Category Archives: Ahmad Azri Azzuri

GIGi

Perbualan sebelum tidur:
Azri: kejap-kejap ahmad azri nak tengok gigi (sambil tengok cermin)
Ibu: kenapa dengan gigi ahmad azri?
Azri: Bersihkan gigi ahmad azri..
Ibu: Mestilah bersih, ahmad azri kan rajin gosok gigi…
Azri: Gigi kawan2 sume kotor…
Ibu: (eh-eh eleh gigi depan tu pun hampir nak karat gak tu. Sib baik lah sejak umur 2tahun lebih dah mahu gosok gigi)

#adik masih tak mahu gosok gigi lagi, ades!


Dah lama tak timbang hero ni..last sekali timbang dia 25kg..tadi sat timbang dah 27kg. Badan takdalah gemok pun. Tapi badan dia memang pejal lah. Kalau nakal2 kena cubit/pukul pun takdalah kesian sgt..hehehe. Tapi series lasak. Main2 jatuh gedebak gedebuk pun takda hal. Adiklah selalu menangis kalau ‘kalah’ main2 dengan abang.

posted from Bloggeroid

Cuti sakit


Hari ini dah hari ke2 azri tak sekolah. Dia batuk dan selsema sejak dari jumaaat yang lepas. Semalam saya call teachernya bagitahu yang azri tak datang sekolah. Teacher kata ramai gak budak yang tak datang sekolah semalam.

Masuk hari ini nampak macam dah reda. Tinggal selsema dan batuk skit2. Menjelang petang nampak macam dah kering.

Lama juga dia tak kena ni dari sebelum rayalah juga. Seminggu sekolah terus demam. Terkejut badan dia dengan percampuran virus.dari budak2 yang lain agaknya, hehe.

Yang tak bestnya..adik dia pun mesti jangkit sekali, huhu! Maknya pun dah rasa perit tekak dan mula rasa letih satu badan.

Esok rabu tengah pikir2 nak cuti lagi ke atau nak gi sekolah. Mak dia pulak yang rasa sayang sebab tak sekolah…huhu!

posted from Bloggeroid

Hari pertama di tadika

Hari ini hari pertama azri bersekolah. Seawal 6 pagi saya dah buat breakfast. Siapkan air panas mandi. Pukul 6.45am adegan drama dah bermula..

Taknak mandi lah..taknak pergi sekolah lah..taknak pakai baju sekolah lah..grrrr! Dia bengang sebab tengah syok2 tidur kejutkan..huhu. Biasa bangun lambat kan sebelum ni..


Kelengkapan semua saya dah siapkan semalam


Masa sampai ok tak nangis terus main2 toys yang ada kat situ. Walau ada budak2 lain dah melalak2 sebab nak kena tinggalkan.

Azri kitorang tinggalkan senyap2 je. Tapi bila sampai kereta terdengar gak suara dia nangis. Dalam pukul 10 lebih saya call teacher untuk tanya keadaannya. Teacher dah ok tengah main-main..


Habis waktu sekolah tengok dia series je. Muka ketat. Saya tak tanya apa2..saje nak tunggu dia cakap. Tengah2 pakai kasut dia cakap ‘seronok sekolah ibu, seronok!’ tapi nadanya macam marah..hahahah!

posted from Bloggeroid

Berebut

Anak2 ni kan..ingat kalau kita dah beli motor yang sama dia oklah tak berebut. Lepas dah beli depa dok berebut nak satu warna tu juga. Yang abang nak kaler biru merah..yang adik pun nak hat yang tu juga..

Abang pun satu masa mula2 beli dia juga nak yang warna hijau purple tu. Sudahnya lepas dua tiga hari main..depa dok berebut pasal warna plak..Ke memang hobi berebut nih?…pening betul..

Yang pasti memang si abang lah kena mengalah kalau tak ibu dia ‘menyinga’ lagi dia teruk.

Kesimpulannya, lain kali kena beli sebijik sama.ke dua2…kalau takda sama baik takyah beli terus.

Adik pun sekarang bukan main possessive betul. Abang asyik melalak bila barang or mainan yang dia tengah main dirampas adik. Adik pun dalam banyak2 benda..benda yang abang dia tengah syok main tu lah dia nak. Yang ibu pula stress asyik nak mententeramkan si abang yang melalak. Selalu kata bagi adik, main sama2, biar dia ambil, dia kecil lagi bla bla..tapi what do you expect a 4 year 2 months old kid will respond?

#Sigh#

Posted from Samsung Galaxy Note

Ulang tahun kelahiran Azri ke-4

23 Oktober yang lalu adalah hari ulang tahun kelahiran Azri yang ke-4. Seperti biasa tiada majlis sambutan harijadi yang dibuat, hanya sekadar upacara meniup lilin dan memotong kek. Kali ini, pertama kali ianya disambut di Batu Pahat. Alhamdulillah, diam tak diam, sudah sebulan saya menetap disini, selama sebulan juga hidup berdikari sendiri tanpa bantuan mak saya lagi. Syukur kerana semua dipermudahkanNya. Rasa sungguh bahagia dapat bersama-sama dengan en suami tiap-tiap hari, menyediakan makan pakai untuknya dan menguruskan rumah tangga bersama-sama. 

 Beli di Secret Recipe je, Strawberry Marsmallow Cheese Cake, yummy! (Ibu dia yang request, hehe!)

 Tak sabar azri nak potong kek ni sebab kek dah beli awal tapi sebab tunggu abahnya balik, sibuk dengan kerja seharian, akhirnya kepetang dah baru dapat potong. 🙂 Izzet, terpaksa ‘dipeluk’ dulu sebab dia pun teruja nak cucuk-cucuk kek tu, hihi!

Azri tak berapa layan sangat cheese cake ni, hehe! Ibu dia yang kepingin sebenarnya, rasa dah dekat nak setahun tal makan kek ni. Ingat nak buat kek sendiri, tapi semua alatan dan bahan-bahan membakar masih lagi dirumah mak saya..huhu.
Semoga Ahmad Azri Azzuri membesar menjadi anak yang soleh dan jadi penyejuk hati ibu dan abah sehingga akhir hayat, Amin!

Bergambar geli-geli

Masih lagi gambar saya yang sama selepas balik kenduri tempohari, hehe! Sengaja saya nak post ‘kecikian’ anak-anak berposing depan kamera. Jarang mereka nak sporting bila nak ambil gambar. Tah kenapa hari itu, bila saya kata nak ambil gambar bersama-sama, masing-masing terus posing geli-geli depan hp. Si abang dan adik kemain lagi, terutama si abang tu.

 Sejak mak berkaca mata, anak teruna pun nak juga, terpaksa lah beli kan satu untuk dia. Tapi tak kalah tu tak beli yang murah-murah sebab takut mata dia rosak. Saya beli yang proper sedikit tapi tak lah sampai beratus, puluh-puluh saja.

Aksi buat-buat terlopong…adik kontrol cun..
 Suka tengok gambar izzet waktu ni, memang geli-geli sungguh, hahaha!

 Tengok gigi budak setahun 4 bulan, berderet-deret tuu. Memang dah penuh gigi dia atas dan bawah termasuklah gigi geraham atas dan bawah. Walaupun giginya nampak mengerikan, hihi alhamdulillah tiada kejadian ‘mengasah gigi’ semasa menyusu. Pernah juga cobaan-cobaan mengigit masa awal-awal dulu tapi dapat dipatahkan, hihi! Akhirnya memang dia tak berani nak coba-coba lagi!

 Eeeeiii, abang tu, pleaseeee laaa!haha!

Pendek kata sesi photoshoot kami dalam kereta hari tu sangat ceria dan lucu. Datang angin sporting mereka lak tu, memang layannnn!

*Terima kasih Allah kerana diberi peluang untuk merasakan nikmat kasih sayang begini, semoga mereka membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang soleh, amin!

Bergambar geli-geli

Masih lagi gambar saya yang sama selepas balik kenduri tempohari, hehe! Sengaja saya nak post ‘kecikian’ anak-anak berposing depan kamera. Jarang mereka nak sporting bila nak ambil gambar. Tah kenapa hari itu, bila saya kata nak ambil gambar bersama-sama, masing-masing terus posing geli-geli depan hp. Si abang dan adik kemain lagi, terutama si abang tu.

 Sejak mak berkaca mata, anak teruna pun nak juga, terpaksa lah beli kan satu untuk dia, huhu. Tapi tak kalah tu tak beli yang murah-murah sebab takut mata dia rosak. Saya beli yang proper sedikit tapi tak lah sampai beratus.

Aksi buat-buat terlopong…adik kontrol cun..
 Suka tengok gambar izzet waktu ni, memang geli-geli sungguh, hahaha!

 Tengok gigi budak setahun 4 bulan, berderet-deret tuu. Memang dah penuh gigi dia atas dan bawah termasuklah gigi geraham atas dan bawah. Walaupun giginya nampak mengerikan, hihi alhamdulillah tiada kejadian ‘mengasah gigi’ semasa menyusu. Pernah juga cobaan-cobaan mengigit masa awal-awal dulu tapi dapat dipatahkan, hihi! Akhirnya memang dia tak berani nak coba-coba lagi!

 Eeeeiii, abang tu, pleaseeee laaa!haha!

Pendek kata sesi photoshoot kami dalam kereta hari tu sangat ceria dan lucu. Datang angin sporting mereka lak tu, memang layannnn!

*Terima kasih Allah kerana diberi peluang untuk merasakan nikmat kasih sayang begini, semoga mereka membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang soleh, amin!

Baca doa versi Ahmad Azri

Haaa, cer teka doa apa ini? hehe…

Al kisah LEGO

Kisah ni berlaku sewaktu minggu-minggu terakhir bulan puasa. Masa tu saya ke kedai bakeri untuk membeli bahan-bahan untuk biskut. Dah lah masa tu que sikit punya panjang, azri pula ternampak mainan kat situ, Dia pun main capai je, saya tak bagi tapi dia berkeras juga. Sebabkan malas nak tinggalkan que yang dah separuh tu, saya pun biarkan je tanpa tengok mainan jenis apa yang dia ambil.
Sampai-sampai kat rumah, rupanya ianya adalah sejenis LEGO yang perlu dipasang semula. Tidak seperti kereta Bomba yang dia lihat di hadapan kotak itu. Saya pun tak perasan yang dia ambil itu adalah lego yang tulis untuk umur budak 6+. Macam mana dia nak main, kalau tak saya juga yang kena pasangkan tu. (Dah lah tengah banyak kerja yang hendak disiapkan).
Itu ok lagi, kemarahan saya mula membuak bila dia mula memberontak membaling lego-lego itu setelah ianya tidak menepati seperti apa yang dia mahukan seperti dalam gambar itu, iaitu kereta bomba. Memang free-free je dia ‘kena’ haritu. Saya rasa, kadang-kala rotan itu perlu juga dalam keadaan-keadaan yang kita rasa anak-anak itu sudah melampau dan seakan tidak takutkan kita lagi. Saya tidak mahu nanti efeknya apabila dia dewasa kelak.

Selepas reda dia menangis, dan adiknya pun dah saya tidurkan, saya ajaknya pasang semula lego tu bersama-sama. (Sebab teringatkan pasal quote ‘Parent Nowadays’ dulu, huhu!).

 Waduh, memang betul-betul meruntun kesabaran lah memasang lego ni. Ditambah lagi kalau masa tu kita memang tengah banyak tempahan yang perlu disiapkan. Terus teringat, macam itu juga kalau ibu-bapa yang tiada masa untuk anak-anak kerana sibuk dengan kerja dan bisnes masing-masing sampai anak itu rasa bosan dan terasa seperti diabaikan. Terus saya mode insaf dan teringat tentang kata-kata ustaz Don dalam ceramahnya dulu.

 Kali pertama juga saya memasang LEGO ni. Kecil-kecil dulu ini adalah permainan yang paling saya tak minat termasuklah jigsaw puzzle tu..huhu!

 Hahhh, siap sudah saya pasangkan menjadi kereta bomba dan helikopter penyelamat. Bangga seh!hehe

Tapi hasil kerjatangan saya tu tak sampai 2 jam, akhirnya telah ‘diubahsuai’ oleh azri menjadi ini. Kereta bomba dan helikopter yang telah digabungkan. Budak-budak pasti dengan imaginasi mereka tersendiri.. 🙂

Salam Aidilfitri

Malam raya adalah malam yang paling sibuk, ye dakk! Sibuk nak kemas itu ini, semuanya perlu disiapkan sebelum Hari Raya, macam ada juri nak menilai pula..hihi! Lepas tu esok badan sume sengal sana sini, hehe! Padahal ok je kalau tak sempat siap pun, esok-esok tu pun boleh kemas (kes kalau takda orang nak datang rumah lah, hik hik!  🙂

Malam raya ni, layan azri main bunga api. Buat pertama kalinya saya belikan dia bunga api, tapi bunga api yang jenis sparkle tu je, tak berapa bahaya sangat.

Tengok muka dia, hihi!  Suka dia, sambil jerit-jerit ‘Ye yeh, main bunga api!” Macam dalam Upin Ipin..
Izzet pula memandang dari kejauhan. Kalau bagi dia pegang, dia bukan takat pegang tangkainya je, dengan api-api tu pun dia nak pegang sekali, hihi!