Shopping Shawls @Butik Sugarscarf

Ahad lepas buat pertama kalinya saya ke Butik Sugarscarf. Memang dah aimed nak sambar 2-3 shawl yang saya usha kat FB tapi takut2 nak beli online sebab nanti tak masuk plak corak tu dengan muka akak ni..huhu. Senang je lokasinya rupanya (set GPS senang la) encik husby la tukang bawa..hehe!

Yang deretan kanan tu shawls Ayami dan deretan kiri tu shawls Jazreen. Best sebab dapat fitting terus. Saya memang jatuh chenta dengan Sugarscarf sejak beli 1st shawl dulu. Harga pun affordable la. Bukan berkira tapi saya memang tak minat kalau harga dengan barang tu macam tak berapa nak kena..huhu.

Azri escort saya, abah duduk dalam kereta jaga izzet yang tidur. Oh lagi satu, susah parking area tu. Hari minggu meriah dengan orang2 yang datang nak shopping kain tudung bagai. Mentang2 lah semua kedai dekat2, Jakel, Fareeda, Pearl Haya dan macam2 lagi lah butik.

Fitting punya fitting, 3 corak ni yang saya sambar. Corak tribal tu tak berapa nak suka tapi sebab nak ikut trend la konon dan alang2 dah sampai sini, sambar je lah sekali.Yang kiri kanan tu memang suka giler. Tapi kalau corak2 yang hot tu awal2 dah sold out, orang sambar online. Macam corak tribal yang saya beli dulu tu pun takda lagi kat butik. Nasib baik dah sambar online je.

Hasil tangkapan hari itu, hihi. Corak Splash Paint Orange tu Jazreen (chiffon). Ada orang tak suka chiffon sebab licin. Saya suka sebab ringan, tak panas, kalau basuh cepat kering. Kalau pakai dengan inner cotton takda masalah, terletak je. Corak tribal dengan black heart tu Ayami (Cotton silky), cotton tapi licin macam satin skit.

Hari nak balik BP tu teruslah melaram, apa lagi, hihi! 

One thought on “Shopping Shawls @Butik Sugarscarf

  1. aku sebenarnya lagi suka chiffon sebab lagi senang nak pakai..kalau silk ni licin lagi susah nak pakai mudah melurut huhu sebab tu aku akan beli shawl chiffon je..cotton plak aku akan pastikan ia leh wat muncung kalau melekap kat dahi aku tak kan pakai huhu sbb nanti muka jadi bulat kembang..tapi ada org lawa je dia pakai melekap..tgk bentuk muka jugaklah kot.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: