Nur Satay: The Making..

Tak pernah cerita pasal Satay mak saya kat blog, huhu! Sejak dari kecil mak dan abah saya berniaga satay sampai lah arwah abah saya meninggal terus perniagaan satay kami pun terhenti. Sekarang ini, mak saya masih membuat satay jika ada tempahan dan berniaga sekali-sekala dipasar malam.
Kali ini saya telah mula promosikan semula satay mak saya ini di internet sebagai salah satu produk untuk homebiz saya ini. Alhamdulillah, selepas itu saya telah mula mendapat tempahan secara online. 
Ini rupa satay yang telah diperap dan siap sedia untuk dicucuk. Dah lama saya tak cucuk satay sebanyak ini, sebelum-sebelum ini hanya mak saya sahaja yang buat. Kali ini saya terpaksa tolong sebab kami dah mengambil tempahan dengan lebih banyak lagi. Nasib baik skill mencucuk masih ada lagi, hehe!
Bagi yang dah biasa cucuk memang boleh mencucuk dengan pantas. Sebab saya dah biasa sejak sekolah dulu selalu tolong cucuk satay, dalam masa satu jam saya boleh dapat cucuk dalam 100 batang. 
 Stok dalam deep freezer yang telah siap tinggal untuk dibakar sahaja. 

                             
Tak rugi beli deep freezer ni tahun 2005 dulu. Banyak jasa dah, selain simpan stok satay, pernah juga menyimpan stok ebm saya sedikit masa dulu.  :)

Yang telah siap dibakar.🙂

*Saya pernah mempunyai rancangan untuk Nur Satay tapi terhenti diseparuh jalan suatu masa dahulu. Kini, tiba-tiba pula terfikir untuk memulakan kembali apa yang pernah saya rancangkan dahulu. Mungkin inilah masa dan petunjuk yang Allah berikan pada saya?Amin-amin, mudah-mudahan semua akan dipermudahkan, terima kasih ya Allah diatas nikmat yang kau berikan kini, sesungguh aku berserah dan berlindung dibawahMu..

One thought on “Nur Satay: The Making..

  1. asmaa says:

    tahniah tie…semoga berjaya dalam perniagaan yang diusahakan serta dipermudahkan dalam setiap urusan dan diberketai dariNya….amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: