Category Archives: EBM

Panduan Penyimpanan Perahan Susu Ibu

Maklumat diatas dipetik daripada artikel ABM Clinical Protocol #8: Human Milk Storage

Information for Home Use for Full-Term Infants (Original Protocol March 2004; Revision #1 March 2010) .

Saya kira kajian dan revision yang terkini yang boleh digunakan pakai mengenai panduan penyimpanan perahan susu ibu. Secara ringkasnya, perahan susu ibu boleh disimpan 3-4 jam dalam suhu bilik dan sehingga 8 jam dan dalam keadaan suhu tidak lebih dari 29c. Ini bermakna dalam keadaan bilik yang berhawa dingin. Kalau nak dikira kadar suhu bilik didalam keadaan cuaca negara kita ini memang sangat panas!
Manakala perahan susu ibu yang disimpan sejuk didalam peti ais boleh bertahan selama 72 jam iaitu lebih kurang 3 hari. Yang mana dahulunya panduan yang digunapakai adalah 48jam sahaja. (5–8 days under very clean conditions~saya agak kurang berkompromasi tentang penyimpanan perahan susu ibu (yang disimpan sejuk sahaja) sehingga 8 hari kerana memandang faktor cuaca negara kita dan juga tempat penyimpanan susu tersebut sekali gus mungkin agak sukar untuk mencapai tahap ‘very clean conditions‘ seperti yang disebutkan itu.

Perahan susu ibu juga boleh disimpan secara beku selama 6 bulan pada freezer yang mempunyai suhu dibawah <4c. Kesimpulannya jika tempat beku dipeti ais anda boleh mencapai seperti suhu yang dinyatakan, susu perahan itu boleh disimpan sehingga 6 bulan lama untuk tempoh yang optimal.
Sekadar pendapat dari pembacaan sahaja 🙂

EBM Cair

Nak bagi ‘Pak long’!

Waduh, tak perasan deep freezer saya dah off rupanya gara-gara suis plug di extension telah tertutup. Ini mesti kerja kucing-kucing dirumah ni, grrrrrr! Rasanya dah beberapa hari juga ni, kalau baru teroff sehari ais2 dalam tu memang tak mencair lagi sebab deef freezer saya memang besar keranda so aisnya memang tebal, huhu!

Ini lah dia..tapi takda EBM penuh sepeti, hehe!. Ni freezer emak saya simpan stok meniaga dia dulu. Tapi now dah tak banyak barang lagi sebab dah tak berniaga kan. Just simpan barang2 beku termasuklah EBM beku dulu masa EP.
**Dah la stok beku tak banyak itupun hasil perahan semasa bekursus dulu. 18&19hb ni ada kursus lagi, whoaaa kena lah buat stok dari awal. Bercinta nak kumpul hatta 2 oz kalau 24 jam dengan izzet je, huhu! Saya suruh mak saya je tuangkan dalam sinki, sedih pulok nak tuang sendiri….. Sedih? hmm, ok je (sebab tak byk, hehe!) boleh je kumpul lagi 😀

Memerah semasa berkursus

Baru sekarang sempat mengarang laporan untuk marathon kursus saya tempohari. Kursus ke-4 yang telah saya hadiri dari 6 kursus yang perlu saya habiskan, tinggal lagi dua sahaja.

Setiap kali nak bergerak ke Shah Alam seawal 7.30pagi beginilah keadaan yang saya perlu tempuh! Meruntun jiwa betul bila tersangkut dalam kesesakan begini. Kesesakan bermula dari sebelum tol batu 9 cheras lagi, terus hingga ke jalan nak masuk federal depan Mid Valley lagi.
Saya pandang orang-orang yang didalam kereta kiri dan kanan saya kebanyakkan muka ‘off’ je, bagi yang drive solo lah. Yang ada penumpang tu boleh lah juga berbual-bual kan. Takleh bayangkan kalau hari-hari saya kena lalui begini, kalau bekerjalah. Mujur lah saya boleh bersabar untuk dua hari sahaja. Oh boleh je kalau taknak stuck dalam jem nih, kena keluar sebelum subuh! haihhh….

Selepas campur tolak darab bahagi, saya sampai ke tempat kursus pukul 9.45am. Tu yang sempat menye-nap gambar tu sebab duduk paling belakang sekali. Tapi saya suka duduk belakang sebab saya memang orang yang paling lambat akan masuk setiap kali waktu break pagi dan tengahari sebab nak buka kilang pemerahan di Surau.

Ikutkan saya memang nak perah je dalam bilik kursus ni tapi sebab ramai lelaki memang tak boleh ‘buat operasi’. Masa duduk ini pun sebelah dengan lelaki sebab kerusi ngam2 je. Kursus kontraktor ini memang majoritinya lelaki, perempuan adalah tak lebih dari 10 orang dari 70 orang yang sedang berkursus ini.

Ohh, memang bukan ‘bidang’ saya. Sebab saya tak amik bidang Engineering pun masa kat U dulu, haha! Tapi taklah teknikal sangat pun. Modul memang asas pembinaan yang perlu ada pada Kontraktor (walapun saya bukan kontraktor sebenar cuma hanya pada nama, hihi!)

Bila tiba waktu breakfast dan lunch break, saya akan ke surau Kompleks Taman Seni Islam untuk memerah susu. Walaupun saya ada pam elektrik Spectra 3 & Medela Freestyle tapi sekarang ini saya lebih selesa guna pam manual sahaja. Penyakit M nak uruskan parts pam dan bla bla..hehe! Cukuplah dulu saya dah puas bergelumang dengan segala bagai gajet pam ini.
Kebetulan disurau ini dijadikan tempat untuk belajar dan mengaji Al-quran. Kalau saya bawa FS mahu juga ‘mengaum’ didalam surau itu. Oleh kerana tiada alasan untuk memerah walaupun bekursus, saya memang terpaksa ‘korbankan’ waktu kursus tu untuk keluar memerah. Walaupun saya terpaksa miss beberapa sesi modul dalam kursus itu (dah la ada exam diakhir kursus, kalau tak pass sijil tak dapat, huhu!). Bagi saya, rutin untuk memerah itu lebih penting. Mungkin saya sudah terbiasa dengan rutin pemerahan yang ketat sewaktu EP dahulu.

Syiok je memerah dibalik shawl selow-selow. Disaat saya sedang bersantai2 memerah disini kelas saya lama bermula. Ramai yang tak perasan pun aktiviti saya ini. Cuma sekali saya ditegur oleh seorang yang berpangkat kakak kebetulan beliau baru lepas solat dan bersalam-salam dengan semua orang disitu sampai ditepi saya dia bertanya saya sedang buat apa tu. Saya kata sedang perah susu untuk anak. Dia jawab Ooo, anak masih menyusu badan yer, akak ingatkan adik tengah berzikir tadi, sebab tengok tangan macam tekan alat kiraan zikir tu balik kain ni.
Kelakar pun ada juga.. hahaha! Mungkin dia dah perhatikan dari jauh tangan saya dok gerak-gerak disebalik kain ini, rupanya tengah memerahh daaa!..:)



Kursus PKK & Aktiviti memerah

Hari selasa & Rabu tuhari saya ‘terpaksa’ (siap quote tu perkataan, nanti saya ceritakan apa kaitannya hihi) pergi berkursus selama dua hari di Kompleks Taman Seni Islam Shah Alam, Kursus Jambatan, Jeti & Struktur Laut anjuran Pusat Khidmat Kontraktor Selangor (PKK) di bawah Kementerian Kerja Raya.

Kali terakhir saya ke kursus PKK semasa tengah mengandungkan azri, kursus lanskap selama 3 hari di Ampang, anjuran PKK Wilayah. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapakah saya ke kursus yang tidak kena-mengena dengan bidang yang saya minati dan lagi satu saya pula hanya surirumah sepenuh masa.
Secara ringkas, saya adalah salah seorang penama dalam syarikat kontraktor yang diusahakan oleh encik suami. Kira-kira macam rakan kongsi tidur lah ni. Jadi sebarang hal-ehwal yang melibat syarikat yang ada nama saya iaitu yang berkehendakan pemilik untuk turun dalam hal2 seperti temuduga etc termasuklah proses menambah bidang-bidang tertentu semasa pendaftaran dengan PKK supaya syarikat boleh menyertai sebarang tender, kontrak atau sebutharga yang berkaitan seperti contoh bidang jambatan & jeti ini.
Jadi, untuk menambahkan bidang-bidang tersebut, pemilik syarikat perlulah menjalani kursus yang diadakan untuk memperoleh sijil. Saya pun bukannya faham selok belok kontraktor ini. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu juga jenis-jenis jambatan yang ada di negara kita ni dari kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut sehinggalah ke kerja-kerja penyelenggaraanya. Oh, bukan kursus semata je, ada exam juga selepas tamat, jika tak lulus, bidang tersebut tidak boleh ditambahkan. Kira ilmu pengetahuan juga kan.
Ok, bertukar kepada cerita penyediaan susu perahan pula. Selama 7bulan ini saya memang dah selesa sungguh dengan penyusuan secara terus sahaja 24 jam. Tiada keperluan pun untuk saya melatihnya botol dan buat stok susu perahan. Saya teringat kembali sewaktu saya exam IBCLC terpaksa juga saya bawa izzet, masa tu dia baru masuk 3 bulan. Memang agak haru-biru juga lah.

Saya memang sudah menjangkakan yang izzet tentu tidak akan menerima puting tiruan dan tidaklah panik sangat pun. Cuma memikirkan juga lah apakah kaedah pemberian yang mungkin memudahkan ibu saya untuk memberikan susu perahan. Beberapa hari sebelum kursus saya bermula, sesi latihan telah pun dijalankan dan ibu saya memilih untuk mengunakan syringe, katanya lebih mudah.

Susu perahan dibekalkan untuk sepanjang hari cuma 2 oz sahaja setiap bekas, jumlah keseluruhan lebih kurang 6-7 oz sahaja untuk sepanjang hari tersebut hihi! Itu pun izzet hanya minum lebih kurang 5 oz sahaja. Susah sedikit nak mengumpul stok kalau izzet memang 24 jam menyusu je, huhu! Dapat lah 1-2oz setiap sesi yang dikumpul2 untuk dijadikan 6 oz bekalan sepanjang hari.

Cerita sesi perahan sepanjang kursus pula. Tak tahu lah kenapa kali ini saya dah tak kuasa nak bergelumang dengan gajet-gajet pam yang ‘lorat-lorat’ lagi. Maksudnya, malas nak basuh parts banyak-banyak, hihi! Saya hanya guna Avent Manual saya yang masih saya simpan sejak dibeli dari tahun 2008 lagi. Masa buat stok sebelum kursus tu pun saya hanya perah tangan sahaja.

Tersorok-sorok gak saya memerah, cover dengan shawl sahaja, takdalah obvious sangat, hihi!

Semasa kursus, mujur juga saya bawa manual kalau tidak pasti bising juga dengan bunyi motor FS. Dah lah surau di Kompleks Taman Seni Islam itu bercampur sekali dengan kaum lelaki, bahagian perempuan hanya dipisahkan dengan skrin buluh sahaja. Surau tu besar dan di setiap sudut ada sesi mengaji Al-quran dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Haa, cuba tengok skrin yang terselit dalam gambar tu, memang tak ‘sound proof’ langsung kan, hihi!

Sebenarnya lama sudah saya tidak bergelumang lagi dengan EBM, botol, pam dan segala bagai aksesori pam yang lain sewaktu akviti memerah tegar saya untuk Azri dulu. Dalam erti kata lain, lama dah saya tak tengok susu saya memenuhi botol cenggini, rindulah pulak!

Bekalan susu yang diperah sepanjang hari memang melebihi daripada apa yang izzet minum kalau menggunakan syringe, dia sanggup tunggu saya balik untuk menyusu dari minum habis semua bekalan susu peraham itu. Kini saya tahu lah berapa consumption yang dia minum pada setiap belah. 🙂

Minggu hadapan saya akan berkursus 2 hari lagi ditempat yang sama, kali ini kursus Jalan pula, huhu!








EBM beku yang telah cair

Sebagaimana yang kita sedia maklum, sering berlaku tragedi-tragedi EBM beku yang cair disebabkan terputus bekalan elektrik, terlupa tutup pintu peti ais, fungsi pembekuan peti ais yang rosak dan sebagainya. Pasti proses untuk membuang berbotol-botol, berbungkus-bungkus EBM menjadi suatu perkara yang begitu sukar bagi ibu-ibu seperti kehilangan harta benda yang sangat-sangat bernilai. Saya juga tidak terlepas dari mengalaminya. 😉
Namun walaubagaimana pun, mengikut guideline penyimpanan susu perahan, kita semua sedia maklum bahawa susu yang beku apabila mulai cair (dicairkan walaupun disimpan sejuk) harus digunakan dalam masa 24-jam sahaja.

[Sumber: http://www.kellymom.com%5D

[Sumber: http://www.askdrsears.com]

Previously frozen milk that has been thawed can be kept in the refrigerator for up to 24 hours. While there is limited evidence to date that milk thawed for a few hours may be refrozen, this results in further breakdown of milk components and loss of antimicrobial activity. At this time, the accepted practice is not to refreeze thawed milk“.

[Sumber: http://www.llli.org]

Rata-rata hampir kesemua artikel dan jadual susu perahan tidak menggalakkan untuk membekukan semula susu yang telah cair.

Sebagai kaunselor laktasi, pada mulanya saya juga jika seboleh-bolehnya cuba untuk memberi beberapa cadangan kepada ibu-ibu yang bertanya saya tentang bagaimana EBM beku yang telah mencair, bagaimana pula yang separuh cair dan separuh lagi masih beku? atau keliling botol sahaja yang baru cair, ditengah-tengahnya masih beku, masih perlu membuang kesemuanya juga lah?

Pada awalnya, saya cuba untuk memikirkan cara terbaik agar jika boleh tidak perlu untuk membuang semuanya seperti yang pernah saya fikirkan adalah, mungkin boleh saya di tuangkan yang mencair itu sahaja dan cuba gunakan dalam tempoh 24 jam (seberapa banyak yang boleh digunakanlah) dan yang masih beku didalam botol itu mungkin boleh terus dibekukan lagi.

Namun sebelum saya berani untuk memberi cadangan tersebut, saya merujuk dahulu kepada pakar laktasi, puan Kamariah. Dan jawapan beliau, adalah tidak digalakkan juga untuk berbuat begitu kerana komposisi susu tersebut sudah tidak seimbang dari segi kandungan hindmilk (lemak) dan juga foremilk (air). Sebab selalunya susu ibu kan terbahagi kepada dua lapisan, yang atas lebih banyak kandungan lemak, dibawahnya lebih banyak kandungan air. Jadi berkemungkinan yang telah cair itu adalah lebih banyak kandungan lemaknya. Jadi, ianya masih tidak seimbang untuk bayi juga.

Jadi kesimpulanya, adalah tidak dicadangkan untuk membekukan semula EBM beku yang telah cair tetapi boleh digunakan dalam tempoh 24 jam ianya cair. Dan EBM beku yang telah cair itu pula hendaklah diletakkan didalam keadaan sejuk (refrigerated/chilled) sepanjang 24 jam itu.

Tidak cukup susu? Susu kurang?

Sekadar ingin berkongsi cerita dan diharap dapat memberi motivasi kepada ibu-ibu diluar sana 🙂 Sementara tiba-tiba datang mood untuk kembali menulis semula diblog, hihi! Moga-moga dapat memberi semangat kepada ibu-ibu yang merasakan kuantiti susu mereka tidak semeriah berbanding orang lain.

Ini buku log catatan sesi pemerahan saya dahulu. Jika dilihat pada tarikh tersebut menunjukkan baru sebulan setelah kelahiran azri pada 23/10/2008. Masa itu saya tidak kerap menyusukannya kerana pengenalan botol dan puting tiruan terlalu awal diawal-awal kelahiran. Silap saya, kurangnya persediaan dari segi ilmu penyusuan dan juga tiada sokongan yang diperlukan pada masa itu. Oleh kerana keinginan yang kuat juga untuk memberinya susu ibu sahaja, saya teruskan juga dengan pemerahan.

Jika dilihat pada masa itu, kekerapan pemerahan saya tidak cukup sebenarnya. Saya hanya memerah sebanya 4-5 kali sahaja sehari sedangkan kekerapan pemerahan itu sepatutnya menyerupai kekerapan bayi yang menyusu iaitu sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari. Seperti yang saya kongsi dalam ulasan buku ‘Breastfeeding with confidence’ tempohari. Dan sebab itu lah juga kuantiti perahan susu hanyar sekitar 10-15 oz satu hari.

Namun setelah menggali pelbagai maklumat bagaimana untuk meningkat hasil pengeluaran susu di internet, barulah saya tahu bahawa kekerapan pengosangan payudara itu amatlah memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu. Daripada 10-15 oz satu hari, setelah meningkatkan kekerapan pemerahan (menyerupai kekerapan bayi menyusu dalam sehari) saya berjaya memperoleh maksimum 38 oz satu hari.

Sehingga saya dapat juga membuat bekalan stok beku pada lebihan susu yang diperah. Inilah yang saya ingin buktikan kepada ibu-ibu diluar sana bahawa, tidak ada orang yang dianugerahkan susunya melimpah ruah dan juga yang kurang susunya (melainkan diatas sebab-sebab kesihatan yang menghalang penghasilan susu lebih banyak). Kerana saya juga bermula dengan hasil kuantiti susu yang sedikit!.

Apa yang hendak saya sampaikan disini adalah kepentingan pengosongan payudara itu samaada melalui kekerapan penyusuan dari bayi dan juga kekerapan pemerahan yang kerap (jika tidak bersama bayi dan sebagainya). Terutamannya dalam tempoh-tempoh awal kelahiran sewaktu dalam pantang. Oleh sebab itu, jika dilihat, bayi ketika dalam tempoh ini akan menyusu lebih kerap kadang-kala sejam sekali malah ada yang lebih dari 12 kali dalam sehari sehinggakan ada ibu yang berasa kurang yakin pula dengan gaya bayi mereka menyusu seolah tidak puas atau tidak cukup susu.

Dan didalam tempoh ini, ibu-ibu seharusnya menyusukan bayi mengikut kehendak bayi itu sendiri, yang dipanggil ‘breasfeeding on demand’. Jika ini dipraktikan, insyallah bayi akan mendapat cukup keperluannya. Perhatikan jumlah lampin basah dan kotor yang telah gunakan seperti dalam panduan dibawah ini, insyallah bayi anda mendapat cukup susu diawal-awal kelahirannya. 🙂

EBM Strike atau reverse cycle?

Dah shaikkk makkk….tengah syiok goncang safety gate ni!

Aku suka-suka je ebm strike, boleh ke!. Alhamdulilah, azri baru je pas baik demam. Hari sabtu yang lalu, badan dia dah tak panas lagi. Tapi dia agak kurang ceria berbanding sebelum demam tempohari, walaupun badan dia dah tak panas lagi. Azri sekarang slowly nak cari mood bermain dia seperti biasa. Cuma yang aku perasan, selepas baik dari demam ni dia jadi lebih sensitif, skit2 nak hekkk! Lambat dukung skit hekk! Tak bagi pegang tu ini, hekkk! Kalau sebelum demam tuhari, bising satu rumah dengan jerit pekik dia, now lebih banyak senyap la, kalau jerit2 pun skit jer. Maybe azri still dalam recovering mode agaknya. Nak sedapkan hati ni..huhu!

After demam ni pun minum susu tak banyak seperti selalu. dari 4 oz, dia cuma minum 2-2.5 oz je. Hari ni dari pagi sampai ke petang ni, baru 2 botol je dia minum. Kalau aku paksa-paksa dia habiskan, dia macam loya-loya nak muntah plak. Sedih plak aku tengok. Tapi bila malam menjelang, boleh plak dia habiskan satu botol tu, dan akan nangis bangun nak minum lebih kurang 2 jam sekali juga la. Kuantiti makanan pun turut berubah juga, dulu makan satu cawan dadih 3x sehari, now 1/2 cawan dadih 2x sehari. Walaupun badan tak panas, azri masih lagi ala-ala mood shocked gitu. Bila la azri ku nak kembali sediakala aktif semula ni. Teringat plak dekat entri liz “i want the old you”..eheh!

EP Tips For EBM Feeding during night

Sejak dari isu EP yang bikin panas itu, aku dapat quite a few response from email especially, mengenai exclusive pumping ini, which is something yang aku rasa people are starting to accept exclusive pumping as the option to formula feeding when breastfeeding does not work out. Sebab ramai juga yang opt to EP rather than giving FM as a last resort. We need to have a moral support so that our effort tidak berakhir ditengah jalan. Sebab often EP among us feel isolated, alone and sometimes being misunderstood yang akhirnya tidak berjaya seperti yang diharapkan.

Bukanlah aku ingin menjadikan EP sebagai satu trend terutama kepada ibu-ibu yang refuse to breastfeed kerana fenomena EP ini agak berlainan jika dibarat. Disana terdapat juga dikalangan kelompok EP yang berEP kerana personal preference dan itu adalah satu isu yang berlainan dan perlu dilihat dari perspektif yang berbeza pula. Rata-rata kebanyakan ibu-ibu EP disini jika ditanya adakah mereka akan mengulangi EP ini lagi, jawapannya sudah pasti adalah TIDAK!.

Aku publishkan (dengan kebenaran) kiriman e-mail dari nor mengenai pengalaman dan perasaan beliau mengenai exclusive pumping. Dan juga some tips for EP untuk jawapan bagi pertanyaan kepada persoalan beliau mengenai EBM management during night feeding.

salam, Sis…
I was browsing your blog on entry about EP , nak comment tak leh sebab takde blogger account. However, I agree completely pasal org kurang paham pasal EP. I am an EP mom too :). My baby tanak direct feed sbb nipple confusion bila I start keje. Usaha? segala usaha dah buat, segala nasihat LC dah ikut… yg dpat tangisan, raungan (both me and my baby)… Production susu pun merudum gile masa tgh stress2 tu.. I end up produce sikt sgt samapi habis stock EBM yg penuh berkepuk dlm fridge tu..
And then I found an article ( wish I can remember to save it!) about the joy of EP and letting go the “guilt” of not directfeeding your baby.. Alhamdulillah, after I accept the fact my baby mmg tanak and I started regularly pumping ( every 3 hours day and night), my production dah ok balik.. berlebih2 lagi,… rezeki anak… myjourney mmg baru lagi… my baby baru 4 months, but I am determine to EP until he’s 2 yrs old…

Mmg bila baca dlm internet (Malaysian forum esp…) berdesing2 telinga, menitik airmata pun jadi bila some zealous BF mom dok lecture kita2 yg tak berjaya direct feeed.. mcm hina sgt la org yg tak berjaya ni… tanak pun recognise our effort to bagi jugak anak tu breastmlik w/pun tak direct…
Since you have EP quite some time, nak tanya sikit. Klu your baby bangun mlm2 nak minum (esp time dia reverse cycle – miunm mlm byk dr siang) , how do you do it? Eg : My baby dah nangis2 nak susu, the only susu yg ada is kat dlm fridge-sejuk.. takes time nak heat itup… nak pump pun ambik masa jugak.. u penah in that situation tak? or how do feed your baby mlm? nak tahu sgt.. sian tgk baby kena tunggu sementara either I pumped enough or susu sejuk tu panas…
thanks.

-CNMS-

Aku juga melalui situasi seperti yang nor lalui. Penyediaan EBM ketika waktu tengah-tengah malam memang agak menyukarkan, kerana apabila waktu tido, kita susah nak bajet waktu bila yang kita perlu prepare kan ebm. Dan bayi agak tidak sabar menunggu susu ketika waktu tidur berbanding pada waktu siang. Jadi untuk memudah aku supaya tidak kelam kabut tertunggu-tunggu EBM yang sedang dipanaskan, aku tidak memberi chilled EBM sebalik hanya memberi EBM yang baru diperah. Oleh kerana aku bangkit untuk pam 2x dari pukul 12am sehingga pukul 5am itu, tiada masalah untuk aku prepare EBM sebelum azri menangis, dan aku dah agak boleh bajet waktu2 yang dia nak susu.

Sebagai contoh, waktu tido azri selalunya around pukul 9pm, sebelum tido azri minum EBM yang dlm fridge. Bila dah tido, aku pam dan tak simpan fridge dah, just standby EBM tu untuk waktu tengah2 malamnya. Usually kalau waktu malam, the gap between next feeding tu paling lama pun 3 jam. So, by the time dia menangis nak susu tu should be around 12-1am. Since EBM dalam suhu bilik boleh tahan sehingga 4 jam, even 5 jam skali pun memandangkan suhu bilik ku yang agak sejuk ber-aircond, ngee! After feeding, aku pam lagi and standby EBM tu untuk feeding yang seterusnya lebih kurang 4-5am pula. Dan begitulah seterusnya. Dan biasanya susu aku will be at peak level around 5-6am, means bila time ni aku perah aku boleh dapat 2x ganda output dari biasa sometimes 3x ganda.

Begitu cara ku menghandle EBM ketika waktu malam. Aku make sure aku set jam supaya aku tak terlajak. Tapi ada kes2 juga aku terlajak tak sempat pam, still aku kena amik EBM yang sejuk dan panaskan jer. Tapi sebenarnya, aku lagi rela bangun dan pam dulu daripada amik EBM yang kat fridge. Kerana nursing/pumping at night adalah sangat crucial yang akan menentukan jangka masa penyusuan susuibu ini.

Mix EBM at different session

Bolehkah kita campur EBM yang diperah pada dua waktu yang berbeza?Kalau mengikut pemahaman aku adalah ‘boleh’ as long as ianya adalah dalam tempoh masa 24 jam dan haruslah kedua2nya berada dalam keadaan suhu yang sama ketika dicampur itu. Tetapi ada juga yang berkata-kata tidak boleh dicampur EBM yang diperah pada waktu yang berlainan pula atas alasan jangka suhu yang berlainan pada waktu ebm diperah dikhuatiri akan merosakkan susu tersebut kerana suhu negara kita berlainan dengan negara2 barat tu.

Aku tak tahulah sejauhmana authority kedua2 guideline ini kerana kebanyakan tiada atau tidak dijumpai exact research yang telah dibuat mengenai isu ini. So praktikal aku adalah berdasar teori2 yang aku dengar dari mereka2 terdahulu dan juga info-info yang aku kutip di internet. Aku quote la balik yang mana sempat aku baca dulu.

Can I mix breast milk that I pump at two different times?

Expert Answers

Jan Barger, R.N., M.A., IBCLC, lactation consultant,
Yes, certainly. If you’re doing a lot of pumping, try to mix batches pumped around the same time. The most common scenario is pumping on Tuesday and adding it to milk that you pumped on Monday. If the milk is already frozen, be sure that you cool the milk before adding it to what’s already pumped.

In other words, if you have 1 ounce pumped, cool it and add only that ounce to the frozen supply. Only add cold milk to cold milk or cold milk to frozen milk. Because you never want to waste breast milk, you might consider freezing it in relatively small amounts. This way, if your baby doesn’t take it all, you won’t be throwing it out.



Can I mix frozen breastmilk?

I have been expressing and freezing my breastmilk. I have bags with 1oz, 2oz and 3oz in – can I put the contents of different bags together to make up a 4oz feed?

Answer from Becky Flora, BSed, IBCLC http://www.breastfeed-essentials.com/storagehandling.html

While it was originally thought that a mother had to cool her fresh breastmilk before combining it with previously expressed cooled milk, the latest research now shows that you may pump directly into already refrigerated or cooled milk as long as the milk is added within 24 hours of the first milk expressed. You should then follow the storage recommendations based upon the time and date of the first milk expressed. You may pump directly into milk that has been stored at room temperature as long as you do so within 10 hours. This milk would need to then be used.

You may add your fresh milk to what you have already frozen as long as you chill the fresh milk first for about half an hour and it is a smaller amount than the amount that you are adding it to.

Kalau based dari quote yang kedua ni, even ada yang kata boleh terus campur ebm yang baru diperah dengan yang sedang sejuk. Tapi still aku tak follow gak yang itu. Aku still ikut guideline yang campur dalam keadaan suhu yang sama. Maksudnya, sejuk dengan sejuk etc.

Kalaulah tak boleh campur setiap ebm yang diperah itu maka jawabnya banyaklah botol-botol yang diperlukan dan penuhlah fridge, lagilah kalau EP macam aku ni. Apa-apa pun, by the end, jika nak beri ebm pada baby tu, katakanlah baby tu minum 4 oz, kena juga campur kesemuanya juga. Bagus juga kalau ada yang tidak campur EBM tersebut cuma samada leceh atau tidak sahaja. So again, terpulanglah pada masing-masing nak praktis yang mana satu idaman kalbu.

Re-using Express breastmilk

Ramai yang tertanya-tanya boleh kah kita simpan EBM yang tak habis diminum untuk the next feeding? Kalau mengikut jawapan ‘LC-LC’ di malaysia ini jawapannya adalah TIDAK. Kebanyakan amat strict dengan guideline ‘one-hour rule’ iaitu EBM yang telah dipanaskan harus dihabiskan dalam masa satu jam, kalau tidak harus dibuang.

Aku pun tahu one hour-rule itu. Tetapi disebabkan oleh aku lebih suka surf article yang tulis oleh mat saleh2 ni yang mengatakan EBM yang tidak habis masih boleh disimpan dan digunakan SEKALI sahaja for the next feeding. Dan sebagai EP, almost all resources yang yang aku dapat mengenai EP, handling & storing EBM adalah daripada barat. Dan aku percaya kebanyakan info yang aku baca. Kenapa? Kerana author yang menulisnya lebih berpengalaman, lebih certified. Dan lagi satu, barat lebih advance mengenai hal2 EP, breastmilk handling etc berbanding kita disini.

Di sini aku quote kan semula berkenaan isu re-using EBM ini, sila klik pada link2 berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut:

Q: Should breastmilk left over from a feeding be dumped immediately (like formula), or can you save it and give it to baby later?

A: It should be safe to save the left-over milk and use it at the next feeding.

Per Breastfeeding, A Guide for the Medical Profession by Ruth Lawrence, MD (p. 438):

“Breastmilk can safely stand at room temperature for 6 to 8 hours and need not be discarded if the first feeding attempt is incomplete. In contrast, formula must be refrigerated and discarded after the first feeding attempt because it contains no antibodies or infection protection factors.”


Can I ‘re-use’ pumped breastmilk? Q&A by Ruth Lawrence, MD

“… If the milk is warmed up but not used, it is OK to reheat the milk once. But the more you reheat the more you decrease some of the valuable immunologic properties of the milk…”

If my baby doesn’t finish a bottle of pumped breast milk can I save it for later? by Jan Barger, R.N., M.A., IBCLC

“…Based on this study, which admittedly needs to be done on a larger scale, it would seem to me that expressed breast milk, fed to the baby, partially consumed, and then refrigerated, could be used for one more feeding no more than four hours later. That’s probably fairly conservative. One of the best tests of whether the milk is spoiled is to do what you do with cow’s milk: Smell it and taste it!”

Brusseau R. Bacterial Analysis of Refrigerated Human Milk Following Infant Feeding. May 1998.

“Summary: The number of infants who are breastfed is on the rise, as is the number of women in the workforce. Many women who choose breastfeeding after returning to work, express milk during the day and store this milk for a future feeding. When infants do not finish a bottle of expressed breastmilk, doctors recommend unfinished portions be thrown away. This study examined bacterial levels in expressed, partially consumed breastmilk that was stored for 48 hours at 4-6° C. A portion of unconsumed milk was examined as a control. Samples were taken every 12 hours for bacterial analysis. Tests were performed to identify total colony counts, pathogenic Staphylococci, coliforms and b-hemolytic Streptococci. This study showed no significant difference between bottles that were partially consumed and those that were not exposed to the baby’s mouth for 5 out of 6 participants. All milk samples had colony counts in the acceptable range of

Dan mengikut info-info diatas juga aku telah berbuat perkara yang sama selama 9 bulan ini. Dan hasilnya adalah ok. Kerana, bagi diriku, adalah agak ‘sukar’ untuk aku membuangEBM yang tak habis begitu sahaja. Tetapi harus ditekankan bahawa ia adalah masih ok untuk the 2nd time feeding sahaja. Aku tak pernah buat lebih daripada 2 kali. Jika kali keduanya pun tidak habis juga HARUS lah dibuang sahaja. Dan satu lagi, isu re-using EBM ini tidak apply pada frozen EBM. Frozen, once heated, harus dihabiskan dalam masa satu jam. Tidak boleh disimpan semula.

Again, ini terpulang kepada individu. Pada yang rasa lebih yakin selamat to throw away whatever leftover, silakan. Tepuk dada tanya selera. Setiap ibu-ibu tahu apa yang terbaik untuk anaknya.