Category Archives: Breastfeeding

Ulangkaji PSI: Pengalaman Skin to skin dan memulakan Penyusuan Sejurus Kelahiran

Saya share semula entri hampir 2 tahun lepas ini untuk dikongsikan bersama. Sudah dicompilekan disidebar bersama2 artikel yang lain 🙂
———————————-

My ‘xCLuSiVeLy XpREsSiNg’

SATURDAY, JUNE 18, 2011

Sentuhan kulit ke kulit & Penyusuan di Awal Kelahiran

Dah lama nak cerita pasal pengalaman saya ‘skin-to-skin’ selepas kelahiran. Semasa melahirkan azri dahulu saya tidak merasa pengalaman ini. Malah tidak tahu pun mengenainya apatah lagi kepentingan. Kerana dahulu, saya menyangka proses menyusukan anak tidak memerlukan pengetahuan lebih dan ianya akan berlaku secara semulajadi. Namun tidak bagi saya. Mungkin ianya berlaku dengan lancar bagi sesetengah orang walaupun kali pertama. 🙂


(Gambar dari Google)
Hampir dua tahun ilmu penyusuan yang saya pelajari dan dalami dapat dipraktikan bermulanya pada 25 April 2011. Oleh kerana saya bersalin di hospital bukan rakan bayi, amalan sentuhan kulit ke kulit ini tidak dipraktikan. Mungkin bagi ibu-ibu yang bersalin dihospital kerajaan, rutin ini menjadi satu kemestian (well, its depends)

Sejurus selepas kelahiran:
Saya tidak pun memberitahu nurse/midwife yang bertugas ketika itu tentang keinginan saya untuk meletakkan bayi secara kulit ke kulit sejurus sahaja bayi saya dilahirkan.

Malah birth plan pun tidak saya tunjukkan, hihi! Sebaik sahaja izzet keluar dan tali pusat dipotong, mereka terus tunjukkan pada saya dan bertanya samada lelaki atau perempuan. Semasa itu lah saya terus meminta izzet (masih diselaputi lendir,darah dan sebagainya) untuk diletakkan diatas dada.

Saya memegang bayi diatas dada selama doktor sibuk menjahit episiotomy. Sewaktu itu, bayi saya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menghisap walaupun kadang-kala saya lorongkan kepalanya kearah puting. Tidak semestinya bayi wajib menghisap puting sejurus diletakkan atas dada ibu tersebut.

Daripada artikel “The Importance of Skin to Skin Contact’, Dr. Jacknewman: Even if the baby does not latch on during the first hour or two, skin to skin contact is important for the baby and the mother for all the other reasons mentioned. If the baby does not take the breast right away, do not panic. There is almost never any rush, especially in the full term healthy baby”

Saya mendakap bayi selama mungkin, dan nurse yang berada disitu tidak pun meminta-minta bayi untuk dibawa pergi (dibersihkan, ditimbang, etc). Sehingga saya yang memanggil nurse untuk mengambil bayi saya, cuma saya berpesan yang saya mahukan bayi saya secepat mungkin setelah setelah proses-proses itu semua.

Tak sampai 15 minit, bayi saya dikembalikan semula pada saya. Saya minta nurse untuk buka semula kain bedung tersebut dan letakkan semula bayi skin to skin diatas dada saya, dan kain hanya menutup belakang bayi dan saya. Ketika itu, bayi saya baru mula menghisap dari dalam labor room sehinggalah saya berpindah ke wad.

12 jam selepas kelahiran:
Bayi saya sudah mula lebih banyak tidur daripada menyusu berbanding sejurus selepas kelahirannya. Hinggakan saya terpaksa mengejutkannya setiap satu jam.

Oleh kerana saya sudah mengetahui bahawa pada 1-3 hari pertama hanya kolustrum sahaja yang dihasilkan dan kuantitinya hanya sedikit sahaja, jadi saya tidak mengharapkan susu yang akan keluar mencurah-curah pada ketika ini. Saya hanya meneruskan sesi penyusuan dengan kerap iaitu minimum 8-12 kali sehari.

Dengan jumlah kolustrum yang diterima itu walaupun ‘sedikit’ tetapi ianya sudah memadai dan mencukupi keperluan bayi ketika itu. Dan cecair kolustrum itu juga bertindak sebagai laksatif untuk menyingkirkan (bilirubin yang menyebabkan jaundice) melalui najis bayi.

24-48 jam seterusnya:
Saya masih lagi meneruskan penyusuan dengan seyakin-yakinnya. Kali ini dengan perasaan yang sangat rileks, tidak gusar adakah bayi saya ini mendapat cukup susu atau tidak, adakah bayi saya lapar jika dia menangis.

Apa yang saya dapat bezakan, mungkin kerana kekerapan saya menyusukan membuatkannya kurang meragam berbanding azri dahulu. Bayi saya yang ini agak kurang meragam (menangis) berbanding azri dahulu.

Jika difikirkan secara logiknya, mungkin sesi kekerapan penyusuan diawal-awal kelahiran yang menyebabkan bayi saya kali ini ‘lebih baik’. Bayi sentiasa dalam dakapan si ibu hampir sejam sekali membuatkanya lebih tenang.

Berbanding azri dahulu (dengan tiada ilmu), saya hanya tunggu dia menangis baru hendak diangkat, dan jika ia tidur melangkaui sehingga berjam-jam lama adalah satu perkara yang melegakan saya yang ketika itu tanpa saya sedari sebenarnya akan memberi impak besar didalam penyusuan dihari-hari seterusnya.

Selepas 3 hari:
Saya mula merasakan payudara mula membengkak dan ini menunjukkan susu matang telah mula terhasil selepas kolustrum. Dan ketika tempoh ini pengeluaran susu sangat tinggi sehingga kadang-kadangkala akan terjadinya engorgement atau bengkak payudara.

Oleh kerana saya sudah tekad untuk tidak melibatkan apa-apa alatan pemerahan, botol dan seangkatannya, saya cuma tuam dan ‘paksa’ anak saya menyusu juga, hihi! Mujur dia mahu menyusu dan bengkak dapat dilegakan tanpa perlu memerah. Saya sudah berkira-kira jika masih bengkak lagi saya akan cuba untuk perah tangan sahaja.

Alhamdulillah izzet akan genap 2 bulan pada 25 Jun ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Dari bergelar EP dahulu, kini saya tidak lagi EP, mudah-mudah sehingga seterusnya. Buku EP telah ditutup dan ‘My EP Stories’ akan tetap menjadi diari dan kenang-kenangan buat saya dan menjadi bukti kegigihan seorang ibu suatu ketika dahulu yang memerah siang dan malam untuk membekalkan susu ibu dengan botol pada anaknya sehingga hampir 2 tahun.

Satu pengalaman yang tidak ternilai harga, bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman itu, berpeluang untuk merasai perasaan seseorang ibu yang tidak dapat menyusukan anaknya, perasaan betapa sukarnya untuk memujuk anak kembali menyusu dan berputus asa, perasaan yang sentiasa terusik apabila setiap kali terasa seakan tiada ‘bonding’ dek kerana tidak dapat menyusukan anak secara terus setiap kali membaca, melihat, terdengar tentang faedah-faedah penyusuan susu ibu, walaupun hanya minum susu ibu didalam botol.Kesemua pengalaman dan perasaan-perasaan tersebut menjadikan perspektif penyusuan saya lebih luas didalam memahami pelbagai masalah penyusuan yang dihadapi oleh ibu-ibu diluar.

Hayatie at 1:40 AM

posted from Bloggeroid
Advertisements

KL Breastfeeding Flash Mob 2012

Ingat lagi tak flash mob yang saya pergi di KLCC tahun lepas? Kalau siapa yang tak tahu boleh tengok entri bergambar dan video ini.

Tahun ini insyallah akan diadakan lagi KL Breastfeeding Flash Mob 2012. Pada sesiapa yang berminat boleh isi form di link dibawah ini:

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHFrMllaV0R0R1NabkFfYVR1QUhOMGc6MQ#gid=0

Untuk makluman dan arahan lanjut mengenai projek KL Breastfeeding flash mob 2012 dan lokasinya ini, bagi yang berminat dan telah mengisi form, saya perlu add anda ke dalam group terlebih dahulu jadi boleh PM/add saya di terlebih dahulu di FB yer..

Jumpa anda disana yer 🙂

Updates (as at to date): 
From the organizers, they have reached maximum amount of 300 bf moms. The registrations has been closed. 

Sekitar Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 @Batu Pahat

 Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 yang dianjurkan oleh Hospital Pantai Batu Pahat dengan kerjasama UTHM. Bertempat di Dewan UTHM, Parit Raja. Terjahan saya kesana pun secara ad-hoc saje. Sampai pun dekat nak tengahari, hihi!
Dewan baru ini pertama kali dirasmikan kegunaannya dengan program sambutan minggu penyusuan ini. Sangat luas dan nampak grand sungguh. Terbayangkan dalam fikiran, alangkah bagusnya kalau program WBW Titisan Emas di Perpustakaan Negara tempohari dapat dibuat ditempat yang macam ini, mesti dapat menampung jumlah pengunjung yang tidak cukup tempat, huhu!
 Dibelakang tempat duduk dewan ini disediakan tempat bermain untuk kanak-kanak.

Izzet  suka betul, ke sana ke mari. Mentang-mentanglah tempat luas dan berkarpet.

The Big Latch On 2012@SusuIbu.com

Pada Sabtu yang lepas saya menghadiri acara The Big Latch On sebuah acara yang diadakan serentak diseluruh dunia sempena menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012. SusuIbu.com menjadi host bagi acara ini di Sri Kembangan.
                               
Posing dulu sebelum acara bermula 🙂

                              

Ready one-two-latch on!

 Sementara itu, azri dan izzet berlari-lari macam tak cukup kaki kat sini, huhu! Seronok agaknya!

Selain daripada acara The Big Latch On, diadakan juga majlis Iftar bersama-sama juga pada hari tersebut.

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan, Putrajaya

Pada khamis lepas saya berpeluang menyertai program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Auditorium Parcel E, Putrajaya. Saya bersama Puan Kamariah membuat pameran MBfPC. Bahan untuk pameran kali ini adalah berkenaan dengan Kumpulan-kumpulan sokongan yang telah digerakkan oleh para rakan pembimbing ibu menyusu MBfPC.
Saya ditugaskan untuk mengumpul segala kumpulan-kumpulan yang ada diseluruh Malaysia untuk dipamerkan pada hari tersebut. Alhamdulillah, dapat juga direalisasikan walaupun last minute, huhu!

Antara barang-barang cenderahati MBfPC untuk dijual bertujuan untuk menambah duit tabung. Sarung angpow habis diborong pada hari tersebut.. 🙂
Booth MBfPC

Sementara itu, didalam auditorium berlansung program forum, sebelum upacara perasmian oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

 Booth dari Pusat Laktasi Kebangsaan.

 Dan booth-booth dari Unit pemakanan dan kesihatan yang lain.

 

Sambil melihat hasil-hasil gambar yang saya sediakan untuk pameran kali ini…

                             
Setelah selesai upacara perasmian, Datuk Seri Liaw Tiong Lai melawat boorh-booth Pameran yang ada pada hari itu. Termasuk lah booth MBFPC.. 🙂

Come and Join the Big Latch on tomorrow (4th Ogos 2012)

        Please register yourself in this link: http://susuibu.com/v2/biglatchon-iftar-opening/
Woot-woot, kalau kalian tiada apa-apa program petang esok, jom kita ke Seri Kembangan bagi event BIG LATCH ON yang akan diadakan di Susuibu.com (Sri Kembangan) petang esok. Dan seterusnya majlis iftar bersama-sama. Jumpa kalian disanaaa! 🙂

Happy World Breastfeeding Week 2012

Selamat menyambut Minggu Sambutan Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 dari 1-8 Ogos setiap tahun kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan ibu-ibu diluar sana! Semoga Penyusuan Susu ibu kembali menjadi fitrah didalam masyarakat kita 🙂
*Will be busy like a bee around this 2 weeks, huhu! 😛

Our preparation for upcoming WBW 2012@MOH

For several days, i’ve been juggling with this work and tempahan menjahit. Both are my passion, chewahh! When you have the passion inside, walau se-tertekan mana sekali pun, you are able to do it successfully, right? Chewah lagi..
Actually hari ini singgah ke ofis Susuibu.com untuk menyiapkan presentation booth pameran under MBfPC bagi sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 peringkat kementerian di MOH, Putrajaya pada 2 Ogos ini, hahh? khamis ni, arghhh…
Saya belum pun siapkan lagi ala-ala Scrap Book for each group. Actually why are these groups? Because this are the group yang digerakkan oleh rakan PC MBfPC after they all completed the training back then, this the output. Seperti mana yang kekangan yang kita semua ada, kita tidak mampu  untuk menjadi penggerak didalam segala-gala. We empower our PC’s to move on their own and at the same support whatever that we can at our capacity…
Ok guys, there’s a lot work to be done. Will be back keep you guys posted with the outcome of our presentation during the event nanti. Tata!
#Hambek, akak skipping..kasi feel-kasi feel#

Bengkel Penyusuan Susu Ibu @ Bernas

Hari isnin dan khamis yang yang lalu, saya dan team Susuibu.com ke Bernas untuk mengadakan Bengkel Penyusuan Susu Ibu untuk warga Bernas dan Tradewinds yang bertempat di Menara HLA. Ini adalah pertama kali saya terlibat dengan program Susuibu.com setelah saya mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Perunding Laktasi (IBCLC) Susuibu.com. 🙂

 Bersama-sama dengan dua orang lagi IBCLC Susuibu.com, Dr Ning & Puan Kamariah.

Program dimulakan dengan sesi pengenalan etc sebelum sesi interaktif.

  

 Sesi kerja dalam kumpulan dan seterusnya pembentangan daripada mereka.

Bestnya kena urut.. 🙂

Doll-doll yang menunggu masa untuk dipeluk 🙂
  Sijil yang akan diberikan kepada peserta setelah selesai bengkel 

  

 Alhamdulillah, selesai sudah bengkel penyusuan selama dua hari bersama mereka. Semoga maklumat yang betul dalam penyusuan susu ibu ini dapat dimanfaatkan mereka dan dikongsikan didalam organisasi  mereka selepas ini 🙂

Part-time IBCLC@Susuibu.com

For more info boleh baca di nota FB Susuibu.com 🙂