Terapi Tanaman

 Eh dah habis ke cerita hari raya? Belum lagi, entri selingan dulu, hihi! Sejak dua menjak ni saya giat ‘berkebun’ juga di depan rumah mak saya nih. Baru lah berseri-seri semula pokok-pokok yang ada. Kalau tidak dulu kat depan ni berderet dengan pasu-pasu kosong sahaja. Jom lah layan gambar pokok-pokok syok-sendiri saya nih😛
                       

Ini bahagian depannya. Belakang tu saya tanam pandan, daun kunyit, dah kuning-kuning siapa nak boleh petik, hehe! dan pokok daun kari tapi kecik lagi. Jangan gelak yer. Pokok keladi memang pokok feveret saya disamping memenuhkan pasu buat sementara (hihi), senang nak hidup. Dan pokok-pokok yang berdaun hijau, yang berbunga saya kurang minat sedikit. Abaikan pokok yang reput tu. Antara cabaran-cabaran berkebun ni, penat-penat siram akhir mati jua!

 Bahagian tepi. Deretan pokok Palm, dari kiri Red Palm, Paddy Palm, Bamboo Palm. Hujung sekali tu pokok Pine. Dan tanaman tutup bumi yang kecik-kecik tu lupa dah namanya. Asal yang kecik2 tu dari 2 pasu sahaja, kemudian saya cerai-ceraikan bila dia dah besar, semakin banyak pula.

*Motif tong sampah ditengah itu adalah kerana disitu adalah curahan air hujan dari awning atas, kalau letak pasu kat situ, kompom lah mati pokok sebab asyik terlebih air saje. Tiada amalan pantang larang lain🙂

 Ini pokok cili padi saya, tapi sekarang sedang menghadapi serangan kulat pula😦

 Kulat putih-putih macam habuk dibelakang daun. Nak try DIY racun organik yang saya jumpa di link ini: http://www.myherba.com/index.php/artikel-herba/laman-herba/239-racun-serangga-organik.html

*Projek tanaman yang seterusnya adalah untuk menyemai benih lagi, semoga berjaya mencambahkan pokok pokok yang baru!🙂

*Sambil gugel pasal serangan kulat pokok cili ni, terjumpa lah info-info pasal fertigasi nih:
http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=377:panduan-menanam-cili&catid=68:manual-tanaman

http://www.tanamsendiri.com/2011/08/menyemai-benih-tetapi-tidak-tumbuh.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: