Category Archives: Cloth Diaper

Obsesi C selepas B

Apa tu ek?hehehe. Saya suka melihat deretan CD yang baru lepas dilipat dan disusun dalam bakul. Tapi part CD berlonggok dalam bilik air tu yang den lomah, haha! Tapi takpa passion punya pasal semuanya sanggup ku tempuhi, hihi!
Jom lah cuci mata yer..
CD plain coolababy memang CD ‘belasahan’ dirumah. Dan 3 tahun usianya, memang tahan lasak betul. Turun temurun dari abang. Itu pun dah berkurang sebab ada 2-3 helai yang tak boleh pakai sebab plastic (waterproofnya) dah delaminated.

Grovia AI2 adalah CD yang baru saya beli bila dengan izzet. Saya suka sistem AI2 Grovia terutamanya bila keluar jenjalan. Saya perlu bawa 2keping Shell (CD) dan selebihnya saya cuma bawa soaker sahaja. Jimat ruang dalam beg berbanding kalau bawa CD poket.

Yang ini pun kegilaan terbaru. Cutting sangat trim untuk baby. IB ni jenis sized bukan onesize seperti kebanyakan poket. Kena beli mengikut saiz. Saya memang beli saiz L terus. Soakernya jenis trifold dari 100% organic cotton, sama juga macam grovia so penyerapannya sangat bagus berbanding insert Microfiber. Sesuai untuk baby yang heavy wetter. Cuma kekurangnya jenis ini, ianya lambat kering. Dan juga oleh kerana ke-trim-an yang melampau dan jika baby anda jenis bam-bam peha KFC ngam2 baby setahun je dah boleh masuk FSOT lah CD2 ni, hi hi bye bye!

Bila saya dengar ada CD besar yang bersaiz dari S hinggal XL (kalau standard S-L) terus saya beli satu sebab nak pakaikan pada azri untuk menggurangkan penggunaan DDnya. Tapi tetap tak muat juga sebab saiz maksimum utk XL itu adalah sehingga 18kg. Hmm patutlah, azri sekarang dah 21kg.

Azri dah stop berCD (bukan sebab potty train) sejak dari 2tahun lebih bila semua CD2nya dah tak muat dipakai lagi. Saya masih belum berjaya 100% untuk pottry train azri lagi.


Bila orang nampak saya menggunakan lampin kain, benda pertama yang orang akan kata ‘rajinnya ko basuh CD yer, aku tak berapa ‘nak rajin’ lah’. Bagi saya benda ini subjektif dan yang paling penting ianya datang dari minat yang mendalam (macam susu ibu jugalah, hihi).

Saya suka tengok deretan lampin kain yang bercorak2 dan comel2 berbanding dengan warna DD yang boring, huhu! Jadi sebab minat, setakat nak membasuh tu memang tak jadi masalah bagi saya. Bukannya kena basuh tangan, pak WM kan ado! 🙂

Kalau saya, kerja-kerja membasuh CD tu saya buat 2kali sehari, kalau malas sampai 3 hari pun ada. CD2 yang dah guna saya masukkan je dalam baldi tu sampai penuh lebih kurang 2 hari juga lah. Kalau yang terkena poo-poo saya buang poo-poo dan basuh kesan2 tu sebelum campak dalam baldi. Bila tiba hari pembasuhan saya keluarkan semua masukkan dalam besen mandi untuk bilas dan perah kesan kencing dulu.


Lepas dah 1-2 kai perah, terus je masuk dalam mesin basuh. Untuk menjaga ketahanan CD2 itu dari rosak akibat dari putaran mesin basuh dan sebagainya, masukkan lah kedalam laundry net. Cuma insert/soakernya sahaja je tak payah masuk dalam net tu, biarkan ia lepas bebas dalam mesin basuh, bersih skit, hehe!

Sekian lah entri penutup untuk bulan Feb dan sebelum koleksi yang baru menyusul lagi, hihi!


Letgo: Flip Diaper

Dua-dua tempat saya advertise nak kasi cepat laku, hihi! Di M’sian FSOT dan juga dibelog. Detail seperti dibawah:
Flip Cover + Stay dry insert.
Great Used Condition (Used not more than 5x)
RM55 shipped!





Sebelum & Selepas

Kerja-kerja menukarkan inner bamboo CD lama kepada yang baru. Bukan CD saya, tempahan eh tugasan hmm apa-apa lah dari kawan yang minta saya tukarkan inner CDnya. Saya tak pernah jahit CD lagi tapi selepas menetas CD ini terasa ‘ohh, begini lah mereka cantumkan CD bla bla bla rupanya, hihi‘..

Gambar sebelum dan selepas. Selepas ditukar kelihatan seperti CD baru pula. Yang lecehnya adalah kerja-kerja menetas CD ini. Ok, masa untuk menyambung kembali kerja, ada 6 keping CD lagi yang perlu disiapkan, fuh-fuh! (^_^)

Bila nak berCD semula?

Ni koleksi CD zaman batu saya masa azri dulu. Plain je semua, dolu-dolu kalau nak beli printed ala-ala mahal skit. Saya mula pakaikan azri CD start umur dia lebih kurang 4 bulan sehinggalah dia 1 tahun 11 bulan. Saya tidak berapa fanatik sangat nak menambah CD, beli cukup-cukup sampai boleh fully CD sudah cukup.

Berhenti pakai CD bila saya mula pregnant dan mabuk tak tahan nak cuci CD yang ada poo-poo. Lagi satu sepanjang hamil saya tak boleh renyah-renyah sangat kena banyak berehat. Sepanjang 9 bulan lah saya guna Disposable diaper (DD) semula.

Ingat lepas habis pantang ni, nak mula berCD dengan Izzet semula. Azri? saya tak pasti lah nak continue pakaikan dia CD atau tidak. Sebab ‘hasil keluaran’ dia macam tak ditampung dek CD tu lagi. Bayangkan tak sampai 2 jam saya perlu tukar CD dia, cukup satu hari penuh baldi saya, huhu! Insert pun perlu letak sehinggan 3 lapis yang tebal. Tong sampah saya dah bertambah penuh dengan DD kedua-dua anak ni.

Comel tengok CD yang baru-baru ni semua dah bercorak-corak kan. Geram jer saya nak tambah lagi, kali ni kalau boleh semua nak yang printed jer. Tapi takda makna lah berjimat kan, sedangkan CD yang lama masih boleh digunakan lagi, cuma boring dengan warna sahaja. Kata boleh guna CD dari abang hinggalah ke adik-adiknya, ni baru betul jimatkan, haha! Apa kata hantar refurbish sahaja CD-CD plain yang ada tu seperti letak sulaman kah, felt kah etc. Ada yang boleh bagi special price pada saya? kih kih!

Gigih abang Azri menolong saya bukakan butang dan keluarkan insert untuk di cuci. Mulutnya tak habis-habis sambil berkata “adik-nyee,adik-nyee”.

Siap-siap untuk dicuci, penuh satu mesin. Cuma ada beberapa CD yang innernya sudah perang kerana kesan poo-poo. Bagaimana yer nak bikin ianya kelihatan gebu dan putih semula.

CD yang ‘diperap’

Oh, saya memang pengguna cloth diaper selama 1 tahun 11 bulan. Oops, kenapa sampai situ sahaja? Al-kisahnya, sejak saya mula mabuk teruk diawal-awal kehamilan dulu, saya sangat sensitif dengan bau poopy. Memang tak boleh nak basuh cd azri yang dah kena poop dia. Terus saya menggunakan lampin pakai buang untuk sementara.

Dari sementara hinggalah ke laa ni. Rasa macam dah terus-menerusnya aje, ditambah lagi dengan keadaan saya yang dah tak boleh buat kerja-kerja rumah lagi. Memang terpaksa guna terus lampin pakai buang. Tong sampah pun asyik penuh je memanjang, hehe!

Cd-cd lama azri yang dah tak pakai lagi, tersusun dalam lemari. Semua yang jenis biasa-biasa je, janji cd juga, huhu! Anak saya memang jenis ‘heavy-wetter’. Tempoh maksimum guna cd lebih kurang 2 jam lebih je, lebih dari tu memang lencun lah jawabnya.

Sekarang pun, guna yang pakai buang pun, asyik kena bukak lepas tu bogel satu rumah taknak pakai apa-apa, hmmm! atau pun dia akan cakap ‘yak-yak’ kalau nak ganti baru (padahal tak berak pun, kencing pun skit je). Mungkin dia dah mula dalam proses nak potty-training.

Saya bukan lah jenis yang asyik membeli pelbagai jenis cd masa dulu. Saya beli memang cukup-cukup untuk keperluan sahaja. Lepas tu pakailah sampai lencun! Baru beli baru. Ada lah beli lebih kalau tiba-tiba terserempak dengan yang comel-comel tu, hehe!

Sekarang ni dah macam-macam corak dan rekabentuk cd yang sangat comel-comel dipasaran. Tak sabar juga nak membeli untuk bakal si kecil nanti, insyallah 🙂 Sediakan duitnya aje lah yer!

Jom cuci-cuci mata sat 🙂

Review: CD lagi

Aku nak komen lagi beberapa sample cd yang aku dapat dah 2-3 mingu lepas tapi aku tak sempat nak hapdet. Sebab nak kena try dulu kan, haha! Sekarang semua sample2 cd kebanyakan aku prewash sekali jer. Aku dah tak larat nak tunggu 2-3 basuh lagi. Buleh kah! Bedal jer la labu! Bocor pun nak kene basuh gak kan. Sep skit duit air aku..haha. Memang free pun bil air. Selangor kan free bawah 20L.

Ni sample cd printed yang baru babyland. Outer die PUL, so far puas hati. Takda problem lembik macam PUL babyland pocket yang kaler plain itu. Sample kali ni dia bagi inner yang cotton sama macam inner untuk Cartun printed die yang dulu. Oklah..pada yang suke cotton inner. kalau pakai seluar memang akan nampak bulky sikit lah. Lagi2 kalau pakai seluar putih, memang nampaklah corak2 die kat dlm tu. Datang dengan dua warna iaitu kuning hitam dan pink biru, corak yang sama cuma kaler yang lain. Cantik gak, takyah pakai seluar lagi dah!Tapi aku lebih prefer inner fleece. So aku request supplier ini untuk buat inner fleece untuk cd printed yang baru ni untuk next order. Berkenan? Leh wat pre order dengan ku untuk cd printed inner fleece ini..mueh2!

Yang ni pula adalah Coolababy AIO one size. Aku order sebab ada request dari kawan2 yang nak cube coola aio pula. Mula2 tak minat lak nak order. Disebabkan ramai yang tanya coola aio ni. Aku pun orderlah yer. Bila nak order mesti la nak torai kan. Hmm.. Disebabkan azri ku ni yang jenis heavy wetter. Yang sentiasa pakai 2 insert siang dan malam. So expectation ku pada awal mesti tak dapat bertahan lama seperti yang jenis pocket. Ye betul! Coola aio ini bertahan paling lama 2 jam sahaja. Dekat nak 2 jam seluar azri dah mula lembab die bahagian pinggan depan. Coola aio ini insertnya telah dijahit sekali dibahagian dalam inner fleecenya. Tiada juga bukaan pocket untuk slip extra insert seperti sesetengah cd aio yang lain. Jadi coola aio ini agak tidak sesuai untuk heavy wetter. Kalau anak kalians jenis yang pakai satu insert sahaja pada siang hari., mungkin sesuwaii lah. Tetapi sebagai salah satu cara mengatasi baby yang heavy wetter ni bila nak pakai coola aio ni boleh juga diletakkan jenis organic lining seperti bamboo, hemp, cotton dan sebagainya. Jenis2 ini boleh diletakkan direct dengan baby skin berbanding microfiber insert. Tapi dah serupa pakai pocket ajer! Ada yang minat dengan Coolababy aio ini? Leh koling2 acik ditalian hayat ini.

Yang ini pula Crazymomy cd. Sekali pandang macam takda beza dengan pocket yang lain kan? Yang buat ku nak beli cmcd ni sebab outer dia bukan PUL seperti cd2 yang lain. Outer dia diperbuat dari cotton yang dilaminet didalamnya. Menurut tuan tanah, Hanya warna purple ini sahaja yang outer die adalah cotton laminated, yang lain2 semuanya PUL. Ku kadang2 dah boring asyik pakai PUL yang keras semacam jer ni..haha! So, cd ni lembut jer. Rasa macam comfort jer bila memakai fabrik2 yang organic ini. Innernya pula adalah daripada suede cloth. Tapi kalau ada fleece, aku lagi suka,hihi! Dari segi performance, tidak menghampakan juga. Macamlah aku yang pakai. Aku dah start jatuh chenta pada cd cotton ini semenjak pakai cartoon printed cd dulu. Saper yang minat dengan cotton cd ni boleh leh coba2 torai cmcd ini. Syiok woo!Ibu suke anak gumbira!haha!

Review: Cartoon Printed CD

Hari ini, parcel cartoon printed cd dah sampai. Lega. Yang ni order untuk rakan-rakan yang sudah booking awal-awal arituh. Ermm banyak gak permintaan cd ni sampai terketaq2 takut tak cukup. So far, aku dah gune cd cartoon ni lebih kurang 2-3 minggu juga. Performance ok, memuaskan, macam coolababy juga. Malah kain dia lagi lembut (atau lembik kah?)dari coolababy. Kerana outer fabric diperbuat daripada flannel dan dilaminated supaya tidak bocor. Dan inner layer dia pula diperbuat daripada cotton (atau cotton jersey). Bezanya dengan microfleece, bila dia basah, cotton ni agak lembab berbanding dengan microfleece. Tapi so far azri ku pakai takdalah plak merengek2 sebab rasa tak selesa ke pape. Tapi make sure cukup lebih kurang 4 jam, tukarlah yang baru. CD ni originally datang dengan satu insert sahaja, tetapi aku dengan berbesar hati lah menambah satu lagi insert pada saper yang dah order dan yang akan nak order (ada kah!). Insert yang ditambah bukan sebarang insert. Insert crazymomy yang agak tebal & gebu itu. Tapi terhad jer insert ni. Untuk order yang awal dulu mungkin takda, tapi masih lagi dapat 2 insert juga. Insyallah untuk order yang next batch semua dapat insert yang ini.

Cd cartoon ni yang bestnya bila pakai kat rumah bila tak pakai suar tu nampaklah ala-ala macam pakai seluar..Ngeh!.Azri tengah bengang sebab kena paksa pakai wane pink karrreer!haha. Takpa nakk, abaikan warna itu yang penting ianya selesa dan menjimatkan hihi. Ada saper-saper yang berminat kah, leh la koling2 acik laiii kat sini

Coola sampai lagi

.

Cinta datang lagi Coola datang lagi..haha. Syiok acik woo tengok cd bersusun-susun tu, mau meroyan acikk!Nak aje ku amik sume. Walaupun bersusun-susun, tapi hampir kesemuanya telah bertuan. Ini harta ahmad albab yang punya. Order baru kali ni, ada pembaharuan pula. Baru tak baharu ku tak tahu la, kali ini insert die di-embroidered (betul ejaan ku ini) dengan perkataan ‘Coolababy’ pula. Nasib la sapa yang dapat tu, sebab stok tu ku dah campur-campurkan. Ada lagi incoming stok coola pada sapa yang dah order. Sila la tunggu yer! Siapa yang belom, mari2 koling2 acik di talian hayat ini 012-2045646. Pada yang suka kartun2, leh tengok entri ini. Adoi, dah mcm berbisnes pula. Walhal awal2 untuk kegunaan sendiri ajer. Takpa, janji suma dapat merasa berCD dengan rege yang berpatutan ye dakk. Jangan maraa arr!

Cartoon Printed CD

Hari ini, ku dapat lagi CD lagi. Kali ini cartoon printed cd. Sample ini untuk ditorai pada azri. Pada pendapat ku, okayla. Walaupun designnya takleh celen jenama2 yang branded, tapi jadilah bagi yang nak merasa yang kartun2 juga..hahaha! Material dia memang lain la daripada coolababy. Nampak macam lembik2 & soft sebab material memang bukan PUL tetapi cotton laminated (ye ke, ku agak je, sebab ku nampak kesan laminate belah dalam tu).So kira waterproof juga lah tu. Sampai ibu ku kata, yang ini lagi dari coola. Bang bil tak cakap arrr.

Dapat2 jer ku terus pre-wash skali. Ingat nak prewash 2nd time pula. Tapi aku tak sabar decide nak pakaikan terus kat azri. Dalam hati, ala kalau bocor takpala, memang nak prewash lagi pun. Surprisingly, ku pakai dari kol 6pm hingga ker pukul 10pm, memang tak bocor. Cd ni datang dengan satu insert sahaja. Dek kerana azri ni jenis heavy wetter ku kena la cilok insert kawan sebelah tu letak dua..hihi!. Even cd coola pun ku tetap pakai 2 insert terus. Pastu malam ni ku pakaikan azri juga dengan CD ni. Resultnya kita tunggu di lain siaran..huhu. Ada saper2 yang nak mencoba-coba cd ini, koling2 la acik regenya yer.

CD Coola lagi..

Semalam dapat lagi parcel dari coolababy. Wah, sakan aku asyik menghorder coola jer ni. Macam dah addicted seh..eheh!Semalam dok bukak kotak, sekali tengok ade 2 wane yang dia tak penah kasi. Warna soft pink dan lite green. Selama ini, aku tak penah specific kan request bab2 kaler, aku suka campur2 je kaler yang ada. Haipp, bukak acikk sorang nak pakai ni. Ada orang lain yang mengorder dari ku juga..huhu! Sebenarnya rentetan daripada entri ku yang ini, ini dan ini. Ramai juga yang bertanya bagai yang nak orderlah, nak kirim lah, nak beli lah etc, haha! Jadi kali ini sapa2 yang berminat dengan CD Coolababy ni, boleh lah mengkontek/mengemail/meng-sms aku ditalian hayat ini 012-2045646. Boleh didapati secara cash, kutu (kutu ni dah ada 2 group yang sedang on dah sekarang) atau installment, ‘o’ interest..haha!