Category Archives: IBCLE

ILCA

Wee~ I’m listed at ilca.org, alhamdulillah! Sekian. excited sendiri
(^_^)

Happy IBCLC Day 2012

Happy IBCLC Day to all my lactation friends. 🙂


***Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan diharungi. Semoga kita semua dapat memberi impak didalam budaya penyusuan di negara kita ini. Kita semua mempunyai peranan yang boleh dimainkan tak banyak sedikit! Mudah-mudahan Insyallah 🙂

Selesai sudah

Akhirnya, terasa baru sahaja bebas dari membawa semacam ‘batu’ diatas bahu ini sebelum waktu exam. Resultnya, tawakal je lah!.

Subuh-subuh hari saya dah bangun siap2, sebab nak bertolak awal. Pukul 6.30am saya dah mandikan izzet. Izzet pun saya bawa, ebm pun saya bawa. EBM tu in case kalau saya tidak sempat habiskan ‘on time’ menjawab soalan.

Bertolak dari rumah pukul 7.30am tetapi saya tiba di hospital selayang pukul 9.15am! Biasalah jalan jem, stress sungguh! Exam dah bermula dari pukul 9.15am lagi. Dah lah missed exam briefing lak tu. Sebelum exam start, orang semua keluar ke toilet dulu, tapi saya menyusukan izzet terlebih dulu sampai tidur. Kemudian masuk 15 minit lewat dari semua orang.

Tempoh masa exam adalah 2 1/2 jam untuk kedua-dua sesi pagi dan petang, tapi saya perlu jawab dalam masa lebih kurang 1 1/2 jam sahaja. Sebab selepas tu izzet pun dah bangun menangis, rerdengar dari dalam bilik exam lagi. Pendek kata saya orang yang paling lambat masuk dan paling cepatlah keluar.

Takpala, walaupun agak rushing dan ‘kurang-tenang’ menghadapi exam, namun saya sudah jangkakan apa yang bakal berlaku dari sebelum itu lagi. Semuanya saya korbankan demi untuk memenuhi kebajikan anak dulu. Semoga Allah permudahkan jalan saya.

Sebelum masuk exam, keyakinan saya agak tinggi juga setelah banyak latihan2 yang saya sudah buat sebelum ini, tapi selepas menjawab soalan, tahap keyakinan saya tinggal 50-50 sahaja. Soalannya agak susah dan mengelirukan.

Keputusan exam akan diketahui bulan oktober nanti. Saya redha je apa juga keputusannya. Kalau takda rezeki sekali pun, saya cuba lagi lah re-sit tahun hadapan pula. Sekurang-kurangnya waktu izzet pun dah setahun lebih, boleh la ditinggal-tingalkan. (Eh ceh, macam tahu2 je nak gagal nih, huhu).

**Terima kasih juga kepada encik suami yang menjaganya diluar bilik exam. Kelam kabut menenangkan izzet yang dah merengek-rengek. Sehingga ada satu kali, selepas saya selesai exam, saya keluar cari mereka, cari punya cari, ternampak izzet dengan ‘mak-guard’ kat depan pintu masuk yang tolong dukung untuk menenangkan izzet. Senyap pulak tu..huhu!