Category Archives: Gadjet

Welcome back Mr Asus

Akhirnya setelah 6 bulan notebook kesayangan ni tersadai kerana keyboardnya rosak. Yang tercabut-tercabut gara2 dikopes oleh izzet. Ada banyak button yang jammed. Button Enter pun jam juga. Sah2 asyik kena tepuk je dengan izzet, huhu!
Masa cuti sekolah ritu hantar gi encik husby bawa repair kat Lowyat. Kena tukar keyboard baru terus RM130. Weekend ni baru je collet notebook ni. Excited menunggu Encik Asus ni pulang ke gagang. Banyak dah jasa dah kenangan notebook ni telah memberi khidmat selama hampir 2 tahun.
Asus Eee PC Seashell Series
Yeayyy, dah revamp!! Dah belikan baju baru gak yang matchy-matchy untuk encik notebook ni..baru lah semangat! Tenkiu too encik husby tolong hantar repair. Siapa lagi kan…huhu!
#Pertama kalinya compose entri dari encik notebook, puas dapat menaip dikeyboard baru yang sedap dan ‘garing’ je rasanya, haha!

Gajet lagi: Note II Pink

Wohoo apa kes baru beli henpon 2 bulan lepas dah sambar lagi satu…huhu.


Encik boss nampak ni kat paper terus tunjuk saya. Aloo apesal masa kita beli dulu tak keluar limited edition ni..grrrr. Encik boss terus offer lagi nak belikan. Aisey akak terus tutup muka malu2..kih kih. Mekasih miah2 kat encik boss, lurve u ketat2. :p


Before gi holiday tuhari terus encik boss sambar kat Low yatt.


So secara rasmi En Note 2 grey ni encik boss pakai. Oklah ala2 maskulin gitu..hihi.


Saya lak..baru matchy-matchy dengan henbeg Bonia pastel pink limited edition (sume limited edition gak..hahaha) kesayangan nih…I loike

#Ura2 Note III bakal di lancarkan dalam 2nd quarter of this year..uii parahhh..hihi

posted from Bloggeroid

Gadjet: Cutting board


Apa yang jaki sangat dengan cutting board ni? Hehe. Sebab dia ada handle kiri kanan yang boleh diselaraskan mengikut kelebaran sinki. Tujuan untuk memudahkan kerja2 menyiang benda2 basah seperti ikan, sotong ke, buah etc. Saya suka..tak perlu nak alas kain, dulang ke kalau nak memotong sbb taknak airnya meleleh..

Tapi janganlah buat ketuk ayam atas ni bengkok lah handle tu..huhu. Saya jumpa kat Carefour kebetulan nak ganti cutting board lama yg dah nak terbelah dua dek kerana aktiviti tetak menetak yang terlampau..haha

#1st time tengok..hehe

posted from Bloggeroid

Gajet: Samsung Galaxy Camera

Dulu musim berangan kamera Nikon pink tu..
Hah kali ada yang canggih skit..snap2 boleh terus post kat laman sosial bagai tu. Takyah dok transfer2..


Samsung Galaxy Camera. Mula2 tu teruja juga..tapi laa ni sejak dah ada En Note keterujaan makin kurang..hehe. Bagi acik yang selalu serabut bagai dengan anak2 dan kelengkapan yang lain, cukuplah snap2 guna henpon je.

Ditambah lagi dengan software2 photo editor skang boleh buat imej gambar tu jadi macam2 kejap vintage la kejap retro la..kejap cam ala2 kamera mahal..haha yeke?

posted from Bloggeroid

To sync or not to sync?

Masa mula2 pakai Note lama, bila dia kata Sync je saya yes. Masa tu tak paham sangat kejadahnya..sudahnya hp sy floaded dengan segala contacts dari FB, email etc. Kalau nak scroll contact segala friends yang kita x kenal pun appear. Pastu dalam calendar tiap column penuh dgn birthday reminder lah event reminder lah. Segala datuk nenek dia sync. Mula2 rimas tapi lama2 mata pun dah imune..


Bila tukar note 11, lesson learned! Never sync anything especially dengan Facebook. Barulah aman permandangan…haha


Note lama secara rasminya menjadi milik azri. Dulu dia sibuk kata nak Galaxy Note macam ibu. Saya kata kan dah ada Galaxy Tab, dia jawab alaa besar lah gtab tu. Demand bebudak sekarang eh, adeh!

posted from Bloggeroid

Gadjet lagi..

Setelah beberapa minggu encik Note buat hal..susah nak masuj cas. Bila bateri dah kong nak cas punya berkurun nak masuk. Dah cas 2 jam bila cabut charger masih popup battery low..grrrr. Akhirnya encik note telah selamat masuk wad dekat Samsung PJ. Tak tahu la berapa lama baru sihat tu..we’ll miss u..huhu


Sementara itu selamat datang kepada encik Note II hihihi. Voring dah warna putih. Kali ini amik Titanium Grey plak. Kitorang beli dekat Lowyat. Terima kasih kepada encik boss sebagai penaja rasmi saya hihi I lap u muahss. Rezeki..alhamdulillah.

Sejak di BP saya memang dah ‘Laptopless’. Memang fully utilize encik Note lama. Check email, blog etc sume dengan encik Note. Memang berbaloi guna Note utk surirumah hightech macam saya hehe. Senang, ringkas semua pun boleh buat guna Note.

#sambung godek2lagi :D#

posted from Bloggeroid

Galaxy Tab & Note

Semasa bercuti-cuti di Port Dickson tempohari, encik suami ada bertanya sama ada saya hendak Galaxy Notes atau tidak. Saya terus tersipu-sipu bukan apa, saya ni agak cuai menjaga harta benda sedikit bukan sengaja, saya cuba untuk cermat tapi ada saje insiden2 yang terjadi. Ditambah-tambah lagi dengan anak-anak yang hyper-aktif ni, huhu!

Sejak kes saya terendam handphone didalam baldi bersama-sama cadar tempohari saya turun pangkat semula guna telefon Nokia lama yang dah pun uzur, siap kena selotape kat battery case belakangnya, huhu! Al-kisah terendam sekali dengan cadar tu sebab kalut dengan anak-anak yang tak berapa sihat, azri pula batuk-batuk. Silap ski muntah.

Seminggu selepas itu encik suami pun belikan juga. Inilah hadiah pemberian dari encik suami. Ibu dapat anak pun dapat! Terima kasih encik francesco toman, i lap u alwaysss muah2! (Ala-ala lagu whitney Houston tu, hehe!)

Antara features yang menarik adalah penggunaan S pen (Smart Pen). Selain dari alternatif pilihan untuk menaip dikeypad secara sentuh boleh juga menggunakan S pen. Best juga, tapi masih kekok kerana perlu menulis ‘seketul-seketul’ tulisan tidak boleh bersambung kerana ia sukar untuk mengesan huruf yang ada sedang tulis. Dah lah tulisan jenis cakar ayam, hihi!

Sedang cuba meng-compose entri di dalam sebuah software Blogger-droid yang baru saya download. Fungsi-fungsi yang lain masih belum disempat diterokai lagi, hehe!

Pesan encik suami, kena jaga baik-baik (yang hat untuk azri sekali) kalau kemudahan ini akan ditarik balik semula, hoho!

Nikon 1 J1: Meleleh

Ini gara-gara iklan ternampak iklan di TV, lepas tu terus saya google search. Motifnya utama lebih disebabkan warna pinknya itu. Adeh, meleleh ayaq liuq nengok nih! Saya bukan lah peminat warna pink sejati cuma ada certain-certain barang yang bila warna pink dia jadi sangat sweeeet cenggini lah! Lagi-lagi kalau gadjet IT yang warna pink, hihi!
Kamera atau handphone berkamera termasuk dalam wish list saya. Tapi bila tengok ada kamera begini terus cancel lah nak beli handphone. Dah hint-hint encik suami, mari kita tengok samaada ianya boleh direalisasi dalam masa terdekat ini, hihi!
Nikon 1 J1 Pink kit set ini berharga RM2,658. Boleh lihat disini yer. Fuh, dah macam harga kamera DSLR juga. Jangan tanya saya spec dia compare to DSLR, saya memang zero bab2 spec kamera ini. Yang saya tahu Megapixel je, hehe!
Jom cuci mata skit….

Alololo…slurrp-slurpp (sambil tahan air liur). Sekali pandang dan macam set make-up budak-budak remaja perempuan pun ada.



Didatangkan dengan warna-warna yang lain juga. Tapi warna pink itu juga sangat menarik dimata saya. Amacam? 🙂
**Sumber gambar dari ‘Google Images’



Mode untuk menulis entri blog

Apa yang selalu buat kalian berasa seronok untuk menulis apa-apa entri di blog? Ye lah, sebab kalau nak ikut setiap orang tak sama kan. Selalunya mesti ada pencetus yang boleh membuatkan kita terasa nak menulis diblog. Kira macam ambil aura lah ni.

Bagi saya yang sering kebuntuan idea nak menulis entri di blog saya memang sebagai menggalas batu setiap kali mencari idea apa tajuk yang hendak ditulis. Selalunya setiap kali saya nak buat entri, saya perlu gambar-gambar yang menggambarkan apa yang saya nak tulis, huhu! Saya akan tepek dulu gambar, baru lah ilham ayat yang hendak ditulis pun keluar, hihi!

Lagi-lagi gambar tu pula saya edit bagai, letak balloon, frame, text kat photo editor. Itu kalau saya rajin lah. Tapi lately ni rajin pula saya buat gitu, huhu!

Dulu saya pernah bercita-cita nak sebuah kamera yang canggih yang boleh amik gambar dengan cantik. Sebab saya lihat seperti kemestian pula kalau ada blog, nak buat entri, mesti nak disertakan dengan gambar-gambar yang cantik-cantik. (tak semua lah!)

Sehingga bila saya keluar dengan kawan saya (sejak saya ada blog lah), kawan saya kata, “Kejap-kejap nak snap gambar, nak masuk kat blog la tuh, huhu”. Memang betul pun. Itu yang buat saya nak sebuah kamera canggih juga.

Tapi lama-kelamaan saya pun dah naik malas nak berangan nak kamera canggih lagi, cukuplah dengan henpon cikai saya ni. Janji boleh ambil gambar juga. Lagipun saya ni pula jenis yang takleh bawa banyak-banyak gajet dalam tangan, karang ada yang hilang, huhu!

Selama ini pun gambar-gambar yang saya ambil semuanya menggunakan henpon saya aje. Tapi saya ada preference juga terutamanya untuk megapixelnya. Dalam banyak-banyak henpon, yang saya suka hanyalah jenis NOKIA yang berpixel sekurang-kurangnya 5MP dan dilengkapi sekali dengan features Carl Zeiss Optic Lens.(oh, saya tidak beli handphone baru yer!, hihi!)

Kualiti gambar bagi handpone berkamera yang menggunakan Carl Zeiss Optic Lens ni lebih cantik berbanding yang lain-lain. Bagi pendapat saya lah!. Sebab itu saya tak pakai Black Berry, muahaha! (Alasan cover takda fulus,hehe!) Dari dulu saya memang setia dengan Nokia, kalau nak tukar baru tetap pun cari yang Nokia yang ada kamera 5MP keatas pastu ada Carl Zeiss Optic juga.

Eh, tapi kalau ada rezeki nak dapat kamera canggih, nak juga. Orang kata rezeki jangan ditolak ye tak, hihi!

Duplex Printing

Tengah dalam mode study, saya sibuk nak memerint (print) tapi yang tak bestnya mula-mula sebab ingat tak boleh print depan belakang. Selama ini, saya ingat hanya printer-printer seperti laser jet etc yang untuk ofis-ofis tu je yang boleh buat depan belakang, jika printer home use macam canon etc (janji yang ala-ala laser jet lah) hanya boleh print depan sahaja.

Godek punya godek,, akhirnya saya jumpa juga option untuk buat printing depan depan belakang, yess!. Yang saya tahu kalau printer laser jet macam HP, kalau time both side printing, dia akan print dan sedut semula kertas tu untuk print back side pula. Ada juga office printer jenama lain yang boleh buat macam ala-ala mesin fotostat tu. Mungkin ada yang tahu tapi saya je baru ketinggalan bas baru tahu, hihi!

Kalau mengikut jenis printer saya, Canon MP190 Series. Cara dia buat both side printing tu, dia akan print selang satu muka. Sebagai contoh jika dokumen itu berjumlah 10 muka surat. Dia akan print muka 1-3-5-7-9 kemudian kita kena terbalikkan (mengikut simbol arahan yang tertera) dia akan mula print dari muka 2-4-6-8-10.

Jika kita hendak buat both side printing, kita perlu atur tetapan pada control panel printer terlebih dahulu. Cara-caranya adalah seperti dibawah:

Klik pada option ‘Page Setup’ di control panel printer.

Kemudian, tick pada ruangan ‘Duplex Printing’. Bagi pilihan both side printing ini, saya tidak memilih untuk klik pada option ‘Print from last page’ kerana takut ianya mengelirukan saya, hihi! Untuk printer Canon, nama untuk buat both side printing dipanggil Duplex Printing. Saya tidak pastilah untuk model-model Canon yang lain. Mungkin anda boleh cuba check option Duplex Printing ini di setting printer anda. 🙂

Kemudian, klik OK untuk meneruskan kerja-kerja printing anda. Apabila sampai pada muka yang sepatutnya ianya berhenti, di skrin anda akan ter-popup arahan seperti gambar dibawah ini:


Ini bermakna, printer sudah bersedia untuk print muka surat pada bahagian sebelah belakang pula. Namun, semasa menterbalikkan kertas A4, pastikan anda perhatikan betul-betul arahan serta simbol yang ditunjukkan pada skrin.

Ini kerana (seperti kes pertama kali saya) saya tersilap menterbalikkan kertas A4 tersebut, hasilnya muka belakang di print songsang daripada muka depan. Jadi bila ke mukasurat kedua, harus memusing pula kertas A4 tersebut, hihi!. Namun setelah dipraktis dan pada cubaan kedua, segalanya berjalan dengan lancar.

Jadi selepas ini, banyaklah kertas boleh dijimatkan yer tak! 🙂