Category Archives: Jalan-Jalan

Shopping Shawls @Butik Sugarscarf

Ahad lepas buat pertama kalinya saya ke Butik Sugarscarf. Memang dah aimed nak sambar 2-3 shawl yang saya usha kat FB tapi takut2 nak beli online sebab nanti tak masuk plak corak tu dengan muka akak ni..huhu. Senang je lokasinya rupanya (set GPS senang la) encik husby la tukang bawa..hehe!

Yang deretan kanan tu shawls Ayami dan deretan kiri tu shawls Jazreen. Best sebab dapat fitting terus. Saya memang jatuh chenta dengan Sugarscarf sejak beli 1st shawl dulu. Harga pun affordable la. Bukan berkira tapi saya memang tak minat kalau harga dengan barang tu macam tak berapa nak kena..huhu.

Azri escort saya, abah duduk dalam kereta jaga izzet yang tidur. Oh lagi satu, susah parking area tu. Hari minggu meriah dengan orang2 yang datang nak shopping kain tudung bagai. Mentang2 lah semua kedai dekat2, Jakel, Fareeda, Pearl Haya dan macam2 lagi lah butik.

Fitting punya fitting, 3 corak ni yang saya sambar. Corak tribal tu tak berapa nak suka tapi sebab nak ikut trend la konon dan alang2 dah sampai sini, sambar je lah sekali.Yang kiri kanan tu memang suka giler. Tapi kalau corak2 yang hot tu awal2 dah sold out, orang sambar online. Macam corak tribal yang saya beli dulu tu pun takda lagi kat butik. Nasib baik dah sambar online je.

Hasil tangkapan hari itu, hihi. Corak Splash Paint Orange tu Jazreen (chiffon). Ada orang tak suka chiffon sebab licin. Saya suka sebab ringan, tak panas, kalau basuh cepat kering. Kalau pakai dengan inner cotton takda masalah, terletak je. Corak tribal dengan black heart tu Ayami (Cotton silky), cotton tapi licin macam satin skit.

Hari nak balik BP tu teruslah melaram, apa lagi, hihi! 

Advertisements

Cuti-cuti: Tasik Kenyir

Di penghujung Cuti sekolah seminggu yang lepas akhir kami bercuti ke Tasik Kenyir, Terengganu. Kami bertolak hari jumaat dari KL.



Kami tiba di Pengkalan Gawi selepas asar.
Bersiap2 nak bot untuk ke Kenyir lake Resort. Jumaat malam sabtu kami bermalam di resort je.



Lama dah tak naik bot, rasa gayat skit..



Sekejap je sampai ke resort lebih kurang 5minit perjalanan je.


Malam pertama tu takda aktiviti sangat pun..kaum bapa sume gi memancing la karok la. Kitorg mak2 ni lepak2 borak2 sambil tengok anak2 bermain.


Sementara nak menunggu boat house. Malam sebelum encik boss kata sabtu kita akan bermalam atas bot pula. Dalam kepala saya dah terbayang kapal ala2 cruise tu haha.



Rupa2nya…inilah dia..tongkang ‘cruisse’ hehe. Terus saya teringat cerita Ananconda tentang sekumpulan saintis yg pergi ke pedalaman vietnam guna tongkang ala2 gini lah..hahah..


Ginilah bilik2 yg ada..ada 4 bilik kecik ditingkat atas. 2 tingkat tau bot ni hehe.


Ruang tengah diatas..ala2 mcm family hall la..


Ini ruang yang bertutup di tingkat bawah. Ada pintu, boleh tutup so budak2 leh lepak dalam ni masa bot tengah berjalan.


Ini bot2 lain yang seangkatan la. Ada macam2 jenis rupanya boat house ni..dari yang murah sampai la ke mahal..mcm kitorg punya kira murah kot RM800 semalam..ada yg rm2-3k sampai lah rm6ribu semalam. Tapi construction botnya lagi cantik. Ada yang siap aircond bagai..info n pakej bot house ni rasanya kalian leh dapat dekat jeti pengkalan Gawi..




Sepanjang2 perjalanan kita akan menyusuri hutan hujan tropika yang menjadi sebahagian daripada Taman Negara. Hutan ini adalah diantara salah satu hujan tropika yang tertua didunia. Tasik Kenyir ni juga adalah tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara. Ianya melewati 3 buah negeri iaitu pahang, Terengganu dan Kelantan.


Destinasi selepas check out dari resort dan menaiki bot ni pula adalah ke Air Terjun. Air terjun apa saya tak pasti Lasir ke tah tapi yang pasti jauh. Mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sini. Rupanya ada 14 buah air terjun yang ada di seluruh tasik kenyir ini. Tak dapat nak snap gambar byk2 sebab hp tam bawak la kami dah nak berendam dlm air terjun.

Yang bestnya kawasan air terjun ni takda orang. So sangatlah bersih. Kenapa takda orang sebab takda jalan darat untuk masuk ke sini..kena masuk ikut tasik sahaja iaitu menaiki bot. Kalau dari darat kena menempuh hutan tebal tu gamaknya. So hari tu memang kitorang je kat situ.





Bot kami bermalam dikawasan air terjun hari tu. Malam tu bermula lah aktiviti BBq..




Keadaan tasik di awal pagi sangat segar. Pagi ahad semua pun bersiap2 nak balik ke pengkalan gawi semula.



On the way nak balik..sebelum tu kami singgah ke empangan tasik kenyir. Dulu asyik baca dalam buku sekolah je kan. Tinggi betul batu3 empangan tu. Tapi tak snap gambar..sbb sibuk nak jaga izzet..huhu





Lastly..Gambo geli2 yer. Tukang snap si cilik tak lain tak bukan..azri ler..huhu

Rasa penat sebab nak mengawasi anak2 sepanjang masa tapi thrill juga. Pukul 12pm kami bertolak pulang dari tasik kenyir..sampai Batu Pahat pukul 10pm..

posted from Bloggeroid

Cuti2: Tasik Kenyir

Tiga hari dua malam ‘bercoti2’ di atas bot menjelajah tasik kenyir. Sepanjang itu terputus hubungan sebab takda coverage atas tasik keliling hutan hujan tropika tu..huhu..tak keruan takdpt bersharing di laman sosial..kih kih


Sneak peak gambo2 dulu..hehe. Ada banyak lagi. Entri laporan penuh bergambar menyusul later. As usual lah akak kan suka buat esei kat blog, haha.

#tak sempat ke Legoland maka boleh la buang itu kupon..kih kih.

posted from Bloggeroid

Riang-ria @Funfare Park

Lama tak gi funfare ni. Hujung minggu bawa anak2 ke funfare pula. Azri seronok, naik kereta la..helipkopter lah. Izzet masih takut2 lagi..


Main permainan2 ni pun seronok jugak. Silap dapat hadiah yang best2..ikut nasib lah..hehe


Hasil toys yang dimenangi. Rejeki2..hehe. Dapat toy stitch, beg Angry Bird, bantal peluk dan soft toy kecik2 yang lain.


Game ni pun kami dapat gak. Teringat zaman sekolah2 dulu game ni beratus2 regenya. Budak2 yang ada time tuh memang loaded lah mak paknya. Kawan2 lain pakat tumpang main je kat rumah dia..hehe

#tiap2 minggu asyik gi funfare je..haha

posted from Bloggeroid

Sepetang di Ofis encik suami


Balik dari BP mall singgah ke ofis encik boss sebab nak solat asar dah magrib sekali. Tak pernah berkesempatan untuk snap gambar ofis ni. Rasa dah lebih kurang 3 tahun encik suami di ofis ni.

Lokasi ofis encik boss terletak ditingkat atas..deretan kedai bersebelah Carefour BP sahaja..nak lagi spesifik di belakang Jakel dan sederet dengan Kuwait Finance House..hehe

Dulu sebelum saya menetap sepenuhnya di BP ni..kalau sekali2 saya ke BP mesti tidur kat ofis ni. Masabtu takda lagi rumah yang kami duduk sekarang ni. Memang ada satu bilik istirehat dibelakang. Ada lagi bilik kosong dalam yg memang untuk disewakan siap dengan meja ofis kerusi dan aircond sekali.

posted from Bloggeroid

Cuti Sekolah: Legoland?

Yeayyy cuti sekolah dah bermula..amboi mak yang excited. Sebab boleh bangun lambat2 masa cuti ni..hehe. cuti sekolah dah mula mesti semua tempat percutian ramai kan.

Kitorang pun takda plan pun nak kemana cuti sekolah ni. Biasa kalau nak kemana2 tu memang adhoc and on the spot je. Ikutlah waktu encik suami free bila.


Saya masih simpan lagi promosi Free entrance ke Legoland untuk kanak3 umur 3-11tahun masa beli susu segar hujung tahun lepas. Tempoh masuk percuma sampai 31 mac ini sahaja. Harap2 dapatlah pergi sebelum offer habiskan..huhu.

Sekarang dah jarang nampak offer free entrance ke Legoland lagi..kalau ada pun diskaun 35% etc dan kena berbelanja minimum eg Rm100 etc dulu kat tempat tu. Yang ni beli susu segar dan gunting kupon kat belakang kotak susu segar je..kalau ada 5 orang anak bawah 11 tahun. Beli 5 kotak susu segar, lima2 masuk free..hehe. Pastu tempoh sahlakunya lama lak tu lebih kurang 4 bulan juga.

Ada sesiapa yang dah pernah pergi ke Legoland guna kupon ini tak? Ikut TnC free entrance with full paid adult ticket yang dibeli dikaunter pada hari yang sama sahaja. Tak boleh combine dengan online ticket, pre-purchase, group purchase dan lain lain promosi. Fuh time cuti ni mesti kena beratur panjangkan..

Ikut review ada yang kata best, ada yang kata tak best, ada yang kata panas terik lah…

posted from Bloggeroid

Santai@ Dataran Penggaram


Anak2 seronok dapat berlari2 dipadang terutamanya izzet. Berlari terkedek2..


Kat sini pun ada pokok macam kar I-city tau..hahahs jadilah


Ramai orang dihujung minggu. Kat mana lagi nak bersantai kan..


Yang tak bestnya buang sampah merata-rata. Dah disediakan tempat istirehat sambil boleh makan2 tapi lepas tu tak reti buang dalam tong sampah, aisey. Sedih betul dengan tahap kesedaran sivik.

posted from Bloggeroid

Cuci kereta

Angin juga bila dah taip panjang2 bila publish failed terus hilang je gitu..grrr. Hari ini hari berangin sedunia lah. Kol 11am saya pergi ke tempat cuci kereta yg dekat dgn taman saya. Selalu lalu lalang tapi tak pernah cuci pun. Tempat macam organize siap tempat cashier dan tempat menunggu dalam bilik aircond. Ca-ya-nun-alip la punya..

Saya bajet sempatla siap kot sebelum kul 12pm sebab tgok dpn saya tinggal satu kereta je nak cuci. Pekerja pun ramai, lebih kurang 10 orang ada gak. Tapi ramai je dpt diharap buat keje LEMBABBBB NM…Sorg cuci n sabun satu kete..sorg lagi spray2 sabun kat tayar kasi tanggal minyak..sorang lagi terhegeh2 cuci tayar je.

Yang lagi buat saya angin tiba2 ada sebiji vellfire sampai belakang sy pastu ca-ya-nun-alip tu ckp apa tah kat budak tu terus depa sabun kete vellfire. HOiiii saya dah mendidih je. Jam dah pukul 11.20am..baru tayar kereta sy je bersih.

Tempat jam 11.45 saya terus mintak kunci dan sound ca ya nun alip tu..lambat la u all cuci..itu kereta hitam dtg lambat u kasi cuci dulu..pot pet2..sib baik dia kata sorry dan tolong reversekan kereta saya.

Lepas ambik azri sy gi tempat saya selalu cuci. Kat sini cepat skit sebab dia guna sistem cuci kereta automatik smart cyclone. Even 10 kereta berderet pun memabg dalam 20 min juga dah setel (kalau tak vakum). Tapi jauh skit..kat parit bilal.


Masuk2 je 5-6org dah sedia kat tempat cuci..depa tembak je sabun pastu 4 org terus lap kiri dan kanan serentak..pastu terus drive dalam smart cyclone. Make sure tayar kanan masuk dalam lorong tu. Tunggu signal bangla yg jaga komputer tu. Pastu terus N kan gear dan jgn tekan brek. Benda tu akan ke gerakkan kete terus sampai depan.

Lepas lampu kat depan tukar hijau terus drive masuk tempat pengeringan. Yang ni manual je. Tapi cepat ada 4 orang gak sekali hadap. Kiri kanan dan tayar. Lepas dah siap terus byr kat tingkap dan jalan. Cuma kalau nak vakum kena masuk port lain dan kena turun lah.


Satu je yang sy tak suka kat sini. Pekerja yang tak faham bahasa bila kita taknak polish..taknaklah..dia terus gak tanya kita dari 200 turun 150..pastu 100 satu layer polish la bla2..pastu 80 je ni wax..boleh bersih juga bla blam hoi ko ingt aku tak tahu ke..apekejadahnya ko wax kalau ko tak polish dulu..saje nak pau duit org bayar lagi banyak…misinya..

Dah kata takda duit pun boleh jawap sini visa master debit pun boleh pakai. Saya diam je sambil marahkan azri yg lari2 dgn izzet. Itupun dia dok ngadap tanya boleh kaa kak bulehh? Saya terus jawab (high pith)..saya kata saya takmau..takmau la..kalau u buat pun saya takda duit mau bayar..mau pkai apa..takda guna juga. Terus myanmar sambung siapkan keje dia tak tanya lagi dah. Agaknya tengok muka sy dah lain kot. Dulu pun sama gak gini tapi org lain..boring btul dah lah tgh panas hati dgn car wash mula2 tadi..

#nak cuci kereta dgn tenang pun susah..

posted from Bloggeroid

JPO again

Ahad lepas encik suami ngajak ke JPO lagi. Tapi hasil tangkapan saya tak begitu memberangsangkan, hahah. Walaupun hampir kesemua butik saya masuk tapi banyak yang tidak menangkap dimata saya..

Kalau ada yang menarik pun tak setimpal dengan harganya. Maksud tidak setimpal adalah bila dah sarung kebadan orang tak bajet pun baju tu RM699 atau RM1,119..dan satu lagi jika pattern dan coraknya lebih kurang dengan brand lain yang lebih murah.

Sebagai contoh,saya hampir nak beli satu kemeja long sleeve kotak2 warna merah hati brand Timberland yang berharga RM200..tiba2 terus saya teringat sebelum ini saya ada terlihat corak yang sama brand JEEP yang berharga RM79.90 di Parkson sebelum ini… Cancel!

Saya akan beli jika saya rasa barang tu unik, jarang jumpa, bukan-ikut-ramai-pakai-saya pakai, kena dengan tuan punya diri regardless brand atau harganya saya tetap akan beli.


Berbalik ke cerita JPO, akhirnya saya cuma beli sehelai Levis Skinny itupun sebab warna ni yang saya takda. Size 30 takda..31 pun 31 lah.


Sampai2 pergi rent troli kereta ni. Budak2 pun excited duduk dalam ni. Aman nak shopping tapi takleh bawak masuk butik lah kena gilir2..huhu. Kalau yang double seat RM50/day..ada juga yang single seat RM30/day. Kena deposit RM200 utk yg double seat tu..atau RM100 utk yang single.


Lepak makan dekat Food court..

Frust sebab takda baju yang dapat dibeli kat JPO..akhirnya dapat juga saya qada’ beli dekat Reject Shop, BP Mall gak yang puas hati dan kedai biasa yang jual baju ala2 k-pop, beli jacket & cardi..lalala!

#xkisahlah murah ke mahal ke branded.ke tak..janji kena dimata dan hati..

posted from Bloggeroid

Karnival Upin & Ipin

Cubaan mengpublish entri bergambar guna Bloggeroid gagal. Berat sangat dgn pic kot. Sudahnya guna apps blogger sahaja. Post gambar je lah!

#Ada rumah upin ipin. Real punya tau!

#Dapat beli beg dan set alat tulis upin ipin untuk azri