Demam Urat

Waduh, terasa nak demam pula hari ini. Tekak dah mula rasa perit-perit. Yang pasti mesti pasal semalam saya berkerja keras menyusun atur perabot dalam bilik selepas berbuka. Tah kenapa tiba-tiba rasa nak ubah posisi katil bilik semalam untuk memulakan suasana yang baru dalam kehidupan saya. 
Penat juga lah mengheret perabut sorang-sorang, mak saya pula pergi terawih. Terpaksa bersilat dengan dua orang budak kecik ini yang sibuk nak ‘tolong’ ibu dia, huhu. Lebih kurang pukul 12malam juga setel  mengemas bilik semalam. 
Bangkit sahur tadi badan rasa cam lemah pula. Mertua saya ada kata kalau begini dinamakan ‘Demam Urat’. Siapa pernah dengar? Orang tua-tua kata ianya terjadi apabila badan kita tiba-tiba ‘dipaksa’ untuk berkerja keras secara tiba-tiba. Satu hari ini melepek tidur sahaja atas katil. 
Kebetulan saya baru beli almari baju untuk budak berdua ni. Sebab almari yang lama dah tak muat lagi. Yang lama tu dulu saya guna utility shelf cabinet je. Mula-mula saya cari almari yang comel-comel sedikit untuk budak-budak tapi kebanyakkan kecil dan tak setimpal dengan harganya pula. Kecil tapi mahal dek kerana hiasannya kat luarnya yang comel-comel..huhu! 

 Jalan-jalan cari almari di kedai perabot area balakong, kemahin korang suka berlari-lari kat dalam kedai tu..huhu

 Sudah 4 hari almari ni ada dalam bilik ni tapi masih kosong lagi. Saya masih tak pindah baju budak berdua dalam ni sebab hari-hari dok main dengan pintu almari ni. Baru saya letak sedikit baju datang izzet terus buang ke luar.

Mak saya yang tolong pindah dan lipat baju kedalam almari yang baru ni, kemudian saya buatkan straps dari velcro untuk mengikat handle pintu ni. 2 pintu yang izzet sampai nak buka sahaja. Yang bawah sekali tu masih kosong lagi..

Puas hati dapat beli almari yang besar ni, boleh pakai sampai diorang ni sekolah terus..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: