Category Archives: My OnG Stories

Result Pap & Cerita Kanser

Saya singgah ke klinik LPPKN tadi untuk menanyakan result pap yang saya buat 17 oktober yang lalu. Alhamdulillah result kali ini normal juga. Risau juga kalau CIN saya kembali lagi. Taknak buat LEEP lagi kerana ianya akan lebih merisikokan kandungan yang seterusnya.

Tapi kalau tidak buat LEEP, CIN yang ada akan merebak dan menjadi kanser pangkal rahim. CIN adalah Cervical Intraephitelial Neoplasia yang boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu CIN1, CIN2 dan CIN3.

Dalam kes saya termasuk dalam peringkat CIN3. Ekoran dari keputusan Pap saya yang tidak normal ( abnormality class 4 lebihkurang la..hehe) saya dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan colposcopic biopsy.

Hasil dari pemeriksaan saya harus menjalani prosidur LEEP (Loop Electrosurgical Excision  Peocedure) untuk membuang sel2 CIN yang berada di pangkal rahim. Kesannya rahim saya masuk kategory Cervical Incompetence dan terpaksa menjalani cerclage (ikat rahim) sewaktu kehamilan kedua dahulu.

Boleh baca cerita dan alkisah mengenai CIN dan prosidur LEEP saya disini:

http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2009/01/cervical-intraepithelial-neoplasia-cin.html?m=0

http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2009/01/my-story-of-leep.html?m=0

Sudah kah kalian menjalani pemeriksaan Pap.Smear berkala? Kanser serviks pada masa kini bukanlah hanya berkait dengan cara hidup yang tidak sihat. Walaupun ianya disebab oleh virus  HPV ( human Papiloma.Virus) yang lebih banyak di kaitkan dengan aktiviti2 STD’s (Sexually Transmitted Diseases).

Dengan cara hidup masa kini Kanser serviks juga adalah berkait rapat dengan imun sistem seseorang, cara pemakanan kini dan berbagai2 lagi faktor2 lain yang menyumbang). Virus adalah sejenis mikroorganisma yang boleh bermutasi mengikut keadaan sekitarnya.

Saya menjadi sangat concern dengan kanser sebelum ni setelah arwah abah saya meninggal kerana kanser usus besar (Colorectal Cancer) pada tahun 2006. Tiada sejarah dalam keluarga belah kami yang menpunyai sakit kanser. Arwah abah saya adalah seorang penghidap kencing manis yang agak kronik sehingga menyebabkan kaki kananya terpaksa dipotong kerana gangrene sewaktu saya darjah 3 dalam tahun 1990-an.

Walaupun begitu arwah abah tetap dipanjangkan usia walaupun arwah abah menjadi pengidap kencing manis lebih dari 20tahun. Akhirnya diakhir usia 56 tahun arwah abah meninggal bukan kerana kencing manisnya tetapi kerana kanser usus stage ke4…arwah abah hanya bertahan lebih kurang 6 bulan sahaja dari tempoh selepas di diagnosed. Setelah kondisinya tiba2 mula merosot dalam awal tahun 2006.

Menurut doktor, terdapat tumor didalam usus besar yang sepanjang 12cm. Menurutnya lagi tumor ini mungkin sudah berada didalam usus ini sejak bertahun2 lama cuma ianya tidak menunjukkan apa2 simptom dan selalu pesakit tidak akan perasan dengan simptom2 kecil.Apabila sudah tahap yang teruk barulah pesakit akan perasan perubahannya dan masa itu kemubgkinan ianya sudah terlewat untuk dirawat ditambah dengan sakit kencing manis arwah, low BP mengmustahilkan jika hendak dibuat pembedahan.

Walaupun doktor telah mengatakan tiada harapan untuk pulih. Saya dan keluarga tetap merahsiakan perkara ini sehingga ke nafas terakhirnya kerana inginkan dia kuat dan positif untuk menjalani hari2 terakhir dalam hidup. Arwah menghembuskan nafas terakhir 2 minggu selepas majlis perkahwinan ( yang dibuat adhoc juga kerana saya mahu arwah abah sempat melihatnya). Al fatihah untuk arwah abah!

#terhover lah plak#

Sejak dari tu saya jadi lebih concern pasal kanser ni dan sering buat pemeriksaan untuk breast dan juga serviks. Dalam kes saya, selepas LEEP saya perlu buat PAP 6 bulan sekali jika normal..selepas itu setahun sekali.

Posted From Samsung Galaxy Note

Advertisements

‘Surviving bed rest’-sambungan

Jika dilihat bed rest adalah seperti sesuatu yang menyeronokan, dapat berehat, tak perlu buat kerja-kerja rumah dan sebagainya. Ianya boleh dikatakan menyeronokkan jika melibatkan tempoh waktu yang sekejap. Bagaimana pula jika untuk tempoh waktu yang panjang? sebulan mahupun 2 bulan? ada yang terpaksa berkeadaan begini dari seawal kehamilan hinggalah sampai tempoh bersalin, fuh!

Seseorang masih lagi bertolenrasi dengan keadaan sebegini jika ianya adalah kehamilan pertama. Bagaimana pula yang bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar yang perlu diuruskan? Anak-anak yang sedak lasak membesar atau anak-anak yang sudah bersekolah? Fuh, tak dapat saya bayangkan. Sedangkan saya yang terpaksa begini untuk tempoh masa hampir sebulan walaupun tinggal bersama ibu pun dah bermacam-macam perasaan bercampur-baur yang saya hadapi sepanjang proses ini.

Sebagai seorang yang sedang mengalami dan melaluinya ketika ini saya boleh katakan 80% daripada keseluruhan proses ini adalah cabaran emosi. Saya cuba mengisinya dengan membanyakkan pembacaan saya tentang pelbagai topik, buku yang sebelum ini saya mungkin tidak berkesempatan untuk melakukan, namun ianya masih tidak dapat menghalang dan menghindarkan mainan emosi yang sering bermain difikiran saya. Ianya tidak sama seperti perasaan ingin keluar berjalan, melihat dan membuat sesuatu yang ingin saya buat! Dan itu yang membuatkan saya seperti dibelenggu.

Rata-rata dari semua artikel mengenai bed rest kesan dari aspek emosi yang mungkin dilalui oleh mereka-mereka yang terpaksa melalui kondisi seperti ini.

Emotionally, you may feel confined and isolated. Mood changes, guilt, anxiety and depression are common — and your partner may feel the same way. Child care is often a source of stress. If you’re not able to work, finances may become a concern as well.

Women on bed rest tell me that pregnancy bed rest is one of the most difficult things they’ve ever had to do and that often others do not understand what it’s like.

Ya, memang tidak dinafikan! I’ve been there, done that! Bahkan ada diantara cadangan-cadangan dan tip-tips yang sering saya baca didalam kebanyakan semua artikel tersebut seperti:

  • Stick to a schedule/Get organized/Establish a routine/Activity– Sudah pasti banyak yang boleh dilakukan untuk tempoh ini, seperti melayari internet, membaca buku, menonton televisyen dan pelbagai lagi aktiviti pasif yang boleh dilakukan diatas katil! Namun adakah ia boleh bertahan untuk jangka masa yang lama? Di saat ini teringat pula bagaimana kehidupan orang yang dipenjarakan, huhu!
  • Connect with friends/Interaction/Beat boredom-Terima kasih kepada pelbagai medium interaksi sosial yang ada pada masa kini seperti Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.
  • Allow friends and family to help/Accept help/Don’t be afraid to ask visitors for assistance– Part ni lah yang memainkan peranan penting sebenarnya bagi mengelakkan seseorang itu tidak dibelenggu pelbagai perasaan emosi yang bercampur baur. Bayangkan, orang yang sihat tidak menunjukkan tanda kesakitan yang zahir hanya boleh ‘bersenang-lenang’ berehat dan orang disekitarnya terpaksa membuat kerja-kerja bagi pihaknya. Apa perasaan anda? Selesa? Serba-salah? Sampai satu ketika pun, orang disekeliling kita pun pasti akan berasa bosan, merungut, ‘membuat muka’ dan sebagainya. Yang pasti ianya bukanlah satu kerja yang mudah juga dikalangan masyarakat kita. Dan akhirnya ianya kembali membebani perasaan si penanggung itu.


Bed rest will be hardest if you already have children, especially little ones.

  • Expect emotional challenges/Seek out a support system/Seek support/Emotional Support– Yang ini yang paling saya anggap PENTING. Walaupun dalam apa pun keadaan, peranan orang disekeliling amat penting diwaktu-waktu ini. Pemerhatian, penerimaan, kerjasama sangatlah perlu kepada ibu-ibu yang melalui fasa ini.

A recent study showed that bed rest can lead to depression (and that the depression sometimes hangs around after the baby arrives). Be aware of the signs: unshakable feelings of sadness; loss of appetite; major mood swings. (Note: Any pregnant woman may experience each of these symptoms at various times.


Sesungguhnya saya sungguh takut jika saya pun mungkin akan hanyut dengan perasaan yang bercampur baur ketika ini. Suatu perasaan yang tidak dapat saya luahkan dan gambarkan dengan kata-kata. Itulah fitrah manusia, akan sentiasa merintih dengan apa pun dugaan yang sedang menimpa mereka.


Sumber:
1, http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/your_pregnancy/bed_rest.html#
2. http://www.americanpregnancy.org/pregnancycomplications/bedrest.html
3. http://www.pregnancy.org/article/surviving-bed-rest-during-pregnancy?page=1
4. http://www.americanpregnancy.org/pregnancycomplications/bedrest.html
5. http://www.mayoclinic.com/health/pregnancy/PR00107
6. http://www.pregnancyetc.com/what-is-bed-rest.htm

Checkup selepas 2 minggu bed-rest dirumah

Semalam saya ke hospital semula bagi pemeriksaan ulangan. Dalam hati berdebar, risau kalau takut-takut ditahan wad ke semula jika scan ke atas rahim tidak menunjukkan keputusan yang memuaskan. Maklumlah, setelah hampir 2 minggu saya keluar wad mohon untuk bed-rest dirumah sahaja.

Alhamdulillah scan semalam menunjukkan ukuran rahim menunjukkan 3.5cm. Ukuran sebelum saya keluar wad tempoh hari adalah 4cm. Oklah, ukuran semalam menunjukkan ianya masih didalam lingkungan yang selamat. Scan juga tidak lagi menunjukkan sebarang funneling (bukaan) pada rahim. Berbanding sebelum saya menjalani prosidur cerclage dulu, terdapat funneling dan ukuran rahim adalah 2.8cm!

Ini keputusan scan semalam. Saya memang tak pernah fahamnya gambaran scan walau dah berkali-kali menghadapnya. Kadang-kadang seperti seolah nampak jelas gambarannya seperti yang diterang oleh doktor, kadang-kadang saya blur semula, huhu! Yang pasti ianya bukan fokus menunjukkan bayi, tetapi lebih menunjukkan sekitar ‘cervical lining’. Alhamdulillah berat baby dah 1.1kg.

Doktor prescribe steroid shot, Dexamethasone untuk mematangkan paru-paru bayi. Yang perlu saya ambil untuk 2 kali shot dalam sehari. Suntikan ini hanya perlu saya ambik sekali sahaja untuk tempoh kehamilan ini berbanding suntikan proluton yang perlu saya ambil 2 kali seminggu (masih belum habis lagi dosnya, huhu). Fuh, kehamilan kali ini memang mencatat sejarah jumlah suntikan terbanyak yang perlu saya terima. Naik sengal dah punggung ini, huhu!

Betamethasone and dexamethasone are the two most commonly used steroids. The average protocol was to give to intramuscular injections (IM) 24 hours apart. Some practitioners also choose to continually repeat the dosages every week until the birth. The injections had to be given 24-48 hours prior to the birth for maximum effect. They were also best used between weeks 24 and 34 gestation.

The use of the steroids provided benefits for the lung development in the premature infants to reduce the risk of respiratory distress syndrome (RDS) as well as to reduce the risk of intracranial hemorrhaging and some other potential benefits.

[Sumber: http://pregnancy.about.com/cs/pretermlabor/a/pretermnews.htm]

Bila dengar doktor mengatakan 36 minggu ikatan cerclage akan dibuka, hati saya begitu teruja. Selepas tempoh itu, saya sudah boleh berjalan-jalan dan tidak perlu untuk didalam keadaan bed-rest sepanjang masa. Waktu yang bayi sudah bersedia untuk keluar dan insyallah akan berada di zon selamat jika dilahirkan selepas tempoh itu.

Tak sabar saya menunggu dan membilang ke tempoh itu dengan penuh debaran. Mudah-mudahan kandungan ini akan terus bertahan hingga ke tempoh itu. Berangan nak shopping sedikit selepas cerclage dibuka kelak, jika sempatlah! huhu!

Suntikan Proluton Depot

Sejak dari saya mula admit ke HUKM tempohari, saya harus mengambil suntikan Proluton Depot-250mg ini setiap 2 kali seminggu disamping pil Duphastion 2 kali setiap hari. Sehingga ke minggu ini sudah 8 botol Proluton yang perlu saya ambil. Semasa diwad, juruwad yang datang untuk memberi suntikan. Bila dirumah saya perlu bawa ubat ini ke klinik untuk mintak disuntikkan. Sebab tak boleh nak pandai-pandai pula cucuk sendiri, huhu!

Masuk kali ini, dah dua klinik saya pergi. Klinik pertama yang saya pergi ni mengenakan cas RM22 untuk servis tolong menyuntikkan sahaja mengguna jarum mereka. Bagi saya, agak mahal juga, haihh! Saya terjah ke klinik ini memandangkan klinik ini di taman perumahan saya sahaja. Namun saya jarang pergi.

Kemudian kelmarin saya beralih ke Klinik yang lain pula. Klinik ini biasa saya pergi dan doktor ini pun dah saya kenali dan peramah. Klinik ini agak jauh dari rumah saya, terletak di Bandar Tun Hussein Onn. Saya suka servis dan kadar caj rawatan pun berpatutan.

Setelah saya mendapatkan suntikan di Klinik kelmarin, saya tidak mengalami apa-apa perbezaan melainkan rasa sakit sedikit kesan dari ubat itu. Kesan seperti biasa yang saya rasa semasa mengambil suntikan ini di HUKM dan klinik yang pertama tempohari.

Namun sejak dari tengah malam kelmarin, tempat suntikan itu menjadi bengkak kelihatan seperti bintat semut tapi lebih besar sebesar bola tenis juga lah dan terasa gatal-gatal. Untuk makluman semua, suntikan ini dilakukan di punggung yer, ngeh-ngeh! Saya ingatkan saya kena gigit semut sebab masa dicucuk saya tak rasa, jadi saya tak berapa pastilah kat mana tempat yg dicucuk tu.

Kemudian saya pergi semula ke klinik tersebut untuk check semua keadaan bengkak tersebut. Doktor kata saya terkena allergi reaction, bengkak mungkin disebab terkena saraf semasa dicucuk, tapi kalau ditambah gatal2 tu adalah sebab allergi kepada sesuatu bahan tapi dia konfius kalau disebabkan ubat tu tidak mungkin, sebab saya dah amik ubat tu dari mula lagi. Dia syak sebab alcohol swab yang menyebabkan allergi tu.

Saya memang tiada masalah allergi dengan apa-apa suntikan pun dari dulu. Dah nak kena kan. Sekarang masih lagi krim untuk hilangkan rasa kebas gatal-gatal dan bengkak pun masih belum susut lagi. Hmm, macam-macam hal.

Sedikit informasi mengenai Proluton Depot ini. Proluton adalah sejenis bahan yang dikenali sebagai hydroxyprogesterone yang bertindak sebagai hormon sintetik untuk meningkat kadar progesterone didalam badan yang sangat diperlukan terutama bagi ibu-ibu yang sedang hamil.

Proluton is a highly efficient steroid hormone C-21 that is involved in the pregnancy phases, embryogenesis and female menstrual cycles of not only the humans but in other species as well. This steroid belongs to the group of progestogens hormones and is the main naturally developing human progestogen. The progesterone should basically not be mixed with the progestins that are the synthetically created progestogens.

[Sumber: http://www.healthsofa.com/medications/proluton]

Cerita disebalik kehamilan kali ini

Hari ini (masih lagi bersiaran dari wad, hihi), saya nak kongsi lah pengalaman yang saya lalui semasa kehamilan kali, dimana pregnant kali ini saya terpaksa menjalani procedure Cerclage atau bahasa yang lebih mudah adalah ikat rahim.

Cervical cerclage (tracheloplasty), also known as a cervical stitch, is used for the treatment of cervical incompetence (or insufficiency), [1] a condition where the cervix has become slightly open and there is a risk of miscarriage because it may not remain closed throughout pregnancy. Usually this treatment would be done for a woman who had suffered one or more miscarriages in the past, in the second trimester of pregnancy. The treatment consists of a strong suture being inserted into and around the cervix early in the pregnancy, usually between weeks 12 to 14, and then removed towards the end of the pregnancy when the greatest risk of miscarriage has passed.

[Sumber: Wikipedia]

Dalam kes saya, saya menjalani ‘post-cercival cerclage’ kerana cerclage dipasang pada pada lewat trimester kedua kehamilan. Jika diikutkan cerclage seelok-elok pada awal kehamilan (dengan syarat seseorang itu mempunya sejarah rahim tidak kuat, sejarah keguguran berulang kali, kelahiran pra-matang. Kesemuanya faktor berikut adalah setelah mendapat assessment dari doktor).

cervical cerclage is a minor surgical procedure that is generally performed between 12 and 14 weeks of pregnancy (at the beginning of the second trimester) before symptoms of premature labor begin. Emergent cerclages are those placed later in pregnancy when cervical changes have already begun.

[Sumber: Encyclopedia of Surgery]

Begini lah gambaran bagaimana cerclage itu diletakkan pada pangkal rahim.

Mengapa saya perlu menjalani proscedure cerclage pada kehamilan kali ini, sedangkan pada kehamilan yang pertama saya semua berjalan seperti biasa. Semua ini, selain daripada faktor2 yang memerlukan cerclage seperti yang saya sebutkan diatas, ada lagi satu faktor juga dimana seseorang itu perlu menjalani procedure ini. Iaitu apabila seseorang itu juga telah menjalani surgeri keatas rahimnya diatas sebab2 penyakit yang lain.

Dalam kes saya, saya sebenarnya telah melalui satu proses surgeri keatas rahim saya yang dipanggil LEEP (Loop Electrosurgical Excision Procedure) pada awal tahun 2009. Hasil daripada ujian Pap Smear yang saya buat selepas saya bersalin dan keputusan adalah tidak normal. Prosedur ini adalah rawatan bagi membuang sel tisu yang tidak normal pada pangkal rahim (yang mana boleh membiak menjadi kanser pada pangkal rahim). Dan setelah menjalani surgeri, saya telah memasuki kategori “Cervical Incompetence”.

“During pregnancy, as the baby grows and gets heavier, it presses on the cervix. This pressure may cause the cervix to start to open before the baby is ready to be born. This condition is called incompetent cervix or weakened cervix, and it may lead to a miscarriage or premature delivery”. A weakened cervix can be caused by one or more of the following conditions:

  • Previous surgery on the cervix.
  • Damage during a difficult birth.
  • Malformed cervix or uterus from a birth defect.
  • Previous trauma to the cervix, such as a D&C (dilation and curettage) from a termination or a miscarriage


[sumber: Incompetent Cervix, American Pregnancy.Org]


[Sumber: LEEP Procedure- for abnormal pap (cervical dysplasia), South Texas Woman Health]

Begini lah pula gambaran bagaimana procedure LEEP itu dibuat. Berapa banyak tisu yang dibuang pada pangkal rahim tersebut adalah bergantung berapa banyak sel tisu yang tidak normal tersebar. Kesan daripada procedure ini, rahim akan menjadi tidak kuat lagi (Cervical Incompetence) dan menjadi risiko untuk kehamilan yang akan datang. (Dan masih, faktor risiko bergantung kepada keadaan individu terbabit)

Didalam situasi saya pula, oleh kerana tiada sebarang indicator komplikasi semasa kehamilan yang lepas, jadi kami memilih untuk tidak melakukan sebarang cerclage diawal-awal kehamilan tempohari dan memilih untuk menjalani routine checkup selang 2 minggu sekali dan mengukur sebarang perubahan pada rahim. Kerana, untuk melakukan cerclage pada rahim juga boleh menimbulkan risiko-risiko yang lain seperti jangkitan dan sebagaimana. Jadi, setiap kali check-up saya perlu membuat TVS (transvaginal scan).


[Sumber: Masonic Cancer Center]

Beginilah rupanya Transvaginal Ultrasound.

Pada awal-awal kehamilan, tidak berlakunya sebarang perubahan pada rahim saya, namun apabila masuk ke minggu 23 minggu kehamilan, rahim saya menunjukkan perubahan dan mula singkat dari yang sepatutnya. Dan berlaku juga sedikat kebukaan pada rahim (Cervical Funneling). Ukuran rahim saya telah mencecah 2.8 cm iaitu dibawah ukuran normal rahim semasa kehamilan.

“The normal length of a cervix during pregnancy is 3 centimeters or greater. A vaginal ultrasound is the most accurate way to measure a cervix. From 32-34 weeks gradual cervical shortening begins, so a measurement of less than 3 cm can be normal in the last trimester.”

[sumber: Pregnancy.Org]

“The usual length of the cervix is about 4cm as measured on TVS. Women with a cervical length of less than 2.5cm have been found to have a 50% risk of preterm delivery in one study.”

[Sumber: Women’s Health]

Kemudian saya telah dijadualkan untuk menjalani procedure Cerclage tersebut pada 6 haribulan di Pusat Pakar HUKM. Namun, procedure untuk pertama kali tersebut tidak dapat dijalankan kerana, keadaan rahim saya yang agak pendek dan ditambah lagi keadaan rahim yang tidak berapa sempurna akibat daripada pembuangan tisu disekitar semasa melalui surgeri LEEP dahulu.

Doktor telah menerangkan bahawa ada beberapa kaedah lain juga yang boleh dilakukan jika cerclage ini tidak boleh dilakukan dari bawah (vaginally). Ianya boleh juga dilakukan dari atas iaitu secara pembedahan kecil dari abdomen dan ianya akan diletakkan daripada atas iaitu dipanggil Abdominal Cerclage.

“An abdominal cerclage, the least common type, is permanent and involves stitching inside the abdomen. This is usually only done if the cervix is too short to attempt a standard cerclage, or if a vaginal cerclage has failed or is not possible.”

[Sumber: Wikipedia]

Mujur, ianya tidak dilakukan secara on-the-spot semasa saya berada di dewan bedah tempohari. Oleh kerana semasa procedure cerclage tersebut hanya memerlukan bius separuh badan sahaja, doktor telah memberitahu pilihan yang ada semasa dalam dewan bedah tersebut sama ada saya ingin meneruskan sahaja dengan abdominal cerclage. Mungkin melihat keadaan saya yang masih tidak berapa stabil (pening, mabuk akibat daripada dos spinal), doktor memutuskan untuk menangguhkan procedure tersebut ke satu tarikh yang sesuai.

Namun saya masih tidak dibenarkan untuk keluar dari wad dan dikehendaki untuk bed-rest sahaja diwad untuk menjalani procedure tersebut sekali lagi. Alhamdulillah, masa yang ada selama beberapa hari tersebut saya guna untuk mencari informasi mengenai Abdominal Cerclage. Dari keputusan saya untuk melakukan procedure itu, sehinggalah saya menukar fikiran untuk tidak meneruskan procedure tersebut setelah membaca apakah impactnya pada kehamilan saya dan kehamilan pada masa depan.

Dari apa yang telah saya ketahui dan saya baca di internet dan juga serba sedikit penerangan dari doktor. Sekiranya procedure abdominal cerclage ini dilakukan (walaupun success rate nya lebih tinggi dalam mengelakkan pregnancy loss dan preterm labor), seseorang itu tidak boleh bersalin normal lagi dan untuk kehamilan-kehamilan yang seterusnya.

Ini kerana setelah cerclage itu diletakkan melalui abdomen, ibu itu terpaksa bersalin secara Caesarean Section (C-Section) dan cerclage itu tidak akan dikeluarkan selepas pembedahan untuk kegunaan pada kehamilan yang seterusnya. Kesannya juga, ibu itu agak sukar untuk mengandung secara semulajadi kerana string yang ditinggalkan itu akan lebih merapatkan rahim dan ditambah lagi dengan selaput yang akan terbentuk disekitar sepanjang tidak berlaku kehamilan.

Kebetulan kebanyakan kes yang saya baca mengenai mereka-mereka yang melalui abdominal cerclage ini, mereka-mereka ini telah pun menjalani procedure vaginal cerclage yang biasa terlebih dahulu dan cerclage yang mereka jalani masih gagal untuk menahan tempoh kehamilan mereka sehingga cukup bulan, ada yang mengalami kelahiran pra-matang seawal 24 minggu. Dan akibat dari outcome pregnancy yang sebelum ini membuatkan mereka untuk beralih
menjalani procedure abdominal cerclage pula.

“If there is insufficient cervical tissue to allow placement of a cerclage vaginally, a transabdominal approach is sometimes used. With this procedure, an encircling suture is placed above the cardinal and uterosacral ligaments. Transabdominal cerclage is not frequently performed and is only indicated for those patients with previous failed cervical cerclages, shortened or amputated cervix, and/or deep traumatized cervix. This procedure should only be performed by physicians with special training and expertise in this procedure.”

[Sumber: Transabdominal Cerclage, Aetna]

Oleh kerana, saya masih tidak ada lagi history atau indicator mengenai kehamilan saya ketika ini seperti keguguran, kelahiran pramatang dan sebagainya. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak menjalani menjalani procedure abdominal cerclage. Saya ambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Jika ditakdirkan kehamilan kali ini mempunyai masalah dan mengalami risiko seperti yang saya sebutkan sebelum ini dan tidak ada rezeki. Baru lah saya akan mengambil tindakan awal untuk kehamilan yang seterusnya.

Ini kerana saya tidak mahu menyekat peluang kehamilan yang normal untuk kehamilan yang seterusnya jika saya terus mengambil keputusan untuk menjalani procedure abdominal cerclage tersebut. Sedangkan saya masih dalam keadaan uncertainties lagi untuk kehamilan yang sekarang ini (adakah ianya sebenar-benarnya memerlukan cerclage?). Saya tidak mahu berada dalam keadaan dimana “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”, “lain yang hendak dicegah, lain pula yang datang/jadi”. Begitu keadaan saya ketika itu.

Namun, doktor juga turut memberi cadangan bahawa dia akan mencuba sekali procedure cerclage seperti biasa untuk kali kedua. Dengan harapan, rahim saya menunjukkan improvement dan membolehkan procedure tersebut dilakukan dari bawah sahaja setelah saya beberapa hari berehat (bed-rest) di hospital.

Dan jika iannya masih tidak dapat dilakukan juga, doktor tidak akan berbuat apa-apa dan saya di wajibkan untuk berada didalam keadaan bed-rest sahaja dan berharap rahim akan bertahan sehingga kandungan cukup bulan. Jika tidak ada rezeki pada kali ini, cerclage ini akan dilakukan pada lebih awal minggu kehamilan dimasa hadapan.

Alhamdulillah, selasa yang lepas saya memasuki dewan bedah sekali lagi dan procedure itu dapat dilakukan dari bawah. Namun menurut doktor, ianya tidak dapat dilakukan dengan ‘secantik’ seperti yang sepatutnya kandungan yang telah masuk 23 minggu dan ditambah dengan keadaan rahim lagi berbanding jika ianya dibuat lebih awal lagi.

Kini sudah hampir seminggu selepas saya menjalani cerclage tersebut. Dan sudah masuk hari ke-12 saya berada diwad. Semasa diwad saya terpaksa berbaring dikatil sepanjang masa. Dan keadaan berbaring pun bukanlah seperti yang biasa. Saya terpaksa berbaring dalam keadaan ‘Trendelenburg Position”. Dimana hujung kaki katil akan ditinggikan lebih dari paras kepala.

Lebih kurang camnilah keadaan saya bed-rest di hospital. Tapi saya terpaksa improvise sedikit, saya tak boleh kalau kepala lagi rendah dari kaki, rasa macam darah berkumpul dikepala. Jadi saya terpaksa letak 2 bantal untuk memastikan kepala saya tinggi sedikit. Dalam keadaan begini saya ambil masa 2-3 hari juga untuk menyesuaikan diri dengan posisi ini. Selama 2-3 hari juga saya mengalami pening kepala, muntah-muntah (mungkin ditambahkan kesan dari bius), pressure pada tengkuk sebab terpaksa letak atas 2 bantal. Kalau tak, saya akan kembali pening pula.

“In cases where Incompetent Cervix is diagnosed later in a pregnancy an emergent cerclage may be placed. This procedure is normally followed by bedrest in the Trendelenburg position and drugs to treat for infection or to stop contractions. The Trendelenburg position is used to allow gravity to pull the baby and membranes away from the cervix.”

[Sumber: How to treat Incompetence Cervix, eHow]

Minggu ini saya sudah masuk 25 minggu, masih di wad. Tidak tahu berapa lama lagi dijangka hendak duduk disini. Jika mengikut recommendation dari doktor adalah lebih baik saya bed-rest dihospital sehingga saya 36 minggu. Kerana tidak yakin saya boleh berkeadaan begini jika berada di rumah.

Saya masih memikirkan sama ada memutuskan untuk berehat dirumah sahaja dan bertanggung jawab diatas segala kemungkinan yang bakal berlaku. Apa-apa pun saya menghitung minggu demi minggu agar kandungan kali ini dapat bertahan sehingga minggu yang sepatutnya, Amin!


Update selepas Operation

Alhamdullilah, selesai sudah menjalani operasi selasa kelmarin. Dapat juga cerclage dibuat secara tranvaginal. Walaupun ianya tak se-perfect yang sepatutnya kerana keadaan rahim dan kandungan yang semakin besar, menurut kata doktor.

Procedure yang saya lalui ini dipanggil ‘Emergency Post-Cervical Cerclage’ kerana ianya dibuat agak lewat setelah hampir ke trimester ke-3. Yang sepatutnya ianya patut dikesan dan dibuat lebih awal lagi seawal 14 minggu. Saya kini sudah pun 24 minggu.

Cerclage ini akan dibuka semula pada 36-37 minggu, jika kandungan berjalan lancar sepanjang tempoh tersebut, tanpa sebarang contraction.

Hari ke-8 saya di HUKM, dan berkemungkinan saya harus bed-rest di wad sekurang-kurang sebulan lagi. Syukur pada Allah, kerana disebalik ujian ini sebenarnya, banyak yang saya belajar dan inf0-info yang saya temui lagi. Sepanjang 8 hari kat sini, kerja saya asyik surf internet je cari info dan research mengenai apa yang saya lalui ini.

Fuh, dah macam-macam terma medical saya gugel sebab saya tak boleh kalau saya tidak tahu apa maksud atau makna disebalik perkataan yang yang saya dengar dari mulut doktor dari sebesar-besar proses hinggalah nama ubat-ubat yang terlibat. Insyallah, kalau ada masa nanti, saya akan kongsikan cerita & info sebenar disebalik apa yang saya lalui ini.

Berkampung di HUKM

Wah, lamanya dah jenguk blog sendiri. Banyak benda yang saya lelalui sepanjang saya tidak berblog, terlalu banyak yang hendak dicerita sehingga sudah tidak tahu apa yang nak dimulakan. Kehamilan kali ini betul-betul membuka lembaran baru dalam catatan saya di tahun baru ini. Saya betul-betul memperlahan segala aktiviti-aktiviti tentang penyusuan semenjak saya mula hamil diatas sebab-sebab masalah kesihatan. Menyebabkan saya kebuntuan untuk berkongsi cerita tentang susu ibu kerana sebab susu ibu juga lah yang menjebakkan saya kedalam dunia blog ini.

Sekadar ingin berkongsi tentang keadaan saya ketika ini, alhamdullilah saya telah pun memasuki 24 minggu kehamilan. Pada ketika ini sudah 5 hari saya berkampung di HUKM kerana kes Cervical Incompetence yang saya alami akibat dari surgeri LEEP yang saya jalani dahulu. Risiko yang sudah pun saya jangkakan. Pada khamis lepas saya telah pun memasuki OT untuk menjalani procedure Cervical Cerclage (Ikat rahim) namun ianya tidak dapat dijalankan kerana rahim terlalu pendek.

Esok selasa, saya akan memasuki OT semula untuk menjalani procedure itu semula setelah bed rest didalam keadaan Trendeleburg position selama 4 hari untuk mengimprovekan keadaan rahim itu semula dengan harapan proses cerclage itu boleh dilakukan. Hopefully semuanya akan berjalan lancar esok.

Sekian lah sahaja short update dari saya. Insyallah, setelah segalanya selesai nanti, mungkin saya dapat bercerita panjang lebar lagi mengenainya kelak. Adiosss! 🙂

Rezeki Ramadhan, Anniversary & Aidilfitri

Fuh, liatnya nak membuat entri baru diblog. Ada banyak cerita yang hendak dikongsikan namun kebanyakanya tidak terluah dari jari-jemari yang kertu nak menaip ni, masih dalam mode raya hehe! Seminggu sebelum Anniversary kami & Aidilfitiri, al kisah perahan berdarah dan juga hasil tenusu yang hampir kering sebenarnya telah memberikan saya saya satu signal. Disamping datang bulan saya yang telah pun 5 hari lewat dari jadualnya. Jadi, 2hb saya dah tak sabar nak check upt. Kemudian tunggu encik suami balik untuk buat scan kat klinik.

Sebenarnya banyak benda yang berkaitan dengan alkisah kehamilan saya yang membuatkan saya sedikit gusar dan bimbang. Pertama, sejarah keguguran yang tidak dikesan (miss abortion) yang berlaku sewaktu kandungan saya berusia 14 minggu, kerana tiada fetal heart pada janin. Scan dibuat kerana tiada apa perubahan yang berlaku pada kehamilan (seperti perut tak besar-besar).Sebab itu, pada kehamilan kedua saya, sebaik sahaja fetal heart dapat dikesan dan normal setelah beberapa minggu kehamilan saya, saya agak berasa lega dan yakin.

Namun kali ini, kegusaran mengenai risiko kehamilan ditambah lagi sejak saya menjalani prosidur LEEP (Loop Electrosurgical Excision Procedure) pada awal tahun 2009 untuk merawat CIN-2 selepas keputusan pap smear tidak normal. Baca disini untuk maklumat lebih lanjut mengenai LEEP

Namun selepas membaca bebeapa komen pada artikel tesebut, saya cuba juga untuk menerima semuanya dengan positif dan beharap agar segalanya akan berjalan sepeti biasa.


Saya sudah tidak memerah lagi baik malam atau pun siang. Kerana tiada apa yang boleh diperah lagi, huhu! Pernah juga saya cuba untuk memerah keesokanya setelah satu hari satu malam tidak memerah dan hasilnya cuma tak sampai 0.5 oz pun! Alhamdulillah, perancangan Allah lebih baik dari apa yang saya ingin rancangkan. Memberi rezeki ini disaat azri hampir 2 tahun dan tidak lagi bergantung dengan susu sepenuhnya, walaupun kami sudah lama inginkannya lebih awal lagi. Takpelah, jika ada rezeki dengan adikna, boleh azri merasa EBM semula tahun hadapan, huhu!

29/9 ini temujanji dengan prof Hatta di HUKM semula. Untuk check-up cervical length, competence dan bla, bla bla! Saspennya nak tahu prognosis pregnancy untuk kali ini. Apa-apa pun saya tawakal dan redha dengan segala ketentuanNya.



13m.o + O&G check-ups

Its 23rd entry again, means azri dah setahun sebulan, hehe! Best..best! Misi EP fasa kedua tinggal lagi 5 months to go. Azri now dah berjalan dengan lebih konfiden. Kurang merangkak dah. Kelakar lak bila tengok dia berjalan, cam orang tua pun ada..hehe! Alhamdulilah, azri membesar dengan sihat sepanjang tahun ni, cuma sekali je dia demam tuhari, hopefully jangan la demam lagi, huhu! Sekarang dah tak makan bubur kentang blended dah, dah leh buat bubur nasi tanpa diblend tapi mesti ada lauk-pauk cam orang tua, contoh sup ker, lauk kicap ke, kurma ke. Apa-apa lah yang tak pedas, kompem laju je dia makan bubur dia. Now dia makan 2-3x sehari. Alhamdulillah nampaknya tak cerewet makanan lagi, sume amik tolak batu kayu je. Berat last masa cucuk setahun bulan lepas dah 11 kg. Hilang segala penat-lelah mengepam! 🙂

Owh, hari tu aku tepek video langkah pertama dengan konfiden azri kan, masa tu masih lagi jalan senget2 skit. Kali ni dah lebih konfiden, memanjang jer dia merayau-rayau satu rumah dengan berjalan kaki. Kira dah dapat kaki la ni. Cuma aku lom berani kasi dia berjalan kat luar-luar lagi, sebab takut dia ‘landing’ pada bila-bila masa tak kira dimana, lagi haru. Cam biasalah, abaikan la ‘hiasan ala-ala casa impian’ rumah ku iteww..huhu

Hari ini juga, aku ada check ups dekat klinik Gynae-onco & Colpo, HUKM. Hmm..regular check up every 3 months tak tahu la sampai bila, sepanjang hayat kot. Kalau ada yang baca back-dated post aku, aku ada story skit yang aku kena cervical intraepithelial neoplasia atau CIN kategori ke-3. Iaitu pre-cancerous cell sebelum menjadi kanser serviks. Syukur sebab aku buat pap-smear awal-awal. Tak sangka, setelah 3 year in a row buat pap smear and the result was normal before, this year punya pap result was abnormal pula, ada lesion di kawasan cervical.

Cam biasa, segala bagai alatan mengepam dah sumbat dalam beg feveret ni. Tapi tiba-tiba dah separuh jalan cari softfitnya takda..arggghh! Tensi betul. Lately ni acik asyik pelupa je apa2. Bukan the whole breastshield tu..kan FS dia punya corong i.e softfitnya leh bukak-bukak kan. Hancus program nak merewang pas habis checkup tu, terus kene balik je sebab nak memerah. Baru je berangan-angan nak gi tengok wayang dengan encik husby. Dia pun now cam nak demam la plak. Waduh!