Category Archives: BF Support Group Meeting

Sekitar PKS Titisan Emas April 2012

Alhamdulillah, aktiviti PKS Titisan yang pertama berjalan lancar pada hari Ahad semalam. Segala persiapan yang dirancangkan dapat juga disiapkan sebelum 1 April 2012. Walaupun agak terlewat dari jangkaan yang telah ditetapkan. 

Banner dan bunting untuk kegunaan PKS Titisan Emas sepanjang tahun ini. 

PKS April yang sepatutnya diadakan di Taman Tasik Titiwangsa terpaksa ditukar ke Tasik Perdana berikutan terdapat program lain yang terdapat di tasik titiwangsa pada hari yang sama.

Topik PKS yang bincangkan untuk kali ini adalah ‘Persediaan Penyusuan Susu Ibu menjelang kelahiran’..

Walaupun risalah tidak sempat siap dan diedarkan sebelum hari PKS ini berlangsung tetapi ada juga  yang datang untuk pertama kali menyertai aktiviti ini.
Tidak dilupakan peserta cilik PKS kali ini, hehe!

 

Izzet sekarang dah pandai berjalan 2-3 langkah sudah!. Ehem-ehem, adik dengan sape tuh?

Pandang-pandang, jeling-jeling..

Boring duduk, jom kita main buai pula! πŸ™‚

Terima kasih kepada semua yang hadir pada PKS kali ini. Jangan lupa PKS seterusnya untuk bulan Mei pada 6 Mei di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Dengan topik ‘Penyusuan Susu Ibu untuk Ibu Bekerjaya’.
Advertisements

PKS Titisan Emas WPKL & P- 1 April 2012

Berdebar pula menghitung hari untuk aktiviti Titisan Emas (KSPSI WPKL & P) yang bakal diadakan di Taman Tasik Perdana pada hari ahad ni. Aktiviti PKS untuk kawasan KL ini akan bertempat di Taman Tasik Perdana. Maklumat mengenai PKS seperti dibawah:

Topik: Persediaan Penyusuan Menjelang Kelahiran

Tarikh: 1 April 2012
Masa: 9-10am
Tempat: Taman Tasik Perdana
Tempat dimana kita akan berkumpul adalah dikawasan permainan. Terdapat sebuah gazebo seperti didalam gambar dibawah. Untuk makluman, taman permainan ini terletak paling hujung sekali di Taman Tersebut.




Peace y’all! Kita jumpa disana yaa! πŸ™‚

Aktiviti PKS Titisan Emas 2012


Alhamdulillah, projek Perjumpaan Kumpulan Sokongan (PKS) Titisan Emas KSPSI WPKL & P telah pun mendapat kelulusan di peringkat JKWP KL&P dan akan bermula pada bulan April. Dengan ini saya ingin mewarkan-warkan jadual PKS untuk sepanjang tahun 2012. Semua di jemput hadir untuk sama-sama memeriakan aktiviti PKS ini.



Jadual Perjumpaan Kumpulan Sokongan 2012


April
Topik: Persediaan Penyusuan Menjelang Kelahiran
Tarikh: 1 April 2012
Masa: 9 pagi – 10 pagi
Tempat: Taman Tasik Perdana

Mei
Topik: Penyusuan Susu Ibu untuk Ibu Berkerjaya
Tarikh: 6 Mei 2012
Masa: 9 pagi – 10 pagi
Tempat: Taman Putra Perdana

Jun
Topik: Mengendalikan Penyusuan Susu Ibu Sepanjang Bulan Ramadan
Tarikh: 3 Jun 2012
Masa: 9 pagi – 10 pagi
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa

Julai
Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu
Tema: Memahami Masa Lalu, Merancang Masa Hadapan (Understanding the Past, Planning the Future)
Tarikh: 14 Julai 2012
Masa: Akan diumumkan
Lokasi: Akan diumumkan

September
Topik: Menangani Situasi ‘Biasa’ dalam Penyusuan
Tarikh: 9 September 2012
Masa: 9 pagi – 10 pagi
Tempat: Taman Putra Perdana

Oktober
Topik: Menguruskan Cabaran dan Menangani Mitos dalam Penyusuan
Tarikh: 7 Oktober 2012
Masa: 9 pagi – 10 pagi
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa

November
Topik: Menguruskan Rutin Harian Sepanjang Penyusuan
Tarikh: 4 November 2012
Masa: 9 pagi – 10 pagi
Tempat: Taman Putra Perdana

Disember
Topik: Bercerai Susu dan Nutrisi; Terokai ‘Bercerai Susu secara Alami’
Tarikh: 2 Disember 2012
Masa: 9 pagi – 10 pagi
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa

Nota lokasi:
Taman Tasik Titiwangsa: Gazebo taman permainan, bersebelahan Restoran Nelayan.
Taman Putra Perdana: Bersebelahan Hotel Shangri-La (di atas bukit, bulatan tengah Presint 1).
Taman Tasik Perdana: Berhampiran taman permainan utama

Mesyuarat di JKN WP

Pada sabtu haritu saya menghadiri mesyuarat bersama dengan para PZM JKN Wilayah Persekutuan & Putrajaya bersama-sama rakan-rakan seperjuangan untuk aktiviti penyusuan yang seterusnya.

Pertama kali saya ke sini.

Kata-kata dan ucapan pembukaan daripada Ketua Penolong Pengarah Pemakanan JKN WP, Puan N0r Azah kepada semua peserta Mesyuarat.

Tekun mendengar pembentangan oleh PZM di slide presentation, kih kih!

Setelah selesai mesyuarat sedikit jamuan makan tengahari disediakan untuk kami semua. Yang menarik perhatian saya setiap menu hidangan diberikan maklumat kandungan kalori. Wah terus saya ‘berhati-hati’ dengan pengambilan saya, hihi!

Jadi berapa banyak kalori yang boleh kita ambil dalam sehari terutamanya bagi ibu-ibu menyusu?

While nursing, you should not consume less than 1500-1800 calories per day, and most women should stay at the high end of this range. Some mothers will require much more than this, but studies show that going below this number may put supply at risk. -Kellymom

Per Breastfeeding and Human Lactation (Riordan, 2004, p. 438), “The amount of energy needed by lactating mothers continues to be debated. The lactating mother need not maintain a markedly higher caloric intake than that maintained prior to pregnancy: in most cases, 400-500 calories in excess of that which is needed to maintain the mother’s body weight is sufficient.”

Sekitar SGM-8: "Weaning: Four Chambers of the Heart"

Lama dah berlalu, tapi baru nak update juga, hihi!. SGM Susuibu yang berlangsung pada 25 September yang lepas mencatat sejarah. Sejarah apa yer? Sejarah jumlah kedatangan yang paling sedikit kali ini. Hanya 7 orang sahaja yang datang. Lima orang dari kalangan PC MBfPC termasuklah saya dan juga seorang pasangan suami isteri yang baru pertama kali menyertai SGM. Mungkin kerana minggu itu waktu orang yang masih lagi dalam mode rumah terbuka disana-sini agaknya.

Pada mulanya SGM yang hampir hendak kami batalkan dan ditukar kepada acara chit-chat dan makan-maka sahaja terpaksa kami teruskan juga kerana terdapat peserta yang baru pertama kali menyertainya.

SGM Susuibu.com yang ke-8 kali ini dikendalikan oleh saya kali ini dengan topik ‘Weaning: Four Chambers of the Heart‘. Topik kali ini membincangkan tentang proses Cerai susu.

Apakah yang dimaksudkan dengan Weaning atau Cerai susu ini?

The weaning process begins the first time your baby takes food from a source other than your breast – whether it’s formula from a bottle or mashed banana from a spoon. Weaning is the gradual replacement of breastfeeding with other foods and ways of nurturing”, Kelly Bonyata, IBCLC.

Proses cerai susu ini juga boleh dilakukan mengikut kehendak bayi itu sendiri yang dinamakan Baby-led Weaning.

Baby-led weaning (often also referred to as BLW) is a method of gradually weaning a baby from a milk diet onto solid foods. It allows a baby to control his solid food intake by self-feeding from the very beginning of the weaning process”. Wikipedia.

Dari apa yang kami kongsikan semasa perjumpaan, perbincangan mengenai proses cerai susu ini lebih banyak difokuskan pada 2 kategori;

1. Proses bercerai susu setelah anak menjangkau usia tertentu. Cth: setelah dua tahun dan sebagainya.
Ramai yang berkongsi mengenai bagaimana mereka melalui proses tersebut, bagaimana keadaan emosi yang dirasai oleh kedua-dua ibu dan bayi dan tips-tips tentang bagaimana mereka melalukan proses tersebut.

2. Proses memperkenalkan makanan pejal kepada bayi setelah berusia 6 bulan..
Isu ini juga masih menjadi topik kegemaran terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi yang bakal melangkah ke alam makanan pejal pula, termasuklah saya, hihi! Bagi saya, setiap anak adalah satu proses pembelajaran yang baru.

Ramai juga yang berkongsi tip-tip mengenai pengenalan makanan pejal sewaktu anak masih bayi lagi walaupun rata-rata kesemua yang hadir, anak-anak sudah pun 2tahun lebih. Diantara yang boleh saya kongsikan adalah mulakan dengan pemberian bubur kosong, puri buah atau makanan-makanan lain yang sesuai.

Berbanding jika kita mulakan dengan makanan ‘segera’ yang telah diproses seperti nestum, puri dalam botol dan sebagainya. Sebagai contoh, bayi susu ibu lebih mudah menerima makanan ruji kita kerana mereka telah pun merasa semua itu melalui susu ibu kerana ibu setiap hari mengambil nasi sebagai diet seharian. Dan begitu juga lah sebaliknya jika kita mulakan dengan makanan bayi yang tersedia dipasaran, kerana ibu sendiri tidak selalu memakan makanan itu juga.

Selain daripada itu, ada juga yang berkongsi tip tentang penyedian makanan untuk bayi, makanan-makanan yang sesuai dan boleh diberi kepada bayi dan sebagainya. Kuantiti makanan juga sering menjadi persoalan iaitu berapa banyak yang bayi perlu ambil dan sebagainya. Bagi saya, ianya berbalik semula kepada kehendak bayi itu sendiri juga.

Melalui pengalaman saya dahulu dengan azri, anak saya tidaklah ‘betul-betul makan’ sehingga dia berusia 8-7 bulan. Pada awal pengenalan makanan, dia lebih untuk merasa dan bermain makanan itu dan bukan makan untuk kenyang pun. Satu sudu yang diberikan pun belum tentu masuk betul-betul kedalam mulut πŸ™‚

Dan banyak lagi lah yang dikongsikan, boleh baca laporan penuh yang disediakan oleh saudari Ain di Susuibu,com πŸ™‚

Alhamdulillah, berlangsung juga SGM ke-8 yang hampir-hampir tak jadi ini, hihi! Terima kasih Puan shida dan suami encik Amin beserta anak-anak yang baru pertama kali menyertai SGM pada kali ini. Semoga mendapat manfaat dari perkongsian yang diberikan.

Jangan lupa untuk menyertai SGM yang ke-9 pada 30 Oktober 2011 dengan topik ” How Breastfeeding Affects Mothering”

Aktiviti Penyusuan Susuibu sepanjang bulan Julai

Bulan ini banyak juga aktiviti-aktiviti penyusuan susuibu yang bakal diadakan terutamanya sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang akan berlangsung pada 1-8 Ogos 2011. Tapi oleh kerana pada bulan 8 tu dah masuk bulan puasa, kebanyakan aktiviti dianjakkan lebih awal lagi.


Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) dengan kerjasama PUSPANITA Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengadakan Sambutan Hari Susu Ibu tahun 2011 :

Tarikh : 16 Julai 2011
Tempat : Kompleks 3C, Bandar Sunway (Pusat Perkembangan Kanak-
Kanak)
Masa : 8.30 pagi – 1.30 tengahari

Aturcara Majlis :

8.30 Pagi – Ketibaan Para Jemputan

9.00 Pagi – Ceramah tentang kebaikan susu ibu kepada anak, ibu dan komuniti

10.00 Pagi – Pertandingan Mengendong Bayi

10.30 Pagi – Pertandingan Bayi merangkak kepada Ibu

10.45 Pagi – Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu

11.15 Pagi – Ketibaan Dif-Dif Kehormat

11.30 Pagi
– Ucapan Alu-Aluan oleh:Presiden Puspanita MPSJ
– Ucapan Alu-Aluan dan Tema Penyusuan oleh:
β€œChief Knowledge Officer of Nurturing Concepts Sdn Bhd”, Puan Nor Kamariah Binti Mohamad Alwi
– Ucapan Perasmian oleh:Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Y.B Hannah Yeoh

1.00 Tengahari
– Penyampaian pemenang Bayi Merangkak kepada Ibu
– Penyampaian pemenang Mengendong Bayi
– Penyampaian pemenang Fesyen Ibu Menyusu
– Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya

1.30 Tengahari – Majlis bersurai

**Pada yang berminat untuk menyertai pertandingan yang diadakan seperti diatas, boleh email kepada puan wannorashi di wannorashikinamran@gmail.com

————————————————————————————

Jom kita meramaikan perjumpaan kumpulan sokongan Penyusuan Susu ibu (SGM) yang ke-6 pada kali ini seperti SGM yang lepas2. Tajuk kali ini adalah The Normal Course of Breastfeeding.

Tarikh: 24 Julai 2011
Lokasi: Tasik Cempaka, Bangi
Waktu: 9pagi-10pagi
Konsep: Pot Luck (sapa2 yang datang silalah bawa juadah yer)

Semua dijemput untuk menghadiri perjumpaan sesi perkongsian kumpulan sokongan ini beramai-ramai. Bagi yang ingin hadir, sila lah update kedatangan dan menu pot luck di forum susuibu.com

————————————————————————————
Aturcara program:

10-10.30am: Ucapan alu-aluan pengerusi.
: Perasmian Majlis
: Persembahan kanak-kanak tadika.

10.30-11.ooam : Ceramah (1)
“Breastfeeding, anywhere, anytime”
(Penyusuan susu ibu dimana-mana dan pada bila-bila masa)
Penceramah: Dr Hairin Anisa Bt Tajuddin

11.00am-12.00pm : Pertujunkan fesyen pakaian ibu menyusu dari Butik Ibu & Anak.
: Demonstrasi ;Babywearers’ oleh Puan Norashida Abd Rahman.

12.00pm-12.30pm : Pertandingan bayi comel & pintar
(Penyertaan dari anak peserta)
Pertandingan Menukar lampin bayi
(Penyertaan dari peserta lelaki/suami peserta)

12.30pm-2.00pm: Persembahan video
Lawatan gerai & makan tengahari

2.00pm-3.00pm: Ceramah (2)
Formula milk increases infant mortality, Breastmilk is the savior
(Susu formula meningkatkan kadar kematian bayi, susu ibu adalah
penyelamat.)
Penceramah: Puan Siti Mariam Bt. Ali

3.00pm-3.45pm: Meet the counselors session, Ask anything about breastfeeding.
Kaunselor: Puan Che Aini Abd Razak
Dr. Faridah Idris

3.45pm-4.45pm: Penyampaian Anugerah “Ibu contoh penyusuan susu ibu esklusif”
Penyampaian Hadiah Pertandingan.
Cabutan bertuah.

4.45pm-5.00pm : Minumm petang & bersurai.

***Sesiapa yang berminat nak menyertai program ini boleh download form disini.

Laporan SGM ke-6: There’s a new baby in your life

Alhamdulillah berlangsung sudah sesi perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan Susuibu yang ke-6 anjuran Susuibu.com yang berlangsung di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Dengan topik pada kali ini ‘There is a new baby in your life’.

SGM pertama yang saya hadiri selepas habis berpantang. Kira-kira sesi ‘warm-up’ untuk segala aktiviti penyusuan yang akan saya sertai semula selepas ini, insyallah! Seronoknya.

Dah lama tak jadi Moderator kumpulan, kali ini baru nak praktis panaskan enjin semula. Rasa macam kekok-kekok pun ada sebab bawa sekali si izzet yang kejap-kejap hok-hek. Mencabar juga lah sebab dulu kalau datang SGM solo sahaja, hihi!


Sesi perkongsian oleh ibu-ibu yang berada dalam kumpulan saya. Paling jauh, puan Mai dan puan jaja yang datang dari Banting dan juga Klang. Itulah yang dipanggil semangat untuk berkongsi dan bertukar cerita tentang penyusuan susu ibu, jarak bukan penghalang, cewaahh!

Kumpulan kedua yang di kemudikan oleh Puan Kamariah.

Perbincangan kumpulan kami dimulakan dengan perkongsian oleh setiap ahli tentang pengalaman sewaktu kelahiran cahayamata khususnya dari perspektif penyusuan susu ibu. Dimana, semuanya berkongsi tentang pengalaman penyusuan sewaktu diawal-awal kelahiran, ketika waktu berpantang dan penyusuan secara ‘tanderm’.

Apa yang dapat disimpulkan dari hasil perbincangan dalam kumpulan kami adalah:

1. Persediaan mental & fizikal tentang penyusuan dari sebelum bersalin.
Ibu-ibu harus mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan dengan penyusuan dan maklumat yang berkaitan sebagai persediaan untuk memulakan penyusuan sejurus selepas kelahiran. Membaca artikel-artikel berkaitan penyusuan, mengikuti kelas-kelas penyusuan, menghadiri perjumpaan kumpulan sokongan dan sebagainya sejak dari kehamilan sebagai persediaan ‘What to expect’ dalam penyusuan ini.

2. Pilihan hospital yang menggalakkan dan mempraktikkan penyusuan susu ibu.
Pilihan hospital turut memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan penyusuan sesorang ibu tersebut. Ini kerana bagi ibu-ibu baru khususnya yang tiada informasi yang tepat mengenai penyusuan susu ibu dan ditambah lagi dengan hospital dan kakitangannya yang tidak mempraktiskan penyusuan susu ibu akan memburukkan lagi peluang ibu-ibu untuk memulakan penyusuan.

3. Waktu berpantang.
Meminta ahli keluarga khususnya suami untuk membantu ibu yang sedang berpantang supaya ibu dapat memberi lebih perhatian kepada bayi yang baru lahir, tidak stress dan seterusnya dapat membantunya meneruskan penyusuan dengan lebih tenang. Terutamanya jika ada anak-anak yang lebih besar yang perlu diuruskan, suami dan ibu/ibu mertua dapat membantu melayani karenah anak-anak yang lain.

4. Penerimaan anak &Penyusuan serentak (Tandem Nursing).
Ada juga persoalan yang diutarakan bagaimana reaksi anak-anak yang lain ketika menerima kehadiran bayi yang baru lahir kedalam keluarga. Rata-rata dari cerita ibu-ibu yang berkongsi mengatakan perubahan tingkah laku anak yang lebih tua yang menjadi lebih cerewet dan ingin perhatian yang lebih sejak dari mengandung lagi. Kemungkinan, faktor perubahan fizikal (perut semakin membesar) pada ibu yang dilihat oleh anak tadi yang menyebabkan anak tadi kurang selesa ditambah pula emosi ibu hamil yang kadang-kala lebih stress dari biasa. Adakalanya ada dikalangan ibu yang mempunyai anak yang masih lagi menyusu sewaktu mendapat cahaya mata yang seterusnya dan terpaksa mengawal karenah anak tua yang berebut-rebut ingin menyusu tatkala melihat si adik tadi menyusu πŸ™‚

3. Sokongan dalam penyusuan
Sokongan daripada ahli keluarga terutama suami sangat penting dalam membantu menjayakan penyusuan oleh ibu-ibu. Selain daripada itu, ibu-ibu juga perlu tahu bahawa adanya kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan yang terdiri daripada kakitangan hospital mahupun kumpulan-kumpulan penyusuan NGO yang boleh membantu mereka secara terus-menerus sekembalinya dari hospital.

**Jom ke SGM seterusnya bulan depan πŸ™‚

Jom ke SGM Susuibu.com ke-6


Assalammualaikum semua,

Jom kita meramaikan perjumpaan kumpulan sokongan Penyusuan Susu ibu (SGM) yang ke-6 pada kali ini seperti SGM yang lepas2. Tajuk kali ini adalah There’s a New Baby in Your Life.

Tarikh: 26th Jun 2011
Lokasi: Tasik Cempaka, Bangi
Waktu: 9pagi-10pagi
Konsep: Pot Luck (sapa2 yang datang silalah bawa juadah yer)

Tajuk yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama terutama yang baru mendapat cahaya mata yang pertama dan seterusnys dan sudah tentu mempunyai pelbagai persoalan dan pengalaman yang ingin diaju & dikongsi bersama. termasuklah saya

Semua dijemput untuk menghadiri perjumpaan sesi perkongsian kumpulan sokongan ini beramai-ramai. Bagi yang ingin hadir, sila lah update kedatangan dan menu pot luck di forum susuibu.com

Jom ke SGM Susuibu.com ke-4


Wah, mentang-mentang saya dah ‘merdeka’ lah katakan. Jika sempat (belum bersalin lagi) saya akan ke perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu (SGM) Susuibu.com pada hari ahad ini. Ini SGM pertama bagi tahun 2011 yang baru saya dapat pergi setelah terlepas beberapa kali kerana terpaksa berehat dirumah.

Butiran mengenai SGM kali ini adalah seperti berikut:

Topik: Improving Family Nutrition
Tarikh: 24 April 2011
Tempat: Tasik Cempaka, Bangi
Waktu: 9pagi-10pagi
Makan&minum: Pot Luck

Tiada bayaran dikenakan. Semua dijemput hadir ke sesi perkongsian ini, lebih ramai lebih banyak yang dapat kita kongsikan bersama. Sesiapa yang berminat boleh update kedatangan kalian dan juadah yang hendak dibawa bersama disini.

Laporan SGM8: Weaning Process-Baby Led Weaning

Ahad lepas berlangsungnya SGM ke 8 Susuibu.com dengan topik yang dibincangkan kali ini adalah mengenai “Weaning Process-Baby Led Weaning”. Alhamdulillah, cuaca pada kali ini, tidak mendung dan juga panas. Kebanyakan ibu-ibu yang datang berpakaian mengikut tema iaitu warna kelabu.
Ini adalah sesi perbincangan kami yang diketuai oleh Puan MOD Hanidah. Acik selaku MOD pencen sahaja disana, wakaka! Banyak juga yang dibincangkan mengenai topik ini, bermula dari perkongsian pemahaman mengenai topik ini, perkongsian pengalaman dan tidak lupa juga kepada perkongsian kepada mencari penyelesaian kepada ibu-ibu yang sedang mengalami proses ini.

Yang ini pula ada kumpulan kedua yang diketuai oleh Puan MOD Ajui. Kumpulan ini banyak ibu-ibu baru yang pertama kali menyertai SGM ini berbanding kumpulan kami yang kebanyakan terdiri dari ibu-ibu yang lama dan telah mengenali satu sama lain πŸ™‚

Ini pula kumpulan bapa-bapa yang dikendali oleh PC Ajwad buat pertama kalinya. πŸ™‚


Perkara WAJIB sebelum selesai, hehe!. Alhamdulillah, SGM kali ini tetap meriah, dengan juadah pot-luck yang lumayan yang sampai bertapau-tapau. Oleh kerana saya dah jadi MOD pencen, saya telah bertukar ke profession baru kali ini iaitu sebagai AJK Tapau..hehe! Insyallah, jika tiada aral, kita berjumpa lagi di SGM yang terakhir untuk tahun 2010 ini bulan depan dengan topik “Educating People Around Us on Breastfeeding“.

Seperti biasa, sejak badan acik berhormon memanjang ni, memang lemau dah nak menulis panjang-panjang ni. Untuk pelbagai lagi laporan dan tip-tip mengenai topik ini sila lah berkunjung ke blog rakan-rakan lain yang menghadiri SGM pada kali ini yer seperti :

1. http://sweetstory.yuitsumuni.com
2. http://ezurin.blogspot.com
3. http://amsyarwafiq.blogspot.com