Category Archives: Babywearing

Sewa baby carrier

Sekadar ingin berkongsi maklumat mengenai babywearing…

Wrap? MT? Pouch? SSC?Tak tahu yang mana satu yang serasi dengan anda? Apa kata kita test drive dulu satu-satu. Pada yang pening-pening tak tahu mana satu jenis babywearing apa yang sesuai yang hendak dibeli, maklumlah satu tu pun bukan murah-murah anak kan, hihi! Boleh sewa pelbagai carrier seperti dalam gambar diatas untuk permulaan.

Jemput masuk ke dalam group Facebook Malaysian Babywearers 🙂

Advertisements

Solat sambil mengendong bayi

Saya dapat ni salah seorang ahli yang mengongsikannya fi FB Malaysian Babywearers. Cara-cara untuk menunaikan solat walaupun terpaksa mengendong anak. Mungkin kalau kita juga boleh pakai SSC atau RS kan. Tiada yang mustahilkan. Solat itu fadhu! 🙂

Namun saya belum pernah lagi solat sambil mengendong anak lagi. Tahap terdesak pun saya akan letak izzet dalam walker, pastu solat dan dia akan menggapai-gapai telekung lah, tarik sejadah lah..huhu!
🙂

DIY Wrap?

Kebetulan saya mengemas kain-kain yang belum berjahit didalam almari, ternampak pula kain cotton IKEA stripes yang saya beli cadangkan nak buat bed-sheet tapi belum terbuat lagi. Bila dibentangkan tiba-tiba rasa nak menge-wrap pula, hihi! (Yang hitam tu bakal di buat Mei Tai)..
Saya memang kurang gemar dengan babywearing jenis wrap. Lebih prefer SSC sahaja. Saje je nak mengetest skil menge-wrap saya, hihi! Takda wrap, jadi dapat kain ela ni pun jadi lah!
Jom kita membalut…

Ruck sack high back carry. Kalau nak buat cara ini kena letakkan baby kebelakang dengan kaedah ‘hipscoot‘ atau ‘superman toss‘. Kalau tak reti juga, mintalah encik suami tolong letakkan, hehe!. Video untuk cara Rucksack carry ini adalah seperti dibawah. Cuma saya tak buat tibetan tie sahaja macam dalam video tu.

Yang ini pula Double Hammock back carry. Bezanya dengan Rucksack, double hammock di balut sekali dengan badan ibu kat belah depan tu,er lebih kurang lah, hihi!. Untuk video cara Double Hammock adalah seperti dibawah:

Amacam, boleh cuba back carry pula? 🙂

Kalau front carry mesti ramai dah tahu kan! Lebih kurang macam gambar diatas ni, yang ini pocket wrap cross carry. Waktu ini izzet baru 4 bulan. Saya guna DIY wrap jenis jersey tapi stretchy lah kalau baby berat tak berapa sesuai. Nanti melendut bila lama-lama.

Yang ini pula front wrap cross carry. Sesi test-drive wrap bebe sachi kat MBW mini meet-up Tasik Cempaka.


*** ok, dah-dah! Jangan nak berangan buat wrap pulok dengan kain ini. Ianya harus menjadi cadar hokeh! 🙂

*** Erk, tapi macam teracun nak sambar satu toddler wrap, ooopss! (T____T)

MBW Mini Meet Up

Pagi ahad 27/11 saya merajin-rajinkan diri mini meet-up Malaysian Babywearers (MBW) di Tasik Cempaka, bangi. Jarang sebenarnya saya pergi perjumpaan BW nih. Kali ini saje je nak ‘meracun-racunkan’ diri sendiri, hihi! Layan je lah gambar-gambar sepanjang hari kejadian, kih kih!

Eh, macam kenal je budak ni. Model cilik ‘paksa-rela’..hahaha!-Rucksack carry.

Muka minta belas ehsan dah ni, hehe!
Pelbagai jenis Wrap. Nampak je sempoi nih tapi kebanyakan harganya lebih daripada RM500 ++ huhu!

Pelbagai jenis SSC yang ada; Beca, Bamberoo, Kinderpack, Boba, Kanga etc.

Sesi acik pulak men-test drive apa yang sempat yer, hehe! Ni SSC Kinderpack.

SSC Kanga

Sesi menerai Wrap (Bebe Sachi) pula-Front Wrap Cross Carry

Sempat beli juga Promo Card MBW, bagi je kat sesiapa yang mungkin berminat untuk ber-BW. Kalau ada yang berminat boleh beli dengan mengemail malaysianbabywearers@gmail.com 🙂

Mujur tiada apa yang dapat meracun saya hasil dari sesi test-drive tadi. Saya memang kurang minat dengan Wrap. Cuma yang aura nak jahit Mei Tai saya yang berkobar-kobar datang semula. Baru dapat ilham lah katakan, hihi!

DIY: Mei Tai (MT)

I’ll guess my hobbies towards babywearing goes backward again, hehe! Tak tahu la kenapa lately ni i am more toward lighter and less bulky carrier. Oh when it comes to lighter and less bulky carrier just forget pouch and ring sling. Saya memang tak larat guna one-shoulder sling lagi sebab anak-anak memang kategori yang semangat-semangat, alhamdulillah.

Drooling dengan MT-MT yang cantik-cantik di website tapi kali ini saya dah tak boleh spend over lagi dengan BW gadjet dah! So i decide to make my own MT. Starting from googling pattern MT from internet lepas tu survey suitable fabrics for making MT. Slowly constructing it day and night, hahah!

Here’s what it looks like..,

Cuma takda Hood/headrest je.

X-box stitch di setiap sambungan straps for safety.

Now, MT in action, hihi….

Sempat juga bawa gi jalan-jalan di Jusco.


Pattern serta body panel totally saya ikut from this site. Saya tak customize ikut selera saya dahulu kerana saya bimbang tak jadi at all. So adalah lebih baik saya buat, pakai dan rasa. Kemudian baru saya tahu tang mana saya nak adjust semula, hihi!

Hood pun saya tak buat (tak sabar nak terai sebenarnya!). Ada beberapa improvement yang perlu dibuat dengan MT ni, shoulder straps yang lebih panjang. Untuk size saya, memerlukan sekurang-kurangnya 2.25m-2.5m. Kalau tidak saya tidak boleh ikat secara lexi twist sebab tak cukup panjang sebenarnya. (Gambar yang ada straps cross di belakang izzet tuh). Dan pattern body panel yang lebih menarik.

So for the next MT, ingat nak try buat MT ala-ala inspired by Melkaj, cantik kan? Drooling lagi!

To letgo: Pognae SSC

Nak letgo..taknak letgo..nak letgo..taknak letgo. Waduh berkira2 nak letgo SSC Pognae ni. Really love those army prints! Kalau saya letgo ni dah takda lagi army print dalam koleksi (wah koleksi sgt!). Beli on July last year tapi rarely use sebab ada satu lagi. Cuma teruja bila tengok azri dalam tu. Most of the time encik suami yang pakai, tapi dia pun jarang pakai sbb kami PJJ kan..uhukk!

Sold!!

Roll off front body part for air flow behind baby’s back, leaving mesh fabric inside.

Any takers? E-mail me at hayatiehashim[at]yahoo.com

IBW 2011@Alamanda Putrajaya

Ahad lepas saya dan anak-anak (wah, saya nak anak-anak lagi!) ke Alamanda kerana ada aktiviti Babywearing walk sempena Sambutan Minggu Mengendong Bayi/International Babywearing Week 2011.
Apa yang dilakukan disana? Aktiviti ‘babywearing walk’ secara santai beramai-ramai di sekitar Alamanda. Tak lama mana pun, lebih kurang dalam setengah jam sahaja. Kemudian aktiviti bergambar beramai-ramai.

Sangat seronook dapat berjalan beramai-ramai sambil masing-masing membuat perkara yang sama juga iaitu mengendong bayi. Teringat juga masa program Breastfeeding di KLCC dulu.

Harus orang ramai tertarik perhatian ke arah kami yang kesemuanya mengendong anak dengan pelbagai stail, hihi!


Selain berjalan, bila sekali-sekala berjumpa dengan rakan-rakan susuibu pula haruslah tak berhenti bercakap ye tak!

Saya takda kamera, kebanyakan gambar saya ambil dari FB rakan-rakan. Jom layanzz gambar-gambar candid sepanjang aktiviti disitu…


Hobi baru izzet iaitu menghisap strap ini sampai lencun. Selalu saya balut tuala je, huhu! Ni yang nak buat drool pad ni kat straps tu.

Posing jangan tak posing yer!

Pic courtesy from album photo Sis Roshilla :))

Happy Babywearing Week

Minggu ini adalah Sambutan minggu Mengendong Bayi sedunia atau Babywearing week bermula dari 10 – 16 oktober 2011 ini. Tema sambutan Babywearing week ini adalah “A World of Possibilities’.

Ada pelbagai jenis carrier yang ada dipasaran. Tetapi tahukah kita bahawa kebanyakkan carrier yang terdapat dipasaran kita ini adalah kurang sesuai terutamanya kepada perkembangan bayi terutama kepada tulangnya. Ini kerana kebanyakan carrier yang terdapat dipasaran atau yang sering kita lihat adalah jenis ‘Crotch Carrier’ (seperti gambar sebelah kiri dibawah).

Perbandingan diantara Crotch Carrier (kiri) dan juga Ergonomic carrier (kanan)

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=290017177678089&set=o.109421635766072&type=3&theater

Sudah pasti kita sering melihat bayi-bayi yang sering dibawa dalam carrier seperti ini, didalam posisi ‘leg dangling’ dimana berat bayi ditampung sepenuh di bahagian crotch dan ini sekaligus memberikan tekanan terutama kepada perkembangan tulangnya. Berbanding dengan carrier disebelah kanan, berat bayi ditampung secara sama rata pada bahagian punggung dan ini mengurangkan tekanan pada bahagian tulangnya.

Leg Position

The baby sling should be manufactured to allow the baby’s legs to be up at least at a 90% angle, more if possible. This legs-up position provides the most support. In order to achieve this position, stretching of the baby’s legs must be inhibited by another cover or by the crotch base. The cover runs between the baby’s thigh and along the buttock of the child, and should be wide enough to reach into the popliteal fossa, the hollow or back of the knee.

Sumber: http://www.storchenwiege.com/babycarrierresearch.htm


Saya pun mula berjinak2 untuk mengendong bayi ini bermula dengan sling murah yang saya beli di Giant RM12 je tak salah, masa tu malas sungguh nak usung stroller ke sana ke sini. Saya lebih senang nak dukung je baby terus, tapi dukung lama2 mesti lenguh kan, jadi saya beli lah sling murah tu, tapi lama2 sakit bahu pula sebab jenis sling yang tak berapa support bahu.
Sebab tak tahan guna sling diatas itu saya bertukar kepada pouch sling. Tapi tak lama juga guna, bila azri dah semakin memberat, saya dah tak tahan pressure pada bahu juga jika guna jenis yang ‘one-shoulder’ sling ni. Jadi saya pun bertukar kepada SSC.

SSC kesayangan Ergo, material yang diperbuat daripada organics cotton, sangat lembut! Harga pun ‘selembut’nya juga, hahaha!


Buckle Tai. Lebih kurang macam SSC tapi dia less-padded di shoulder and waist straps. Ala-ala Mei Tai tapi ada buckel je.

Wrap. Guna kain 5 meter je. Tapi tak pernah pakai bawa keluar, sebab izzet cepat berpeluh dan kain wrap ini agak panas sedikit, jenis jersey rasanya. Itu pun kawan yang bagi. 🙂

Mei Tai. Yang ni test-drive je tak beli pun. Alasan sebab malas nak ikat2. Tapi tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini saya dan cenderung nak ber MT pula. Mungkin sebab saya dah lebih berminat kepada carrier yang kurang berat berbanding SSC agaknya, huhu! Tapi kalau saya nak pun MT ni saya bertekad nak cuba jahit sendiri jer! 😛


Walaubagaimana pun dalam banyak-banyak gambar, gambar ini yang paling feveret! (^_^)

Happy Babywearing Week! 🙂

Soft Structured Carrier

Ramai yang tanya saya mengenai SSC ini atau nama yang lebih panjang dipanggil soft structured carrier. Ianya adalah salah satu jenis ‘babywearing gears’ selain daripada pouch, ring sling, wrap, mei tai dan sewaktunya dengannya. Apa-apa jenis pun adalah mengikut keselesaan dan kesukaan individu tersebut.
Bagi saya yang tidak reti ‘ber-ring sling’ ini selain daripada pouch, saya lebih gemar menggunakan SSC ni. Bagi yang tidak tahu SSC ini bagaimana, ianya masih diperbuat daripada fabrik juga (bodynya sama seperti mei tai) cuma ianya menggunakkan buckel seperti dalam gambar diatas.

Selain daripada itu, saya lebih gemar menggunakan SSC sebabnya suami saya pun boleh memakainya sekali. Kalau jenis RS atau pouch, encik suami agak keberatan nak memakainya, hihi!.

Selepas tak larat kendong azri dalam pouch lagi, saya terus beli SSC. Jenama pertama yang saya beli adalah Jumpsac. Kemudian, terjebak beli SSC yang kedua iaitu ERGO. Yang ni memang pembelian saya yang paling puas hati. Body panelnya diperbuat daripada fabrik organik cotton memang sangat lembut. Kemudian saya sambar juga SSC Pognae, sebab obsess juga dengan corak camo, hihi!

Jadi, bila dah ada baby ni, saya teringin pula nak cuba RS, memula tu teringin juga nak ber-wrap. Tapi saya dapat rasakan yang saya akan pakainya tak lama sebab saya dan anak-anak jenis cepat berpeluh, termasuklah lah baby baru ini, hihi! Konpem pakainya sekejap sahaja ditambah dengan cuaca yang asyik panas.

Kemudian saya beli lah RS, yang murah-murah je dulu nak cuba-cuba pakai. Tapi terjadi saya agak kurang pandai nak pakai untuk newborn ni. Nampak macam senang tapi terkial-kial, baru nak ejas-ejas, anak saya dah melalak pula. Sudahnya saya simpan semula.

Akhir sekali saya beli je infant insert. Saya tergerak nak beli selepas melihat video ini di youtube.

to ensure that their newborn is positioned correctly on the pillow, keeping pressure off the developing sacrum, and supports the development of the spine and hips

Mula-mula letakkan baby atas insert ni dulu. Kusyen yang ada dibelah bawah punggungnya bertujuan untuk mengurangkan pressure pada tulang belakang dan pelvik semasa bayi di letakkan didalam carrier tersebut.


Pastu terus zaaas bersiar-siar. Masa ni, izzet dah jaga, dia excited mendongak ke atas tengok lelampu bagai tu, tu yang nampak terlentok tu..

Kalau dia tidur, dia akan berposisi begini. Cozy kan?, hehe!

Kat mana saya beli semua ni? Ada dijual di tinytapir.com dan juga online store yang lain atau google search sahaja ‘soft structured carrier malaysia’ . Harap dapat menjawab persoalan wizana, fazidah dan hanum… 😉

Nak let-go

Sedang dalam mode nak meng-clearkan barang-barang yang tidak perlu lagi. Ada beberapa item yang saya nak letgo seperti berikut:

(Status: Learning without tears-Available, Expectant Dad’s survival Guide-Sold)

Item 1: Extra copy buku yang saya beli di BBW tahun lepas. Tajuk ‘Learning Without Tears’ yang beli RM8 sahaja. Tak termasuk pos yer. Yang sebelah tu dah takda.

(Status: Sold)

Item2: Ring sling Palm & Pond yang saya beli bulan lepas, kunun nak belajar2 guna. Tapi tak berjaya dan saya memang tak reti pakai tanpa tunjuk ajar orang, terkial-kial, hihi!Sudahnya saya tak pakai pun. Last2 saya guna SSC je lagi senang, beli infant insert. Saya beli tu RM69, saya nak letgo RM38 termasuk pos. 🙂

Siapa yang nak boleh email saya hayatiehashim@yahoo.com. Ok nak sambung sorting barang-barang lain hehe!