Category Archives: Bag

Beg Make up mini bergulung

Setengah hari saya dok mengadap nak siapkan benda ini. Semalaman saya google DIY bag untuk tempat cloth wipes saya. Saya memang dah terbayang nak buat ala-ala poket dan gulung2 gini yang dipanggil roll bag tapi tak tahu nak buat bagaimana. Akhirnya saya jumpa tutorial cara hendak membuat mini makeup roll bag disini. Terus test power dulu buat beg ini untuk dapat gambaran yang bagaimana.

 Terus saya punggah balik fabric scraps yang saya simpan. Ada yang lebih kain-kain dari projek jahitan saya dan ada juga yang kawan-kawan bagi juga. Oh saya suka simpan perca-perca kain sebab berangan satu hari nanti saya dapat buat seperti dibawah ini..

(Gambar dari Google Pic)

Antara projek jahitan idaman saya..(bila tahun la berkesempatan nak buat quilt gini..huhu!)

 Saya gunting 8 keping kain berukuran 2.5″x5″..

 Untuk poketnya pula 4 keping berukuran 2.5″x3.5″..Kemudian cantum lah kesemua kain tu satu-satu. Selebihnya boleh tengok tutorial beg ini dilink yang saya pautkan diatas. Tak sempat lah nak snap-snap satu-satu..huhu

Yeayy, suka hati percubaan pertama berjaya tanpa salah-salah (Stok selalu tak berjaya ikut tutorial orang untuk pertama kali, ada je silapnya..huhu!). Ok next!………. 🙂

Beg Jerut? (Beg uncang)

Hasil percubaan membuat drawstring bag daripada tutorial di internet tempoh hari bertambah syiok pulak untuk mencuba membuat beg uncang lagi. Motif sebenar adalah untuk menghabiskan lebihan kain dan kain-kain yang tidak berjahit, hihi!


Lebihan kain yang ada.

Saya tiru juga cara untuk membuat beg uncang dari dalam buku ini, terutama bahagian yang nak buat lebihan (kepala) pada atas kain tu supaya bila talinya dijerut nampak kedut2 macam bunga sedikit dibahagian atas. Dalam buku ini dipanggil beg jerut, heh!

Tadaa, sudah jadi. Berukuran 15″ (T) x 13″ (L). Boleh lah letak bra & panties, telekung etc. Ada yang berminat? saya nak letgo RM15 sahaja. Ada 2 pc. E-mail saya di hayatiehashim[a]yahoo.com 🙂

Simple Mini Pouch Beg

Mari kita buat sendiri Mini Pouch Bag yang simple.

Tadaaa, siap dah!Kalau guna fabrik jenis Net, boleh buat Air Dry Pouch untuk letak breastpump parts, bottles etc 🙂

Saya ikut dari video tutorial ini..

Selamat Mencuba!

Sudah tebus

Hadiah percuma dari GNC telah pun saya tebus di The Mines. Saya telah register 3 nama termasuklah nama encik suami dan ibu saya sekali. Opkos mestilah ado akaun Facebook ye dak, kalau tidak macam-mana nak register. Sebab bila nak redeem hadiah tu mesti letak nombor IC setiap sorang.
Saya tebus sling bag dengan taut bag di The Mines. Oklah, sapa nak bagikan hihi!. Nak free gift punyal pasal, hihi! Taut beg tu comel je rupanya sesuai lah letak barang-barang yang kecil macam make-up ke.


Tinggal satu lagi voucher je saya belum tebus sebab kena tebus kat Leisure Mall, cheras. Yang ni saya silap sebab first-first register saya tak perasan ada pilihan penebusan dekat The Mines juga, huhu! So jumlah kesemuanya dapatlah 3 beg (sling beg merah & biru dan Taut Beg Gold).

**Stok jaki sebab jarang dapat hadiah percuma, huhu!

Sling Bag Alfio Raldo

Akhirnya ku dapat juga sling yang ku berkenan dihati. Mesti maryaaa geli-geli baca entri ni. Pasal sling bag pon nak post, hihi. Ku dah lama nak cari sling bag, tapi kebanyakkannya ku tak berkenan. Kalau ada yang berkenan pon, mahal la pulak. Hari ni ku jumpa maryaaa pasal nak ambil barang untuk projek ku, hihi!(pssttt) di butik AR kawan die kat bangi. Ternampak lah plak sling bag tu, terus ku ter-rachun nak beli..eheh! Sekali tengok ada macam design Le Sport Sac kan..yang tu memang cun2. Ku kecur nak beli tapi apakan daya, mengigils ku nak beli. Sling die je dah beratus beb! Tapi design AR ni pun cun juga. Harga pun ok, RM26 je korangss! Yeay, eksaited siotss, tak sabar nak rasmikan!amyatie, jangan mu kecur yer!hihi!…