Category Archives: Jom makan

Opak-opak


On the way balik ke Kajang kami berhenti solat kat RnR Seremban. Saya nampak ada jual opak2 ni terus saya beli. Saya bukan tak pernah makan ni, tapi lebih kepada nak memperkenalkan keropok2 tradisional ni kat anak2 terutama azri.


Azri memang tak pernah jumpa lagi keropok ni. Tapi dia memang kaki keropok. Apa2 yang ranggup dan garing memang menjadi kesukaan dia. Benda pertama yang dia cakap masa tengok keropok ni, wahh besarnya keropok ni macam roda la! …huhu

posted from Bloggeroid

Makan2: Patmah Kitchen


Cuti sekolah so cuti masak..hehe. Eh tak lah weekends memang saya jarang masak memang saje nak JJCM je. Hari ni kitorang makan kat Patmah Kitcheh kat Taman Flora Utama. Area ofis encik suami je ni tapi tak pernah makan lagi.


Sementara tunggu makanan..posing2 dulu. Gambar disnap oleh jurugambar professional hehe. Pandai azri ambik tak senget pum..


‘Saya pun nak masuk gakkk!..’


Adik pun. Selesa lah restoran ni . Susun atur dan perabot nampak esklusif..ala2 macam hotel lak.

Makan time…


Hari ini Briyani Kashmiri. Ada 4 jenis nasi briyani di restoran ini; Briyani Calcutta, Briyani Kashmiri, Briyani Marsala dan Briyani Afghani. Dengan pilihan ayam atau kambing. Saya order briyani kashmiri ayam.


Encik suami nak Grilled Lamb Chop..besar dagingnya..


Azri nak chicken chop tapi sebab chicken chopnya ada yang grilled sahaja. Mesti dia tak layan nanti sebab tak crispy…basah macam grilled lamb chop tu. So saya orderkan fish and chip je. (tapi dia ingat chicken chop hehe). Habis dia makan fish tu sebab crispy. Boleh tahan juga fish filletnya
, Dorry fish Fillet. Rasanya fresh lagi.


Honey Dew juice dan ice lemon tea takda ais…

posted from Bloggeroid

Khasiat Epal hijau


Antara menu wajib kami setiap pagi. Dah 2 bulan lebih dah mengamalkan minum jus epal hijau setiap pagi. Setiap hari 2 biji (2 org yg minum kan hehe) sebulan 60 biji stok epal hijau wajib ado kat rumah huhu. Sekarang epal hijau mahal skit kat kedai buah, 7 biji RM10. Saya jarang beli di carefour sebab kecik2 je epalnya.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Info: Google search

Saya sangat setuju dengan point no.6. Saya selalu minum jus ni dekat2 nak waktu lunch. Biasanya lepas minum selera nak makan tu akan kurang sedikit.


Berat terkini…

posted from Bloggeroid

Menu hari ini: Asam Pedas kepala Ikan Merah


Saya jarang dah masak2 gini sejak encik boss tak makan minyak2 lagi. Sebulan sekali je kot. Hari2 saya masak kukus dan sup2 tanpa minyak. Hari ini terasa nak makan asam pedas..sebab semalam gi kedai tengok ikan merah ni macam sedap je. Dengan kepala2 pun saya beli. Tapi sebelah je kepala. Digandingkan dengan sawi goreng dan ikan masin lada api….

posted from Bloggeroid

Makan tengahari


Masak ringkas dan sihat..cewahhh
1. Siakap Kukus Serai
2. Sayur kacang berlada (kacang panjang & kacang) konon nak buat ala Red Wok
3. Telur Dadar
4. Air asam & ikan masin

posted from Bloggeroid

Current addiction: Homemade Grilled Chicken

Breakfast semalam makan ni, dinner malam ni pun makan ni lagi. Masa tengah karang entri ni pun kecur nak makan lagi ni..hihi napsu2..


Served with toasted bread, fresh green salad and tomatoes..chewahh! Chicken patties tu memang 100% daging ayam sebab masa panggang tak keluar minyak pun. Tak macam Ramly or daging2 yang lain 2-3 sudu minyak yang keluar dari patties tu.


Puas bila dapat makan dengan salad hijau gini..

posted from Bloggeroid

Makan2: Restoran Madinat Hadramawt Batu Pahat

Wiken kami sefamily ke restoran Madinat Hadramawt Batu Pahat. Nak cuba masakan timur tengah pulak. Kat kl dulu selalu gi JM Bariani..eh tu arab gak ke? Oh yang ni memang betul2 timur tengah..cashiernya pun pak arab..kot lah.


Saya order Mandy Chicken Briyani. Nasi minyak lah tu except kari dia lain skit. Rasa pudina je. Ada rasa pedas tapi kurang minyak tak macak nasi minyak org melayu..huhu. Ayam tu walaupun bahagian dada tapi lembut rupanya. Sib baik kalau tak kompem tak habis. Yang desert tu, puding karamel..puding arab katanya.


Encik boss order grilled chicken kebab dengan roti arab ni. Patutnya ada pilihan kuah juga utk roti ni tapi kami tak order takut tak habis. Roti ni pun besar..sib azri perabis kan.


Bila dah habis makan..baru terasa nak pekena teh arab nih. Fuh rasa pudina sokmo..rasa cengkih pun ada..rasa macam nak pedas2 pun ada gak. Azri mula2 takleh gi sebab rasanya lain. Tp dah campur air kosong habislah secawan yg kiut tu. Bagi saya yg penggemar kopi dan teh ni..layann je.

posted from Bloggeroid

Kueh tiaw kerang


Sedapppnya kuew tiaw kerang ni. Hehe sendiri masak sendiri puji. Baru je masak ni lepas buat sarapan tadi. Yang ni untuk azri balik sekolah nanti. Sebab kat school dia tak makan. Dan dia tak musim makan nasi putih dah sekarang ni.

Rencahnya untuk sepinggang kueh tiaw ( stail saya) saya letak kerang, daun kucai..untuk tumis standard la bawang merah, udang kering skit, cili boh sesudu..make sure tumis cili sampai betul2 masak..org tua kata sampai ‘naik minyak’. Pastu letak sos tiram..kicap manis..letak rencah tadi..last sekali masuk kuew tiaw..pecah telur ..tutup api..fuh rasa macam nak tambah lagi nih haha

posted from Bloggeroid

Menu hari ini: Mee Hailam


Hari saya masak Mee Hailam sebab nak habiskan isi ayam. Anak2 pun jemu dah makan nasi sampai tak laku2. Pertama kali masak ni ikut dalam buku resepi ni. Lepas ni tak heran la makan mee hailam kedai lagi..hoho. Resipinya saya snap kat pic.

posted from Bloggeroid

Kopi oh kopi


Coffee anyone? Chewahh!
Koleksi kopi yang ada dirumah saya. Saya memang perlukan kopi sehari2 kalau tak akan lesu tak bermaya. Kalau diikutkan caffeinated drinks memang tak elok diamalkan.

Saya pun minum 2cawan sehari je pagi dan malam. Pagi selepas breakfast memang saya kena minum kalau tak 2 jam selepas itu mata saya kelaut la, rasa macam malas je nak buat kerja..sedar2 dah lepas zuhur..huhu. Malam pun sama..lepas maghrib pekena lagi..kalau tak pukul 9pm dah layu..huhu

Efek kopi2 pra campur ni lain2. Dan ikut brand juga. Sebab tu saya beli yg regular dan rich. Kalau saya rasa nak ‘tahan lama’ skit memang saya minum rich saje..biasanya lebih pahit.

Saya tak pernah minum yang jenis mild sbb memang takda efek langsung. Kalau hat mild ni mak saya suka. Dia kalau buat kopi satu sachet kopi mild tu dia leh bahagi dua sebab kalau tuang sesachet tu pahit katanya. Adesss mmg tak rasa hape lah!

Dalam banyak2 brand kopi pracampur, indocafe mmg saya tak suka rasanya. Yang lain2 boleh la. Kalau hat yg sedap tu tapi mahal macam white coffe. Nestle pun ok tapi saya boikot lak..hehe!


Jemput minum.. 😉

posted from Bloggeroid