Category Archives: Gigi

Saya ada 8 batang gigi

Takda kerja, mari menganalisis kadar pertumbuhan gigi izzet, hihi!. Siap statistik lagi tuh,haha! Ini saje shot yang paling jelas dapat menampakkan keseluruhan gigi, kalau tidak asyik nampak yang 2 batang tu jer.

Izzet ada 8 batang gigi dalam masa 8 bulan, azri pula dulu baru ada 3 batang gigi sewaktu umur yang sama. Izzet dah ada tumbuh gigi pertama pada usia 4 bulan manakala azri mula tumbuh gigi pertama sewaktu 6 bulan.

***Alhamdulillah, sehingga ke hari ini izzet tak pernah main gigit2 lagi semasa menyusu. Cuma ada lah sekali dua ‘ter’ gigit, hehe! Itu pun sebab dia mengetap gusi, sebab gusi dah tumbuh gigi kan, jadi terasa lah kan, Oucchh! Harap-harap izzet tidak ‘mengasah’ giginya semasa menyusu, good boy, huhu!

Advertisements

Dera lagi

Kali ni nak cite pasal lagi-lagi gigi azri. Kesinambungan daripada pertumbuhan gigi azri kat sini. Azri. Selain dari gigi atas yang dah makin terjonggol tu. Ada 4 lagi gigi yang dah nak berlumba-lumba keluar. Dekat kiri dan kanan gusi gigi atas tu. Dekat belah kiri dan kanan gigi bawah. Kali ini serentak gusi-gusi yang nak keluar gigi tu jadi putih. Hoho, penangan nak tumbuh gigi kali ini memang betul-betul buat azri ku tak keruan macam haruan.


Kali ni azri sentiasa berada dalam serba tak kena meniarap salah, naik walker salah, dukung pun kadang-kadang salah, sampai nak tido pun dah tak macam biasa lagi. Kali ni pesen tido atas bahu sambil dukung. Tak kira lah siang ke malam. Bila mata dia ngantuk mesti nak kena dukung kasi dia tido atas bahu dulu baru leh masuk buai atau letak bawah. Hebat betul penangan gigi yang nak tumbuh kali, mujur belum demam lagi. Mintak-minta tak demam langsung. Dari 3 batang yang dah tumbuh, ada 4 batang lagi tengah on the way, total 7 batang dah!Lagi beberapa minggu leh lah bubur aku cuba lecek2 kan aje, tak yah blender lagi.

Macam biasalah, gambar ala-ala buat-buat nampak aku ni untuk tatapan ku, haha! In order aku nak suh dia bukak mulut, aku kena geletek habis-habisan dulu, huhu! ku tak sabar nak tengok sume gigi-gigi azri keluar. Camana la ghupenya nanti yer!

Amenda tu?

Warghh, pagi ni aku terkujut tengok kat gusi azri yang nak tumbuh gigi itu ada macam darah beku la pulak. Aku tak tahu lah penyebabnya. Sama ada dia gigit benda yang keras atau terlaga dengan gigi bawah dia yang dah panjang tu. Atau memang semula jadi ker hapa.Tapi memang lately ni segala bagai benda dia geget! Ku mms gambar ni kat SIL ku, dia tanya, demam tak, ku kata tak, temperature 36.5. Tapi ada time2 merengek ntah hape2 tah!. So dia bajet azri ku ada tergigit benda yang keras dan berlaga dengan gusi dia yang menbengkak nak tumbuh gigi itu. Hmm..macam-macam!

Lagi gigi..

Azri tumbuh gigi lagi belah atas pula. Ku lihat gusi atas tengah2 dah putih dan rasa keras-keras sama gayanya macam masa dia nak tumbung 2 batang gigi bawah dulu. So dah total 3 batang gigi yang ada termasuk yang akan tumbuh. Wah, sakan betul pertumbuhan gigi dia ni. Seb tak direct feed, selamat nenen ku..huhu! Yang jahanam adalah puting botol sahaja. Susah giler nak snap gambar gigi yang macam ala2 nak tumbuh tu.

Mode tengah happy2 posing ingat tadekk pape. Tak tahu pas ni ibu dia nak kerahh dia buka mulutt.hahaha!
Wakaka, bermula sesi deraan kerahan tentera. Nampak macam kena seksa jer kan! Nampak jer tu. Sebenarnya dia tengah syiok gelak sakan sebab kene gelektek. Camera phone tu lak memang dah stenby kat bawah tu. Yang nak tumbuh tu adalah gusi yang tengah2 belah kanan, yang nampak mcm tompok putih tu. Walaupun macam tak berapa nampak, tapi buat2 ler nampak..hihi!

Gigi lagi..

Sebab saya nak banyakkan entri. Ku paksa pujuk azri untuk posing bagi entry kali ini. Ku katakan yang gambar ini akan jadi cover majalah Pa&Ma nanti dan dia percaya!. Ku geram nak snap gigi azri yang jelas kelihatan sekarang. Ini adalah kesinambungan untuk entri gigi azri tuhari. Sebab ku geram tengok gigi itu walaupun kalian tidak segeram ku..ekeke

Azri’s Development: Part 2

Azri dah tumbuh gigi

Sejak 2-3 minggu lepas, ku dah perasan kat gusi bawah azri macam ada putih.Kata ibuku, azri nak tumbuh gigi lah tu. Tapi ku tak percaya. Yelah ku bajet azri ni mesti tumbuh gigi masa umor die 7,8,9 bulan ker! Sampailah minggu lepas bila azri gigit jariku ku terasa ada something tajam di gusi die. Warghhh!betul lah tu, gigi dia dah nampak. Wakaka, geli hati pun ada. Masa tu ku nak snap gambar pun macam tak clear sangat. Ni kali bila gigi dia dah visible tumbuh skit, baru clear nak snap gambar. Ada dua batang kesemuanya. Yang belah kiri dah tumbuh keluar lebih skit dari kanan. Kakak ipar & orang-orang yang dah tahu azriku dah tumbuh gigi, sebok suruh ku cari biskut baby tu, kasi azri buat dia gigit! Tapi ku kata nanti dulu, tunggu sampai azri 6 bulan, baru ku akan introduce solids pada azri. Hmm, ape pendapatan korangss, patutkah ku beli biskut itu atau just introduce bubur je pada azri.. Sengaja ku paste ‘close-up’ besar-besar kat sini..hihi!Buat-buat ler nampak kalau tak nampak juga..ekeke!