Category Archives: Books

1 Bulan 1 Buku: Rich Dad Poor Dad

Buku untuk bulan Mac. Dah tengah bulan baru nak baca. Pasal buku Living Microsoft tu terover deadline lak..tapi dah separuh pun baca buku ni. Baru sekerat baca, rasa nak tahu lagi dan lagi. Saya beli ni untuk encik boss juga, sama2 dgn buku Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Ramai kot yg dah baca buku ni. Alkisah si Robert T.Kiyosaki ni yg mempunyai dua org bapa iaitu ayah kandung yg miskin tapi berpelajaran tinggi sehinggi PhD. Manakala ayah angkatnya hanya berlajar sehingga tingkata dua tetapi kaya raya dan diantara org yg terkaya di Hawaii.

Antara kata2 Rich Dad yang menarik perhatian saya dalam buku ini adalah:

  “Orang miskin/kelas menengah bekerja untuk wang, orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka”

  “Sekolah tidak menggalakkan kreativiti, dogma standard sekolah ‘jika tidak mendapat gred yang bagus, kamu tidak akan berjaya diluar’, justeru sekolah hanya menghasilkan pekerja, bukan majikan”

Fuh rasa tercabar sungguh dengan kebenaran kenyataan yg di baca. Ini baru 70muka surat yg telah dibaca dari keseluruhan 213 muka surat. Patutlah ada review seorang kawan yg mengatakan sape yang lepas habis baca buku ini mesti rasa nak berhenti kerja terus..huhu

Tapi bils difikir, memang betul juga kebanyakan yg kaya bukannya sekolah tinggi pun contoh terdekat syed mohktar tu (recommended to read his biography 🙂

#ok nak sambung baca lagi…

1bulan 1buku: Living Microsoft to change the world

Misi satu bulan satu buku bermula..

Buku ni dah beli lama tapi baru sekerat baca tak habis2 lagi. Mengisahkan seorang perkerja Microsoft yang berjawatan tinggi tak ingat la apa rasanya Regional Manager kot yang meninggalkan kerjanya semata untuk melaksanakan kerja2 sukarelawan..

Bagus untuk menyuntik semangat kesukarelaan diri terutamanya dalam dunia PSI.. 🙂

#harap2 dapat habis baca sebelum habis bulan ni..fuh2

posted from Bloggeroid

Buku: Biografi Syed Mohktar Albukhary

Saya belikan untuk encik suami terchenta… ;P (tak tahu lah bila masa dia nak baca..hehe)
Saya pun tak baca habis sangat..baca lompat2 ikut chapter mana yang suka.

Syed Mokhtar ni rupanya tak sekolah abis sampai tingkatan 5 pun. Plak tu dia tolong support adik2nya belajar sampai Universiti luar negara.

Ada gambar2 ofis pertama dia yang masih dikekalkan design yang lama.  Ada gambar Lori angkut beras pertama yg dia beli, kereta Merc lama. Overall tak banyak sangat gambar2 dalam biografi ni. Patut banyakkan gambar lagi barulah bacaan tu ada feel skit bila kita membayangkan..heheh

Syed Bukhari jadi jutawan masa umurnya 30tahun. Dia bermula dengan perniagaan beras di Kedah. Tak habis baca lagi ni.. 😉

Semoga dapat memberi kepada encik suami didalam bisnesnya 😉

Buku: 1 Hari 1 Resepi

Buku ini dihadiahkan oleh sahabat saya masa harijadi saya tempohari. Sangat lah membantu saya sejak dah duduk sendiri di sini. Dulu tinggal dengan mak, kebanyakan mak yang masakkan hehe! Saya  tolong2 aje..

Resepinya semua yang kita pernah dengar dan pernah makan tapi tak berapa pandai nak membuatnya. Sangatlah sesuai untuk surirumah2 yang baru2 nak memasak sepenuh masak (walaupun dah lama kahwin macam saya..haha!).

Cuma kadang kala ada sukatannya bahan2nya tak boleh ikut 100% sangat..kena juga ikut tahap citarasa masing2. Boleh dijadikan sebagai guideline bahan2 apa yang perlu ada dalam sesebuah resepi itu lepas campaklah ikut tangan sendiri sahaja.

Walaupun ada je resepi yang kita boleh gugel tapi kadang2 lagi senang tengok kat buku resepi bawa masuk dapur terus. Kalau dulu saya..dgn laptop2 sekali atas dapur..kes malas nak tulis atau takda printer nak print masa tu..hahaha

Posted from Samsung Galaxy Note

La Tahzan: ‘Revisit’

Haaa, bila tepek buku ini kompom orang kata saya tengah bersedih kan. Of course there will be ups and down in life dan setiap dari kita tak boleh lari darinya and its all about how you deal with it. Saya rindu dengan isi buku ini. Saya dahagakan setiapkan patah perkataan yang tertulis didalamnya seakan meniupkan kedamaian dan ketenangan hati.

Saya beli buku ini pada tahun 2007. Beberapa bulan selepas kembalinya arwah abah saya mengadap ilahi. Pemergiannya membawa sekali separuh harapan yang kongsi bersamanya. Tiada cita-cita, harapan dan luahan yang dapat saya luahkan lagi padanya selain daripada Al-fatihah. And i will missed the moment most.


Saya petik sedikit beberapa bait lirik Kris Dayanti yang agak menyentuh hati saya..

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan
Kadang ku kuat setegar karangKadang ku rapuh lemah liar merana

Owh tacing sungguh bila dengar petikan ini. Cuba sambil dengar lagunya. Yang lain-lain tu tidak berkenaan.

Saya tahu memang saya memang gigih, sabar dan tabah. Sesabar dan setenang arwah abah. Saya berbangga kerana mewarisi kesabaranya. Dan tuhan tidak akan menguji saya jika saya tidak kuat dan setabah seperti yang diciptakan. Insyallah, tuhan beserta dengan orang-orang yang sabar. Semoga dipermudahkan, amin!

*Selasai hari pertama berkursus di Klang.

Pesta Buku MPH & Lagi-lagi Botol Air

Asyik buat aktiviti homeschool sahaja sepanjang minggu, hujung minggu dimanfaatkan untuk membawa azri berjalan-jalan atau ‘bersosial’ skit, hihi! Hari ini saya bercadang hendak ke Pesta Buku MPH di KL Sentral. Motif sebenarnya adalah untuk memberi sokongan kepada salah seorang sahabat saya dalam penyusuan iaitu Nora Herni yang kini telah bergelar novelis kanak-kanak. Hasil karya novel kanak-kanak pertamanya yangbertajuk ‘Lagi-lagi Botol Air’ yang telah selamat berada dipasaran.

Tetapi apakan daya, saya terlambat kerana tersekat didalam kesesakan di Brickfields. Sampai-sampai slot bersama penulis telah pun selesai. Tak apalah, janji dapat bergambar bersama sebagai kenangan. Siapa tahu dimasa hadapan kelak sahabat saya ini sudah ‘fofular’, adalah gambar bersama modal nak tumpang ‘gelamer’ juga, hihi!

Dapat saguhati dari penulis untuk pembaca/pengunjung semasa sesi tersebut berupa sebuah diari (planner) yang sangat comel. Sesuai untuk kanak-kanak atau mak kanak-kanak,hihi. Terima kasih auntie Nora Herni diatas ole-ole itu.

Selepas itu slot bersama penulis diteruskan dengan penulis yang tidak asing lagi iaitu Dato’ A. Samad Said. Kali terakhir saya terserempak dengan beliau secara live adalah sewaktu saya tingkatan 5, tahun 1998 di Pudu Raya. Masih serupa lah!

Siapa taknak lepaskan peluang bergambar dengan Sasterawan Negara kan. Azri ‘cuak’ tengok Dato’ A. Samad Said, siap kena pangku lagi!, hihi!

Sukanya saya lihat deretan buku-buku ini, rasa macam nak borong je semua. Semua buku-buku yang dijual ada potongan yang telah disediakan. Mana boleh tak ‘rembat’ sebiji dua kan, hihi.

Pilihan untuk hari ini. (Teruja nak mula membaca buku ‘Leaving Microsoft to Change the World’) setelah disyorkan oleh sahabat saya 🙂

Ini hasil rembatan ibu saya pula. Dia minat dengan Ustaz Zahazan, tu yang dia beli buku Soal jawab Haji tu, hihi!.

Yang ini untuk azri. Dia dah pandai pilih sekarang nak buku yang mana. Nasib baik dia ambil yang ini dari buku kartun Chuggington, huhu!. Ok juga buku ini, siap marker pen yang boleh wipe off inknya selepas tulis kat permukaan tu. Harga RM13 selepas diskaun.

Tak sempat pun nak buat kat rumah, masuk kereta je terus buat. Maklumlah, tengah aura homeschool lagi agaknya nih, hihi!

Pengaruh buku? kih kih!

Buku: Novel Cabul, Charmed & Ernest Hemmingway

Huh, pertama kali saya dengar mengenai isu ini. Saya bukan lah kaki baca Novel Melayu. Memang tak pernah baca pun apa-apa novel Melayu. Sahabat saya editor dari PTS yang menyuruh rakan-rakan yang lain semua untuk perangi novel-novel cabul yang semakin berlambak dalam pasaran.
Apa yang cabulnya? Haaa, cuba baca contoh-contoh ayat didalam gambar itu. Memang boleh membawa pembaca berimajinasi terutamanya golongan-golongan pembaca muda. Bait-bait perkataan yang boleh menimbulkan keghairahan. Sangatlah tidak sesuai okeh!.

Saya dulu suka baca siri-siri ‘supernatural’ omputih. Saya sangat obsess dengan siri Charmed. Dari siri TV sampailah ke novel saya layan. Lepas dah kahwin keobsesan saya sudah mulai berkurangan dan saya sudah tak sempat lagi membaca siri cerita itu. Fokus sudah beralih, lebih untuk mencari info mengenai kehamilan lah, bayi, keibubapaan lah etc, hihi.

Masa keruk-keruk rak buku saya, terjumpa lagi buku ini. Buku ini masih tak habis saya baca rupanya. Buku ini dicadangkan oleh Prof saya. Ernest Hemmingway. Kalau saya
baca buku ini harus kebanyakannya bait-bait ayatnya saya baca dua kali untuk memahami maksudnya. Oh memang mengasah lagi ‘critical thingking’ saya.
***13 &14hb saya berkursus lagi! Yeay masa untuk menyambung kembali membaca buku ini sejak dari dibeli 2003! Nampak sangat bosannya nak berkursus ni, esok saya bakal berlajar cara-cara nak buat Jalanraya!

Book of the day: Sewing books

Tak tahu nak buat apa dihari minggu ini. Nak keluar berjalan-jalan bersama anak-anak pun, hari mendung je sekejap hujan sekejap tak. Hari ini adalah hari untuk membelek-belek buku jahitan yang ada untuk mendapatkan mood, ilham dan inspirasi, chewah!

Buku-buku ni saya beli semasa ekspo buku Big Bad Wolf tahun lepas tau. Fuh, baru hari ini nak bukak dan belek-belek setelah hampir setahun terperuk dalam plastik. Tahun ini punya BBW dekap MAEPS serdang, saya tak pergi sebab saya takut saya akan membeli buku-buku lagi =sedangkan buku tahun lepas yang saya beli tu pun belum terbaca lagi, huhu!

Buku-buku yang dibeli dari bawah:
1. 21 Terific Patchwork Bag-Susan Briscoe
2. Simple Enchanted Beading-Cheryl Owen
3. Applique-Lucinda Ganderton
4. The Well-Dressed Window-Carol Zentgraph
5. Fun & Fabulous Curtain to sew-Valarie Van Arshdale Shrader
6. The Creative Family (Simple Project& Activities for you & your children)-Amanda Blake Soule

Enam buah buku yang saya beli ini harganya tidak lebih dari RM60, sangat berbaloi kan. Selepas habis dibelek-belek semuanya, mula rasa tak keruan ingin mencuba. Buku Patchwork Bag, Curtains, dan Applique sangat syiok sebab ada tutorial dan free pattern. Projek langsir raya 2012 pasti akan diinspirasikan daripada buku ini, hihi!

Nak let-go

Sedang dalam mode nak meng-clearkan barang-barang yang tidak perlu lagi. Ada beberapa item yang saya nak letgo seperti berikut:

(Status: Learning without tears-Available, Expectant Dad’s survival Guide-Sold)

Item 1: Extra copy buku yang saya beli di BBW tahun lepas. Tajuk ‘Learning Without Tears’ yang beli RM8 sahaja. Tak termasuk pos yer. Yang sebelah tu dah takda.

(Status: Sold)

Item2: Ring sling Palm & Pond yang saya beli bulan lepas, kunun nak belajar2 guna. Tapi tak berjaya dan saya memang tak reti pakai tanpa tunjuk ajar orang, terkial-kial, hihi!Sudahnya saya tak pakai pun. Last2 saya guna SSC je lagi senang, beli infant insert. Saya beli tu RM69, saya nak letgo RM38 termasuk pos. 🙂

Siapa yang nak boleh email saya hayatiehashim@yahoo.com. Ok nak sambung sorting barang-barang lain hehe!

Siapa nak?

Saya baru terperasan yang buku ini saya terbeli lebih masa pesta buku Big Bad Wolf tahun lepas. Selain dikirim oleh kawan-kawan, saya borong je semua stok yang ada disitu sebab murah je RM5 sebuah.

Bila dah bahagi-bahagi kepada kawan-kawan yang memesan, ingat dah ngam-ngam je. Hari ini tengah kemas-kemas, terjumpa satu lagi copy extra. Buku ini menceritakan tentang penyusuan secara santai, lawak dan juga berdasarkan pengalaman menulis. Walaupun tajuknya macam negatif, tapi isi kandungannya tidak mengambarkan penyusuan itu sesuatu yang teruk. Ada review buku ini yang saya buat setelah habis membacanya

Kalau ada sesiapa yang nak, harganya RM5 je, tidak termasuk kos pos, huhu! Siapa yang nak silap drop komen dan e-mail kat entri ni. Orang yang pertama, dialah dapat. Cara-cara pembayaran & pengeposan akan disambung di e-mail, hihi!