Mentadbir Rumahtangga

Tadi jenjalan kat blog kawan2..saya tertarik dengan dengan tajuk entri yang mengatakan Surirumah adalah pekerjaan terbaik didunia. Absolutely..

Menguruskan rumah tangga sepenuh masa sudah pasti menjadi idaman semua wanita yang sudah bergelar ibu. Eh semua ke? Eh ada juga yang meletakkan karier sebagai matlamat utama dalam pencapaian diri dan kedua baru keluarga. Terpulanglah.

Saya pula suka membayangkan tugas sebagai surirumah ini lebih kepada tugas mentadbir rumahtangga. Bila rasa agak2 dah mula bosan dengan rutin harian cepat-cepat fikiran dialihkan dengan membayangkan ianya adalah suatu pekerjaan.

Tapi adakalanya perasaan malas-rajin itu kadang-kadang bercampur baur. Sebagai contoh bila tiba ‘hari malas sedunia’ saya mula perasaan yang lantai semakin berdebu, baju dalam almari semakin berkurang, bakul semakin penuh, lantai dan dinding bilik air semakin licin. Sinki sentiasa penuh.

Dalam pada itu, diri cuba untuk menyuntik semangat untuk meneruskan rutin yang sama semula. Dan rutin harian dilaksana dalam kadar sederhana dan mana2 yang patut sahaja asal siap dan bersih. Tapi bila tiba ‘Hari Rajin sedunia’ tingkap pun berkilat..hehe.

#Mod Hari Malas Sedoniya😀

Antara persepsi -ve kepada surirumah:
1. Tak belajar tinggi
2. Tak pandai
3. Tak pandai bergaya-sebab tak keje opiskan haha
4. Tak sosial
5. KOlot-boleh join point no.3 kot. Hehe
6. Ketinggalan-asyik kat rumah je
7. Kampung
8. Kurang dihormati-lainlah kalau lawyer ke doktor ke..jadi kerani pun still ‘kerek’ juga padahal housewife yg dia dok kerek tu ntah2 ada PHd..hahaha
9. Jadi buah mulut sedara mara untuk 10 tahun pertama-terutama bagi grads
10. Asyik emosi?- sebab mcm point no.6
11.
12.

Sekian,
‘Berkhidmat Untuk Rumahtangga’

Yang Benar,
Hayatie Hashim,
(P)EGAWAI (T)ADBIR (D)APUR

😛

2 thoughts on “Mentadbir Rumahtangga

  1. Wan Afzan says:

    haha! rezki tau isteri yg dpt jd surirumah. boleh fokus pd hal rumah tangga. skrg ramai jer housewife yang educated & sosial. FB, insta & blog kan adeeee..😉

  2. Hayatie says:

    Wan afzan: btol..😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: