Category Archives: My EP Stories

Sentuhan kulit ke kulit & Penyusuan di Awal Kelahiran

Dah lama nak cerita pasal pengalaman saya ‘skin-to-skin’ selepas kelahiran. Semasa melahirkan azri dahulu saya tidak merasa pengalaman ini. Malah tidak tahu pun mengenainya apatah lagi kepentingan. Kerana dahulu, saya menyangka proses menyusukan anak tidak memerlukan pengetahuan lebih dan ianya akan berlaku secara semulajadi. Namun tidak bagi saya. Mungkin ianya berlaku dengan lancar bagi sesetengah orang walaupun kali pertama. πŸ™‚

(Gambar dari google)

Hampir dua tahun ilmu penyusuan yang saya pelajari dan dalami dapat dipraktikan bermulanya pada 25 April 2011. Oleh kerana saya bersalin di hospital bukan rakan bayi, amalan sentuhan kulit ke kulit ini tidak dipraktikan. Mungkin bagi ibu-ibu yang bersalin dihospital kerajaan, rutin ini menjadi satu kemestian (well, its depends).

Sejurus selepas kelahiran:
Saya tidak pun memberitahu nurse/midwife yang bertugas ketika itu tentang keinginan saya untuk meletakkan bayi secara kulit ke kulit sejurus sahaja bayi saya dilahirkan. Malah birth plan pun tidak saya tunjukkan, hihi! Sebaik sahaja izzet keluar dan tali pusat dipotong, mereka terus tunjukkan pada saya dan bertanya samada lelaki atau perempuan. Semasa itu lah saya terus meminta izzet (masih diselaputi lendir,darah dan sebagainya) untuk diletakkan diatas dada.

Saya memegang bayi diatas dada selama doktor sibuk menjahit episiotomy. Sewaktu itu, bayi saya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menghisap walaupun kadang-kala saya lorongkan kepalanya kearah puting. Tidak semestinya bayi wajib menghisap puting sejurus diletakkan atas dada ibu tersebut. Daripada artikelThe Importance of Skin to Skin Contact‘, Dr. Jacknewman:

Even if the baby does not latch on during the first hour or two, skin to skin contact is important for the baby and the mother for all the other reasons mentioned.

If the baby does not take the breast right away, do not panic. There is almost never any rush, especially in the full term healthy baby

Saya mendakap bayi selama mungkin, dan nurse yang berada disitu tidak pun meminta-minta bayi untuk dibawa pergi (dibersihkan, ditimbang, etc). Sehingga saya yang memanggil nurse untuk mengambil bayi saya, cuma saya berpesan yang saya mahukan bayi saya secepat mungkin setelah setelah proses-proses itu semua.

Tak sampai 15 minit, bayi saya dikembalikan semula pada saya. Saya minta nurse untuk buka semula kain bedung tersebut dan letakkan semula bayi skin to skin diatas dada saya, dan kain hanya menutup belakang bayi dan saya. Ketika itu, bayi saya baru mula menghisap dari dalam labor room sehinggalah saya berpindah ke wad.

12 jam selepas kelahiran:
Bayi saya sudah mula lebih banyak tidur daripada menyusu berbanding sejurus selepas kelahirannya. Hinggakan saya terpaksa mengejutkannya setiap satu jam. Oleh kerana saya sudah mengetahui bahawa pada 1-3 hari pertama hanya kolustrum sahaja yang dihasilkan dan kuantitinya hanya sedikit sahaja, jadi saya tidak mengharapkan susu yang akan keluar mencurah-curah pada ketika ini.

Saya hanya meneruskan sesi penyusuan dengan kerap iaitu minimum 8-12 kali sehari. Dengan jumlah kolustrum yang diterima itu walaupun ‘sedikit’ tetapi ianya sudah memadai dan mencukupi keperluan bayi ketika itu. Dan cecair kolustrum itu juga bertindak sebagai laksatif untuk menyingkirkan (bilirubin yang menyebabkan jaundice) melalui najis bayi.

24-48 jam seterusnya:
Saya masih lagi meneruskan penyusuan dengan seyakin-yakinnya. Kali ini dengan perasaan yang sangat rileks, tidak gusar adakah bayi saya ini mendapat cukup susu atau tidak, adakah bayi saya lapar jika dia menangis. Apa yang saya dapat bezakan, mungkin kerana kekerapan saya menyusukan membuatkannya kurang meragam berbanding azri dahulu.

Bayi saya yang ini agak kurang meragam (menangis) berbanding azri dahulu. Jika difikirkan secara logiknya, mungkin sesi kekerapan penyusuan diawal-awal kelahiran yang menyebabkan bayi saya kali ini ‘lebih baik’. Bayi sentiasa dalam dakapan si ibu hampir sejam sekali membuatkanya lebih tenang.

Berbanding azri dahulu (dengan tiada ilmu), saya hanya tunggu dia menangis baru hendak diangkat, dan jika ia tidur melangkaui sehingga berjam-jam lama adalah satu perkara yang melegakan saya yang ketika itu tanpa saya sedari sebenarnya akan memberi impak besar didalam penyusuan dihari-hari seterusnya.

Selepas 3 hari:
Saya mula merasakan payudara mula membengkak dan ini menunjukkan susu matang telah mula terhasil selepas kolustrum. Dan ketika tempoh ini pengeluaran susu sangat tinggi sehingga kadang-kadangkala akan terjadinya engorgement atau bengkak payudara. Oleh kerana saya sudah tekad untuk tidak melibatkan apa-apa alatan pemerahan, botol dan seangkatannya, saya cuma tuam dan ‘paksa’ anak saya menyusu juga, hihi! Mujur dia mahu menyusu dan bengkak dapat dilegakan tanpa perlu memerah. Saya sudah berkira-kira jika masih bengkak lagi saya akan cuba untuk perah tangan sahaja.

Alhamdulillah izzet akan genap 2 bulan pada 25 Jun ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Dari bergelar EP dahulu, kini saya tidak lagi EP, mudah-mudah sehingga seterusnya. Buku EP telah ditutup dan ‘My EP Stories‘ akan tetap menjadi diari dan kenang-kenangan buat saya dan menjadi bukti kegigihan seorang ibu suatu ketika dahulu yang memerah siang dan malam untuk membekalkan susu ibu dengan botol pada anaknya sehingga hampir 2 tahun.

Satu pengalaman yang tidak ternilai harga, bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman itu, berpeluang untuk merasai perasaan seseorang ibu yang tidak dapat menyusukan anaknya, perasaan betapa sukarnya untuk memujuk anak kembali menyusu dan berputus asa, perasaan yang sentiasa terusik apabila setiap kali terasa seakan tiada ‘bonding’ dek kerana tidak dapat menyusukan anak secara terus setiap kali membaca, melihat, terdengar tentang faedah-faedah penyusuan susu ibu, walaupun hanya minum susu ibu didalam botol.

Kesemua pengalaman dan perasaan-perasaan tersebut menjadikan perspektif penyusuan saya lebih luas didalam memahami pelbagai masalah penyusuan yang dihadapi oleh ibu-ibu diluar.

Advertisements

Ex-EP’er

Kalau saya jawab didalam shoutbox ini memang tak muat lah jawabnya. πŸ™‚

Ramai sebenarnya yang tidak tahu, terutamanya pada rakan-rakan yang baru terjumpa blog saya ini. Dan tak tahu lah kali keberapa ulangan cerita yang hendak diberitahu ini, hihi! Passion saya didalam penyusuan bermula apabila menghadapi kesukaran dalam penyusuan sewaktu kelahiran azri dahulu. Yang menyebabkan saya tidak berjaya untuk menyusukan dan akhirnya menjadikan saya seorang ibu yang hanya memerah sahaja. Namun pada masa yang sama, saya belajar dan mencari ilmu dalam penyusuan untuk dikongsi pada-pada ibu-ibu yang baru supaya tidak menghadapi kesukaran dan mengulangi kesilapan seperti yang saya alami dahulu.

Oleh kerana hendak memaintaikan pengeluaran susu, saya harus memerah sekerap bayi menyusu dalam satu hari, iaitu sekurang-kurang 8x sehari. Jadi, jika dicampurkan kesemua sesi pemerahan itu (termasuk siang & malam) dapat lah -+30 oz sehari πŸ™‚ Itu adalah jumlah untuk 8x sesi perahan!. Setiap orang berbeza kapasiti pengeluaran. Apa yang penting, beberapa pun jumlah yang dihasilkan, ianya telah disetkan untuk mencukupi keperluan bayi itu.

Begitulah aktiviti harian saya sehinggalah saya berhenti memerah padal usia azri 1 tahun 11 bulan tempohari kerana pregnant. Dan tercetuslah blog ini sebagai diari saya untuk merakamkan kisah pemerahan saya selama hampir 2 tahun ini. Bolehlah godek-godek entri lama dalam label ‘My EP (exclusive pumping) Stories‘. (Caution: Ada banyak gambar EBM dalam tu, huhu! )

Alhamdulillah, untuk anak yang kedua ini. Saya lalui penyusuan buat kali kedua dengan jayanya. Saya lakukan apa yang saya tidak buat dahulu, saya praktikan apa yang telah saya pelajari dahulu yang sebelum ini hanya dapat saya tunjukkan secara teori dengan ibu-ibu yang lain sahaja. Mudah-mudahan, ianya berterusan, amin!

Tidak cukup susu? Susu kurang?

Sekadar ingin berkongsi cerita dan diharap dapat memberi motivasi kepada ibu-ibu diluar sana πŸ™‚ Sementara tiba-tiba datang mood untuk kembali menulis semula diblog, hihi! Moga-moga dapat memberi semangat kepada ibu-ibu yang merasakan kuantiti susu mereka tidak semeriah berbanding orang lain.

Ini buku log catatan sesi pemerahan saya dahulu. Jika dilihat pada tarikh tersebut menunjukkan baru sebulan setelah kelahiran azri pada 23/10/2008. Masa itu saya tidak kerap menyusukannya kerana pengenalan botol dan puting tiruan terlalu awal diawal-awal kelahiran. Silap saya, kurangnya persediaan dari segi ilmu penyusuan dan juga tiada sokongan yang diperlukan pada masa itu. Oleh kerana keinginan yang kuat juga untuk memberinya susu ibu sahaja, saya teruskan juga dengan pemerahan.

Jika dilihat pada masa itu, kekerapan pemerahan saya tidak cukup sebenarnya. Saya hanya memerah sebanya 4-5 kali sahaja sehari sedangkan kekerapan pemerahan itu sepatutnya menyerupai kekerapan bayi yang menyusu iaitu sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari. Seperti yang saya kongsi dalam ulasan buku ‘Breastfeeding with confidence’ tempohari. Dan sebab itu lah juga kuantiti perahan susu hanyar sekitar 10-15 oz satu hari.

Namun setelah menggali pelbagai maklumat bagaimana untuk meningkat hasil pengeluaran susu di internet, barulah saya tahu bahawa kekerapan pengosangan payudara itu amatlah memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu. Daripada 10-15 oz satu hari, setelah meningkatkan kekerapan pemerahan (menyerupai kekerapan bayi menyusu dalam sehari) saya berjaya memperoleh maksimum 38 oz satu hari.

Sehingga saya dapat juga membuat bekalan stok beku pada lebihan susu yang diperah. Inilah yang saya ingin buktikan kepada ibu-ibu diluar sana bahawa, tidak ada orang yang dianugerahkan susunya melimpah ruah dan juga yang kurang susunya (melainkan diatas sebab-sebab kesihatan yang menghalang penghasilan susu lebih banyak). Kerana saya juga bermula dengan hasil kuantiti susu yang sedikit!.

Apa yang hendak saya sampaikan disini adalah kepentingan pengosongan payudara itu samaada melalui kekerapan penyusuan dari bayi dan juga kekerapan pemerahan yang kerap (jika tidak bersama bayi dan sebagainya). Terutamannya dalam tempoh-tempoh awal kelahiran sewaktu dalam pantang. Oleh sebab itu, jika dilihat, bayi ketika dalam tempoh ini akan menyusu lebih kerap kadang-kala sejam sekali malah ada yang lebih dari 12 kali dalam sehari sehinggakan ada ibu yang berasa kurang yakin pula dengan gaya bayi mereka menyusu seolah tidak puas atau tidak cukup susu.

Dan didalam tempoh ini, ibu-ibu seharusnya menyusukan bayi mengikut kehendak bayi itu sendiri, yang dipanggil ‘breasfeeding on demand’. Jika ini dipraktikan, insyallah bayi akan mendapat cukup keperluannya. Perhatikan jumlah lampin basah dan kotor yang telah gunakan seperti dalam panduan dibawah ini, insyallah bayi anda mendapat cukup susu diawal-awal kelahirannya. πŸ™‚

Saya telah EP selama 23 bulan!

Takda cerita lain kan! Sebenarnya saya mulai rindu serba sedikit pula saat-saat memerah dahulu. Walaupun lebih banyak kelegaan berbanding perasaan rindu itu. Sudah hampir 2 bulan pam, corong2 berserta botol tersimpan rapi didalam bekas. Tiada lagi jadual waktu ala-ala komando! Kilang susu sudah tidak lagi beroperasi sejak kehamilan kedua ini. Namun Saya bangga kerana berjaya memerah sahaja sehingga hampir 2 tahun. Walaupun tidak dapat menyusukan secara terus. Kekecewaan yang saya tebus dengan kembali bangkit untuk memerah kerana tidak mahu menidakkan hak yang sepatutnya azri dapat.

Saya bangkit memerah dan mencoretkan segala kisah-kisah EP saya selama itu, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai pandangan sama ada yang positif mahu negatif. Walaupun saya tahu impak daripada penulisan mengenai EP saya secara tidak langsung boleh menyebabkan penyusuan susu ibu itu hanya menjadi tidak lebih dari pemberian susu ibu sahaja sedangkan ianya sepatutnya memberikan impak yang lebih kepada proses pembesaran bayi itu sendiri. Dan itu saya amat akui. Malah dalam sesi kaunseling yang saya beri pun, saya amat menekan kan betapa pentingnya penyusuan diantara ibu dan anak itu sendiri walaupun saya masih lagi tidak berpeluang untuk merasakannya sendiri.

Namun bukanlah niat saya untuk membawa satu trend yang lain didalam penyusuan. Saya hanya lakukan apa yang perlu saya lakukan untuk memboleh kan saya terus memberikan anak saya khasiat susu ibu itu sendiri daripada tidak berjaya langsung! Dan saya amat bangga dengan pencapaian itu. Kerana ianya satu pengalaman yang amat berharga buat saya.

Koleksi stok EBM sewaktu aktif memerah dulu.

Saya tidak pernah mengimpikan bahawa saya mampu menghasilkan susu sebanyak ini sewaktu mula-mula memerah dulu. Namun jika kita sudah tekad dan fokus kearah itu, tiada apa yang mustahil.

Keinginan untuk merasai kembali perasaan menyusukan bayi sentiasa sentiasa berkobar-kobar kerana setelah pelbagai ilmu yang telah ditimba, dikutip, dibaca &dipelajari mudah-mudahan dapat dipraktikkan untuk kelahiran kali ini. Insyallah saya lebih bersedia, membuat apa yang saya tidak buat dulu semasa diawal-awal kelahiran azri.

Peace no war! πŸ™‚

Thank you for all the wishes!

Saya masih memanfaatkan ‘jangka-hayat’ bateri laptop lama ini sebab chargernya dah kong. Oleh kerana FB sahaja yang paling senang untuk diakses melalui henpon, jadi segala bagai datok nenek status acik luahkan disana, huhu!

Terima kasih kawan-kawan yang menge-wish sempena anniversary saya pada hari ini. Rata-rata semua ucapan banyak yang mendoakan saya agar masuk ‘kelab 2011’ nanti, Amin! Begitu juga dengan ‘kontroversi dropping pumps’ saya.

Memang saya rasa, sudah sampai waktunya untuk saya ‘bercerai’ dengan pam. Angka 2 bukan menjadi ukuran buat saya. Apa yang penting adalah pengisian didalamnya, sepanjang penyusuan itu. Mengambil & menerima disebalik sesuatu kejadian itu dengan sedalam-dalamnya. Dan kejadian Tuhan itu sudah cukup cantik buat umatnya. Cuma kita sahaja yang perlu memikirkan hikmah disebalik kejadian itu.
Sebagai contoh, mengapa diterangkan didalam Al-quran untuk penyusuan penuh sehingga 2 tahun sahaja? Dan ibu-ibu masih lagi pening kepala memikirkan susu apa lagi selepas 2 tahun. Andaikata, keperluan utama seorang kanak-kanak itu adalah masih susu setelah 2 tahun, mengapa tuhan tidak menjadikan pengeluaran susu seseorang ibu itu melimpah ruah sehingga lebih 2 tahun, 3-4 tahun mungkin!.
Kejadian Allah itu sudah cukup sempurna, secara semulajadinya susu ibu itu mulai berkurangan setelah usia anak semakin meningkat dewasa kerana memberi peluang kepada anak itu untuk menikmati pelbagai lagi makanan diatas muka bumi ini selain susu.
Walaubagaimanapun, saya bersyukur atas nikmat yang diberikan. Memberi susu ibu kepada anak walaupun pelbagai kelas & gelaran diberikan masyarakat.

Terima kasih semua diatas ingatan & doa yang diberikan! πŸ™‚

down to 4 pumps & weaning

Kali ni saya terpaksa bersiaran menggunakan hp je. Oh sungguh terseksa acik nk menaip entri ini di hp,haha. Mahapler kalau entri ini menjadi satu perenggan yang panjang, saya dah cuba composenya perenggan demi perenggan tapi tak pastilah ianya ikut setelah di publish,huhu! Laptop sy masuk ‘wad’ hampir 2 minggu sebab masalah skrin & sedang menunggu sparepart. Mujur ada warranty lagi. Bila tiada laptop, time tu la macam2 nak cerita,tp bila dah depan laptop otak terus beku tak tahu nak kata apa. Sebenarnya, saya sahaja nak update kisah EP saya yang saya rasa hampir sampai ke penghujungnya. Seperti juga status yang saya update di FB. Saya kini sudah mengurangkan sesi perahan sekitar 4x sahaja dengan purata perahan hanya sekitar 0.5oz hingga ke 1oz sahaja sehari. Selepas kejadian sesi perahan berdarah yang sy alami beberapa hari lepas buat pertama kalinya setelah 1 tahun 10 bulan saya memerah tegar, saya mula mengurangkan sesi perahan saya. Sebelum insiden itu, puting sudah mulai rasa pedih beberapa hari sebelum tu. Mungkin sudah tiba masa untuk saya wean dari pump. Tidak lama lagi, saya bercadang untuk menggugurkan sesi perahan pada siangnya. Dulu saya sentiasa fikir yang saya akan meneruskan selagi masih ada, namun kini,badan telah pun memberi kata putusnya sendiri. Saya akur. Alhamdulilah, saya bersyukur kerana sampai ke tahap ini walaupun tidak ‘sempurna’ penyusuan ini kerana saya hanya memerah. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang kepada anak saya untuk menikmati khasiat susuibu selama ini. Satu pengalaman yang memberi saya kekuatan untuk menempuh perjalanan baru kelak,insyallah jika ada rezeki! Esok 2 September adalah ulangtahun perkahwin kami yang ke-4. Tak sabar nak tunggu encik suami pΓΉlang minggu hadapanJ dan berkongsi hadiah anniversary kami,ngee! Saya suka bulan september kerana bulan ini adalah bulan perayaan berganda bagi saya. ^_^MY

Puasa & EBM

Jarang saya dapat meng-update perihal waktu pumping & EBM saya. Usia anak saya pun sudah masuk 1 tahun 10 bulan pada 23hb ini, alhamdulillah! Waktu yang saya kira, saya sudah boleh untuk ‘bersenang-lenang’ dalam jadual pemerahan. Tidak seperti dahulu lagi, minimum 8x siang & malam. Kini sesi memerah saya drop sehingga 5-6x sahaja sehari. Jumlah hasil perahan pun sekitar 10oz-15 oz sahaja satu hari. Setiap sesi hanya sekitar 2-3 oz sahaja. Risau? Tidak..

Hasil perahan petang ini semasa berpuasa! πŸ™‚

Kerana pada usia anak mencecah ke-2 tahun, ajarilah ia untuk menikmati pelbagai makanan orang dewasa πŸ™‚ Saya akui bukan mudah untuk melatih anak untuk menikmati pelbagai juadah makanan yang kita makan sehari-sehari. Adakalanya juga yang dia tidak mahu langsung menjamah makanan yang ada. Kadang-kala belarutan hingga hari ke-2. Didalam waktu itu, lebih banyak buang dari yang dimakan. Timbul juga waktu-waktu fedup, frust & letih! Namun disitulah terletak cabaran dalam proses keibubapaan kita.

Propaganda media telah memberi pengaruh kepada perspektif masyarakat mengenai kepentingan susu formula untuk langkah yang seterus-seterusnya (Growing Up Milk) perlu menjadi keutamaan. Susu pelengkap sebagai penyelesaian kepada masalah anak cerewet makan dan macam-macam lagi terus menjadi pilihan & jalan mudah. Tidak dinafikan sedikit waktu dahulu, saya juga berfikiran sebegitu.

Stok EBM saya yang kini hanya menjadi pelengkap dalam diet seharian anak saya. Saya cuba untuk melatihnya supaya tidak bergantung dengan susu sahaja pada setiap masa. Mencukupi dengan segelas susu segar untuk keperluan kalsium setiap hari kerana kalsium boleh juga didapati daripada pelbagai sumber yang lain!

Selamat menjalani ibadah puasa!

Disebalik kain…

Tiada alasan untuk ‘tiada masa untuk memerah’, ‘tempat kerja saya dikelilingi ramai lelaki’, ‘tiada tempat yang sesuai untuk saya memerah atau ‘jadual kerja saya sangat padat sehingga saya tidak sempat untuk memerah’. Dan seribu satu alasan lagi bagi mereka yang tidak mahu menjayakannya. Jika ada kemahuan, disitu ada jalan.

Begitulah juga apabila anda ingin menyusukan bayi ditempat awam. Malah anda seharusnya berbangga kerana perbuatan itu tidak menjadi suatu kepelikan pada masyarakat berbanding ‘memerah ditempat awam sambil memakai ‘kain apron’! Sanggupkah anda? Jadi buangkan rasa malu, payah, leceh untuk menyusu bayi anda ditempat-tempat awam kerana itulah yang paling mudah!

Begitu lah juga jika ingin menjayakan penyusuan sambil bekerja. Tidak menjadi halangan sebenarnya untuk kita memerah semasa bekerja, walaubagaimanapun situasi dan suasana perkerjaan anda. Bagi yang betul-betul bertekad sahaja yang akan mencari seribu satu alternatif untuk mengharungi kekangan yang ada demi untuk menjayakan penyusuan itu.

Gambar-gambar candid semasa sedang memerah yang saya kumpul dari FB, blog rakan-rakan. Gigih saya mengusung pam kesana kemari bersama kain ‘pumping cover‘ buatan sendiri, memerah apabila tiba masanya dengan berdispilin tidak kira didalam waktu apa kerana bagi saya memerah tegar ini, waktu memerah adalah priority saya walaupun kadang-kadang encik suami muncung-muncung πŸ™‚ Jika tidak saya tidak mungkin akan sampai ke tahap ini.

Sedang memerah sambil sesi temuramah di pameran MBfPC di Karnival Sihat 1 Malaysia.

Sewaktu menghadiri Bengkel Code Of Ethics, International Baby Food Action Network (IBFAN)

Sewaktu mengendalikan sesi support group meeting (SGM) Ratu Hati di Frim.

Sewaktu mengendalikan sesi ceramah pemerahan dan pengendalian EBM di Kuantan.

Sebagai moderator di SGM Susuibu.com, Tasik Cempaka Bangi.

Dalam kereta sewa, percutian di Langkawi πŸ™‚

Sewaktu program latihan MBfPC di Melaka.

Gambar yang ini paling saya suka, kerana saya sedang memerah sambil mengendong azri di belakang semasa program latihan MBfPC di Melaka tempohari. Bagi yang tahu apa ‘projek-sulit’ disebalik kain ini, mungkin faham lah apa yang sedang saya lakukan. Bagi mereka yang tidak, akan tinggal menjadi tanda tanya apakah rasionalnya disebalik pemakain ‘kain apron’ ini dimata mereka.

Saya: Ini sahaja yang dapat saya kutip dari FB, blog rakan-rakan yang saya lawati. Saya tertanya-tanya adakah lagi gambar-gambar candid saya diluar sana, eh ceh ceh! Kalau ada sila tag saya di FB..huhu!

Masih positif

Lama saya tak mengupdate ‘kerjaya’ yang lately ni menjadi suam-suam kuku dah. Kalau tidak every month saya saya akan membuat entri ‘celebration’ kerana telah berjaya menapak dari bulan ke bulan sampai naik muntah, hihi. Kini sudah hampir 1 tahun 8 bulan berlalu, dari zaman kegemilangan hinggalah zaman ‘alhamdulillah-jadilah-ada rezeki-untuk-azri-lagi’. Dan sepanjang inilah saya berjaya memberi hanya yang terbaik iaitu susu saya sendiri dengan hanya memerah.

Dan sepanjang itulah saya mulai perasan yang botol-botol semakin memenuhi ruang ini.

Semalam, saya bercadang untuk menyimpan semula separuh dari botol-botol ni dan tinggalkan sebahagian sahaja untuk kegunaan saya (kerana tak larat nak membasuh botol-botol yang banyak). Terasa lega pula apabila sudah melalui zaman-zaman memerah ala-ala komando dengan jadual perahan yang ketat, banyak yang terpaksa dikorbankan ketika itu.

Kini, dalam freezer saya hanya tinggal icepack sahaja yang amat jarang saya gunakan lagi sekarang. Stok frozen EBM sudah habis.

Lapisan hindmilk & foremilk saya jelas kelihatan, huhu

Berapa-berapa pun hasil perahan saya kini, saya yakin ianya masih mampu melengkapi diet seharian anak saya. Saya tidak gusar kerana pada umurnya kini, saya sudah mulai mengajarnya pemakanan yang seimbang dimana, susu tidak lagi menjadi sumber utama dalam pemakanan seharianya. Saya telah mula sedikit demi sedikit untuk melatih azri wean off dari EBMnya. Mujur dia tidak selalu ‘teringatkan’ susunya.

Kini, kita sering terlupa dan kadang-kala terpengaruh dengan stigma bahawa susu harus menjadi sumber makanan yang utama sehingga kita tidak lagi menjadi kreatif untuk menyediakan makanan yang semulajadi dan seimbang. Sehinggakan, ada diantara ibu-ibu yang memberikan susu perahan juga terjebak untuk memberikan kuantiti yang besar sehingga pada suatu tahap si ibu amat tertekan untuk menyediakan jumlah perahan yang sama untuk jangka masa panjang.

Kerana kita masih lagi terpengaruh dengan pernyataan susu adalah sumber makanan yang utama bagi kanak-kanak sehingga ianya boleh menggantikan sumber-sumber seperti di piramid makanan. Boleh dikatakan seperti jalan pintas untuk mengganti sumber yang asli untuk zaman yang serba moden dan sibuk kini.

Tidak dinafikan untuk mencari, menyediakan dan memberi yang semulajadi dan seimbang pada masa kini agak sukar oleh kerana kekangan masa. Namun didalam zaman yang serba-nak-cepat ni jangan lah kita lupa untuk kembali semula kepada cara hidup yang lebih semulajadi dan supaya ianya tidak tinggal sebagai suatu amalan yang lapuk dan dianggap tradisional sahaja. Renung-renungkan, selamat beramal! erkk?



EBM @ 1 year 7 m.o

Dah lama saya tak cerita pasal EBM saya kan. Apelah khabar makcik ni agaknya. Mengepam lagi kah dia, banyak lagi kah outputnya, berapa kerap dia mengepam pula sekarang dan macam-macam lah tekaan saya pada anggapan orang. Owh saya masih lagi memerah (walaupun kadang-kadang tidak segigih dolu-dolu, huhu). Saya sudah mula take-for-granted hal ehwal pemerahan saya. Dari minimum 8 kali, saya mulai turun ke 7-8 kali sehari. Kemudian lagi teruk sejak kebelakangan ini 6-7 kali sahaja sehari. Dan output saya pun mulai bersama-sama turun.

Kini hasil perahan cuma disekitar 20oz sahaja sehari. Kesibukan adakalanya betul-betul memaksa saya mengabaikan sedikit masa pemerahan saya. Tetapi saya puas setelah hampir setahun ‘terperap’ memerah dengan penuh disiplin, dedikasi itu telah memberi hasil sehingga sekarang.

Perahan diwaktu pagi, dikala 1 tahun 7 bulan. Graf output terkini saya adalah seperti ini sekarang 3.5-3.5-2-3-3-3. Wah asyik 3-3 je, mana pergi 4-5, haha! Takpalah, berapa pun saya tetap gumbira kerana saya berjaya meneruskannya hingga ke 1 tahun 7 bulan.

Mengimbau kenangan. Perahan diwaktu yang sama, semasa azri berumur 4 bulan, huhu! ‘The Good Old Days’ ^_^

Ini sahaja frozen yang masih berbaki. Ice pack lagi banyak dari stok skang, hihi! Saya akan terus memerah hingga ke titisan terakhir (ayat macam nak menuju ke medan perang je, ahaks!). Keep on pumpin’! πŸ™‚