Sebulan sekolah

Dah genap sebulan azri bersekolah. Sepanjang tempoh tu takda satu hari pun yang bangun dekat keadaan ceria selain daripada menangis, takmau pergi sekolah, nak tidur bla bla. Dan sepanjang tempoh tu lah saya terpaksa buat ‘silent treatment’ semasa nak kejut dan siapkan dia. Sekurang2nya lepas dah mandi dan pakai baju dia dah ‘redha’ skit. Tapi dalam tempoh tu dia tetap akan nego dengan saya untuk tak kesekolah. Kalau saya jawab atau pujuk dia sebagainya, lagi teruk dia akan menangis sehingga dah sampai sekolah meraung2.

Sewaktu mengambil dia pada waktu tengahari, reaksi dia berlainan, dia akan kata seronok ke sekolah, teacher Aisyah baik, bla bla walaupun saya tak tanya.

Saya tak tahu kenapa dia tak mahu cerita apa aktiviti dia disekolah kalau ditanya. Bila ditanya dia akan jawab takda apa2, main2 je etc. Tapi lepas tu bila saya dah buat kerja lain kadang terdengar dia rewind semula aksi2 kat sekolah sorang2.

Minggu lepas, teacher kata azri ni bila semua orang sibuk buat kerja dalam buku dia taknak buat. Lepas tu bila sesi coloring dia membebel kata banyak sangat nak warna ni bla bla. Pastu bila budak2 lain dah siap buat dan boleh pergi main, baru dia terhegeh nak buat. Kadang2 bila sesi assembly pun dia taknak ikut. Hmm tah lah cikgu..


Selepas pulang dari sekolah selalu dia mintak makanan. Dia akan tanya ibu ada bawa apa2 tak untuk Ahmad Azri. Kadang2 saya bawakan dia roti dan air kotak so dia makan lah on the way dalam kereta tu. Kalau tiba2 dia nak KFC pun kena la belikan lepas tu kena cakap kalau dia rajin pergi sekolah boleh makan kfc lagi.


Acara tidur berjemaah. Selalu dalam tengahari saya akan tidurkan izzet, dan azri kadang2 akan join sekali, kalau tak..tahan dia layan tv sampai petang.

Bila tiba hari hujung minggu adalah satu kelegaan buat saya sebab saya tak perlu menghadap karenah dia yang taknak sekolah ni sementara. Sebab saya bukan jenis yang sabar silap2 hari bulan bila semua tak jalan sesi drama tersebut akan diakhiri dengan jeritan atau ugutan dari saya. Masa tu biaq pi la sume parenting tips kaa skill kaa..

posted from Bloggeroid

One thought on “Sebulan sekolah

  1. hahahah yelah kan parenting skill apa kalau dlm keadaan 'darurat' gini xleh nak kata apa..aku pun rimas kalau kena hadap drama pagi hari so apa je cara yg blh memudahkan nya taram je semua..peduli lah org lain nak komplen apa..kita yg kena hadap bukan org lain kan..lain anak lain kerenahnya.aku setiap hari bangun kul 5 sbb walaupun anak pi sekolah kul 7.30 tp masa nak kejutkan bangun tidur amik masa lama..byk drama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: