Category Archives: cloth pad

LaLiLo Cloth Pantyliner: Restock

Saya baru sahaja menyiapkan cp liner untuk ready-made, batch terakhir jahitan sebelum tempahan jahitan saya ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja mengookies dan mengemas rumah sebelum raya ni, hihi!Corak baru dari fabrik local dan imported designer cotton. Jemput masuk ke LaLiLo.com.my (atau klik gambar) untuk pilihan yer.

*Urusan POSLAJU juga sehingga 15 Ogos ini sahaja juga tak salah! 🙂

Custom order CP

Sejak dua menjak ini banyak pula orang yang semakin berminat untuk menempah cloth pad dengan saya. Alhamdulillah dapat lah juga saya mengumpul duit poket secara kecil-kecilan. Bertungkus lumus juga nak menyiapkan ditambah dengan izzet yang musim takleh berenggang dengan saya.  
Ada beberapa corak baru untuk local flannel range yang saya beli di Kamdar, especially yang jenis printed flannel Korea, lepas pre-wash kaler tak turun sangat, i likee!  Bagi yang berminat untuk mencoba-coba, jemput lah ke website LaLiLo untuk pilihan. Tapi banyak yang dah sold dan saya tak sempat lagi nak buat untuk stok ready-made lagi. Masih lagi dalam mode menyiapkan custom order. 
                                     
Sempat juga saya buat label harga sendiri untuk differentiate setiap satu jenisnya. Print atas plain label sticker. Modal ciput lagi, ni pun dalam proses untuk menempah woven label untuk produk jahitan saya ni. Tu belum campur dengan projek cookies lagi!

 Hah, logo terbaru selepas membuat beberapa penambahbaikan dari logo sebelumnya dulu. Ok tak? hihi!

CP: Regular & Heavy Flow

Kali ini saya buat CP untuk regular dan heavy flow pula. Kali ini wingnya saya dah improve sedikit (berapa kali nak improvise daa, hihi!)
  Fabrik saya guna local cotton flannel sahaja. Boleh masuk LaLiLo untuk senarai harga yer 🙂

Yang ini kain designer cotton yang baru sampai. Tengah pikir-pikir nak buat CP liner ker pad..

Jemput masuk ke LaLiLo.com.my yer

2nd Batch Designer Cotton CP Liner

Saya baru je menyiapkan batch kedua Designer Cotton CP liner ini selepas yang 1st batch tu kebanyakkan dah habis. Habis sudah koleksi kain designer cotton yang belum berjahit lagi. Berminat boleh klik gambar diatas untuk pilihan kod di website LaLiLo dan boleh e-mail saya di hayatiehashim@yahoo.com  🙂

Designer Cotton CP liner

Saya baru je menyiapkan CP liner dari fabrik designer cotton yang saya beli beberapa bulan lepas. Baru je saya upload tak sampai 5 jam disapu oleh kenkawan FB yang berminat. 🙂 Asalnya nak bagi ke kawan untuk dibawa ke ofisnya..tapi dah tinggal  hat yang oren  tu je..

Yang ini local flannel je, cuma tinggal yang K dan L sahaja. Ada yang berminat boleh email saya hayatiehashim@yahoo.com  Ada lagi kain designer cotton yang still in progress nak transform ke CP tapi coraknya tak sebanyak diatas tu lah..

Cloth Pad- Heavy flow

Menjahit itu terapi, cewahh! Kalau tak sentuh mesin jahit itu pasti rasa macam tidak puas. Jadi saya buat cp untuk heavy flow punya. Pattern saya improvise dari cp regular yang lama-lama. Besar dan lebih lebar.

**Buat je, nak rasmikannya belum lagi! 🙂

Tempahan Cloth Pad

Entri pendek untuk menaikkan aura menjahit, vrooomm!


H.A.P.P.Y.C.P.Y.I.P.P.E.E

Wahh tiba-tiba datang mood menjahit CP lagi rententan dari kesukaan corak CP sebelum ini. Oleh kerana saya sangat happy jadi saya nak buat Happycpyippee! Pada hari ini dan sehingga 12 tengah malam esok (27-28 Mac), CP2 ini boleh dibeli dengan harga RM10 dan penghantaran secara percuma (melalui pos berdaftar sahaja).

Corak dan warna CP ini terhad selagi stok kain masih ada ya!dan hanya untuk jenis pantyliner sahaja. 🙂 Jika ada yang berminat hantarkan e-mail dengan title ‘HappyCpYippee’ berserta kuantiti kepada hayatiehashim[at]yahoo.com.

**Vrooom, mari menghabis stok kain!

Cloth Pad ..Tuala Kain?

Kalau cloth diaper kita panggil lampin kain, kalau cloth pad pula? Tuala kain..kain tuala wanita? ala-ala tuala wanita tu atau pad kain? tiba-tiba pening pasal terjemahan pula.

Dah lama rasanya saya tak buat menjahit, busy surirumah ni mengalahkan menteri, hihi! Saya buat tempahan cloth pad lagi. Baru buat sedikit tak sabar nak tepek diblog barulah datang semangat! Takpa yang lain-lain save for the next entry, ahaks!
Untuk regular CP saya amik pattern ini dari internet. Sebab wingnya kontot je (saya lebih sukakan wing yang lebar) maka saya improvise sedikit. Kalau ada yang berminat copy je pattern ini sebab saya pun copycat juga. Kalau dapat memberi manfaat kepada orang lain. saya dapat pahala, mudah-mudahan! 😛
Saya guna kan fabrik cotton towel untuk salah satu absorption layer, lepas tu top kan dengan lapisan flannel..
Tadaaa.. cp regular yang berukuran 11 inci.. Saya suka betul warna biru tu. Mula-mula beli corak tu rasa macam tak jadi nak buat je (rasa macam corak selimut pun ada, huhu!) tapi bila dah transform jadi CP, wallahhh not bad! Terima kasih puan cik fid yuitsumuni diatas cadangan gabungan warna bertentangan yang bernas itu. 🙂

Jahitan: CP Pantyliner

Jaki akak buat CP pantilyner lagi yer, hehe! Kali ini tak beli kain. Semua dari lebihan kain flannel yang saya beli dulu. Dapat 14 keping. Ada lebih lagi kain flannel tapi flannel bercorak dah habis so tak cukup kain nak matchkan.

Saya dah siap-siap potong dah jahit kesemua CP ini sebelum saya bekursus. Cuma belum di top-stitch je lagi.
Lepas habis kursus terus sambung kerja-kerja top stitching pula. Meriahnya tengok CP2 tu bila dah siap banyak-banyak, geramm! CP saya pun tak semeriah ini, huhu! Nasib tempahan orang, Jeng-jeng-jeng! (^_^)