Category Archives: MBfPC

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan, Putrajaya

Pada khamis lepas saya berpeluang menyertai program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Auditorium Parcel E, Putrajaya. Saya bersama Puan Kamariah membuat pameran MBfPC. Bahan untuk pameran kali ini adalah berkenaan dengan Kumpulan-kumpulan sokongan yang telah digerakkan oleh para rakan pembimbing ibu menyusu MBfPC.
Saya ditugaskan untuk mengumpul segala kumpulan-kumpulan yang ada diseluruh Malaysia untuk dipamerkan pada hari tersebut. Alhamdulillah, dapat juga direalisasikan walaupun last minute, huhu!

Antara barang-barang cenderahati MBfPC untuk dijual bertujuan untuk menambah duit tabung. Sarung angpow habis diborong pada hari tersebut.. 🙂
Booth MBfPC

Sementara itu, didalam auditorium berlansung program forum, sebelum upacara perasmian oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

 Booth dari Pusat Laktasi Kebangsaan.

 Dan booth-booth dari Unit pemakanan dan kesihatan yang lain.

 

Sambil melihat hasil-hasil gambar yang saya sediakan untuk pameran kali ini…

                             
Setelah selesai upacara perasmian, Datuk Seri Liaw Tiong Lai melawat boorh-booth Pameran yang ada pada hari itu. Termasuk lah booth MBFPC.. 🙂

Our preparation for upcoming WBW 2012@MOH

For several days, i’ve been juggling with this work and tempahan menjahit. Both are my passion, chewahh! When you have the passion inside, walau se-tertekan mana sekali pun, you are able to do it successfully, right? Chewah lagi..
Actually hari ini singgah ke ofis Susuibu.com untuk menyiapkan presentation booth pameran under MBfPC bagi sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 peringkat kementerian di MOH, Putrajaya pada 2 Ogos ini, hahh? khamis ni, arghhh…
Saya belum pun siapkan lagi ala-ala Scrap Book for each group. Actually why are these groups? Because this are the group yang digerakkan oleh rakan PC MBfPC after they all completed the training back then, this the output. Seperti mana yang kekangan yang kita semua ada, kita tidak mampu  untuk menjadi penggerak didalam segala-gala. We empower our PC’s to move on their own and at the same support whatever that we can at our capacity…
Ok guys, there’s a lot work to be done. Will be back keep you guys posted with the outcome of our presentation during the event nanti. Tata!
#Hambek, akak skipping..kasi feel-kasi feel#

Berkobar-kobar

Seharian hari ahad saya bersama-sama ‘iron lady’ MBfPC a.k.a PCPA yang lain untuk sesi memecah minda untuk merangka aktiviti dan perjalanan MBfPC untuk tahun 2012. Dari pukul 10am saya keluar bertiga sahaja, bersama izzet & azri tapau McD dulu, sambil2 makan dalam kereta dan terus menuju ke SI, Bangi.

Dari pukul 10am sehingga 6pm baru saya sampai dirumah. Tak sangka pula dapat bertahan selama itu bila secara solo menghandle 2 orang budak ni. Saya fikir mungkin tak sampai ke petang kot mesti bila izzet dah merengek2, azri pun dah buat ‘perangai’ sebab boring mesti saya nak beransur dulu. Tak sangka pula mereka baik-baik saje bila disana. Si abang sibuk bermain dengan toys2 yang ada. Si adik pula sibuk ‘meng-explore’ kawasan persekitaranya. Dua kali juga lah sempat dia tidur.

See? Bakal Dr Ahmad Izzet Ozil, MD, IBCLC, hihi! Asyik sungguh dia meng-explore keadaan sekelilling, dah selamat dah dia tawaf satu bilik tu. Sekarang ni dia sibuk nak berpaut. Pantang dapat tempat yang boleh dipaut konfem dipaut nak berdiri. Kalau biar dia merangkak sorang-sorang, tahu2 dah berdiri meniti tepi meja,kerusi hatta walker dia pun dia paut! nasib baik dah ada stopper kat roda.

Alhamdulillah, MBfPC telah secara rasminya berdaftar dengan ROS (Registrar of Society) dan kini sah sebagai sebuah Persatuan yang berdaftar di Malaysia.
**Idea mencurah, semangat berkobar untuk melaksanakan segala aktiviti-aktiviti didalam penyusuan yang ingin dilakukan tahun ini. Harap-harap terlaksana.

Hubungi PIM/PC berhampiran anda untuk sebarang khidmat bimbingan dalam penyusuan susu ibu

Sebagai salah satu alternatif dalam bantuan penyusuan selain dari forum ini, saya ingin mencadangkan bahawa ibu-ibu juga boleh menghubungi para Pembimbing Ibu Menyusu (PIM)/Peer Counselor (PC) yang terlatih daripada program Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC).

Para PIM/PC boleh membantu dari segi khidmat bimbingan dalam pengurusan/masalah asas penyusuan, bimbingan dan sokongan dalam penyusuan serta memberi cadangan alternatif rujukan bagi masalah-masalah yang lebih serius. Apa yang paling penting, khidmat bimbingan ini diberikan secara sukarela tanpa sebarang bayaran oleh para PIM/PC.

Sehingga hari ini, MBfPC telah mempunyai lebih 200 orang PIM/PC yang telah dilatih seluruh Malaysia termasuk lah Sabah & Sarawak (Bagi Sarawak bengkel latihan PIM/PC bakal dijalankan pada hujung bulan ini insyallah).

Bagaimanakah ibu-ibu boleh menghubungi PIM/PC yang berhampiran dengan anda? Boleh klik pada pautan yang saya lampirkan dibawah ini:

Senarai Pembimbing Ibu Menyusu (PIM)/Peer Counselor (PC)

Atau, boleh klik pada Logo ‘Senarai Pembimbing Ibu Menyusu (PIM)’ di muka hadapan forum Susuibu.com, di ruang menu sebelah kanan.

Sekian, harap dapat membantu

*Forum SI dah tepek, sini pun tepek juga, hihi!

Penyertaan ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC di Sarawak (26-28 November 2011)

Bagi pihak Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel latihan MBfPC bagi Zon Malaysia Timur (Sarawak) bagi tahun 2011. Maklumat mengenai bengkel latihan adalah seperti dibawah:

Tempat: NADIN HOMESTAY, No. 312, Kampung Siol Kandis, Petra Jaya, 93050, Kuching, Sarawak.
Tarikh : 26-28 November 2011
Waktu : 8.00am – 6.00pm
Yuran penyertaan: RM100 (Untuk permohonan yang terpilih).

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada PIMP/PC MBfPC. Hantarkan butiran kepada admin@malaysianbfpc.org. Makluman, ini adalah siri bengkel yang terakhir untuk MBfPC sebelum ianya dihentikan mulai 2012 🙂

Tempahan Baju Seragam MBfPC 2011

Pengumuman ringkas:

Tempahan baju seragam batch ke-2 telah dibuka. Baju seragamMalaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah dari jenis baju menyusu. Design yang lain tetapi jenis kain dan warna adalah sama seperti baju sebelum ini.

Untuk makluman semua, tempahan ini akan ditutup pada 6 Oktober 2011 bersamaan hari khamis minggu hadapan. Sila rujuk e-mail masing-masing (mailing list MBfPC) untuk maklumat yang lebih lanjut. Mohon untuk war-wark kepada rakan-rakan PC/PCPA yang lain mengenai tempahan ini. Terima kasih. 🙂

MBfPC South Region 2011: 3-day Training

Ni sambungan cerita bergambar mengenai bengkel latihan MBfPC di Johor yang berlangsung sepanjang 3 hari.

Ketibaan para peserta seawal pukul 8pagi. Seramai 30 orang peserta kali ini. Ketika ini, taklimat mengenai program MBfPC sedang dijalankan.

Sesi menjawab pre-assesment test oleh para peserta.

Erkk, tengok buku yer? haha, acah jer! Ni mungkin salah satu sesi latihan dalam dalam kumpulan.

Peserta bersama ‘breast’ masing-masing 🙂 Sambil mendengar penerangan tentang cara-cara membuat model breast itu daripada Dr. Ning. Bentuk sudah ada, selebihnya terpulang kepada kreativiti masing-masing bagaimana untuk membentuk puting, melukis areola dan saraf-sarafnya. Objektif breast model ini agar peserta adalah model breast sendiri sebagai bahan pengajaran mereka pula.

Suasana-suasana semasa aktiviti latihan dalam kumpulan. Begini lah konsep bengkel latihan MBfPC yang dijalankan. Setiap modul-modul yang dipelajari semuanya disalurkan dalam bentuk latihan berkumpulan, bukan semata syarahan sahaja.

Pelbagai bentuk dan stail pembentangan oleh setiap kumpulan setelah selesai perbincangan dalam kumpulan. Selalu setelah habis perbincangan berkumpulan, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan mereka dalam pelbagai bentuk seperti role-play, sketsa, forum dan sebagainya.

Kali ini saya banyak jadi ‘mandur’ a.k.a jaga je lah. Kalau bawa izzet memang tak boleh apa sangat, sekadar membantu proses administrasi, marking assessment paper dan jadi fasilatator je setiap kali latihan dalam kumpulan tu. 🙂

Para juri sedang menilai model-model breast tau,hihi! Juri tu kami-kami je lah! Lepas buat cantik-cantik mesti lah ada anugerah breast tercantik ye dak, hihi!


Ni part yang paling best sekali, ………….Babiesssss Zone!!…………

Kali ini ramai peserta yang bawa bayi. Ada lebih kurang 11 orang peserta yang bawa bayi. Comel dan geram-geram je tengok baby-baby yang ‘bergelimpangan’. Rasa nak gomol-gomol je semua, sib baik semuanya asyik tido je, hihi!

Baby izzet pun ada lah! (^_^)

PCPA a.k.a babysitters untuk sepanjang tempoh bengkel itu 🙂 Eh eh, tapi bukan ler sepanjang masa yer, time-time ada mak yg nak ke toilet, makan, solat etc kami tolong lah pegangkan sekejap 🙂

Sempat lagi! Sewaktu morning-break.

Acara penutup yang wajib bagi setiap bengkel latihan setelah tamat sesi bengkel latihan. Saya suka panggil ‘acara benang’, hihi! Saya selalu nak banjir time-time ni, tak tahu la kenapa huhu!

Hooray, kami sudah bergelar Peer Counselor MBfPC!


Tahniah dan terima kasih buat semua PCPA dan PC voluanteer yang sama-sama menjayakan bengkel latihan MBfPC di Johor kali ini. Jasa baik dan pengorbanan kalian hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya diatas segala keringat yang dicurahkan tanpa mengharapkan imbuhan sesen pun. Bukan wang yang menjadi penggerak kami, semuanya atas dasar semangat dan perasaan cintakan penyusuan susu ibu itu yang membuatkan kami berada disini.


Kredit gambar dari facebook Puan Zatul & juga dari hp saya je 🙂






MBfPC South Region 2011: Pre-training

Fuh, penat mengendalikan bengkel latihan MBfPC di Johor baru-baru ini masih belum hilang. Saya berada di Johor Bahru selama 5 hari dari khamis, 15 September-19 Sept, walaupun training hanya berlangsung selama 3 hari sahaja. Extra 2 hari untuk persiapan sebelum bengkel dan juga sesudah selesai bengel.

Sebelum subuh saya sudah bergerak ke LCCT walaupun tiket flight pada pukul 7.20am. Oleh kerana saya bawa izzet, saya tidak boleh membuat web check-in. Penumpang yang membawa infant perlu check-in dikaunter 1 jam sebelum waktu berlepas. Jadi sebelum 6.20am saya perlu check-in di LCCT. Tu yang terpaksa keluar sebelum subuh, hihi!

Bersama-sama PCPA yang lain Dr. Ning, Dr. Nadrah dan juga yusrina setibanya di lapangan terbang senai. Kami dijemput oleh PC Selatan iaitu Mardziah (Duniasusuibu.com) dan juga Zulhaya. Terima kasih kalian diatas pertolongan yang diberikan. 🙂

Kali ini, bengkel latihan dibuat di Dewan Sri Meranti, Kolej Rahman Putra, UTM Skudai. Ruangnya terrrrrsangat lah luas sedangkan peserta anya 30 orang sahaja. Ruang bengkel latihan yang terbesar setakat ini yang pernah kami dapat setakat ini.


Seperti biasa, barang-barang untuk peserta disediakan sebelum hari pendaftaran keesokannya. Oleh kerana saya yang in-charge dalam hal ehwal dari mencari, mengumpul, menyaring peserta dan lain-lain lagi lah mengenai penyertaan ke bengkel latihan MBfPC ini, maka saya lah orang yang akan terpacak disini setiap kali pendaftaran peserta untuk setiap bengkel latihan MBfPC. Cuma ada 2-3 bengkel yang saya tidak dapat pergi kerana preggy dan dalam pantang waktu itu. Sebab itu, dalam 200 lebih orang PC MBfPC ini, saya boleh tahu yang ini PC dari region mana dan sebagainya, hahah!

Untuk kali pertama dalam bengkel latihan MBfPC, kali ini Education Team MBfPC mencadangkan untuk memasukkan latihan membuat breast sebagai homework para peserta. Sekurang-kurangnya Breast model ini boleh digunakan sebagai model mereka sendiri semasa membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan. 🙂

Pada hari pertama training 16 September, sebelum training bermula, pagi-pagi lagi saya telah dikejutkan dengan ucapan Happy Birthday dari rakan-rakan PCPA yang lain. Malunya saya. Tak pernah lagi dapat kejutan sebegini, hihi!

Sempat mereka pergi cari kek yer, pelbagai perisa lak tu. Yang bestnya, kek ini adalah aiskrim kek. Macam makan kek dengan aiskrim lah juga, sedapp! Terima kalian! 🙂


Bersama rakan-rakan PC South 2010 yang menawarkan diri untuk menjadi sukarela sepanjang bengkel latihan kali ini. Dari kiri: ida, Noorul, dan Mardziah. Berehat sebentar setelah siap segala persiapan sebelum bermulanya latihan.

**Laporan mengenai bengkel latihan sepanjang 3 hari di entri yang seterusnya tak tahu lah bila hahaha. 🙂
Kredit gambar daripada facebook yusrina

Penyertaan ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC di Sarawak (1-3 Oktober 2011)

Merujuk perkara diatas saya bagi pihak pengurusan Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM)/Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) ingin mewar-warkan bengkel latihan kami yang bakal diadakan bagi Zon Malaysia Timur. Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh: 1-3 Oktober 2011
Lokasi: Kuching, Sarawak (Tempat akan diberitahu kelak)
Masa: 8:00am-6:00pm
Yuran penyertaan: RM100 (bagi permohonan yang terpilih)

Untuk makluman semua, pihak PPIMM/MBfPC memerlukan penyertaan yang minimum sekurang-kurangnya untuk meneruskan program bengkel latihan bagi kawasan Sarawak.

Justeru itu, pada sesiapa yang berminat untuk menjadi pembimbing ibu menyusu (Peer Counselors) khas dari Sarawak untuk menghantar butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org:

1) Nama
Ii) Alamat
Iii) Nombor telefon
Iv) E-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.

*Sedikit informasi mengenai PPIMM atau MBfPC, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian ( PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah terdiri daripada jaringan sukarelawan Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Untuk menjadi PIM/PC, seseorang itu perlulah menjalani bengkel latihan yang dikendalikan oleh (PPIMM/MBfPC).

Diminta pada rakan-rakan forum Susuibu.com atau bloh terutama dari negeri Sarawak untuk turut menghebahkan program bengkel latihan yang bakal diadakan di Sarawak nanti.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan didalam thread ini atau berhubung terus dengan saya diemel admin@malaysianbfpc.org

Sekian, terima kasih.


“MBfPC: Empowering Breastfeeding Communities”

Mohon untuk disebarkan

Maklumat terkini – Sdr Ithnin telah dijumpai malam tadi. Ini petikan dari FB Salwa (isteri beliau):-

———————————
Dipetik dari ruangan berita laman Malaysian Breastfeeding Peer Counselor.

Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc

Salam sejahtera,

Dukacita dimaklumkan, salah seorang Peer Counselor kita yang baru dilatih di Kedah baru-baru ini dilaporkan hilang sejak semalam.

Nama beliau adalah Encik Ithnin bin Ngadiman (gambar di bawah), suami kepada Puan Salwa. Kali terakhir dilihat di rumah beliau di Taman Desa Damai, Alam Damai, Cheras, Selangor pada Selasa 2 Ogos 2011, pukul 3 pagi.

Pada waktu itu, beliau keluar rumah menuju ke kereta untuk mengambil tafsir alQuran yang tertinggal di dalam kereta. Tetapi setelah lebih 20 minit berlalu, beliau masih tidak kelihatan lagi. Sejak dari detik itu, baliau masih tidak ditemui hingga ke hari ini.

Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan kepada Encik Ithnin dan diberi petunjuk jalan pulang ke rumahnya. Juga mohon doakan Puan Salwa juga diberi kekuatan untuk menghadapi saat getir sebegini.

Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) – 0126059997
Salwa (Isteri) – 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)

Jika ada sebarang cara untuk menghulur bantuan kepada keluarga Salwa, sila tolong usahakan. Sahabat kita ini amat memerlukan sokongan dari kita semua.

Sekian, harap maklum.

PM

** Di harap Salwa bertabah menghadapi saat getir ini. Semoga Allah menunjukkan jalan pulang kepada suami tercintanya.