Ulang tahun kelahiran Azri ke-4

23 Oktober yang lalu adalah hari ulang tahun kelahiran Azri yang ke-4. Seperti biasa tiada majlis sambutan harijadi yang dibuat, hanya sekadar upacara meniup lilin dan memotong kek. Kali ini, pertama kali ianya disambut di Batu Pahat. Alhamdulillah, diam tak diam, sudah sebulan saya menetap disini, selama sebulan juga hidup berdikari sendiri tanpa bantuan mak saya lagi. Syukur kerana semua dipermudahkanNya. Rasa sungguh bahagia dapat bersama-sama dengan en suami tiap-tiap hari, menyediakan makan pakai untuknya dan menguruskan rumah tangga bersama-sama. 

 Beli di Secret Recipe je, Strawberry Marsmallow Cheese Cake, yummy! (Ibu dia yang request, hehe!)

 Tak sabar azri nak potong kek ni sebab kek dah beli awal tapi sebab tunggu abahnya balik, sibuk dengan kerja seharian, akhirnya kepetang dah baru dapat potong.🙂 Izzet, terpaksa ‘dipeluk’ dulu sebab dia pun teruja nak cucuk-cucuk kek tu, hihi!

Azri tak berapa layan sangat cheese cake ni, hehe! Ibu dia yang kepingin sebenarnya, rasa dah dekat nak setahun tal makan kek ni. Ingat nak buat kek sendiri, tapi semua alatan dan bahan-bahan membakar masih lagi dirumah mak saya..huhu.
Semoga Ahmad Azri Azzuri membesar menjadi anak yang soleh dan jadi penyejuk hati ibu dan abah sehingga akhir hayat, Amin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: