Hari ke2 dan ke3 tadika

Selesai sudah 3 hari bersekolah dalam minggu pertama tahun 2013. Hari ke2 dan ke3 berbeza dengan hari pertama kerana azri bangkit waktu pagi walaupun tahu dia akan kesekolah dengan keadaan rileks je. Sebab dia tak tahu yang dia akan ditinggalkan kih kih.

Even sampai sekolah pun dia rilek je main2 dengan toys kat sana. Masuk hari kedua saat dia dikejutkan kata nak gi sekolah terus dia katam taknak pergi sekolah. Pun saya paksa juga bawa mandi nampak je baju sekolah apetah lagi terus meraung ‘ taknakkk pergii sekolahhhh uwaaaaa!!’

Tapi saya buat dek je. Kadang2 dia nego plak dengan saya baik2 kata dia demam lah..pening kepala lah. Dia bertalu2 tanya kita nak pergi mana nih..ibu nak beli barang eh..saya iyakan aje sebab kalau saya sebut sekolah konfem dia sambung meraung lagi. Saya ni pun bukan jenis sabar yang boleh pujuk anak berjam2…sudahnya memang naik tangan je..

Hari ke3 nampaknya dia dah boleh kontrol nangis dia bila time saya nak balik..siap boleh babai saya tapi muka sedih. Cikgu dia pujuk kata mama nak pergi work. Dia jawab bukan ibu balik rumah nak masak! hahahhaha

Nasib baik esok cuti dah. Minggu depan dah start full one week. Siaplah drama awal2 pagi. Dia tak biasa ditinggalkan berdikari sebelum ni. Lain lah kalau dia dah biasa bangun awal2 pagi ke nursery sejak dari baby ke mungkin rutin begini taklah sedramatik ini.

Saya perhatikan ibu-ibu yang pakai baju biasa (means dia tak kerja lah kot) yang hantar anak ke tadika sini. Kebanyakkan anak2nya menangis bila sampai bila ditinggalkan apetah lagi meraung2..

Compare ibu-bapa yang pakai smart2 nak gi kerja la tu…siap bawa extra beg (beg baju lah tu) untuk day care terus lepas tadika..anak2 mereka rilek je..hihi.

Tapi ada juga ibu bapa bekerja yang hantar anak melalak juga kat sini..pasal apa? Pasal anaknya first time kena masuk tadika sebelum ni duduk dengan pengasuh je…hehehe


Dapat juga tempah sulam nama yang boleh siap sehari. Kedai2 lain sume nak berhari2. RM2 je untuk satu keping. Lepas tu just jahit kat baju je.

posted from Bloggeroid

6 thoughts on “Hari ke2 dan ke3 tadika

  1. Ila says:

    samalah mcm faiz dulu…hr pertama ok,hr kedua ko…dia ingat sekolah tu seronok sgt mcm dlm cite upin ipin…inilah anak yg tinggal dgn mak sejak dr kecik…hehehe

  2. Hayatie says:

    kan….mula2 dia teruja nak gi.sekolah tu..dia.ingat mak dia teman sama..last2.kena.tinggal..tu yg timbul serik gak nya kih kih

  3. wah baju siap berjahit nama..setuju apa ko cakap mana2 anak yg mak pak kije memang xde masalah langsung mak pak cuma hantar sampai pintu pagar je reti je bebudak tu masuk kan.Qaseh hari ke 3 cikgu cakap makin elok tak nangis dah dan nampak seronok menyanyi dan bergaul ngn kenkawan..cikgu ckp bg masa dia 2 minggu ni tgk cemana hope masalah komunikasi dia pun semakin elok.susah hati ni xtau dia cemana kat sekolah sbb dia xreti nak bercerita huhu.tp betul la dia mmg dpt mendengar arahan dgn baik cuma byk guna bahasa tubuh je.

  4. eT says:

    aduhai kak…anak saya pon meraung xigt…jenuh ari2 nk memujuk..huhu

  5. Hayatie says:

    cpn: saje je buh nama kat sume..asalnya nak letak kat kopiah je sbb takut tertukar..alang2 dah buat…baik.letak sume

  6. Hayatie says:

    hihi…sib baik esok cuti kan…tunggu lah isnin ni..sambung lagi drama.heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: