Category Archives: LaLiLo

Clearance Cloth Pad Pantyliner: Free shipping

Nak habiskan stok CP yang tinggal. Penghantaran percuma (POSLAJU) dengan pembelian minimum 2 keping CP liner.

Designer Cotton range: RM12 each
Local Cotton range: RM10 each
Rujuk kod dalam gambar untuk corak yang tinggal atau boleh ke laman web lalilo.com.my (kalau tak clear)

Tawaran sehingga akhir tahun ini 😉

Posted from Samsung Galaxy Note

My homemade Chocolate

Lama dah buat ni..2 bulan yang lepas tapi baru nak upload.
Posted from Samsung Galaxy Note



Label LaLiLo & Baju Kurung Kanak-kanak

                          

Alhamdulillah dapat juga saya tempah label untuk LaLiLo. Tempahnya dah lama hampir satu bulan. Seminggu lepas raya haritu baru dapat. Sukanya hati, akhirnya produk2 jahitan saya ada label sendiri 😉

                              
Label yang pertama dirasmikan pada baju kurung kanak-kanak ni. Saiz untuk 1 tahun. Saya jahit mata lalat untuk kemasan leher bagi nak nampak tradisional sikit. Tak sia2 belajar jahit mata lalat di internet dulu,hihi.

Tiada tempahan jahitan, sengaja untuk menghabiskan kain yang tidak berjahit. Insyallah dalam perancangan nak buat untuk LaLiLo yang ready-made pula. Besarnya cita-cita ku ini, hihi.

Hazelnut Cookies

Biskut last sebelum nak stop rehat sat, eh last ker? hahahah. Nak kemas-kemas pula. Ingat nak buat kuih tiram (kerepek) tapi macam tak sempat je. Takpa, hari raya pun boleh buat kuih apa, bukan ada orang nak datang pun, hehe! Lagipun saya tak kemana-mana tahun ini, beraya dengan anak-anak dirumah sahaja,
Tempahan biskut masih lagi dibuka selepas Raya pun. Semua biskut dibuat fresh upon order sahaja. Boleh order di http://www.lalilo.com.my/Cookies+26+Chocolates 🙂

Biskut Mocha Choc Chip

Hari ini saya ‘merempit’ dengan biskut Mocha Choc Chip pula. Pukul 9 malam tadi baru start. Sebab belah siang tadi gi rempit kat mesin jahit jap siapkan langsir pintu sebab mak saya dah pot pet langsir pintu tak berganti lagi, huhu.

Ditambah pula izzet yang demam pula. Sejak dua menjak nih, izzet selalu sakit-sakit 😦 Kasihan pula saya lihat dia. Mungkin sebab selalu kena tinggal dengan saya yang terpaksa keluar sekali sekala untuk kerja Home Visit sebagai IBCLC SusuIbu.com secara part-time untuk kawasan Kajang dan Bangi.  Minggu hadapan genap sudah dia 1tahun 4 bulan. Be strong dear, i’ll do anything for you…..

Tolong letak icing deco love kat atas biskut 🙂

Si abang pula dah boleh diharap sudah. Rajin dia nak menolong saya menyiapkan tempahan kuih raya. Sambil meneman saya didapur, sambil mulutnya tak henti-henti bercerita tentang imaginasinya. Nak jadi Masterchef lah, nak itu lah ini lah. Letih juga nak melayan dia bercerita tapi memang kena layan kalau tak dia asyik tanya je.

Sebahagian tempahan-tempahan yang sudah disiapkan. Hihi, tempahan baru ala-ala ‘ikan bilis’ je. Alhamdulillah, jadilah. Mungkin ini adalah permulaan kepada sesuatu yang besar nanti dan mungkin ianya petunjuk dari Allah untuk saya tentang erti sebuah kesabaran & pengharapan. Terima kasih ya Allah 🙂 Selamat Hari Raya semua!..
*Tahun ini pecah rekod tak beli kuih raya, yeehaaa! 

Hot Selling@LaLiLo

Foto: Can you smell what the LaLiLo is cookin'.. :) Crunchy Almond Chocolate in the making..
Alhamdulillah, saya dapat banyak tempahan untuk Almond Crunchy Chocolate ini. Hirisan almond yang dipanggang ranggup bersama rice bubbles dan blackcurrant/Raisin kemudian disaluti dengan campuran cokelat premium yang sangat lazat!. Sekali rasa kompom tak hidang untuk orang masa raya, aci tak? ahaks… 😛
Bersiap sedia untuk dihantar pagi ini..vroom-vroom!

LaLiLo Cookies&Chocolates: Biskut Nestum Crackers

Semalam projek membuat biskut nestum crackers pula. Kali ini saya buat satu adunan sahaja saje nak test power, tak macam biskut choco oaties tempohari saya buat 2 adunan. Tahun ini saya berazam nak buat semua biskut-biskut sendiri dan disamping buat promosi handmade cookies untuk LaLiLo, hehe!
Foto: 'Merempit' dengan Biskut Nestum Crackers pula..
First time buat biskut yang nak menerap-nerap nih.. 🙂
Saya punya sebijik je, beli sama-sama dengan member 🙂
Dan secara rasminya mixer saya yang saya beli masa kursus biskut, kek & cokelat dengan MARA dulu telah pun saya rasmikan. Wahh, not bad lah, satu adunan pun boleh layan, ingatkan nak kena bancuh untuk hat banyak-banyak je.. (eh entri pasal kursus tu pun tak sempat saya update lagi, hoho!)
Satu lagi handmade cookies untuk LaLiLo, untuk menempah bolehlah klik gambar yer. Untuk cookies dan Cokelat di LaLiLo semuanya produk yang saya buat made-upon-order. Takda ready stock. So semuanya segar-segar dan fresh from oven! 🙂

LaLiLo Cookies & Chocolate: Biskut Choco Oaties

Sejak ditempahan menjahit ditutup seketika (chewahh!) mulai minggu ini. Saya dah mula projek bakar membakar biskut dan membuat chocolate untuk raya pula, hihi! Sebelum ni saya dah mula membuat Crunchy Almond Chocolate, sekarang buat biskut pula.

Semalam projek membuat biskut Choco Oaties pula. Biskut yang didalamnya ada oat yang dipanggang, chocolate chip dan cornflakes ini sangat ranggup! Kalah Chipsemut & femes kemut, hahaha! Siap bakar satu tray, azri dah sapu bersih satu tray tu je.

                              
Lepas ini dah tak heran dah biskut femes emes ke chipsmut ke, buat sendiri lagi fresh dan tanpa pengawet ye dakk! Siapa yang berminat boleh order yer di website LaLiLo (klik je gambar tu).
Next, biskut yang seterusnya pula.. 🙂

LaLiLo Cloth Pantyliner: Restock

Saya baru sahaja menyiapkan cp liner untuk ready-made, batch terakhir jahitan sebelum tempahan jahitan saya ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja mengookies dan mengemas rumah sebelum raya ni, hihi!Corak baru dari fabrik local dan imported designer cotton. Jemput masuk ke LaLiLo.com.my (atau klik gambar) untuk pilihan yer.

*Urusan POSLAJU juga sehingga 15 Ogos ini sahaja juga tak salah! 🙂

LaLiLo Cookies&Chocolates: Crunchy Almond Cluster Chocolate

Produk LaLiLo handmade saya yang baru iaitu Crunchy Almond Cluster Chocolate. Baru selesai menyiapkan tempahan pertama ni, hehe! Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengorder. Yang ini bukan biskut yer, yang ini adalah Almond stripes yang dipanggang ranggup dan disaluti dengan premium cokelat semata..

Untuk tempahan boleh ke website LaLiLo (atau klik gambar). Tapi kena COD lah kot, kalau pos takut lah rosak or mencair ke nanti. Minimum COD 2 bekas 🙂