Result Pap & Cerita Kanser

Saya singgah ke klinik LPPKN tadi untuk menanyakan result pap yang saya buat 17 oktober yang lalu. Alhamdulillah result kali ini normal juga. Risau juga kalau CIN saya kembali lagi. Taknak buat LEEP lagi kerana ianya akan lebih merisikokan kandungan yang seterusnya.

Tapi kalau tidak buat LEEP, CIN yang ada akan merebak dan menjadi kanser pangkal rahim. CIN adalah Cervical Intraephitelial Neoplasia yang boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu CIN1, CIN2 dan CIN3.

Dalam kes saya termasuk dalam peringkat CIN3. Ekoran dari keputusan Pap saya yang tidak normal ( abnormality class 4 lebihkurang la..hehe) saya dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan colposcopic biopsy.

Hasil dari pemeriksaan saya harus menjalani prosidur LEEP (Loop Electrosurgical Excision  Peocedure) untuk membuang sel2 CIN yang berada di pangkal rahim. Kesannya rahim saya masuk kategory Cervical Incompetence dan terpaksa menjalani cerclage (ikat rahim) sewaktu kehamilan kedua dahulu.

Boleh baca cerita dan alkisah mengenai CIN dan prosidur LEEP saya disini:

http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2009/01/cervical-intraepithelial-neoplasia-cin.html?m=0

http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2009/01/my-story-of-leep.html?m=0

Sudah kah kalian menjalani pemeriksaan Pap.Smear berkala? Kanser serviks pada masa kini bukanlah hanya berkait dengan cara hidup yang tidak sihat. Walaupun ianya disebab oleh virus  HPV ( human Papiloma.Virus) yang lebih banyak di kaitkan dengan aktiviti2 STD’s (Sexually Transmitted Diseases).

Dengan cara hidup masa kini Kanser serviks juga adalah berkait rapat dengan imun sistem seseorang, cara pemakanan kini dan berbagai2 lagi faktor2 lain yang menyumbang). Virus adalah sejenis mikroorganisma yang boleh bermutasi mengikut keadaan sekitarnya.

Saya menjadi sangat concern dengan kanser sebelum ni setelah arwah abah saya meninggal kerana kanser usus besar (Colorectal Cancer) pada tahun 2006. Tiada sejarah dalam keluarga belah kami yang menpunyai sakit kanser. Arwah abah saya adalah seorang penghidap kencing manis yang agak kronik sehingga menyebabkan kaki kananya terpaksa dipotong kerana gangrene sewaktu saya darjah 3 dalam tahun 1990-an.

Walaupun begitu arwah abah tetap dipanjangkan usia walaupun arwah abah menjadi pengidap kencing manis lebih dari 20tahun. Akhirnya diakhir usia 56 tahun arwah abah meninggal bukan kerana kencing manisnya tetapi kerana kanser usus stage ke4…arwah abah hanya bertahan lebih kurang 6 bulan sahaja dari tempoh selepas di diagnosed. Setelah kondisinya tiba2 mula merosot dalam awal tahun 2006.

Menurut doktor, terdapat tumor didalam usus besar yang sepanjang 12cm. Menurutnya lagi tumor ini mungkin sudah berada didalam usus ini sejak bertahun2 lama cuma ianya tidak menunjukkan apa2 simptom dan selalu pesakit tidak akan perasan dengan simptom2 kecil.Apabila sudah tahap yang teruk barulah pesakit akan perasan perubahannya dan masa itu kemubgkinan ianya sudah terlewat untuk dirawat ditambah dengan sakit kencing manis arwah, low BP mengmustahilkan jika hendak dibuat pembedahan.

Walaupun doktor telah mengatakan tiada harapan untuk pulih. Saya dan keluarga tetap merahsiakan perkara ini sehingga ke nafas terakhirnya kerana inginkan dia kuat dan positif untuk menjalani hari2 terakhir dalam hidup. Arwah menghembuskan nafas terakhir 2 minggu selepas majlis perkahwinan ( yang dibuat adhoc juga kerana saya mahu arwah abah sempat melihatnya). Al fatihah untuk arwah abah!

#terhover lah plak#

Sejak dari tu saya jadi lebih concern pasal kanser ni dan sering buat pemeriksaan untuk breast dan juga serviks. Dalam kes saya, selepas LEEP saya perlu buat PAP 6 bulan sekali jika normal..selepas itu setahun sekali.

Posted From Samsung Galaxy Note

6 thoughts on “Result Pap & Cerita Kanser

  1. daku pun dah buat pap smear..syukur kat situ tak dak masalah tapi disahkan ada penyakit lain nantilah akan cerita juga..yang penting kena positif buat apa yg perlu,jika ditakdirkan ada sakit kita akan berusaha sembuhkannya kan..meratap hiba takkan merubah apa2 malah akan menyebabkan keadaan lebih teruk.

  2. Hayatie says:

    Cpn: Sekarang mcm2 penyakit mudah dtg..cerita apakah itu..silalah mengarang yaa..😉

  3. Wan Afzan says:

    Berkala tuh dlm mase 6 bln ke?

  4. Hayatie says:

    wan afzan: Lebih kurang setahun sekali kalau tak salah.

  5. Hayatie says:

    ikut jadual yang ditetapkan doktor..ada yg selang 2tahun sekali…

  6. Jaa says:

    erm, saya tak pernah bt lagi.. takut pn ada..sakit x ek???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: