 Stok dalam deep freezer yang telah siap tinggal untuk dibakar sahaja. 

                             
Tak rugi beli deep freezer ni tahun 2005 dulu. Banyak jasa dah, selain simpan stok satay, pernah juga menyimpan stok ebm saya sedikit masa dulu.  🙂

Yang telah siap dibakar. 🙂

*Saya pernah mempunyai rancangan untuk Nur Satay tapi terhenti diseparuh jalan suatu masa dahulu. Kini, tiba-tiba pula terfikir untuk memulakan kembali apa yang pernah saya rancangkan dahulu. Mungkin inilah masa dan petunjuk yang Allah berikan pada saya?Amin-amin, mudah-mudahan semua akan dipermudahkan, terima kasih ya Allah diatas nikmat yang kau berikan kini, sesungguh aku berserah dan berlindung dibawahMu..

Tempahan Satay

Seperti biasa, bulan syawal memang rezeki mak saya untuk tempahan satay. Pada yang belum tahu, mak saya memang penjual satay dahulu. Dan saya dibesarkan dengan hasil berniaga satay dari kecil sampai lah masuk ‘unibersiti’ hehe! Cuma sekarang ni sahaja dah tak berniaga sangat lagi. Tapi kami masih lagi menerima tempahan satay pada customer-customer dan rakan-rakan terdekat.

Saje je nak snap gambar satay ni, tak pernah pun sebelum ni. Pada sesiapa yang bercadang-cadang nak buat open house ke, open ofis ke, haaaa sudi-sudikan lah menempah satay kami yer. RM0.60 sen secucuk, ayam & Lembu. Nasi Impit (bukan instant)  RM2/paket (size 4″x6″). Penghantaran disediakan (lembah klang sahaja) dengan tempahan minimum.

 Cas penghantaran tertakluk kepada kawasan. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 3-5hari dari tarikh yang dikehendaki dan bergantung kepada kuantiti, lagi banyak lagi awal 🙂 Boleh e-mail saya di hayatiehashim@yahoo.com atau order di LaLiLo.com.my