Category Archives: Ahmad Izzet Ozil

Ahmad izzet Ozil


Dah 1 tahun 10 bulan ini izzet dah pandai:

Cakap:
1. Abah
2. Aboo-(ibu) takleh sebut I lagi hehe
3. Nak/nanak-(taknak)
4. Air
5. One, shuu, shii, foh, fai, shix, nain, ten
6. boboiboy-kalau tgok boboiboy
7. Apin-apin-kalau tengok Upin Ipin
8. Yehh manangg-(menang)kalau main game.

https://www.youtube.com/watch?v=be1Fv167z7o&feature=youtube_gdata_player

Dah pandai main puzzle dalam note..

Lagi 2 bulan izzet genap 2 tahun. Dua tahun juga dia menyusu secara terus dengan saya dan masih lagi menyusu takda tanda2 nak berhenti pun..huhu.

Tak pernah guna puting so even now kalau nak minun pun dia prefer minum cawan, straw, sippy cup sahaja.

Tak macam abang, rasa dah masuk sekolah ni kot baru dia lupa terus botol susu. Kalau tak, minum susu kotak pun nak masuk potong hisap pakai puting..sebab dulu dia minum EBM kan..

#Cepat masa berlalu#

posted from Bloggeroid

Advertisements

Berebut

Anak2 ni kan..ingat kalau kita dah beli motor yang sama dia oklah tak berebut. Lepas dah beli depa dok berebut nak satu warna tu juga. Yang abang nak kaler biru merah..yang adik pun nak hat yang tu juga..

Abang pun satu masa mula2 beli dia juga nak yang warna hijau purple tu. Sudahnya lepas dua tiga hari main..depa dok berebut pasal warna plak..Ke memang hobi berebut nih?…pening betul..

Yang pasti memang si abang lah kena mengalah kalau tak ibu dia ‘menyinga’ lagi dia teruk.

Kesimpulannya, lain kali kena beli sebijik sama.ke dua2…kalau takda sama baik takyah beli terus.

Adik pun sekarang bukan main possessive betul. Abang asyik melalak bila barang or mainan yang dia tengah main dirampas adik. Adik pun dalam banyak2 benda..benda yang abang dia tengah syok main tu lah dia nak. Yang ibu pula stress asyik nak mententeramkan si abang yang melalak. Selalu kata bagi adik, main sama2, biar dia ambil, dia kecil lagi bla bla..tapi what do you expect a 4 year 2 months old kid will respond?

#Sigh#

Posted from Samsung Galaxy Note

Bergambar geli-geli

Masih lagi gambar saya yang sama selepas balik kenduri tempohari, hehe! Sengaja saya nak post ‘kecikian’ anak-anak berposing depan kamera. Jarang mereka nak sporting bila nak ambil gambar. Tah kenapa hari itu, bila saya kata nak ambil gambar bersama-sama, masing-masing terus posing geli-geli depan hp. Si abang dan adik kemain lagi, terutama si abang tu.

 Sejak mak berkaca mata, anak teruna pun nak juga, terpaksa lah beli kan satu untuk dia. Tapi tak kalah tu tak beli yang murah-murah sebab takut mata dia rosak. Saya beli yang proper sedikit tapi tak lah sampai beratus, puluh-puluh saja.

Aksi buat-buat terlopong…adik kontrol cun..
 Suka tengok gambar izzet waktu ni, memang geli-geli sungguh, hahaha!

 Tengok gigi budak setahun 4 bulan, berderet-deret tuu. Memang dah penuh gigi dia atas dan bawah termasuklah gigi geraham atas dan bawah. Walaupun giginya nampak mengerikan, hihi alhamdulillah tiada kejadian ‘mengasah gigi’ semasa menyusu. Pernah juga cobaan-cobaan mengigit masa awal-awal dulu tapi dapat dipatahkan, hihi! Akhirnya memang dia tak berani nak coba-coba lagi!

 Eeeeiii, abang tu, pleaseeee laaa!haha!

Pendek kata sesi photoshoot kami dalam kereta hari tu sangat ceria dan lucu. Datang angin sporting mereka lak tu, memang layannnn!

*Terima kasih Allah kerana diberi peluang untuk merasakan nikmat kasih sayang begini, semoga mereka membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang soleh, amin!

Bergambar geli-geli

Masih lagi gambar saya yang sama selepas balik kenduri tempohari, hehe! Sengaja saya nak post ‘kecikian’ anak-anak berposing depan kamera. Jarang mereka nak sporting bila nak ambil gambar. Tah kenapa hari itu, bila saya kata nak ambil gambar bersama-sama, masing-masing terus posing geli-geli depan hp. Si abang dan adik kemain lagi, terutama si abang tu.

 Sejak mak berkaca mata, anak teruna pun nak juga, terpaksa lah beli kan satu untuk dia, huhu. Tapi tak kalah tu tak beli yang murah-murah sebab takut mata dia rosak. Saya beli yang proper sedikit tapi tak lah sampai beratus.

Aksi buat-buat terlopong…adik kontrol cun..
 Suka tengok gambar izzet waktu ni, memang geli-geli sungguh, hahaha!

 Tengok gigi budak setahun 4 bulan, berderet-deret tuu. Memang dah penuh gigi dia atas dan bawah termasuklah gigi geraham atas dan bawah. Walaupun giginya nampak mengerikan, hihi alhamdulillah tiada kejadian ‘mengasah gigi’ semasa menyusu. Pernah juga cobaan-cobaan mengigit masa awal-awal dulu tapi dapat dipatahkan, hihi! Akhirnya memang dia tak berani nak coba-coba lagi!

 Eeeeiii, abang tu, pleaseeee laaa!haha!

Pendek kata sesi photoshoot kami dalam kereta hari tu sangat ceria dan lucu. Datang angin sporting mereka lak tu, memang layannnn!

*Terima kasih Allah kerana diberi peluang untuk merasakan nikmat kasih sayang begini, semoga mereka membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang soleh, amin!

Langkah-langkah Menangis Comel

Hai kawan-kawan, saya ada tips terbaru bagaimana untuk menangis dengan comel macam saya dibawah ni, gerenti ibu saya akan cair punya lah, hehe! Jom ikuti langkah demi langkah seperti didalam gambar ini yer 🙂

1. Peranan mata itu penting yer, jangan lupa kenyitkan lagi bagi menambah emosi sebak itu..

2. Kemudian, lentokkan kepala dan pipi di tepi-tepi kusyen atau tempat-tempat yang bersesuaian. Pastikan ianya adalah permukaan yang lembut-lembut sahaja yer kawan-kawan.
3. Haaa, step ini yang paling mahal sekali. Jangan lupa cebikkan mulut serta bibir secomel yang mungkin dan boleh lelapkan mata untuk menambahkan feel lagi, hihi!

4. Setelah semua intro tadi telah dibuat, langkah yang terakhir boleh lah meraung sekuat hati. Pastikan mulut dibuka seluas-luasnya bagi mendapatkan pitching yang tinggi. Kalau boleh nampak anak tekak lagi afdal, hehe! 🙂

Sekian, selamat mencuba yer kawan-kawan! 😀

Salam Aidilfitri

Malam raya adalah malam yang paling sibuk, ye dakk! Sibuk nak kemas itu ini, semuanya perlu disiapkan sebelum Hari Raya, macam ada juri nak menilai pula..hihi! Lepas tu esok badan sume sengal sana sini, hehe! Padahal ok je kalau tak sempat siap pun, esok-esok tu pun boleh kemas (kes kalau takda orang nak datang rumah lah, hik hik!  🙂

Malam raya ni, layan azri main bunga api. Buat pertama kalinya saya belikan dia bunga api, tapi bunga api yang jenis sparkle tu je, tak berapa bahaya sangat.

Tengok muka dia, hihi!  Suka dia, sambil jerit-jerit ‘Ye yeh, main bunga api!” Macam dalam Upin Ipin..
Izzet pula memandang dari kejauhan. Kalau bagi dia pegang, dia bukan takat pegang tangkainya je, dengan api-api tu pun dia nak pegang sekali, hihi!

Hari ceria bersama anak-anak (^_^)

Sebenarnya mata dah nak terlelap semasa menulis entri ini sebab baru je lepas ‘merempit’ dengan biskut raya yang kedua pula iaitu biskut nestum crackers. Esok-esoklah saya update pasal entri biskut nestum pula (wah, jaki sungguh!hihi).
Tadi tengahari saya bawa mereka ke JJ Cheras Selatan untuk bersuka ria, sengaja tak bawa hujung minggu mesti pack kat tempat permainan ni. Pagi isnin sangat ‘aman-damai’ disini, hehe! Walaupun pun letih dan masih banyak lagi kerja ‘mengukis’ yang perlu disiapkan lagi tapi seronok tengok mereka berdua ni. Hilang penat seketika, walaupun kat rumah, mulut ni tak habis-habis membebel sahaja melayan karenah mereka yang GrRRRrrr!

Sorang driver, sorang konduktor, 🙂
Yang paling teruja adalah si izzet. Maklumlah waktu memang tengah nak meneroki dunia luar, hehe!

 Nasib baik yang ini ada dua stering, kalau tak si adik asyik berebut stering dengan si abang sahaja, adess!

 Mari masukkan bola-bola dalam mulut buaya itu. Adik terpegun tengok buaya tu berpusing-pusing sebenarnya, hahaha!

Permainan last of the day sebelum kita nak balik rumah. Izzet tak pandai lagi duduk kat kuda-kuda tu. Adik layan kat kerusi ala-ala prince naik kereta berkuda lah, hehe!

Oh how i love them so much dan begitu cepat masa berlalu..whooaaa! Azri pun dah semakin bijak dengan emosi dan imaginasinya! Rutin setiap hari sebelum tidur kini adalah berbalas selamat malam dan memberi salam bersama azri..so sweet! 🙂

**Terus teringat insiden lego tempohari..nanti saya update, kih kih!
** Habis lah juga RM20 asyik tukar token tu je, huhu!

Klinik Desa Sg Sekamat berwajah baru

Semalam saya bawa izzet untuk check up 1tahun 3 bulan di Klinik Desa Sg Sekamat. Wahh, kali ini klinik yang ala-ala rumah kampung itu sudah pun bertukar wajah. Kali ini dengan ruang klinik sudah bertambah luas. 
Klinik Desa beberapa bulan yang lepas.
Klinik yang telah ditambah ruang yang baru. Rumah ala-ala kampung tu dah diroboh separuh, tinggal sebahagian tu mungkin untuk kegunaan staffnya la kot. Izzet pun seronok berpusing-pusing dalam tu.
Ini baru selesa kan. Aircond pun dah dipasang 2-3 biji. Barulah selesa nak menunggu. Anak-anak pun happy je. Masih belum siap sepenuhnya lagi keadaan dalam ini. Perabot-perabot baru pun masih berplastik2 lagi. Eh cerita macam rumah sendiri pula, hihi!.
Yang paling best, orang semakin tak ramai lagi. Bila ditanya pada staff nurse, mengapa sekarang orang makin berkurang, rupa-rupanya mereka telah mula mengurangkan jumlah ibu-ibu yang checkup disini mengikut kawasan yang yang berhampiran dengan klinik desa ini sahaja.

Maksudnya, Klinik desa ini hanya terima ibu-ibu yang tinggal dikawasan daripada batu 13 kajang hinggalah ke Taman Rakan, Sg Long. Jika tidak dahulu mereka  terima sehingga ke kawasan Bukit Mahkota Cheras & balakong sebagainya. Jadi bila tiba waktu check up memang ‘muntah’ lah dalam klinik ni dah tak macam klinik desa sudah.

Ohh, saya sangat suka dengan penambahbaikan demi untuk keselesaan rakyat ini! eh? hahaha!

**Teringat masa mula-mula check-up mengandungkan azri, cukup ‘bercinta’ nak check urine kat dalam toilet dia, rasa ngeri pun ada sebab memang tak mesra ibu mengandung, licin, curam batunya. 🙂

Ahmad azri..

Dah lama pula tak bercerita pasal si abang nih. Lagi lebih kurang 3 bulan genap lah dia 4 tahun. Rasa sekejap je tengok mereka ini membesar. Emosinya pun semakin matang, pandai bercerita, ‘fast learner’, baran pun boleh tahan juga nih. Dia pun sudah bijak menyusun kata-kata tanpa perlu diajar lagi.

Yang paling saya nampak sekarang dia pun sudah pandai menunjukkan rasa kasih sayang dia pada saya. Mungkin kerana hari-hari saya ucapkan dan tanya benda yang sama padanya.
Setiap hari pasti saya akan tanya ‘ahmad azri sayangkan ibu tak?’ dan kadang kala dia sendiri yang akan kata ‘ahmad azri saaaaayang ibu!’, dengan nada mendayu2 sambil berlari-lari peluk saya. kalau nak marah time tu memang tak jadi lah, hoho!

Sedaya upaya nak pakaikan seluar adik.
 Dia sekarang sudah pandai memainkan peranan sebagai abang dalam menjaga adik, rasa kasih pada adiknya sudah menebal walaupun seringkali terjadi adegan membuli adiknya. Jika berjalan2 di shopping kompleks, dia pasti akan mengawal adiknya dari berjalan lebih jauh lagi, cepat2 dia angkat adiknya dan bawa kepada saya.
Begitu juga dengan apa yang dia takut dia pasti akan memastikan adik tidak akan menghampiri tempat yang ditakuti itu sebagai contoh jika ternampak serangga yang merayap dalam rumah.

Sambil tolong saya cabut jarum peniti dari kain.
Saya tahu kasihnya pada saya sangat tebal walaupun saya sangat garang dengannya dia tetap tidak akan ambil hati dengan saya dan masig tidak mahu berenggang dengan saya. Sebagai contoh jika orang lain (ie nenek) yang marah walaupun sekali dia akan merajuk dan kata taknak sayangkan orang itu lagi.
Dia paling tak suka jika ada sesuatu yang tidak menyebelahi ibunya contoh jika ibu saya marahkan saya atau sesiapa yang dia dengar berkata yang sebaliknya dia pasti melenting dan terus kata ‘nak tembak nenek’ atau bla bla.. Sifat protectivenya pada saya memang terserlah kini.
Dulu dia boleh tidur sekali sekali dibilik nenek tapi sekarang sudah lama dia tidak berbuat begitu lah. walaubagaimana saya marah sekalipun (sebab selalu nak melompat2 atas katil sebelum tidur) dan suruhnya tidur dibilik nenek. Mesti dia nak tidur juga dengan saya.
Sebelum tidur pasti dia akan membalas ucapan saya selamat malam saya dengan nada yang mendayu2 juga.

 Sekarang setiap kali selepas saya marah dia sudah pandai memujuk saya kembali  (sebab selalu ugut taknak bawak dia jalan2 lagi hehe!) dgn ayat ‘Ahmad azri mintak maaf ibu, ahmad azri taknak buat lagi, ahmad azri sayang kan ibu!’


 Pada ketika ini saya selalu sedar walaubagaimana pun ibu kasih anak itu tidak mudah berubah kerana setiap darah dagingnya bermula daripada setitis susu ibu yang saya berikan padanya dari mula kehidupan lagi.


  Menjadi seorang ibu yang bersama anak2 24 jam memang betul-betul menduga mental dan fizikal tapi Bila dilihat dari sudut yang positif, saya dapat melihat perkembangannya, tingkah lakunya etc yang mungkin takkan berulang kembali lagi setelah dewasa kelak.

Setiap hari saya berdoa agar anak2 saya menjadi anak2 yang soleh, hormati menghormati terutamanya kepada orang yang lebih tua, sentiasa rendah diri, bersifat penyayang dan menjadi muslim yang berjaya dunia akhirat. Supaya mereka dapat menjaga dan mengasihi saya kelak apabila saya tua nanti. Tiada harta yang lebih berharga buat saya selain daripada mereka berdua. Merekalah dunia saya. Amin-amin ya rabbal alamin!

Semoga saya terus tabah dan cekal mengharungi cabaran-cabaran yang mendatang ini. Saya tahu Allah saya sayangkan saya kerana hidup saya tidak pernah sunyi dari dugaan dan cabaran kehidupan sejak saya dari remaja lagi. Dan ketika saat ini saya pasti akan teringatkan arwah abah. Saya pasti kalau abah saya ada ketika ini dia pasti akan memberi semangat dan positif tentang sesuatu musibah itu. al-fatihah untuk abah!

6th laser treatment

Hari selasa yang lalu adalah temujanji laser izzet yang ke-6. Buat pertama kalinya saya datang sendirian ke sini bersama izzet. Seawal 6.15am saya sudah keluar dari rumah walaupun appointment saya adalah pada pukul 8am kerana saya perlu mencari parking lagi disini. Sesudah menukar cd izzet (tanpa mandi) terus masuk ke kereta, mujur sepanjang2 perjalanan dia tidur.
Saya sampai di hadapan instittut pediatrik ini lebih kurang pukul 7.15am. Memang takda harapan lah parking kat bawah tu. Memanjang je penuh. Rasa kereta patient yang macam tak keluar pun ada. Bukannya banyak pun kat situ. Saya fikir2 tidak mahu park disitu kerana bimbang jika diblok kereta nanti.
Last-last saya park diatas tebing jalan ini sahaja. Tebing-pun-tebing lah, kasi panjat slow-slow.
Rutin biasa semula masuk start laser masuk wad dulu, sapu krim EMLA dan kasi ubat tidur. Kali ni tak muntah sebab tu dalam masa 5 minit terus zzzzzz dah!
Sambil itu, permandangan pagi hari wad kanak-kanak KK6..

 Bilik laser. Kali ini tak payah pangku sebab izzet tidur tak bangun lagi. Senang kerja kali ini. Dr Leong pun banyak dapat buat shot laser dekat birthmark dia. Hari ini level laser naik lagi. So expected more bruising will appear. Selalunya dia akan tersedar setiap laser shot tu..especially kat tempat-tempat yang sensitif seperti atas bibir tu. Ada lah juga 2-3 kali dia terjaga tapi dia tidur semula. Dr Leong awal-awal dah pesan untuk terus dakap dia dari atas supaya dia lebih comfort. Berkesan lah pulak teknik dia nih..hehe!

Snap-snap-snap…pre- and post-laser pic.
 Selepas habis  laser pun masih tidur lagi. 

Alhamdulillah, proses laser hari tu berjalan dengan lancar dan sangat mudah. Selepas pulang ke wad dalam pukul 11am saya sudah dibenarkan discharge dari wad. Berbanding sebelum-sebelum ini sampai ke zuhur pun tak setel-setel lagi. Macam tahu-tahu je saya datang dua beranak kali ini, alhamdulillah! 🙂

 Masuk kereta sambung tidur lagi.

 Beberapa jam selepas laser. Kesan lembam lebih nyata. Tapi pada hari ini kesan dah pudar dah. Laser ke-7 dijadualkan pada bulan September nanti.