Category Archives: Hobbies

Aura menjahit

Fuh2 setelah hampir 3 bulan saya tak berkesempatan memegang mesin..akhirnya hari ini dapat juga merasmikan sekaligus menyiapkan cp yang pertama dihasilkan diBatu Pahat. Bunyi macam penemuan penyelidikan yang terulung di abad ini pulak…hahaha!

Bukan apa..selama beberapa bulan disini saya cuba mencari ruang dan ‘aura’ untuk menjahit.semula tetapi masih tak datang2. Akhirnya setelah dipaksa2 (itupun sebab ada tempahan yang baru) dan juga sakit mata melihat lebihan kain yang masih tak habis2 saya gagahkan juga.

Ditambah saya menjahit dalam keadaan serba kekurangan disini..saya tak habis angkut lagi peralatan menjahit saya termasuklah meja dan lain2 alat-alatan. Yang saya bawa cuma mesin, toolbox dan kain2 belum dijahit. Takda lagi ruang menjahit seperti dirumah mak saya dulu.

Okeh sabar slow-slow…banyak yang saya nak jahit ni. Sila amik mood dulu. CP pertama dengan label sendiri.. 🙂

#menjahitataslantaihukhuk#

Posted from Samsung Galaxy Note

Terapi Tanaman

 Eh dah habis ke cerita hari raya? Belum lagi, entri selingan dulu, hihi! Sejak dua menjak ni saya giat ‘berkebun’ juga di depan rumah mak saya nih. Baru lah berseri-seri semula pokok-pokok yang ada. Kalau tidak dulu kat depan ni berderet dengan pasu-pasu kosong sahaja. Jom lah layan gambar pokok-pokok syok-sendiri saya nih 😛
                       

Ini bahagian depannya. Belakang tu saya tanam pandan, daun kunyit, dah kuning-kuning siapa nak boleh petik, hehe! dan pokok daun kari tapi kecik lagi. Jangan gelak yer. Pokok keladi memang pokok feveret saya disamping memenuhkan pasu buat sementara (hihi), senang nak hidup. Dan pokok-pokok yang berdaun hijau, yang berbunga saya kurang minat sedikit. Abaikan pokok yang reput tu. Antara cabaran-cabaran berkebun ni, penat-penat siram akhir mati jua!

 Bahagian tepi. Deretan pokok Palm, dari kiri Red Palm, Paddy Palm, Bamboo Palm. Hujung sekali tu pokok Pine. Dan tanaman tutup bumi yang kecik-kecik tu lupa dah namanya. Asal yang kecik2 tu dari 2 pasu sahaja, kemudian saya cerai-ceraikan bila dia dah besar, semakin banyak pula.

*Motif tong sampah ditengah itu adalah kerana disitu adalah curahan air hujan dari awning atas, kalau letak pasu kat situ, kompom lah mati pokok sebab asyik terlebih air saje. Tiada amalan pantang larang lain 🙂

 Ini pokok cili padi saya, tapi sekarang sedang menghadapi serangan kulat pula 😦

 Kulat putih-putih macam habuk dibelakang daun. Nak try DIY racun organik yang saya jumpa di link ini: http://www.myherba.com/index.php/artikel-herba/laman-herba/239-racun-serangga-organik.html

*Projek tanaman yang seterusnya adalah untuk menyemai benih lagi, semoga berjaya mencambahkan pokok pokok yang baru! 🙂

*Sambil gugel pasal serangan kulat pokok cili ni, terjumpa lah info-info pasal fertigasi nih:
http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=377:panduan-menanam-cili&catid=68:manual-tanaman

http://www.tanamsendiri.com/2011/08/menyemai-benih-tetapi-tidak-tumbuh.html

Kursus Cokelat, Biskut & Kek: Intro

Bulan ini tidak produktif sungguh mengupdate blog ini, takdan. Minggu lepas saya berkursus selama 3 hari di Klang. Bukan kursus PKK atau breastfeeding tapi kursus buat kek, coklat dan biskut yang bertempat di Chef Amer Akademi di Klang dibawah anjuran MARA. 
Bertuah rasanya dapat pergi ke kursus begini kerana harga sebenarnya untuk kursus 3 hari ini adalah RM1200 tapi kami semua hanya perlu bayar RM100 sahaja. Semuanya telah dibiayai oleh pihak MARA, syukur Alhamdulillah. 

Glamor rupanya Chef ni, tapi saya tak kenal,hehe! Maklumlah tak penah beli majalah Saji pun..kih kih!

Sebenarnya saya nak upload gambar-gambar sepanjang 3 hari tersebut tapi tunggu lah di enteri yang seterusnya nanti yer. Cuma nak upload gambar tengah memerah je, hihi! Sebab kursus ini banyak sesi praktikal dan kami tiada waktu rehat pukul 10am seperti kursus2 lain. Memang straight dari pukul 9am-1pm. Waktu tengahari je break sekali.

Jadi memang saya tak boleh nak berkompromi bab perah memerah ni. So tak boleh nak excuse masuk surau sebab nanti saya missed pula demo dan penerangan dari Chef ini, rugi woo! Sanggup saya memerah sambil berdiri juga. Eh kat bahagian dapur ni mana ada kerusi nak duduk-duduk.

 Gigih melihat demo dari chef. Sebelum turn kumpulan untuk buat praktikal tu satu-satu. Apron dot-dot pun tak bukak tu, hihi! Sebab saya guna baju biasa, selak dari bawah so apron tu mencover lah apa-apa yang patut selain shawl itu.

Saya guna manual sahaja sebab tak mahu ada bunyi time ini kalau guna FS mesti bising. Rupanya ada juga saya geng memerah dalam group ini. Ada dua orang yang sama-sama memerah dengan saya time lunch break. Tapi mereka perah sekali sahaja.

So moral of the story, nak seribu daya kan..! 🙂

Lets Organize!

6y6

Saya rasa bekas butang snap ini sudah cukup serabut dan tak dapat lagi menampung fungsinya lagi. Tu belum campur yang menabur bila azri curi2 buka laci alat jahitan saya ini. Mula2 saya beli dahulu cuma 2 warna sahaja, merah dan kuning. Kemudian sedikit demi sedikit saya beli,

Rasa ceria lak tengok bekas ni..hehe

Saya beli bekas ni di Tesco. Betul-betul tinggal dua je. Yang bestnya ianya 3 row berderet ngam2 dengan dengan satu set snap button yang ada 3pcs. Dah siap2 kira kat rumah ada 10 jenis warna, jadi saya memerlukan 30 petaknya…so ada extra 6 petak lagi..buat letak extra snap yang tak muat..

kemudian saya susun drawer saya pula. Jom tengok apa yang ada dalam drawer hitam saya ni..

Laci bawah sekali saya letakkan variety of rolls, elastic, tape keras, ‘kain gam’, velcros, zip etc.Kemaskan balik segala rolls yang dah terbarai-barai. Laci tengah saya letak snap button tadi.

Laci paling atas saya letak benang2, skoci, peniti, gunting dan pelbagai benda yang tajam.

Ok, selesai proses mengemas laci untuk kali ini dan meja menjahit saya untuk kali ini sehingga projek jahitan seterusnya yang bakal bermula hujung minggu ini. Esok saya akan berkursus 3-hari di Klang .. :)x

Mesin Jahit tepi

“Hoi, senangnya dalam hati, bila mesin jahit dah ok, seperti dunia ini ana yang punya lalala”
                             
Akhirnya mesin jahit tepi saya kembali memberi servis yang memuaskan hati, hihi! Setelah hampir setahun saya agak tawar hati (hampir nak tukar yang baru pun ada, huhu!) Tah kenapa jahitan tak berapa kemas dan tak cantik lagi seperti mula-mula dulu.

Saya masih tak berapa faham lagi numbering untuk benang ni, godek punya godek…akhirnya. Sib baik tak tolak lagi, kih kih! Cuma nak kena ganti parts T stand untuk benang yang dah patah tu je..

Brother N950E-keputusanya

Sebenarnya sejak dari entri saya yang berura-ura samada nak beli mesin idaman NV950 saya banyak dihujani pertanyaan dari email, pm dan sebagainya bertanyakan sama ada saya sudah membeli mesin tersebut atau tidak dan mahukan review mengenainya 🙂
Setelah berminggu makan tak lena tidur tak kenyang, eh? memikirkan samada patut ke tak patut, berbaloi ke tak, akhirnya saya buat keputusan untuk TIDAK membeli mesin itu walaupun pada mulanya menjadi salah satu wish list saya.
Kenapa saya tak beli? Sebab-sebabanya:
1. Ini berdasarkan review dan komen-komen yang saya baca dipelbagai forum dan group FB lah. Dari segi performance agak kurang memuaskan kerana fungsinya yang 2 in 1. Ada yang kata nanti jahit lurusnya tak berapa cantik. Mungkin kerana asyik berulang kali tukar tapaknya dari sulam-jahit lurus-sulam. 
2. Ada yang kata, kalau untuk yang suka-suka untuk menjahit di waktu lapang ianya mungkin sesuailah. Mungkin kerana tak berapa keraplah nak menjahit tu sekaligus kuranglah kerja asyik nak menukar tapaknya. Saya fikir itulah yang membuatkanya cepat rosak dan sebagainya. 
3. Bagi yang menjahit tegar seperti saya nih, means tiap-tiap hari mesti nak jahit something so tidak disyorkan sangatlah mesin seperti itu. Lebih baik beli mesin yang khusus untuk satu fungsi sahaja kalau nak jahit biasa satu mesin, jahit sulam pun satu mesin. Hmm, logik2! 
Jadi setelah mengambil kira faktor-faktor seperti diatas dan memikirkan semula apakah keperluan saya sebenarnanya terhadap mesin itu? Sebabnya mesin jahit lama saya ini masih lagi berfungsi dengan baik dan mantopp! (kena puji-puji skit, hehe!). 
Kalau saya lebih kepada fungsi menyulamnya sahaja adalah lebih baik saya beli mesin yang khas untuk sulam sahaja iaitu Brother NV-90E yang mana laaaaaama lagi lah jawabnya nak beli tu. Masuk kedalam wish list je lah dulu.
 â™¥muah-muah!♥
Sementara itu saya akan terus menggunakan pak singer yang ada ni walaupun terliur dengan promosi-promosi mesin jahit yang ada dan bakal dilihat nanti. Bunyi macam pasrah je kan, hihi! Bukan pasrah tapi cuba untuk menukarkan rasa pasrah itu kepada SYUKUR dengan apa yang ada ketika ini. Jika kita berada dalam keadaan pasrah, keikhlasan tu sukar untuk ada. Tapi bila diconvert dengan rasa bersyukur, keikhlasan itu akan tiba dan kita lebih bersemangat, hati dan niat lebih fokus, chewah! 


Work-in-progress

Dah  pukul 1 pagi ni mata dah mengantuk tapi tak boleh lelap selagi tak update entri yang ini ngada-ngada sungguh. Semak sungguh ruang menjahit saya sampai saya dah tak boleh nak fokus lagi menyiapkan kerja-kerja menjahit dengan keadaan sekeliling yang dah ‘macam-macam ada’..

Stail saya memang begini, akan mula berselerak sedikit demi sedikit sampai satu tahap yang mata saya dah tak boleh terima lagi, saya akan stop dulu menjahit untuk clearkan apa-apa yang patut kat meja ini, hehe!..

Dua model cilik yang nak ‘enterprem’..

Bila dah tersusun camni semuanya barulah ‘sejuk’ mata memandang dan mood datang semula sehinggalah ianya akan mula ‘berselerak’ sekali lagi. Biasalah kalau time kita tengah syiok menjahit tu, yang lain-lain tu semua mana yang sempat je, sebab nak cepatkan. Kemas belakang cerita.

Tugas kali ini, saya perlu ‘menstransform’ kain-kain flanel semua itu menjadi cloth pad.. vroom-vroommm!

Beg Make up mini bergulung

Setengah hari saya dok mengadap nak siapkan benda ini. Semalaman saya google DIY bag untuk tempat cloth wipes saya. Saya memang dah terbayang nak buat ala-ala poket dan gulung2 gini yang dipanggil roll bag tapi tak tahu nak buat bagaimana. Akhirnya saya jumpa tutorial cara hendak membuat mini makeup roll bag disini. Terus test power dulu buat beg ini untuk dapat gambaran yang bagaimana.

 Terus saya punggah balik fabric scraps yang saya simpan. Ada yang lebih kain-kain dari projek jahitan saya dan ada juga yang kawan-kawan bagi juga. Oh saya suka simpan perca-perca kain sebab berangan satu hari nanti saya dapat buat seperti dibawah ini..

(Gambar dari Google Pic)

Antara projek jahitan idaman saya..(bila tahun la berkesempatan nak buat quilt gini..huhu!)

 Saya gunting 8 keping kain berukuran 2.5″x5″..

 Untuk poketnya pula 4 keping berukuran 2.5″x3.5″..Kemudian cantum lah kesemua kain tu satu-satu. Selebihnya boleh tengok tutorial beg ini dilink yang saya pautkan diatas. Tak sempat lah nak snap-snap satu-satu..huhu

Yeayy, suka hati percubaan pertama berjaya tanpa salah-salah (Stok selalu tak berjaya ikut tutorial orang untuk pertama kali, ada je silapnya..huhu!). Ok next!………. 🙂

‘Terjahan’ ke kedai Mesin Jahit LSN

Rentetan dari episod tidak dapat tidur malam mengenangkan promo mesin idaman pada harga RM1999, lantas saya terjah ke laman web LSN untuk meninjau kot-kot ada promosi yang sama. Tup-tup terjumpa pula promosi mesin yang sama pada pakej yang lebih meruntun jiwa, adess! Pakej promosi yang saya copy-paste adalah seperti berikut: 

The Brother NV950E Sewing & Embroidery Machine

Package Includes:
1. NV950E Machine RM3,999
2. Full Set of 60 Colour Embroidery Threads RM474
3. New ACER Aspire 4352 Laptop preloaded with Embroidery Software RM1,299
4. Advance Embroidery Software RM4,999 (Available only in LSN)
5. BONUS Item: 500 Exclusive Embroidery Designs
Total Original Costs: RM10,771

BEST EVER OFFER: 50% DISCOUNT NOW! ONLY IN LSN! You Pay Cash at only
or

Waduh no.4 tu yang buat saya tak tahan sebab saya tahu perisian untuk sulaman advance memang lebih mahal daripada mesinnya, bermakna dengan perisian tersebut kita boleh customize motif-motif sulaman dari luar seperti logo sekolah ke, motif2 kartun ke. Jika tiada software itu kita hanya boleh sulam mengikut motif sulaman yang telah ada dalam mesin itu. Tambah dapat pula laptop Acer lak tu (bila fikir buat apa saya nak laptop lagi).

Haruslah jam-jam tu saya dan rakan terjah ke kedai LSN yang berada di Bandar Damai Perdana, Alam Damai. Mujur berdekatan juga lah dengan tempat saya. Tak susah pun cari kedainya, dari Petronas BTHO terus  sahaja ikut jalan itu sehingga lepas taman Desa Baiduri, sampai jumpa traffic light simpang 3, masuk kiri terus sahaja sampai nampak deretan kedai disebelah kiri.

 Masuk-masuk sahaja dah terpampang pun mesin dan pakej promosi seperti yang lihat dalam website.

 Bestnya tengok mesin-mesin jahit yang berderet nih, grrrr!

Adik promoter yang sporting tu mendemokan jahitan sulaman, cara-cara nak tukar tapak, jahit butan dan sebagai. Panjang lebar dan tak jemu-jemu menjawab pertanyaan kami yang macam-macam ni..huhu!

Ini lah laptopnya kalau beli sekali dengan pakej 50% diskaun tu. Software yang mahal tu sudah siap di installkan dalam laptop tu. 
Sempat juga saya rekodkan demo sulam yang dibuat. Huhu, semakin teruja dan terbayang-bayang projek-projek menyulam yang bakal dibuat, hihi!
Ini lah hasilnya, cuma warnanya tak match sebab adik promoter tu terpaksa gunakan sample benang sulam yang ada sahaja. Oh yer, satu biji benang sulam size standard tu rupanya lebih kurang RM8 sebiji (brand Dolphin). Perghh!.
Waduh, saya tengah dilema samada berbaloi ke tak beli pakej yang ini atau nak beli mesin sahaja yang tengah promosi RM1999. Ok kah review untuk mesin NV950 ni, saya cuba google reviewnya takbanyak yang jumpa lah. Saya ada masa seminggu je sebelum promosi ini habis 30 April ini. Encik suami dah bagi green light tapi siap dengan pesanana ‘nanti jangan terletak je’, pikir-pikir lagi!

Mesin idaman kembali!!

Arghh tidakkk! Mesin jahit wishlist saya sudah kembali. Kali ini dengan harga yang menariks, voila! Dari RM3,999 jadi RM1,999. Tanpa berlengah saya cuba mengayat encik suami, alhamdulillah beliau memberikan respon yang positif. Mungkin kerana melihat minat dan kesungguhan saya yang mendalam dalam aktiviti jahit menjahit ni. (Ehh, ye ke? haha!)

Saya memang bercita-cita nak beli mesin yang baru walaupun mesin ada sekarang ini masih teguh berjasa walaupun usianya sudah 15 tahun. Mesin tu memang sentimental value. Oops shhhhhh harap-harap encik Singer tak ‘kecil hati’ sebab saya nak cari pengganti, hoho! Dalam erti kata lain jangan ler buat hal. Kan selalu begitu asal ura-ura nak beli baru je yang lama pun tiba-tiba buat hal rosak itu ini, hihi!

Ada yang terliur macam saya tak? hihi! Jom booking di link ini.