Category Archives: Jahitan

Alat Jahitan: cutting mat, Rotary Cutter

Barulah saya dapat cutting mat ni size paling besar A1. Pernah saya jumpa cutting mat besar ni di kedai alat jahitan tapi harganya RM100 lebih terus tak jadi beli dulu.

Saya beli ni kat group online FB dua2 ni RM129 je…suke2..

posted from Bloggeroid

Aura menjahit

Fuh2 setelah hampir 3 bulan saya tak berkesempatan memegang mesin..akhirnya hari ini dapat juga merasmikan sekaligus menyiapkan cp yang pertama dihasilkan diBatu Pahat. Bunyi macam penemuan penyelidikan yang terulung di abad ini pulak…hahaha!

Bukan apa..selama beberapa bulan disini saya cuba mencari ruang dan ‘aura’ untuk menjahit.semula tetapi masih tak datang2. Akhirnya setelah dipaksa2 (itupun sebab ada tempahan yang baru) dan juga sakit mata melihat lebihan kain yang masih tak habis2 saya gagahkan juga.

Ditambah saya menjahit dalam keadaan serba kekurangan disini..saya tak habis angkut lagi peralatan menjahit saya termasuklah meja dan lain2 alat-alatan. Yang saya bawa cuma mesin, toolbox dan kain2 belum dijahit. Takda lagi ruang menjahit seperti dirumah mak saya dulu.

Okeh sabar slow-slow…banyak yang saya nak jahit ni. Sila amik mood dulu. CP pertama dengan label sendiri.. 🙂

#menjahitataslantaihukhuk#

Posted from Samsung Galaxy Note

Clearance Cloth Pad Pantyliner: Free shipping

Nak habiskan stok CP yang tinggal. Penghantaran percuma (POSLAJU) dengan pembelian minimum 2 keping CP liner.

Designer Cotton range: RM12 each
Local Cotton range: RM10 each
Rujuk kod dalam gambar untuk corak yang tinggal atau boleh ke laman web lalilo.com.my (kalau tak clear)

Tawaran sehingga akhir tahun ini 😉

Posted from Samsung Galaxy Note

Designer Cotton CP liner

Saya baru je menyiapkan CP liner dari fabrik designer cotton yang saya beli beberapa bulan lepas. Baru je saya upload tak sampai 5 jam disapu oleh kenkawan FB yang berminat. 🙂 Asalnya nak bagi ke kawan untuk dibawa ke ofisnya..tapi dah tinggal  hat yang oren  tu je..

Yang ini local flannel je, cuma tinggal yang K dan L sahaja. Ada yang berminat boleh email saya hayatiehashim@yahoo.com  Ada lagi kain designer cotton yang still in progress nak transform ke CP tapi coraknya tak sebanyak diatas tu lah..

Ladies Apron-Red Retro

Siap juga tempahan apron ini. Ada yang berminat untuk menempahnya. Alhamdulillah, dapatlah duit poket sedikit. Harap-harap beliau menyukainya 🙂

 Warna tema yang dipilih adalah merah. Corak pilihan adalah abstrak. Hasil pencarian di Kamdar, saya tertarik dengan corak Red Retro jenis English Cotton Satin. Saya padankan dengan corak Polka Love jenis Japanese Natural Cotton untuk ruffles dan strapsnya.

 Pandangan belakang.

 Side pocket dengan matching cloth ribbon.
Bahagian dalamnya.
Terima kasih kerana sudi menempah! 🙂 ok next project pula! 😛

Mesin Jahit tepi

“Hoi, senangnya dalam hati, bila mesin jahit dah ok, seperti dunia ini ana yang punya lalala”
                             
Akhirnya mesin jahit tepi saya kembali memberi servis yang memuaskan hati, hihi! Setelah hampir setahun saya agak tawar hati (hampir nak tukar yang baru pun ada, huhu!) Tah kenapa jahitan tak berapa kemas dan tak cantik lagi seperti mula-mula dulu.

Saya masih tak berapa faham lagi numbering untuk benang ni, godek punya godek…akhirnya. Sib baik tak tolak lagi, kih kih! Cuma nak kena ganti parts T stand untuk benang yang dah patah tu je..

Cara Jahit Mata Lalat

Yeahh (sambil lompat bintang!). Saya telah berjaya menjahit mata lalat untuk kemasan leher baju kurung. Gugel punya gugel, belek punya akhirnya baru lah serupa mata lalat skit, kalau tak mata langau pun ada kot, hahah! Senang je rupanya. Tu pun nak kepoh kan, orang lain lama dah tahu, kih kih!
Bahagian depan. Testing pada baju kurung lama yang takda kemasan leher lagi.
Bahagian dalamnya (belakang). Chop, kenapa saya ada nampak mata lalat yang lain ada yang nampak lebih besar lagi ek? Depa lilit tu lebih dari 3 kali ke? (besar yang saya buat ni 3 kali lilit je). Ke kena tambah lembar benang lagi? (yang ini 4 lembar je)

Mula saya jumpa video di blog ini, tapi saya masih tak dapat tangkap lagi. Kemudian tengok gambar kat blog ini juga dah dapat lah gambaran sedikit-sedikit tapi masih kabur lagi. Kemudian tengok gambar kat forum cari seperti dibawah ni, hmmmm lagi macam tak membantu sangat. Pusing-punya-pusing tah macam mana dapat pula rentaknya…

Agak-agak kalian boleh tangkap tak? Tunggulah saya buat pic tutorial jahit mata lalat ni pula 🙂 Kalau jahit mata lalat ni untuk baju kurung budak-budak macam comel je…

For sale: Apron kanak-kanak 3

Saya buat lagi apron kanak-kanak, Kali ini saya buat untuk corak boy pula. Sengaja saya beli lebih kain Polyester di Daiso tempohari. Kain Polyester ini bercorak animal zoo.
Untuk bahagian dalamnya saya padankan dengan lebihan kain English Cotton Polkadot saya.
 Model paksa-rela..Peace y’all!

 Bahagian tepi dan belakang. 

Ada yang berminat? RM25 sahaja. Uttuk postage, tambah RM4.50 untuk sampul pos ekspress yang besar, Jika berminat boleh e-mail saya di hayatiehashim@yahoo.com Cepat2, ada one piece sahaja ni 🙂

Apron kanak-kanak

Lama dah saya tak jahit apron untuk budak-budak ni. Beberapa hari yang lepas saya mendapat tempahan untuk buat apron kanak-kanak ni. Tengah-tengah jahit Pak Singer punya tali getah kat motor tercabut daa. Bergegas saya ke kedai untuk repair. Sampai dikedai, test2 tali putus kata, kalau ganti RM20. Lepas dah bukak rupanya talinya tergelincir. Jadi upah repair RM15, eh kalau ganti RM20, tak ganti pun RM15 kaa, hadoi malas nak cakap banyak, hulur je lah.
Kali ini saya tak guna PUL sebab rasa macam tebal je. Saya guna fabrik Polyester yang saya beli dekat DAISO yang siap2 potong tu 70cm X 110cm. So kira waterproof la apron kalau kena air ke baju tak basah. 🙂
Bahagian dalamnya saya gunakan kain cotton. Kebetulan saya ada lebih kain English cotton Polkadot yang boleh match dengan fabrik Poly bunga2 ni.

Kali ini saya buat adjustable head straps. Jadi talinya boleh laras  untu kecik dan besar. Saya guna square ring.

Tumpang model cilik ni jap untuk tengok ok ke dak. Mahap yer abang, ibu nak try test jap. Awak tak comel lah pakai apron ropol-ropol ni, hehe! 
Mission accomplished! Ada satu lagi fabrik poly motif animal yang saya beli di Daiso, sesuai untuk boy.    ok nak siapkan apron seterusnya pula…


Work-in-progress

Dah  pukul 1 pagi ni mata dah mengantuk tapi tak boleh lelap selagi tak update entri yang ini ngada-ngada sungguh. Semak sungguh ruang menjahit saya sampai saya dah tak boleh nak fokus lagi menyiapkan kerja-kerja menjahit dengan keadaan sekeliling yang dah ‘macam-macam ada’..

Stail saya memang begini, akan mula berselerak sedikit demi sedikit sampai satu tahap yang mata saya dah tak boleh terima lagi, saya akan stop dulu menjahit untuk clearkan apa-apa yang patut kat meja ini, hehe!..

Dua model cilik yang nak ‘enterprem’..

Bila dah tersusun camni semuanya barulah ‘sejuk’ mata memandang dan mood datang semula sehinggalah ianya akan mula ‘berselerak’ sekali lagi. Biasalah kalau time kita tengah syiok menjahit tu, yang lain-lain tu semua mana yang sempat je, sebab nak cepatkan. Kemas belakang cerita.

Tugas kali ini, saya perlu ‘menstransform’ kain-kain flanel semua itu menjadi cloth pad.. vroom-vroommm!