Category Archives: Apron

Ladies Apron-Red Retro

Siap juga tempahan apron ini. Ada yang berminat untuk menempahnya. Alhamdulillah, dapatlah duit poket sedikit. Harap-harap beliau menyukainya 🙂

 Warna tema yang dipilih adalah merah. Corak pilihan adalah abstrak. Hasil pencarian di Kamdar, saya tertarik dengan corak Red Retro jenis English Cotton Satin. Saya padankan dengan corak Polka Love jenis Japanese Natural Cotton untuk ruffles dan strapsnya.

 Pandangan belakang.

 Side pocket dengan matching cloth ribbon.
Bahagian dalamnya.
Terima kasih kerana sudi menempah! 🙂 ok next project pula! 😛
Advertisements

For sale: Apron kanak-kanak 3

Saya buat lagi apron kanak-kanak, Kali ini saya buat untuk corak boy pula. Sengaja saya beli lebih kain Polyester di Daiso tempohari. Kain Polyester ini bercorak animal zoo.
Untuk bahagian dalamnya saya padankan dengan lebihan kain English Cotton Polkadot saya.
 Model paksa-rela..Peace y’all!

 Bahagian tepi dan belakang. 

Ada yang berminat? RM25 sahaja. Uttuk postage, tambah RM4.50 untuk sampul pos ekspress yang besar, Jika berminat boleh e-mail saya di hayatiehashim@yahoo.com Cepat2, ada one piece sahaja ni 🙂

Apron kanak-kanak

Lama dah saya tak jahit apron untuk budak-budak ni. Beberapa hari yang lepas saya mendapat tempahan untuk buat apron kanak-kanak ni. Tengah-tengah jahit Pak Singer punya tali getah kat motor tercabut daa. Bergegas saya ke kedai untuk repair. Sampai dikedai, test2 tali putus kata, kalau ganti RM20. Lepas dah bukak rupanya talinya tergelincir. Jadi upah repair RM15, eh kalau ganti RM20, tak ganti pun RM15 kaa, hadoi malas nak cakap banyak, hulur je lah.
Kali ini saya tak guna PUL sebab rasa macam tebal je. Saya guna fabrik Polyester yang saya beli dekat DAISO yang siap2 potong tu 70cm X 110cm. So kira waterproof la apron kalau kena air ke baju tak basah. 🙂
Bahagian dalamnya saya gunakan kain cotton. Kebetulan saya ada lebih kain English cotton Polkadot yang boleh match dengan fabrik Poly bunga2 ni.

Kali ini saya buat adjustable head straps. Jadi talinya boleh laras  untu kecik dan besar. Saya guna square ring.

Tumpang model cilik ni jap untuk tengok ok ke dak. Mahap yer abang, ibu nak try test jap. Awak tak comel lah pakai apron ropol-ropol ni, hehe! 
Mission accomplished! Ada satu lagi fabrik poly motif animal yang saya beli di Daiso, sesuai untuk boy.    ok nak siapkan apron seterusnya pula…