JPO- Johor Premium Outlets

Caution: Blog ini dah jadi blog fesyen dan syiok sendiri tuan tanah๐Ÿ˜€
Rentetan dari hajat nak beli seluar yang baru minggu lepas, pada hari ahad hari tu kami sekeluarga membuat sesi terjahan ad-hoc ke Johor Premium Outlets (JPO). Lebih kurang 45minit perjalanan lah dari Batu Pahat ni.

Lalu depan butik Coach, kena beratur. Malas nak beratur sebab budak2 ni mesti boring nak tunggu kan merengek-rengek, lagipun memang buka feveret akak pun *peace*๐Ÿ˜€
Memang tak tawaf semua butik pun. Kami terus ke tempat yang kami nak beli je iaitu Levis. Memang betul lah harganya lebih murah dari Butik Levis kat luar. Contoh macam seluar yang saya tengok dekat Levis BP Mall yang harganya RM250++ kat sini jadi RM150++..Plus kalau beli 3 pasang jeans dapat additional 20% diskaun lagi.
Tapi cuma satu je YANG TAK BEST. Semua size jeans yang ada didalam kedai ini hanyalah yang ada kat rak2 ni sahaja. Means, kita takleh nak request specific size. Untuk jeans perempuan, size yang paling besar hanya 30″ untuk straight cut dan boot cut, skinny sampai size 27″. Nasib baik pinggang dah ngam2 size 30″. Tapi 30″ ni pun memang paras2 leher je andai kata badan saya naik sedikit kompommm takleh sarung, hahaha! Haishh motivasi-motivasi!

Target memang nak beli seluar jeans dan sebuah beg. Masuk-keluar-masuk akhirnya terpikat dengan pattern beg nih kat Butik Bonia. Tak tahu lah napa saya minat pattern ala-ala quilt gini mcm beg putih lama saya. Cuma yang ni besar2 skit. Tengok harga macam nak fengsan! RM1,700 sebab kulit Rusa. Tapi ada 45% diskaun. Mula2 tak jadi nak gi tempat lain tapi hati dah tertambat kat sini, encik suami kata yang ni mmg not bad dan bagi green light *wink-wink*๐Ÿ™‚
Tapi tengah dilema antara warna kelabu dan  soft pink tu. Size pun lain tapi harganya sama. Hati dah berat nak pink tu. Posing punya posing akhirnyaaa saya pilihhhhhh……………….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaa….Yeayy..tidur malam peluk beg terus, hahaha! 
Bye-bye Cik Bally..eh masih nak guna lagi. Yang ni lenjan untuk gi Pasar..hehe!

Hasil tangkapan di JPO, yang paling best dapat sambar 5 helai Jeans dan tali pinggang kulit Levis dengan rege RM700+.

Sebelum Krismas ni nak gi lagi, kali ini nak beli baju untuk anak-anak lak. Saya memang takleh shopping dua2 serentak, tak fokus. Klu nak beli baju anak-anak jawapnya baju saya takkan terbeli..huhu! Saya rasa time cuti-cuti ni lagi banyak diskaun tapi yang tak best kalau nak masuk butik-butik yang hot-hot ni kena beratur kat luar plak..huhu.

2 thoughts on “JPO- Johor Premium Outlets

  1. nur says:

    mmg cantik beg pink tu… Saya kalau saiz 30 mmg tak muat.. huhuhu, sejak merantau ni lagi senang naik berat.. asyik makan cheese kot, ekekeke

  2. Hayatie says:

    Nur: hihi..bila lg nk merasa mknan dinegari org kan..๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: