Category Archives: My Xpressiveness

PRU13: Balik Mengundi?

Sebagaimana yang kita tahu hari ini telah diumumkan tarikh mengundi untuk PRU 13 yang jatuh pada 5 Mei 2013 iaitu pada hari ahad. Lima tahun lepas saya mengundi ditempat saya dibesarkan iaitu di Salak Selatan, KL.Walaupun kami dah berpindah ke Kajang tapi masih tak buat pertukaran tempat mengundi pun, huhu!
Semak daftar pemilih disini: http://daftarj.spr.gov.my/
Saya dan mak saya akan mengundi di Salak Selatan
Encik Husby di Batu Pahat.

Mengundi kali ini dilema sebab encik husby mengundi di Batu Pahat, saya dan mak saya mengundi di Kuala Lumpur. Hmmmm mana nak rushing balik mengundi ni, adeh! Sama ada balik KL the day before, kitorang  ke Salak Selatan belah pagi tu, hantar mak balik kajang dan terus balik BP, sampai lebih kurang  lepas zuhur terus ke tempat mengundi encik husby pula…

atau kalau tak bley juga, jawabnya……..paham-paham sendiri lah….hahaha! 😀

Welcome back Mr Asus

Akhirnya setelah 6 bulan notebook kesayangan ni tersadai kerana keyboardnya rosak. Yang tercabut-tercabut gara2 dikopes oleh izzet. Ada banyak button yang jammed. Button Enter pun jam juga. Sah2 asyik kena tepuk je dengan izzet, huhu!
Masa cuti sekolah ritu hantar gi encik husby bawa repair kat Lowyat. Kena tukar keyboard baru terus RM130. Weekend ni baru je collet notebook ni. Excited menunggu Encik Asus ni pulang ke gagang. Banyak dah jasa dah kenangan notebook ni telah memberi khidmat selama hampir 2 tahun.
Asus Eee PC Seashell Series
Yeayyy, dah revamp!! Dah belikan baju baru gak yang matchy-matchy untuk encik notebook ni..baru lah semangat! Tenkiu too encik husby tolong hantar repair. Siapa lagi kan…huhu!
#Pertama kalinya compose entri dari encik notebook, puas dapat menaip dikeyboard baru yang sedap dan ‘garing’ je rasanya, haha!

Kuasa Doa

Firman Allah S.W.T, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan” (Surah Al-Ghafir, ayat 60)

“Oleh sebab itulah doa orang2 yang yg dalam
kesusahan, teraniaya dan dihimpit musibah

biasanya lebih berpeluang diterima doa-doa mereka.
Kerana pada tersebut doanya lebih kusyuk dan
harapannya menggunung tinggi”. (Syahirul.com)

Saya tetap yakin bahawa Allah sentiasa beserta dengan orang2 yg sabar dan Dia juga sentiasa akan melorongkan petunjuk kepada hambannya dalam pelbagai bentuk. Dan kuasa doa itu seiring lebih2 lagi doa dari orang2 yang teraniaya.

Kerana telah diriwayatkan bahawa doa dari orang yang dizalimi & teraniaya adalah diantara 3 golongan manusia yang doannya tidak ditolak.

“Sabda Nabi S.A.w: Tiga golongan manusia yang doanya
tidak ditolak, ketua/pemimpin yang adil, orang yang
berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang
teraniaya”. (Riwayat Tarmizi)

“Dan sabda Nabi S.A.W: Takutlah kamu akan doa
orang yang teraniaya kerana sesungguhnya tiada
dinding yang memisah diantara orang yang dizalimi
dengan Allah S.W..T”. (Riwayat Tarmizi)

#Syukur Alhamdulillah, Amin2 yarabbal ‘alamin!

posted from Bloggeroid

Gara-gara scrub

Ahad minggu lepas saya guna St. Ives apricot scrub yang baru saya beli. Kononlah nak berscrub satu badan kasi kulit halus tulus mulus kan haha. Tak sangka plak saya allergik selepas first time guna.

Dulu masa kat Uniten memang saya guna range St Ives ni tapi takda masalah pun. Saya tak tahu part mana yang buatkan reaction pada kulit samada Apricot tu kah, fragrancenya kah atau microbeadsnya..huh seriklah.


Satu badan naik rashes macam ni tapi yang paling banyak dekat lengan, tengkuk dan belakang badan. Ingatkan boleh lah recover sendiri tapi dah seminggu serupa je. Encik suami dah suruh gi klinik je amik injection ke ubat ke..huhu


Kelmarin saya ke klinik juga. Nasib baik tak perlu injection sebab doktor kata rashes macam tak severe. Hanya perlu makan ubat sahaja. So doktor prescribed ubat2 ni. Yang Prednisolone tu saya kena makan 8biji sekali sib baik sekali je..untuk meredakan radangan. Yang Chlorpheniramine tu sebiji je untuk mengurangkan alahan yang ada. Cream2 tu saya tak guna pun sebab tak gatal pun..

Alhamdullillah dah hampir lah dah rashes tu. kalau tak mesti terasa mengerutu je kulit time mandi..nasib baik alahan ni tak datang sekali dengan gatal2..

#Moral: seriklah nak guna scrub yg bukan natural lagi. Teringat dulu pernah guna Home made scrub yang dibuat dari lada hitam yg ditumbuk halus (as a scrub beads) kemudian dicampur pelbagai rempah ratus macam kunyit serai, etc…series fresh…takda allergik pun

posted from Bloggeroid

Word of the day: ‘Kampong’..

Senyum 😉 tak perlu kata apa-apa…

#kasihan 🙂

posted from Bloggeroid

Mentadbir Rumahtangga

Tadi jenjalan kat blog kawan2..saya tertarik dengan dengan tajuk entri yang mengatakan Surirumah adalah pekerjaan terbaik didunia. Absolutely..

Menguruskan rumah tangga sepenuh masa sudah pasti menjadi idaman semua wanita yang sudah bergelar ibu. Eh semua ke? Eh ada juga yang meletakkan karier sebagai matlamat utama dalam pencapaian diri dan kedua baru keluarga. Terpulanglah.

Saya pula suka membayangkan tugas sebagai surirumah ini lebih kepada tugas mentadbir rumahtangga. Bila rasa agak2 dah mula bosan dengan rutin harian cepat-cepat fikiran dialihkan dengan membayangkan ianya adalah suatu pekerjaan.

Tapi adakalanya perasaan malas-rajin itu kadang-kadang bercampur baur. Sebagai contoh bila tiba ‘hari malas sedunia’ saya mula perasaan yang lantai semakin berdebu, baju dalam almari semakin berkurang, bakul semakin penuh, lantai dan dinding bilik air semakin licin. Sinki sentiasa penuh.

Dalam pada itu, diri cuba untuk menyuntik semangat untuk meneruskan rutin yang sama semula. Dan rutin harian dilaksana dalam kadar sederhana dan mana2 yang patut sahaja asal siap dan bersih. Tapi bila tiba ‘Hari Rajin sedunia’ tingkap pun berkilat..hehe.

#Mod Hari Malas Sedoniya 😀

Antara persepsi -ve kepada surirumah:
1. Tak belajar tinggi
2. Tak pandai
3. Tak pandai bergaya-sebab tak keje opiskan haha
4. Tak sosial
5. KOlot-boleh join point no.3 kot. Hehe
6. Ketinggalan-asyik kat rumah je
7. Kampung
8. Kurang dihormati-lainlah kalau lawyer ke doktor ke..jadi kerani pun still ‘kerek’ juga padahal housewife yg dia dok kerek tu ntah2 ada PHd..hahaha
9. Jadi buah mulut sedara mara untuk 10 tahun pertama-terutama bagi grads
10. Asyik emosi?- sebab mcm point no.6
11.
12.

Sekian,
‘Berkhidmat Untuk Rumahtangga’

Yang Benar,
Hayatie Hashim,
(P)EGAWAI (T)ADBIR (D)APUR

😛

Buat passport


Hooray..saya dan anak2 dah buat passport. Buat je dulu..takda plan pun nak bercuti obersi..huhu. Tunggu signal encik boss dia kata lets go …


Saya buat ni tadi petang pukul 4pm..siap pukul 5pm di Pejabat Imigresen Batu Pahat. Belah pagi saya amik borangnya dulu, punya lah ramai orang. Saje test datang dekat2 nak tutup. Memang takda dah orang. Tinggal kami orang yang terakhir keluar..hehe.

Bayaran bagi umur lebih 12 tahun, RM300.. bawah 12tahun RM150 untuk tempoh 5 tahun.


Kelakar tengok gambar passport dua beradik ni. Yang azri guna baki gambar masa register tadika dulu. Yang adik baru ambil pagi tadi.

Punya la seksa dia meraung2 takut taknak. Kena trick dengan gula2 kononnya saya nak bukakan dia gula2 sambil tu dia berdiri sebelah (dah cool skit)..dan orang tu cuba panggil dia dan snap gambar..

Rambut pun senget..takpalah tak penting pun yang dapat jalan2 kan…hahaha

#ok mari berangan nak pergi negara mana dulu…huhu

posted from Bloggeroid

Giler free gift

Dulu (masa duduk rumah mak) saya tak heran pun pinggan cawan hadiah ni. Malah bila mak saya beli barang2 yang dapat hadiah pinggan mangkuk bagai saya siap kata apesal la mak suka beli bukannya ada kualiti pun skit hari retak sana sini..

Tapi bila dah mula duduk sendiri saya pula yang mengikut jejak langkah dia..kih kih. Bukan ape sebabnya bila duduk sendiri banyak bekas2 yang saya takda. Jadi alang2 beli barang2 tu baik saya beli yang ada hadiah sekali.


Selalunya untuk hadiah mug ke atau yang besar mesti kita kena beli 2-3 sekaligus utk dptkan sebiji cawan atau mangkuk. Tapi haritu saya nampak Promo Lexus, Munchys beli sepaket dapat mug sebiji. Saya pun borong 4 peket terus dah alang2..lagipun memang biskut favourite anak2. Sepeket pun baru RM4 lebih.. so dptlah 4 biji mug yang comel2 ni. Bayangkan sy amik 10peket tadi..hehe. ala biskut lexus ni satu hari je dah habis sepeket dikerjakan anak2..huhu

Yang cawan Boboi Boy tu saya beli ubat gigi Colgate. Kena beli dua kotak ubat gigi baru dpt sebiji mug..see. kalau nak kumpul semua corak yang ada..saya kena borong 6 kotak ubat gigi..maknanya setahun takyah beli ubat gigi dah pastu..ha ha ha


Yang Simplot ni pun best gak, beli satu dapat hadiah satu. Saya beli kentang Simplot dapat free container besar ni. Boleh masuk microwave juga. So memandangkan takda bekas plastik besar..saya beli 2 bungkus terus kentang ni. Azri memang giler kentang..h3he.

Free gift2 yang banyak dapat eco bag, hand towel..benda2 kecik yang depa siap2 taruk kat dalam.

posted from Bloggeroid

Shrink to fit


Apa sudah jadi? Pasal mesin basuh saya yang rosak tempohari (now dah ok) saya hantar dobi baju2 semua. Tak perasan yang seluar azri ni terselit sekali.

Hasilnya dah kontot dari saiz sebenar..huhu. Ni mesti dryer dobi yang maha panas tu saya bajet. Fabrik seluar ni saya agak dari strech polyester. Sebab yg saya perasan selepas saya gosok bajunya mesti saya kena turunkan suhu saterika untuk gosok seluarnya pula. Kalau tak kedut cair la jawabnya.

posted from Bloggeroid

Yeay saya ‘menang’..!


Hip hip hoorayyy! Hampir tiap-tiap hari menang. Kalau dikumpul mau saya jadi hartawan nih…tapi masih ada juga yang terpedaya kan..huhu

#bosan hmmmm#

posted from Bloggeroid