Category Archives: Family

Cuti-cuti: Tasik Kenyir

Di penghujung Cuti sekolah seminggu yang lepas akhir kami bercuti ke Tasik Kenyir, Terengganu. Kami bertolak hari jumaat dari KL.



Kami tiba di Pengkalan Gawi selepas asar.
Bersiap2 nak bot untuk ke Kenyir lake Resort. Jumaat malam sabtu kami bermalam di resort je.



Lama dah tak naik bot, rasa gayat skit..



Sekejap je sampai ke resort lebih kurang 5minit perjalanan je.


Malam pertama tu takda aktiviti sangat pun..kaum bapa sume gi memancing la karok la. Kitorg mak2 ni lepak2 borak2 sambil tengok anak2 bermain.


Sementara nak menunggu boat house. Malam sebelum encik boss kata sabtu kita akan bermalam atas bot pula. Dalam kepala saya dah terbayang kapal ala2 cruise tu haha.



Rupa2nya…inilah dia..tongkang ‘cruisse’ hehe. Terus saya teringat cerita Ananconda tentang sekumpulan saintis yg pergi ke pedalaman vietnam guna tongkang ala2 gini lah..hahah..


Ginilah bilik2 yg ada..ada 4 bilik kecik ditingkat atas. 2 tingkat tau bot ni hehe.


Ruang tengah diatas..ala2 mcm family hall la..


Ini ruang yang bertutup di tingkat bawah. Ada pintu, boleh tutup so budak2 leh lepak dalam ni masa bot tengah berjalan.


Ini bot2 lain yang seangkatan la. Ada macam2 jenis rupanya boat house ni..dari yang murah sampai la ke mahal..mcm kitorg punya kira murah kot RM800 semalam..ada yg rm2-3k sampai lah rm6ribu semalam. Tapi construction botnya lagi cantik. Ada yang siap aircond bagai..info n pakej bot house ni rasanya kalian leh dapat dekat jeti pengkalan Gawi..




Sepanjang2 perjalanan kita akan menyusuri hutan hujan tropika yang menjadi sebahagian daripada Taman Negara. Hutan ini adalah diantara salah satu hujan tropika yang tertua didunia. Tasik Kenyir ni juga adalah tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara. Ianya melewati 3 buah negeri iaitu pahang, Terengganu dan Kelantan.


Destinasi selepas check out dari resort dan menaiki bot ni pula adalah ke Air Terjun. Air terjun apa saya tak pasti Lasir ke tah tapi yang pasti jauh. Mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sini. Rupanya ada 14 buah air terjun yang ada di seluruh tasik kenyir ini. Tak dapat nak snap gambar byk2 sebab hp tam bawak la kami dah nak berendam dlm air terjun.

Yang bestnya kawasan air terjun ni takda orang. So sangatlah bersih. Kenapa takda orang sebab takda jalan darat untuk masuk ke sini..kena masuk ikut tasik sahaja iaitu menaiki bot. Kalau dari darat kena menempuh hutan tebal tu gamaknya. So hari tu memang kitorang je kat situ.





Bot kami bermalam dikawasan air terjun hari tu. Malam tu bermula lah aktiviti BBq..




Keadaan tasik di awal pagi sangat segar. Pagi ahad semua pun bersiap2 nak balik ke pengkalan gawi semula.



On the way nak balik..sebelum tu kami singgah ke empangan tasik kenyir. Dulu asyik baca dalam buku sekolah je kan. Tinggi betul batu3 empangan tu. Tapi tak snap gambar..sbb sibuk nak jaga izzet..huhu





Lastly..Gambo geli2 yer. Tukang snap si cilik tak lain tak bukan..azri ler..huhu

Rasa penat sebab nak mengawasi anak2 sepanjang masa tapi thrill juga. Pukul 12pm kami bertolak pulang dari tasik kenyir..sampai Batu Pahat pukul 10pm..

posted from Bloggeroid

Advertisements

Cuti2: Tasik Kenyir

Tiga hari dua malam ‘bercoti2’ di atas bot menjelajah tasik kenyir. Sepanjang itu terputus hubungan sebab takda coverage atas tasik keliling hutan hujan tropika tu..huhu..tak keruan takdpt bersharing di laman sosial..kih kih


Sneak peak gambo2 dulu..hehe. Ada banyak lagi. Entri laporan penuh bergambar menyusul later. As usual lah akak kan suka buat esei kat blog, haha.

#tak sempat ke Legoland maka boleh la buang itu kupon..kih kih.

posted from Bloggeroid

Riang-ria @Funfare Park

Lama tak gi funfare ni. Hujung minggu bawa anak2 ke funfare pula. Azri seronok, naik kereta la..helipkopter lah. Izzet masih takut2 lagi..


Main permainan2 ni pun seronok jugak. Silap dapat hadiah yang best2..ikut nasib lah..hehe


Hasil toys yang dimenangi. Rejeki2..hehe. Dapat toy stitch, beg Angry Bird, bantal peluk dan soft toy kecik2 yang lain.


Game ni pun kami dapat gak. Teringat zaman sekolah2 dulu game ni beratus2 regenya. Budak2 yang ada time tuh memang loaded lah mak paknya. Kawan2 lain pakat tumpang main je kat rumah dia..hehe

#tiap2 minggu asyik gi funfare je..haha

posted from Bloggeroid

Sepetang di Ofis encik suami


Balik dari BP mall singgah ke ofis encik boss sebab nak solat asar dah magrib sekali. Tak pernah berkesempatan untuk snap gambar ofis ni. Rasa dah lebih kurang 3 tahun encik suami di ofis ni.

Lokasi ofis encik boss terletak ditingkat atas..deretan kedai bersebelah Carefour BP sahaja..nak lagi spesifik di belakang Jakel dan sederet dengan Kuwait Finance House..hehe

Dulu sebelum saya menetap sepenuhnya di BP ni..kalau sekali2 saya ke BP mesti tidur kat ofis ni. Masabtu takda lagi rumah yang kami duduk sekarang ni. Memang ada satu bilik istirehat dibelakang. Ada lagi bilik kosong dalam yg memang untuk disewakan siap dengan meja ofis kerusi dan aircond sekali.

posted from Bloggeroid

Makan2: Patmah Kitchen


Cuti sekolah so cuti masak..hehe. Eh tak lah weekends memang saya jarang masak memang saje nak JJCM je. Hari ni kitorang makan kat Patmah Kitcheh kat Taman Flora Utama. Area ofis encik suami je ni tapi tak pernah makan lagi.


Sementara tunggu makanan..posing2 dulu. Gambar disnap oleh jurugambar professional hehe. Pandai azri ambik tak senget pum..


‘Saya pun nak masuk gakkk!..’


Adik pun. Selesa lah restoran ni . Susun atur dan perabot nampak esklusif..ala2 macam hotel lak.

Makan time…


Hari ini Briyani Kashmiri. Ada 4 jenis nasi briyani di restoran ini; Briyani Calcutta, Briyani Kashmiri, Briyani Marsala dan Briyani Afghani. Dengan pilihan ayam atau kambing. Saya order briyani kashmiri ayam.


Encik suami nak Grilled Lamb Chop..besar dagingnya..


Azri nak chicken chop tapi sebab chicken chopnya ada yang grilled sahaja. Mesti dia tak layan nanti sebab tak crispy…basah macam grilled lamb chop tu. So saya orderkan fish and chip je. (tapi dia ingat chicken chop hehe). Habis dia makan fish tu sebab crispy. Boleh tahan juga fish filletnya
, Dorry fish Fillet. Rasanya fresh lagi.


Honey Dew juice dan ice lemon tea takda ais…

posted from Bloggeroid

Cuti Sekolah: Legoland?

Yeayyy cuti sekolah dah bermula..amboi mak yang excited. Sebab boleh bangun lambat2 masa cuti ni..hehe. cuti sekolah dah mula mesti semua tempat percutian ramai kan.

Kitorang pun takda plan pun nak kemana cuti sekolah ni. Biasa kalau nak kemana2 tu memang adhoc and on the spot je. Ikutlah waktu encik suami free bila.


Saya masih simpan lagi promosi Free entrance ke Legoland untuk kanak3 umur 3-11tahun masa beli susu segar hujung tahun lepas. Tempoh masuk percuma sampai 31 mac ini sahaja. Harap2 dapatlah pergi sebelum offer habiskan..huhu.

Sekarang dah jarang nampak offer free entrance ke Legoland lagi..kalau ada pun diskaun 35% etc dan kena berbelanja minimum eg Rm100 etc dulu kat tempat tu. Yang ni beli susu segar dan gunting kupon kat belakang kotak susu segar je..kalau ada 5 orang anak bawah 11 tahun. Beli 5 kotak susu segar, lima2 masuk free..hehe. Pastu tempoh sahlakunya lama lak tu lebih kurang 4 bulan juga.

Ada sesiapa yang dah pernah pergi ke Legoland guna kupon ini tak? Ikut TnC free entrance with full paid adult ticket yang dibeli dikaunter pada hari yang sama sahaja. Tak boleh combine dengan online ticket, pre-purchase, group purchase dan lain lain promosi. Fuh time cuti ni mesti kena beratur panjangkan..

Ikut review ada yang kata best, ada yang kata tak best, ada yang kata panas terik lah…

posted from Bloggeroid

Misi encik boss 2013


Sarapan untuk encik suami sehari2. Cuma hari ini wholemeal bread kaya tu saya letak banana sliced. Jus epal hijau dan telur kampung separuh masak menu WAJIB ado tiap2 hari.

Sejak beliau dalam misi membina otots heheni memang dah tak boleh makan minyak2, gula. Tiap2 malam pas habis kerja beliau akan ke gym pula.


Tiap2 hari 3x sehari saya jadi tukang bancuh High protein milk shake ni…gulpp. tiga tong dah kosong tu..saje buat display or letak keropok2 ke..heheh

#takleg jadi nih..huhu

posted from Bloggeroid

Santai@ Dataran Penggaram


Anak2 seronok dapat berlari2 dipadang terutamanya izzet. Berlari terkedek2..


Kat sini pun ada pokok macam kar I-city tau..hahahs jadilah


Ramai orang dihujung minggu. Kat mana lagi nak bersantai kan..


Yang tak bestnya buang sampah merata-rata. Dah disediakan tempat istirehat sambil boleh makan2 tapi lepas tu tak reti buang dalam tong sampah, aisey. Sedih betul dengan tahap kesedaran sivik.

posted from Bloggeroid

Menghitung hari

Hai lah rumah. Bila la nak siap semuanya..tiap2 hari pergi tengok rumah macam orang angau je..ok


No.30.. belum masuk meter dan air lagi..


Rumah kami rumah yang terakhir. Bersebelahan dengan tanah rezab kerajaan. Bagus juga bukak tingkap tgok permandangan hijau. Encik suami dah berangan nak buat itu ini kat sebelah ni. Kalau nak dibangunkan pun lama lagi..menurut agen tu la..huhu

Sementara tu kami tengah suryvey konsep dan perabot2 yang hendak dibeli. Encik boss nak tema putih katanya..huhu. Kalau hendak dihitung memang dari A to z kot kena beli.

Nanti masuk kami bawa beg baju je..huhu. kalau ada yg nak dibawa pun cuma tv, peti ais dan mesin basuh sahaja. Memang sengaja tak beli apa2 masa mula duduk rumah sekarang ni.

posted from Bloggeroid

Rumah..

Alhamdulillah..pencarian rumah yang lebih selesa sudah pun tercapai. Jaki nak share dekat blog tapi biarlah tunggu loan approve dulu. Hampir 3 minggu gak lah menunggu dari tarikh kami bayar booking hingga lah sampai jumaat lepas sebelum CNY dapat call dari bank yang loan dah approve.

Tahniah to encik boss saya yang akhirnya memiliki sebuah rumah lagi. Kih kih!. Rumah yang kami duduk ni pun memang rumah encik suami tapi tak berapa nak besar lah, memang kami lama dah berhajat nak cari yang lebih selesa sedikit.


Lokasi rumah di Taman Santalia Indah, Parit Besar, Batu Pahat. Tak berapa jauh lah dari rumah sekarang ni..masih lagi senang untuk keluar ke bandar, lebih kurang 15 minit juga kalau nak ke BP mall atau Carefour.


Kalau tak kami dah hampir nak beli je rumah ni..di Parit Besar juga tapi kat depan2 jalan Parit Besar tu je..harga RM699++k. Agak mahal sebab 3tingkat dan lagi dekat dengan BP Mall.

Mujur nampak encik suami google jumpa dekat Mudah. Jalan dalam lagi lebih kurang 5km dari rumah 3-storey semiD ni lokasi rumah kami kat atas tu. Harga pun not bad RM380k shj. Kawasan pun lagi luas dari 3storey semiD tu tapi yang ni 2storey je lah dan masuk dalam lagi. Tak kisah lah..2tingkat yg kocik ni pun dah semput nak mengemas huhu.

Syukur alhamdulillah kepada Allah..sekarang tengah tunggu anak kunci je. Teruja dan tak sabar sampai nak update blog pun serba tak kena. Ooops pasal banyak gambar kat en Note lama yang masih kat ‘ wad’ samsung lagi. Tu yang terus blank nak cerita apa.

Caution: Abihlaa..pasni banyak entri2 kejakian tentang persiapan masuk ke rumah baru, 😀

posted from Bloggeroid